resepi buat sahabat diperantauan

resepi ni ditujukan khas buat sahabat aku yg berada diperantauan..moga2 dapat membantu..sedapnya tak tahu..nilah resepi yang aku biasa buat duk kat rumah, walau tak seterer beliau dalam masakan..ngeee

masak ikan/telur/ayam masam manis

bahan-bahan:
ikan/ayam/telur
cili boh/cili kisar
bawang putih
bawang besar
sos cili
sos tomato
garam
gula
air
minyak masak
**nak tambah sedap tambah daun limau purut

cara-cara:
1) goreng dahulu ikan/ayam/telur sehingga masak
2)panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk atau dicincang halus sehingga naik bau
3)masukkan cili boh/cili kisar dan tumis sekejap
4)masukkan sos cili,sos tomato dan air, kacau sehingga sebati dan pekat
5)masukkan sedikit garam,gula dan daun limau purut jika ada
6)masukkan bawang besar yang dihiris bulat-bulat
7) sedia untuk diletakkan kuah diatas ikan/telur/ayam yang dimasak tadi
8)masa untuk menikmati


makaroni mayonis

bahan-bahan:
makaroni
mayonis
serbuk lada hitam
sayur seperti tomato, lobak merah, dan sayur-sayur lain yang disukai dipotong dadu
lada hidup dipotong halus
garam

cara-cara:
1)rebus makaroni sehingga lembut
2)toskan makaroni dan letakkan di dalam satu bekas
3)masukkan sayur-sayur yang dipotong, lada hidup dan mayonis. gaul sehingga sebati
4)masukkan serbuk lada dan garam. gaul sehingga sebati
5)masa untuk menikmati. lagi sedap makan sekali dengan sos cili.

dania amidala:resepi lain berserta gambar resepi akan diupload dari semasa ke semasa..line mcm siput nak upload picture..selamat mencuba

Comments

Popular Posts