PeDoMaN sEmUa.....

Telah diriwayatkan daripada Siti
Aishah bahawa ia telah
berkata : "Sedang aku menjahit baju
pada waktu sahur (sebelum subuh) maka
jatuhlah jarum daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu
pun padam, lalu masuklah Rasulullah
s.a.w.
Ketika itu juga aku dapat mengutip
jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu
aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah
bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah
yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang
yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika
disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa
Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk
dikabulkan) daripada langit sehingga
orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk
Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam
kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan
membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu
Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan
semua benda-benda bercakap) telah
menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah,
sesungguhnya aku ada mempunyai
beberapa ekor anak yang masih menyusu,
dan sekarang aku sudah ditangkap
sedangkan
mereka sedang kelaparan, oleh itu
haraplah perintahkan orang ini
melepaskan aku supaya aku dapat
menyusukan anak-anakku itu dan sesudah
itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulul lah s.a.w. "
Bagaimana kalau engkau tak balik ke
mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau
aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia
melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau
apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada
orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi
penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian
ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan
berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia
(Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu
dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku
lebih kasihkan umat Muhammad daripada
kijang itu kasihkan anak-anaknya dan
Aku akan kembalikan mereka kepada
engkau
sebagaimana kijang itu kembali kepada
engkau."

Alhamdulillah. .marilah
memperbanyakkan bersukur dan
berselawat kerana kita tergolong dalam
umat Muhammad.

Comments

Popular Posts