Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, June 27, 2009

linux week3

hye salam semua.sekarang dah minggu akhir kelas linux..yabedabeduuu..
homesick..tak sabarnyalah, tapi paling takot adalah kelas linux ni akan bt workshop,
dimana macam nak menguji tahap kemampuan kita kepada linux, plzz aku tak tahu pape pon.
macam mana nak buat keje linux sorang diri.semua bergantung kepada note semata-mata dan tunjuk ajar encik husni dari A-Z..

bila masuk kelas linux apa yang aku fikirkan adalah, lambatnya pukul 10.30. lepas tu lambatnya pukul 1 nak makan tengahari pulak, pahtu lambatnya pukul 4. cepatlah habis kelas ni, buhsan dah..
aishh tengok pada gaya macam tak ikhlas je, asyik membilang hari, masa..aku bukan seorang macam ni, tapi disebabkan aku ni tidak puas lagi cuti so jadilah seperti ini..heeee

dari apa yang aku belajar linux, so far oklah dapat jugak tau macam mana penggunaan linux.
macam mana nak bt master, client, link pada server dan lain-lain.

Friday, June 26, 2009

layan sajer










bulan rejab (bulan Allah S.W.T)

1.Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu ...kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

2.Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu.
...( Al-Hadis)

3.Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan ...Lailatul-Qadarnya.

4.Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

5.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
...( Al-Hadis)

6.Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

7.Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

8.Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

9.Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

10.Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.

11.Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

12.Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

13.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.

14.Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

16.Berkata Saidina Ali:- · Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. · Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. · Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

19.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.

20.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya; Berseru dari langit :- Bergmbiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati.Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)

21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:- a.diampunkan dosanya yang lalu. b.dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c.terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

22.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

23.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.

24.Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan.

25.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu Mahligai , seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.

26.Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.

27.Allah jadikan dibelakang bukit Jabal Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap-tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka untuk Umat Muhammad S.A.W.Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!.

28.Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pada pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab , diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

29.Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya, " Telah wajib hak mu atasKu maka mintalah oleh mu kepada Ku " " Demi ketinggianKu dan KebesaranKu , tiada aku tolak kan hajat mu . Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala maklukKU, engkau terlebih mulia atasKU, Sukakanlahkamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" – (Dari kitab Raudhatul Ifkar) – Al-Hadis.

30.Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. ---( Al-Hadis)

31.Sesiapa yang melapangkan kekeruhan,kesusahan,kepicikan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus. --- (Al-Hadis)

32.Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di MIzan, 70 hajat ketika berlalu di Titi Sirotolmustaqim.

33.Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan).........dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

34.Rejab bulan menabur benih.Sya'ban bulan menyiram tanaman.Ramadhan bulan menuai.

35.Rejab menyucikan badannya. Sya'ban menyucikan hatinya.Ramadhan menyucikan rohnya.

36.Rejab bulan maghifirah (keampunan). Sya'ban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

37.Rejab bulan taubat. Sya'ban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

38.Rejab diganda 70 pahala.Sya'ban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala.

hepY fathER Days

belum terlambat untuk aku post dalam blog ini, even dah wisk kat my hensem dad..
mr.wan mohd noor bin wan abdul rahman..selamat hari bapa, abah..
i hope, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, selalu ceria-ceria.
abah bahagia selalu..i miss u, mmmuuuahhhh

Thursday, June 25, 2009

masum - softball


tanggal 18/6 aku btolak ke uum kedah utk lawan dengan U lain..kan nama pon sukan antara universiti malaysia..ok back to story, i was a lot memories to share seperti dapat muscle, dapat menghitamkan kulit, dapat mengemukkan badan and one to important aku didukung, bergolek tgh padang, nek ambulans,dapat 4 suntikan jarum coz gastrik yang menyerang..malu siott..

tapikan team umt softball kalah dengan jayanya sekali. but its ok, next time my team akan fight dengan bersungguh-sungguh. tapi disini aku mention sekali lagi, kami kalah dalam kumpulan lagi. first umt vs ukm, oklah mata xjauh sangat, second upm vs umt mula-mula game ok umt main. lama-lama makin tak bersemangat nak fight jadi team kami ketinggalan agak jauh sekali. thirt um vs umt urmm yang ni takyah cakaplah. dari zaman tok nenek um memang power..kami tak main lama sebabnya sepanjang main umt tak dapat nak behentikan um main. game pertama dengan um umt runner dulu tapi tak dapat jugak nak sampai home. so coach kami pon cakap kat pengadil bagi um menang. malu sioot..tapi takpalah silap kami, trainning main2, pulak ramai player baru. tapikan kiranya takda malu sangat coz team laki dapat kalahkan team um.hehehe


setelah kalah dengan jayanya sekali aku and the team mulalah menjadi model untuk mengedik-gedikskan diri..selamat menjamu mata yaa..sambil dengar cheer song ni.

its ok its orait...
come on baby...
fight fight fight...
umt da best

Wednesday, June 24, 2009

membebel

ari ni aku tak tau nak mengepost apa.toink..toink..
asyik-asyik facebook2..tak da plan pape ke korang.
gi jalan ke, lepak kat kemaman station ke..i like..
makan roti bakar, tambah2 ada izat.4 sure makan free aje..
nanti aku lepak kat kemaman station ke tip top ke, farah ko ajaklah izat yea..
hehehe..bukan nak mengorat pon nak makan free je farah..

weh korang tak rindu kat aku ker???
aku busan stay kat terengganu ni..
lambatnya habis kelas ni..
aku homesick...

Sunday, June 21, 2009

dania di pagi hari

urmm im happy now...aku perlukan sedikit waktu lagi...
hope mission aku berjaya hingga akhir hayat...aminn..
lg 2 tahun...pada mulanya berdebar jugak, lama-lama ok pulak..
hehehe..tapi aku tak nak gtau sape2 lagi, nanti tak jadi pulak.
even mak bapak aku tak tahu, walaupun aku tau dia pasti suka.
sekarang biarlah rahsia.

ok berkisar tentang linux aku boleh simpulkan biasa sajer,
walaupun banyak jugak ilmu aku dapat.
tapi bese bila 50-50 jadi adalah tidak ikhlas sikit..
walaupun datang on time. aku homesick coz sem lepas
aku jarang balik rumah pahtu cuti pulak sem ni banyak aktiviti
seperti join masum untuk softball dan juga linux.
di kira-kira saki baki aku cuti sem tak sampai 1 bulan pon..
sedihnya...huahuahua..tapi nasib gak join linux ni akan dapat mp3,
tidak jangan harap aku tak kan datang punya..
habis linux aku nak datang daftar sem 5, 6hb atau 7hb..biarlah.

Wednesday, June 17, 2009

afgan - entah

wah wah wah...
i like this lyric..
urmmm so hayatilah....kuikuikui

Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Masih kah ada, o…
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku…

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Monday, June 15, 2009

terasa untuk menulis

assalamualaikum...
buat sekian kalinya aku terasa ingin megupdate blog yang tak seberapa ini.
so now aku sibuk dengan training linux selama 15hari..ia akan berakhir pada 2 julai.
lepas tu 5 julai aku dah start kuliah..quick bz right now..dengan nak pindah barang masuk rmh sewa lagi.
ok tentang result sem 4 alhamdulillah
aku bersyukurlah walaupun jatuh sikit cgpa, tak dapat sasaran lagi..tp gpa aku naik..
buka sem ni aku kena hardworking lagi utk meningkatkan prestasi.
bukan apa ma dengan abah dah bising tgk result aku..wan zaidanial u can do it, u da best..
lagi satu buka sem ni aku dah start duduk rumah sewa, so nilah yang aku suka coz banyak sebab aku berbuat demikian walaupun parents tak berapa setuju.aku dah penat start dari sem2 - 4 aku tolong, time aku habuk, bila talk about this jadi geram+menyampah and xsabar nak habis study...and bla,bla,bla..
oklah ada masa aku akan update..