Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 27, 2009

Potong Rambut

yeah yeahh ringannya kepala setelah sekian lama berambut panjang...
cewah padahal bukan panjang sangat..
bukan apa, aku tak sempat masa nak jaga.
risau jugak kan rosak rambut.
tambah pulak sisa2 rebonding tertinggal lagi.
jadi lagi susah nak jaga, lagi mudah untuk rosak.
so baik aku buang terus rambut rebonding.
dah pagi pegi kelas tak sempat nak keringkan rambut.
petang baru buka tudung, mana taknye rosak rambut.
shampoo pun time sempat.ish tak boleh jadi ni.
so aku dah decide nak potong jugak rambut hari ni.
then selepas potong pendek dengan jayanya sekali dekat salon nurul
aku pun cuci sekali rambut. habislah jugak rm22.
mujur murah tidak lepas ni comfirm aku tak pegi dah
tuan kedai cakap tak sayang ke rambut panjang2 ke.
aku pon cakap, "sayang tak sayang janji tak serabut kepala"
yelah aku betul-betul tak dapat nak jaga rambut dengan baik semenjak dua ni.
asal bangun tido kena cari getah rambut sebab serabut.
mana tahan beb.kan lama2 megerbang rambut macam nenek kebayan.
lari semua orang rumah.hihihi

nilah style rambut yang aku telah potong

Selamat hari raya

assalamualaikum my blog...

belum terlambat untuk saya mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam seluruh dunia.
maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap saya sepanjang hidup ini
samaada secara sedar ataupun tidak.
cewah, dibulan yang mulia ini jangan berduka2.
mari kita menyambutnya dengan gembira kerana diberi peluang lagi
oleh Allah s.w.t untuk merasai lagi suasana berhari raya.
dan jangan lupa puasa enam.banyak manfaatnya.
akhir kata, salam lebaran buat semua keluarga tercinta, teman, warga malaysia dan
umat islam...i love u all

Monday, September 14, 2009

Penat Berpuasa

selamat pagi malaysia..macam mana puasa?ok tak?
jangan jadi macam gambar2 dibawah sudah..
kesian den nengoknya..kuatkan semangat, iman..
moga pahala puasa yang diperolehi diberkatiNya.








p/s : hah baby pon puasa, so yang tua2 bangka tu jadilah contoh yang terbaik buat budak2.jangan sesuka-suki hati tinggal puasa tanpa sebab.

Sunday, September 13, 2009

Bertunang

hah korang jangan terkejut yea...terpanggil untuk aku postkan gambar bertunang yang jatuh pada 07-08-09. Tarikh yang cukup cantik.sebagai tatapan rakan-rakan baik aku..
sekarang aku sidaikan beberapa keping gambar..


dulu2 dia ni merupakan junior course aku and roomate aku..
**aima ciom tanya mak mentua baik2, ambik berkat..kan nak jadi anak dia dah..hihi

ni adalah pasangan aima sewaktu zaman diploma dulu..tak sangka korang bertunang..
cepat dari senior lagi ni..ini tidak boleh jadi..ngeee
**jason jaga pandangan, jangan tenung lama2 aima..anak dara orang tu, kan dah dapat lesen besar baru boleh...jangan marah k.ida korang yea..


kenapa korang jauh sangat..malu-malu kucing ek...hihi


wah ensemnya dia...ecey2 sukalah tu ek...nanti dah kawen jaga anak dara orang baik2 yea..
jangan gaduh2...jangan baling pinggan mangkuk..kihkihkih

waduh2 ayunya budak ni..sapekah gerangan tuan puteri ini...
nilah engku nurul aima
sungguh sopan santun..terpesona betul..
no wonderlah jason jatuh hati bagai nak rak kat tuan puteri ni..
aima nanti jaga jason baik-baik yea..


p/s:kawen nanti jemput yea...

Saturday, September 12, 2009

Soalan dan soalan

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah : huhu..biarlah rahsia.

2. Saya sedang mendengar : suara ahli silat..hoh eh hoh eh

3. Mungkin saya patut : tambah berat

4. Saya suka : bersembang dengan my mummy

5. Sahabat-sahabat baik saya : banyak,nnt list semua ada yg rasa hati kalu tertinggal.

6.Saya tak paham : orang yang dengki dengan saya

7.Saya kehilangan : pembakar semangat saya

8.Ramai yang berkata : kenapa kamu kurus sangat

9. Makna nama saya : nama nabi, danial

10. Cinta itu adalah : kesetiaan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : membuat assignment OOD dengan FYP

12.Saya akan cuba :menjadi anak yang terbaik buat family

13.Perkataan SELAMANYA membawa maksud : forever

14.Telefon bimbit saya : sony ericson dengan nokia..model apa tak igat

15.Bila saya terjaga dari tidur : tengok masa kat hp nokia

16.Saya paling meluat apabila : orang yang budjet dirinya pandai

17.Pesta/Parti adalah : yang sesuai untuk anak2 orang kaya dan bersosial

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : panda

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : form4 and form5

20.Hari ini : buat assignment macam biasa di port selalu duduk

21.Malam ini saya akan : tido rumah una

22.Esok pula saya akan : g kuliah and duduk kat port biasa buat assignment sampai ke petang dan disambung semula lepas terawih

23.Saya betul-betul inginkan : cuti yang panjang and duduk dirumah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : bilalah nak hilang resdung and jerawat

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : east coast mall, megamall and so on

26.Makanan Barat atau Jepun :makanan Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap : terang

28.Makanan segera adalah : makanan yang tidak elok untuk kesihatan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : mu wak assignment kat mana dah

30.Siapa yang anda mahu Tag?: sape2 yang nak jawab soalan ini

Friday, September 11, 2009

tahap kesabaran yang sangat baik

aisehhh...bisingnyalah kat foyer library ni.mari mengacau ramai-ramai tu, kenapa korang tak bawak satu kampung terus.kan senang takda aku marah sangat **nada marah ni** dengan bunyi kompanglah, pasang lagulah..nak berseni pon pegilah jauh-jauh tempat takde orang.aku nak study and buat assignment terganggu...nak je sound semua..geram betul..main kompang bergemalah library ni..tolong, cepatlah lari dari kebisingan ini..aku tak sanggup sudah..dari dapat idea terus hilang.takpe sabar ni, bulan pose.tapi jiwa ni dah serabut dah..


arrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhh ni nak menyumpah je kat budak ni..orang dah marah-marah and buat muka.lagi dia buat bising..nilah orang yang tak bertamadun. hebat sangat ke hah..seninyalah aku ni..macam tak pernah jumpa kompang nak main.

Saturday, September 05, 2009

shopping raya best+malang

jumaat 4/9/2009

seperti yang dijanjikan oleh parents aku.
nak bawak pegi kuantan shopping baju raya, kasut raya,
semuanya all about rayalah...so far amat berpuas hati shopping
tahun ni coz, my dad tak bising..tak nak balik rumah dah ke
or tak kenal jalan rumah dah..itu antara ayat femes my dad dengan muka tengah masam.
tapi tahun ni.tak da marah ke apa ke..yelah laki ni bukan suka sangat teman-teman shopping lama-lama..bayanglah dari pagi kul10 pagi hingga kul5 petang
baru kami kami semua keluar dari east coast mall. my mum pulak layan je apa yang nak beli.
nak itu ambik nak itu ambik.penuh kete kami beli barang..dah sorang bukan beli sepasang baju, kasut..2-3 pasang sekali ambik..

after shopping kami lepak rumah che tam(kakak abah) sampai pukul 6.30 cam gitulah
tengok barang-barang along(cousin laki) nak kawen bulan 12 ni insyallah, ambik baju kurung purple yang che tam kasi untuk kawen along nanti coz tema along purple.so kena seragamlah.
then sembang itu ini dengan che tam, sempat jugak selitkan cerita angah.lepas itu, parents aku pegi rumah pak hamid pulak (adik abah) ambik akok yang disuruh pak hamid belikan.
kami bagi big apple untuk anak pak hamid buka pose kebetulan beli banyak.

my mum terus memecut laju kete untuk kejar buka pose kat restoran ombak area sungai ular-cherating..sebab situ ok gak serve and makanan dia. dan terjadilah perkara yang amat malang kami sekeluarga..cewah bukan main makan cepat-cepat nak pergi terawih. kuar dari restoran tu awal sekali dari meja-meja lain. then sampai je kat kereta..semua dah masuk kereta, tak da orang perasan..abah pon kuar semula kete, dia tengok tayar kete belah driver..masya allah pancit..mmg kempis tak boleh nak jalan dah..kami pon mula mencari spare tayar kat bawah kete..hampir 30minit jugak nak turunkan tayar spare coz macam rantai spare tayar tu terlekat..dengan hujan renyai-renyai lagi..malang betul..setelah semua tukar tayar kami pon cepat-cepat pergi stesen minyak nak pam tayar..sampai rumah dalam pukul9.

Wednesday, September 02, 2009

excited balik kampung

midterm ood dah lepas...jawab je apa yang ada dalam kepala otak
sekarang buat assignment ood plak..
pahtu balik kampung...yeyahhh..
jangan jeles yea semua...

tataa umt...


orang tengah bahagia nak balik kampung,

Tuesday, September 01, 2009

merungut

pada entry kali ini aku nak merunggut je..boleh??
aku tak de mood nak studylah..lecturer aku xbagi guide apa yang nak kena baca
nak spot question pon tak tau..
dia cakap tak lebih 10 soalan, hampir 50% application
baca bab1-10..walauuuweiii
dan membuat aku tertekan lagi, mood aku sekarang nak balik rumah
homesick, hari hari duk call..bukan sekali sehari, sehari 4-5 kali
kalahkan orang bercinta je..tak cukup dengan call, mesej lagi
nak buka poser dengan family, nak beli baju raya, kasut raya
huhuhu...aku nekad nak blk jugak khamis ni...
tak kira **sambil hentak kaki dgn muka masam**
pahtu dengan sakit perut sengugut lagi..
tak tahan betul, mata macam baru lepas menangis..
so rasalah sakit + pedih mata padahal bukan nages pon, sedey je
dengan resdung yang amat teruk lagi..
asyik duk bersin..bersin dan bersin lagi..
balik rumah dapat makan best2, dapat usik baby dgn aie
dapat marah dorang suh baca buku
dapat main bola sepak dengan dorang
sebab dorang poser bukan macam kita2 ni
poser, main tetap main
dapat tido dengan dorang, dapat beleber dengan dorang
dapat bercerita dengan ma
dapat kemas rumah, cilop biskut raya ma buat
boleh demand dengan ma bulan poser, kalu dengan abah susah sikit..
apa yang pasti tak da mud nak buat pape
nak sedey2 je..tak nak layan saper2
nak diam jek..