Bagaimana hendak bercinta kalau takut untuk menyatakan cinta kasih sayang kita kepadanya. Tetapi bagaimana pula dengan risiko

Cinta adalah sesuatu perbuatan yang membawa reaksi penumpuan terhadap sesuatu yang kita cintai, penumpuan yang melibatkan kasih sayang. Cuma apa yang boleh membuat kita dapat membezakan kasih sayang dengan cinta adalah cara kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Biasanya sayang boleh tujukan pada kesemua objek yang ada didunia ini sama ada hidup atau tidak hidup. Sebagai contoh, menyayangi seekor kucing, menjaga pokok-pokok bunga sebagai tanda sayang pada alam semulajadi. Cinta pula agak dalam ertinya. Kasih sayang boleh wujud tanpa cinta tetapi cinta mesti wujud bersama kasih sayang. Cinta lebih ditujukan kepada manusia lebih-lebih lagi pada zaman generasi muda terkini. Biasanya perkataan cinta merujuk kepada sesuatu yang disayangi lebih dari diri sediri. Sebagai contoh mencintai seorang kekasih. Jika kita sanggup bersusah payah demi seseorang tanpa mengira risiko yang tinggi atau mementingkan dirinya lebih dari kepentingan diri sendiri maka ia boleh dikatakan layak digelar sebagai cinta.


Cinta ada banyak jenis, bagi umat islam cinta yang pertama lebih dari segala-galanya adalah cinta kepada tuhan kerana tuhan yang mewujudkan cinta dan mencipta manusia. Cinta kedua adalah kepada rasul yang memperjuangkan islam. Cinta ketiga mengikut islam adalah cinta kepada ibu-bapa kerana merekalah yang telah bersusah payah memberikan segala kebaikan yang mungkin kepada anak-anaknya. Dan cinta yang terakhir adalah kepada kekasih yang rata-rata biasanya bukan muhrim atau bukan dari keluarga atau hubungan persaudaraan yang jauh. Tetapi semakin hari apabila zaman berubah dari masa ke semasa makna cinta turut berubah. Cinta lebih diungkapkan hanya kepada kekasih. Cinta kepada kekasih adalah merupakan isu yang paling utama berbanding cinta kepada selain dari kekasih. Ini kerana cinta kepada seorang kekasih biasanya wujud bersama-sama dua keadaan gembira yang mendalam dan kesedihan yang melampau.


Biasanya tujuan kita mencintai kekasih adalah supaya kita dicintai olehnya. Cinta kepada kekasih adalah merupakan satu ikatan yang boleh terputus bila-bila masa jika tidak dijaga dengan betul-betul. Tidak seperti cinta ibu dan bapa walaupun kita tidak menjaga cinta kita terhadap mereka , mereka tetap tidak akan terputus hubungan dengan kita kerana darah mereka sentiasa mengalir didalam badan kita. Oleh itu saya lebih suka menfokuskan kepada cinta kepada seorang kekasih yang mana ia telah banyak membawa berbagai kontroversi pada masa kini. Biasanya mencintai seseorang hanya boleh berlaku jika kita pernah melihat orang tersebut. Mungkin kerana sifat fizikalnya yang menarik atau telatahnya yang boleh mencuit hati dan memberikan kenangan manis kepada kita. Apalagi jika sudah selalu bertemu dan seperti biasa disetiap pertemuan juga memberikan kenangan manis kepada kita. Apakah yang dimaksudkan menyenangkan hati. Sesetengah individu lebih senang dan gembira jika pasangan kekasihnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi oleh orang lain secara tidak langsung menaikkan harga dirinya. Tetapi tidak semua orang bersikap demikian. Ada juga individu yang lebih gemar kepada kalangan individu yang sederhana, mungkin kerana menganggap bahawa ia lebih selamat dan tidak perlu rasa risau ataupun mungkin juga niat tersebut datang dari sikap semulajadinya yang mengasihani, tidak pentingkan kebendaan dan sebagainya. Tidak semua individu yang semata-mata mengikuti nafsu mereka dalam memilih kekasih. Nafsu tetap wujud, cinta tidak boleh wujud tanpa kehadiran nafsu. Adakah anda tahu apa itu nafsu. Nafsu boleh digambarkan sebagai sesuatu yang memberi galakan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh nafsu makan, nafsu untuk belajar, nafsu berbelanja dan sebagainya. Nafsu memberikan kita penumpuan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu tidak hairan jika saya berkata bahawa nafsu wujud dalam hampir apa sahaja aktiviti yang kita lakukan. Cuma apa yang penting hanyalah berhati-hati apabila kita mengikuti nafsu kita. Nafsu boleh memihak kearah yang membawa kebaikan dan juga tidak terkecuali juga memihak kearah yang membawa kerosakan. Dan nafsu yang paling kuat sekali secara majoritinya didunia ini ialah nafsu terhadap pasangan kekasih. Selalunya perasaan mengambil berat adalah banyak berlaku diantara sepasang kekasih. Apa yang menarik mereka walaupun tidak ada ikatan keluarga tetapi mereka ini sudah saling bantu membantu, malah ada juga berkongsi rahsia walaupun sebelum ini rahsia tersebut tidak pernah diceritakan kepada mana-mana individu lain termasuklah keluarga, Apa yang telah mendorong situasi ini daripada berlaku. Situasi ini berlaku adalah kerana pasangan kekasih ini seolah-olah sudah menganggap diri diantara mereka sebagai sepasang atau pasti akan menjadi suami isteri suatu hari nanti.


Kita juga pernah mendengar ramai menyebut cinta palsu. Cinta palsu tidak wujud, tetapi cinta palsu yang dimaksudkan ialah tidak menyintai. Sebagai contoh jika seseorang kekasih menyukai anda kerana anda memiliki kemewahan dan bukan kerana sikap anda maka itulah yang sering dikatakan sebagai cinta palsu. Tetapi itu tidaklah menjadi soal sebab hati boleh berubah dan memang memilih itu perlu terutama perempuan kerana mereka akan menyerahkan diri mereka secara tidak langsung diri mereka akan terjejas dan tak salah jika ia memilih kebendaan untuk masa depannya asalkan ia tidak menggunakannya kearah yang salah atau mula menyombong diri. Cinta tidak semestinya wujud pada masa itu juga. Sudah banyak individu yang bercinta selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang dikendalikan oleh kehendak keluarga. Biasanya cinta yang paling seronok adalah apabila pasangan kita mengetahui keadaan kita yang sebenar dan menerima kita seadanya tanpa mengurangkan suasana kegembiraan sama seperti ketika dia belum mengetahui walaupun diri kita ini susah (biasa kalau kita senang semua orang suka). Cinta inilah yang boleh dikatakan sebenar-benar cinta.


Beza cara lelaki atau perempuan menyatakan cinta kepada pasangan yang diidamkannya agak berlainan. Lelaki memang ditakdirkan untuk memulakan episod cinta dan perempuan adalah jarang sekali memulakannya. Ini boleh dikatakan soal maruah dan ia telah menjadi adat turun temurun. Lelaki tidak boleh bersikap hanya menunggu untuk dipelawa kerana ini adalah sikap perempuan yang telahpun menjadi trade mark. Lelaki yang ingin menyatakan cintanya pada seseorang perempuan mestilah menyatakan secara tersurat lebih kurang pengakuan. Masalah disini ialah adakah perempuan itu suka atau tidak. Anda boleh tahu jika anda (lelaki) meneliti dengan betul. Jika perempuan tersebut menyukai seseorang lelaki biasanya dia mudah memberikan senyuman dan mudah memberikan perhatian kepada anda atau mengambil berat tetapi tidak menyatakan cintanya terang-terang tersurat. Perempuan suka diekori dan buat-buat jauhkan diri. . Tetapi jika benar perempuan itu tidak suka, biasanya dia akan membuat reaksi seperti tidak layan atau bercakap dengan serius ataupun menceritakan jenis orang yang diminatinya untuk kita dengar dimana kebetulan tiada dalam diri kita. Tetapi itu bukan masalah, hati perempuan senang berubah jika anda menunjukkan hati murni anda dan sering berusaha menyatakan cinta anda padanya selalu. Perempuan sukakan lelaki yang tidak berputus-asa. Lelaki juga perlu ada egonya terhadap perempuan. Kalau anda terkena dengan perempuan yang jual mahal dan anda telah cuba banyak kali hingga pada satu tahap anda perlu berhenti dan memberi perhatian pada perempuan lain dengan hati yang seolah-olah tidak kecewa. Biasanya kalau anda dah selalu dengan tiba-tiba anda beralih pada yang lain, kemungkinan perempuan tersebut akan tertanya-tanya dan mungkin akan lahir rasa cemburu dan akhirnya menyesal. Jangan biarkan anda (lelaki) dianggap sebagai tiada tempat lain lagi selain dirinya. Jika tidak anda seolah-olah kurang bermaruah dan mungkin tidak dipentingkan olehnya. Satu lagi perempuan sering takut jika dirinya disia-siakan oleh itu dalam zaman serba bijak kini perempuan lebih matang dan sering menguji sejauh manakah cinta seseorang lelaki. Biasanya perempuan jenis ini tidak mementingkan kebendaan tetapi kesetiaan. Kadang-kadang terdapat perempuan yang agak sensitif dan berpura-pura jual mahal dengan harapan lelaki tersebut akan memujuknya dan secara tidak langsung menghargai dirinya. Perempuan seperti ini biasanya adalah perempuan yang mementingkan maruah dan harga diri. Jadi jika anda adalah seorang lelaki maka sedarlah jika anda inginkannya anda seharusnya tidak ada sifat malu untuk menegurnya dan sepatutnya tidak harus mudah putus asa dan kadang-kadang anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikat orang seperti itu. Apa yang perempuan mahukan ialah tumpuan hanya kepadanya dari seorang lelaki yang saling tidak putus asa untuk menyatakan dalamnya cinta kepada dirinya. Sebab itulah lelaki yang peramah atau mudah bergaul dengan perempuan mudah mendapat tempat.


Bagi lelaki mereka lebih sukakan perempuan yang tidak terlampau cemburu, dan kadang-kadang lagi perempuan tersebut jual mahal, lelaki akan lebih menyayanginya. Sebabnya ialah kerana terlalu memikirkan kenapa perempuan tersebut jual mahal sehinggakan nama perempuan sentiasa dalam ingatan. Itu pepatah yang mengatakan tak kenal maka tak cinta. Tapi adakalanya lelaki juga boleh kehilangan keyakinan dan seterusnya diam dan malu untuk mencuba lagi. Biasanya lelaki ini adalah lelaki yang sensitif. Lelaki yang sensitif biasanya setia dan takut kehilangan orang yang disayangi. Jadi bagi perempuan pandai-pandailah kawal cara kamu kalau benar kamu juga ada hati dengannya. Kesimpulan, cinta itu misteri dan sukar untuk ditentukan sehinggalah pasangan itu saling menyatakan dan biasanya dimulai oleh lelaki. Dan ini bergantung kepada hati dan kekosongan atau citarasa diantara individu itu sendiri.

Comments

Popular Posts