Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2009

Azam 2010

dengan ini saya wan zaidanial bt wan mohd noor mengisytiharkan
azam tahun baru saya. kenapa saya perlu buat azam ek?
sebabnya dengan ada azam, matlamat saya akan tercapai walaupun
kadang-kadang ada azam yang terpesong sedikit. atleast dengan ada azam ni
boleh guide saya..saya takkan melakukan benda sesuka hati..betul saya tak tipu sikit pun.

antara azam yang saya nak buat pada tahun 2010 ni adalah seperti dibawah:-

1)saya nak khatam al-quran sekali lagi
-maknanya saya nak amalkan membaca al-quran hari-hari
walaupun hanya sepotong dua ayat kalu tak da masa sangat..
kalu boleh ayat yang nak saya amalkan yassin, al-mulk,
surah lukman, surah yusof .

2)selalu pergi sembahyang dekat masjid dan mengikuti kelas agama.
-saya nak amalkan sembahyang berjemaah selalu,dan hari minggu
saya nak mengikuti kelas agama lepas habis belajar nanti serta menziarahi kubur arwah tokki

3) saya nak tingkatkan cgpa saya.
-memandangkan sem ni saya dah last sem, saya akan belajar bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan lagi cgpa saya dan akan berusaha membuat fyp saya
sehabis daya saya.

4) kerja
-saya akan cari kerja dulu..tapi nak sambung master..huhuhu..complicated betol..
tengoklah mana rezeki saya dulu.

5) anak yang soleh dan taat
-saya nak jadi anak yang berguna pada keluarga saya, sentiasa mengembirakannya..
i love my family..

6) kereta
-hah ni masanya saya idam-idamkan..saya nak beli kereta hasil titik peluh saya sendiri..
buat masa ni saya target kereta vios atau pesona kot..tengoklah pada rezeki saya nanti.

7) searching pasangan
-hah ni antara yang last, selepas semua saya berjaya..barulah memikirkan secara serius..
apa yang ditakdirkan saya redha.


p/s:semoga azam saya akan terlaksana walaupun tidak banyak..janji ada perubahannya

Sunday, December 27, 2009

thank to all

first sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang wish besday kat aku..sama ada aku sempat reply atau tak. sudi juga korang semua mengingati diri aku ini. dan pada yang belanja makan, yg bagi kad, present..thanks yea..tapi tak lupa pada parents aku, awal sekali celebrate besday aku..hehehe..thank abah, sanggup menghabiskan duit yang sangat besar jumlahnya untuk baiki laptop (motherboard) aku yang rosak hari tu sebagai tanda hadiah besday aku..heheheh, sayang abah..lastly, thanks a lot...;-) XOXOXOX

Thursday, December 24, 2009

My Lovely Dad n Mum




Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku, akan slalu memuja mu
Disetiap langkah ku, ku kan slalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu


Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa


Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna

Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna

krismas days


we wish you merry christmas..
we wish you merry christmas .....
and hepy new year..

Sunday, December 20, 2009

FYP oh FYP...

hallo hallo hallo my blog...how are u???fine..ok
let to chat about my final year project..ish ish ish
tersangatlah takot, adakah sempat aku kejar..
apa yang pasti aku nak grad..penat dah belajar..
kenapa mesti wajib ambik final year project bdk2 it..dushhh dushh..
ok fine..aku dah buat sikit system tapi masalahnya ialah
takleh nak insert lagi..java class aku bermasalah..netbean r punya pasal..
aku dah check ikot jcreator tak da masalah, tapi bila run kat netbean ada masalah
macam mana nak sattle ni..aku target nextweek dah nak tunjuk kat
dr.suzuri page depan, page customer register dgn report customer..
second week plak aku nak buat page admin upload video dgn page customer view video..
i never2 give up to try my best netbean..gile kentang, cuba bayang explore sendiri tu,
nak buat sistem ni..aku tabik spring r, sape yang dapat buat complete..
ok, sekarang dalam kepala aku dah ada nak buat camne sistem ni..
macam mana perjalanan sistem ni..tapi aku perlukan sedikit lagi masa nak explore..
sape yang tau netbean ajarlah aku ni..aku nak guna cara hafriz tak pandai..
aku dah try masa cuti sem baru ni kat rumah..damnn..so netbean je baru nampak camne..
oklah..bukan berlagak tapi betul, jalanlah jugak dari langsung tak jalan..

Tuesday, December 01, 2009

holiday with bff


saya tak nak cite panjang lebar sangat,
juz nak sidai gambar je kat ampaian blog ni..
saat yang paling saya suka sekali dapat karaoke.
tapi tak tahan dengan member saya dua orang ni
iaitu ajar and ina, mula2 bukan main cakap
aku tak nak karaoke dosa, aurat..aku nak tengok wayang
cis aurat konon, last2 dia yang rampas mic dari kami..
saya dah agak dah..sure takde malu punya..
oklah jugak holiday ni..tapi banyak buang duit je..hehehe
best tak dapat tido kat ampang, walaupun serba kekurangan sikit...
kita masak apa yang ada dlm peti ais..korang tau tak makanan tu tah zaman bila..
saya pon dah tak igat..heheheh..main bedal je semua..
saya tak nak gitau nanti sume tak nak makan...heheheh

jap2 nak setting camera lu...ok fokus..


time tu karaoke...ibu2 bapak2 siapa yg punya anak bilang n bla bla bla


na cepat masuk..jgnlah malu2...


apa yang lucunya ina..dapat jumpa jaafar ke..ehem2..sakit tekak r pulak


hye korang kat lif pon nak bergambar..sian pulak aku nengoknya...

apasal hana senyum je karaoke yang aku muncung sedepa..heran pulak..