Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 12, 2007

DOA BUAT KEKASIH

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…

YA ALLAH JIKA AKU JATUH CINTA…CINTAKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU..
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MRNYINTAIMU….

YA MUHAIMIN…JIKA AKU JATUH HATI IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT KEPADAMU…AGAR TIDAK TERJATUH DALAM JURANG CINTA NAFSU…

YA RABBANA..JIKA AKU JATUH HATI..JAGALAH HATIKU PADANYA..AGAR TIDAK BERPALING DARIPADA HATIMU…

YA RABBULIZZATI…JIKA AKU RINDU..RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALANMU..

YA ALLAH..JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU..JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR…

YA ALLAH..JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIHMU…JGN BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADAMU..

YA ALLAH….JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIHMU JGN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PD CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KPD MU….

Sunday, March 04, 2007

RENUNG

Renungkan.... Hayati dan fahami.... Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa…Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa...meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal

JGN KAWEN KALAU........<<

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu". Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. **Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli**

KAHWIN,KAWEN,NIKAH<<<

BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita
pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah
suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita
sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di
sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan
bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan
itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba
dan terus mencuba.

Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian
lelaki ? Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak
kelainnya.
Dalam sebuah hadis, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang
bermaksud :
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu
Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu"

(Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, Kalau
dia buat baik, dikagumi, apabila buat jahat diminati, apabila dia
memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi
dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada
wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang
sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan
memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut
orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang
mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk
seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka
tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata,pedulikan
kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik,
bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan
begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda bermaksud :
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok
akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan
sifat malu ini di atas neraca syari'at,malah neraca akalpun sudah
mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkanya tidak malu atau kurang
malu.sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau
barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak
berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada
neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak
takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Ini
tandanya mereka tiada iman.Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang
sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak
boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media
cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri
berbagai ragam, kemungkaran berlaku, tidak terkecuali dilakukan oleh
wanita.Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki
menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak
berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat
malunya.tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, dan
ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.Dengan ini akan
terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
" Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. "

Semoga IKATAN yang dibina adalah atas dasar keimanan kepada Allah :) ....

JOM TUNJUK HEBAT>>ADEH

Assalamualaikum...
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

DIET RASUL

Jangan makan SUSU + DAGINGJangan makan DAGING + IKANJangan makan IKAN + SUSUJangan makan AYAM + SUSUJangan makan IKAN + TELURJangan makan IKAN + DAUN SALADJangan makan SUSU + CUKAJangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... cubalaa....................................Ianya bukanlah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.Wassalam.

ANDAINYA KAU TAHU

Andainya perempuan tahu....

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita... (ye ke?)

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. (ops!mungkin tidak kot….)

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. (hmmm…..)

* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.. dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan.. :)

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.... Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (ops!mungkin tidak kot….)

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

*Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!