Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 29, 2010

new diary

mulakan hidup baru, buka diary baru..yeahhh itu yang pasti..bak kata ucah..mel muda lagi, cantik lagi. cute lagi, cerdik, keluarga yang baik2...mel boleh lagi kecapi semua tu nanti..apa yang penting mel fokus pada kehidupan..stable kan dlu kerjaya, kewangan..yess itu yang akan aku lakukan ucah..mel takkan susahkan hati abah n ma sebab bnda ni..hihihi..

teringin nak kije lepas je praktikal supaya aku tak kebosanan..tapi tempat yang dapat tidak kena dengan jiwa aku..sapa tau2 kije dekat putrajaya..aku teringin nak kesana..yang aku tau banyak company it kl, kedah, penang..aku takkan pergi ke kedah and penang, itu yang terbaik..putrajaya mabye the right place for me..hope ada rezeki disana..bukan aku demand memilih tempat or salary..tapi aku pergi juga melibatkan jiwa aku..merawat kelukaan..aku pergi keseorangan tanpa ditemani parents aku..ni adalah 1st time aku jauh dari family..aku taknak baru kije 2-3bulan dah balik kampung..kesianlah family aku..moga2 allah murahkan rezeki aku diputrajaya tu..huhuhu, nak kije kat situ tau..

nak kerja pom susah, nak study pom susah..semua susah..semua kna ada keputusan..bestnya kalu jadi baby..xda nak rsa smua tu..yg tau nangis time lapar, nak tido, nak tkr pampers..tu je..kalu tak dapat kerja adakah aku sambung study??ayat yang paling best..aku nak sambung study tapi for sure kena cari penaja semuanya..dari segi penginapan, mkn minum, belanja, yuran pengajian..coz my daddy dah pesan awal2..abah tanggung mel study sampai degree je..kalu nak sambung master guna duit sendiri yea..bkn nak halang mel study, tapi sebab adik2 ada lagi yg perlu abah tanggung..huhuhu..insyallah moga2 tercapai impian aku nak sambung master, walau bkn master diluar negara lg seperti janji yang tlh dikotakan yang tidak dapat ditunaikan..yang pasti aku akan terus misi ini untuk sambung master di dalam malaysia...jnji ada master..insyallah bila kewanganku ok..itu impianku dizaman kanak-kanak lagi..nak masuk universiti..nak sambung master..

apa pulak dengan boyfriend aku ni..adakah aku boleh membelinya lagi..huhuhuhu..boyfriendku kenapalah engkau mahal sangat..aku teringin memilikimu, dari zaman diploma smpai degree lagi aku simpan duit hanya untuk memilikimu..senang nanti kije, takda susah and terlalu lambat untuk aku milikimu..arggghhhhh vios idamanku..bilalah aku dapat memilikimu..moga aku dimurahkan rezeki, segala cita-cita, impianku tercapai..moga allah murahkan rezekiku..aminn

dania amidala:tertekan nak kije

Tuesday, June 22, 2010

abah dan ma

entry kali berkenaan luahan rasa kasih seorang anak pada ibubapanya

saya sayang abah dan ma saya..mereka begitu bernilai dimata, dihati, dijasad saya.Tanpa mereka tiadalah saya. Walau saya pernah selisih faham, gaduh, memerli, mengusik, bergurau senda ibubapa saya tapi jauh disudut hati saya. Saya mengagumi mereka dan menyayangi mereka..Tiada siapa boleh menandingi mereka. Kasih sayang mereka begitu kuat pada saya dan adik-adik. Sehingga kemana-mana, apa yang dikehendaki, apa pilihan saya mereka ikuti. Dan jika keputusan saya salah mereka akan memberi nasihat dan suruh saya tinggalkan. Terima kasih abah dan ma, apa-apa mesti mereka akan protect saya dan adik-adik. Walau kadang-kadang saya rimas apabila diperlakukan seperti budak kecil tapi mereka buat ada tujuan. Terima kasih abah dan ma, mereka memang adalah ibubapa yang terbaik. Mereka nampak semua apa tindak tanduk anak-anaknya, walau kadang-kadang aku rimas dengan tindakan dan halangan mereka. Tapi akhirnya aku faham, tiada ibubapa ingin melihat anaknya sakit, kecewa, derita. Terima kasih abah dan ma. Mel sayang abah dan ma sampai bila-bila, kasing sayang, pengorbananmu tidak mampu untuk mel balas. Terima kasih menasihati mel, memberi semangat pada mel. mel sangat perlukan abah dan ma untuk segala-galanya. We love abah dan ma. semoga abah dan ma sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurah rezeki, dipanjangkan jodoh, diberikan kebahgiaan, diberkati oleh Allah S.W.T..Tiada siapa yang boleh menandingi kasih abah dan ma kepada mel dan adik-adik.

Terima Kasih Abah dan Ma


dania amidala :mel sayang abah dan ma T_T, now mel akan ikot segala kata, kehendak abah dan ma..apa yang terbaik abah dan ma lakukan untuk mel

Sunday, June 20, 2010

umt+tati+anganku

pejam celik pejam celik rupanya dah nak habis latihan industri aka parktikal aku ni..dan habis je praktikal nanti, aku akan melangkah ke satu fasa baru kehidupan aku iaitu alam pekerjaan lepas tu kawen..back to story..tak sangka cepat benar aku menghabiskan sisa-sisa degree aku di umt selama 3tahun..rasanya cam baru je masuk, tup-tup dah nak grad.. alhamdulillah syukur pada tuhan dengan limpah rezekinya aku dapat habiskan degree tanpa kecundang ditengah jalan..walau hati berkata aku tak larat, aku tak mampu nak teruskan lagi study ni..syukur padamu ya allah..terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang sudi membantu, mengajarku, mengenjoykanku sepanjang di umt..budi baik kalian tetap diigati...tidak mungkin akan kulupakan..dan terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi memberikan kepahitan padaku sepanjang study di umt..budi anda tidak mungkin akan kulupa sampai bila-bila.


dan praktikal di tati sangat-sangat best..terutama untuk semua staff di kolej universiti tati..memang aku igat sampai bila-bila.antara dekan, pensyarah dan staf sokongan dan aku (student praktikal), mereka tidak pernah membezakan pangkat..sangat enjoy, macam kawan pon ada.time yang paling best, sentiasa ada makanan free..kekekeke..dan terima kasih diucapkan pada semua staff yang mengajarku ASP samaada secara langsung dan tidak langsung penglibatan mereka..akhir sekali terima kasih pada dekan yang sudi membuat jamuan perpisahan student praktikal dan hadiah..thank a lot..

habis je praktikal nanti, aku harap mendapat job.tak kisahlah..janji tak menganggur..dapat kerja leh aku beli vios..harap termakbul r..tak sabar nak pakai kereta sendiri, ada rumah sendiri, ada baby sendiri..opssss...oklah sekian dulu..

dania amidala:mataku asyik mengantok+kesejukkan=need haba+katil

Monday, June 14, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

dania amidala:terasa kena dengan kehidupan sendiri this song...

Saturday, June 12, 2010

kl datang

khamis lepas aku pergi kl..berbaloi-baloi jugak pergi kl..boleh hangbeg baru..lain yang nak lain yang dapat...*kasut yang aku nak..thanks to my mum belikan hangbeg kat one utama dan tudung syria yang memang lama nak beli dengan kain cotton utk buat baju kurung..kehkehkeh..walaupun tau aku bukan suka pakai hangbeg, tapi siyes sian jugak kat my mum..mhl sangat handbeg tu dlm rm100++...dah berbelah bahagi, last2 mymum suh jgk beli..huhuhu..jalan-jalan r kat one utama sementara tunggu along and kak sal balik kije nak g lepak kat apartment dorang..actually aku pergi kl sebab ada interview..tapi tak tau r dapat ke tak..gila babun soalan test, tebal nak mampos..malas gila nak jawab..siap suruh mum and auntie tlg jawabkan..hehehe..cakap java je test..rupanya semua masuk..erdlah, dfdlah,codinglah,javascriptlah..definitionlah..kalu ku tau semua soalan aku print out..tapi yang nak interview aku tengok semua duk meniru..duk msg2, then tulis jawapan..hehehe..sudah jawab test, sesi interview..mujur dlm bm..kehkehkeh..aku pon duk introduce r diri n apa2 dia tnya..sampai satu tahap, dalam hati r cakap malasnya aku nak cakap kat orang ni..bosan dah..rasa boleh nampak muka aku yang kebosanan..wahahaha..tapi xpalah..pengalaman..tapi siyes macam tak kena je kije tu dengan jiwa aku..jauhlah..huhuhu..pasti nanti susah aku..tambah-tambah part nak tido and makan..

satu babak aku tengok baby macam sedih je, cakap aku nak kije kat kl..sedih je muka dia..kehkehkeh..sure tak dapat tido dengan dia lagi..padahal saje je aku nak test baby camne..sayang jugak dia kat aku..walau hari-hari duk gaduh je dengan dia..berebut air milo batu yang dia buat, usik hantulah..hehehe...sanggup berbogel takot nak ambik baju kat atas..buat batal puasa orang je baby ni..

dania amidala:nak g rumah tok main dengan aqeel, daniel, damia, arissa, mica,dini..huahuahua