4 bakal ayah

Empat bakal ayah menanti dengan penuh
gelisah di bilik menunggu di hospital,
sementara isteri masing-masing berjuang
untuk melahirkan anak.

Selang beberapa minit selepas itu,
seorang jururawat keluar dan
memberitahu ayah pertama,
"Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja diTwin Star Enterprise"
kata ayah pertama

Kemudian keluar jururawat lain dan
memberitahu ayah kedua,
"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration,
" kata ayah kedua kegirangan.

Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain
dan memberitahu ayah ketiga,
"Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan,
saya bekerja di Four Season Hotel" katanya n syukur.

Pada waktu itu ayah keempat
kelihatan gelisah dan tidak menentu.
Semua ayah yang menunggu bertanya,
"Kenapa risau sangat?"Jawab ayah keempat,
"Saya tidak risau,cuma.... saya bekerja di Seven-eleven"katanya.

Comments

Popular Posts