Diet oh diet

hah entry kali ni dania nak berkongsi tip diet. Tip diet ni untuk dania dan naim terutamanya dan sapa-sapa yang rasa nak diet. Okiesss. Bukan apa sejak dua mejak ni, aduhaiii rasa macam gemuk ja. Dah ada naim yang sekepala, selalu ajak jalan-jalan cari makan. Tapi yang penting sekali ada Mr.Sayang yang selalu bawak dania g makan-makan. Order bukan main banyak lagi, last-last nak taknak terpaksa dania habiskan jugak. Dah terasa kebuncitan perut, rasa dah ada spare tayar dengan lebihan lemak-lemak dan paling penting rasa macam berat ja. Paling ketara suar yang dania selalu pakai tu, memang kena pakai belt tup-tup tak payah pakai beb. Memang sedang molek bila pakai, takyah nak risau suar tu akan terlondeh. Tidakkkkk. Berat dania pom dah naik, memang nak chubby ni. Nilah masalah dania cepat sangat naik dan cepat turun. Dari sehari ke sehari dania nak diet tapi asyik tak jadi ja. So jom kita amalkan tips ni, dan diharap semangat naim pom sama. Tidak mengoda dania hari-hari ajak makan.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

sumber tips berdiet:http://pakarhowto.com/tips/tips-diet-untuk-kuruskan-badan.html

dania amidala:mendapat dua berita gembira iaitu kak sal my cousin selamat deliver new born baby hari ni dan about future mylife. **winkkkk....Dania akan pulang ke kampung halaman hari ni lepas balik kije. yahoooo

Comments

Cik Areja said…
tips ni aku biase dengar da.. selain dari yg ni? ade tak diet yg mkn ape saje dan tka payah senaman.. then bole kurus? ahhaha
Dania said…
hak tu aku x g nuntut lagi jar...kan ada aku upload...jem gemok leni..rasa nak nguyap ja sokmo..
Fadhlina Zahra said…
ala dania tu nek sket xpela...br bertambah cntik.kalo kurus sgt xcntik.asalkan jgn lebih brt bdn ideal =)

Popular Posts