Hisap Jari

1) Lebih tiga suku bayi gemar menghisap jari sehingga ke usia setahun.
2)Tabiat ini dilakukan lantaran rasa seronok, dan mententeramkan diri sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan masalah emosi lain.
3)Pakar kanak-kanak bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.
4)Bagaimanapun kira-kira 15 peratus kanak-kanak akan terus menghisap jari selepas usia lima tahun dan dalam keadaan inilah ia boleh mencetuskan masalah perhubungan sosial dengan rakan sebaya apabila sudah masuk sekolah.
5)Tabiat ini boleh mencetuskan masalah gigi apabila berlanjutan sehingga lima tahun, bila gigi dewasa mulai mengambil alih gigi susu. Ia dikatakan boleh menjejaskan masalah mengunyah dan masalah lain kepada jari seperti kulit kering dan jangkitan kuman.

bagi ibubapa jangan kuatir dengan baby anda yang hisap jari..xda masalah r, aku ni dari lahir sampai darjah 5 hisap jari..xda pape masalah kesihatan pon..cuma gigi jelah tak cantik sikit..
dari pengalaman aku, memang best sangat hisap jari..kadang2 punya malu sampai menyorok balik bantal busuk nak hisap jari..kalu tak hisap jari time nak tido memang tak sah..rasa tak lengkap je..sampai jari aku ni kecut, punya lama sangat hisap jari..lagi satu tabiat aku hisap jari sambil mengentel bantal busuk..tersangat-sangat best..kadang2 besar2 pon masih terbawa2 mengentel bantal..

dania amidala:mood yang baik

Comments

Popular Posts