Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 28, 2010

Hangin betul aku..

sekarang ni dania amidala sudah merasa ketensenan yang melampau. Rasa nak mejerit kuat-kuat, nak cakap sorang-sorang, nak ambik barang kaca lepas tu lepas kuat-kuat sampai berterabur kaca-kaca. Antara sebab-sebab dania tensen

1)Gaji - silalah masuk, dania amidala sangat mengidam nak makan kek secret resepi

2)Baju - baru beberapa hari dah kena basuh baju yang sebakul banyaknya. dah basuh kena lipat pulak. Tak boleh ke sangkut je terus. Tapi almari nak sangkut tu tak cukup pulak

3) Tilam - dah 3bulan bukan 3hari yea, dania amidala terpaksa tido atas toto..sakit badan-badan tau..nak katil plezzzz...

4)Coding - coding silalah jadi, tersangat-sangat tensen udah..buat kat local jadi, buat kat server tak jadi. Nak akta salah transfer fail, dah cek satu-satu. yang ni stress yang agak melampau.
5)Kawen - Takleh ke postpone dulu kawen, igat benda main-main ke. bukan sehari dua nak kawen, selamanya. Jadi silalah bersabar..stress tau kena paksa-paksa ni..Sakit fikiran nak buat onar.

6)Laptop - huhuhuu tak leh nak kasi laptop ku pada sesiapa. sentimental value sangat-sangat. Nyawaku, tolonglah faham..bukan gila kuasa tapi yang pasti sangat-sangat sayang laptop hP ku..arghhhhh kaulah kekasihku..

7)Traffic Jem - asal balik je kije mesti jalan nak ke the mines, BTS, Stesen Sg.Besi tu jem. Boleh tak ikot Q masing-masing.Jangan nak potong line orang je. Kalu lambat buat cara lambat, ikot hati kalu aku bawak kete kebal dah lama aku langgar je semua yang potong Q. kalu korang tak potong Q elok je jalan. takdanya traffic jem.

8)Tandas - aku cukup hangin tengah mandi-mandi, syok duk lalallala dalam toilet tetiba...dum..dum..dum..aishhhhh..tunggulah sampai orang siap mandi..potong stim betul..ni paling pantang. Rambut tak basah lagi dah ada gangguan luar. Dan lagi satu bila tandas kotor. Aku paling-paling benci..yakkkssss...

9)Control - aku cukup hangin kalu orang yang tak da pape dengan aku, tetiba nak control aku.. lu apahal..aku tak kacau ko, ko jangan kacau aku. aku ni bukan bini ko, so janganlah jg tepi kain aku. Panas betul, Belum apa-apa dah nak control. Plz, not my taste..nak caring-caring pom tengok tempat jugak.

10)Kianat - aku cukup tak suka orang jenis kianat kepercayaan aku ni. Skali aku set mind camtu mmg susah r nak ubah. Sebab aku bukan pedendam tapi akan igat sampai bila-bila. Igat tu!!!..Say sorry r lepas tu. Aku takkan percaya sampai bila-bila dah. Aku igat setiap kata-kata kau.

dania amidala:mood dalam tertekan dengan masalah coding ni

Wednesday, September 22, 2010

Produk Kecantikan Blacklist

Jom sama-sama kita usyar produk-produk kecantikan yang tidak boleh digunakan oleh kita, terutama untuk kaum hawa yang sentiasa menggunakan produk kecantikan. Aku terpanggil untuk memyenaraikan kerana aku dengar ura-ura yang menyatakan produk tia amilia tidak boleh digunakan. Ini kerana aku adalah pengguna produk tersebut bagi menghilangkan jerawat yang menjadi sahabat setia aku sejak 2tahun. Tanpa tia amilia jawabnya tak tahulah cek nak habaq. Jerawat ni muncul akibat aku mempunyai resdung yang amat dasyat kalu tidak makan ubat dan tidak berpantang larang. Ok stopppp, fokus pada tajuk asal, meh sini aku senaraikan list produk-produk yang tidak boleh digunakan dan disenarai hitam oleh kementerian kesihatan itu:

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
**Tia Amelia Krim Jeragat (Produk dania amidala pakai tapi bukan krim jeragat)
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG

sumber daripada: http://bibpunyablog.blogspot.com

dania amidala:semoga dapat membantu mana kaum hawa yang tidak tahu dan tengah menggunakan, cegah sebelum menjadi penyakit

Jom Karokkk!!!



salam untuk kekasih -nadia

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih… sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

dania amidala: jom sama-sama kita karok, tapi janganlah pulak sedih karok lagu ni..be strong okies..hahaha

Tuesday, September 21, 2010

Kekasih keduaku

Betapa sayangnya aku pada kekasih kedua yang selama ini pernah bertakhta dihatiku ini. Walau kekasih kedua, aku cukup menghargainya. Terlalu special dia dihatiku.Tak terluah sayangku pada kekasihku ini, dialah intan payung, nyawaku.. Dan kerana dialah aku berjaya sampai ke tahap ini sekarang. Sayangnya nak bagi kat mum aku guna. Cabaran yang sangat hebat untuk aku berikan pada mum aku. Aku tak sanggup untuk berkongsi dan merelakan orang lain sentuh walau dalam keterpaksaan. Kalaulah boleh tukar, aku rela kasi laptop ofis aku kat mum aku. Kalu bagi laptop baru pom aku tetap nak laptop sekarang ni tau. Betapa berharganya laptop tu disisi aku. Dialah peneman aku dikala suka, duka, gembira, sedih. Terlalu banyak kenangan yang telah aku kongsikannya selama 2tahun setengah. Walau 2tahun setengah tapi kenangan itu amat bermakna. Walau buruk dah laptopku, aku tetap sayang dia. Boleh sasau takda laptopku ini. Aku terlampau sayangkan laptop ni sebab satu beli dengan citarasaku sendiri berbanding dengan laptop masa diploma dulu. Tapi terpaksalah redha sebab tanpa duit abah, aku tak mampu memilikinya. Jadi dalam keterpaksaan kenalah merelakannya juga. Kalu ma tak jaga betul-betul laptop mel siap r. Memang mogok r. Mel bagi tempoh percubaan sebulan, kalu tak pandai jaga mel ambik balik. Tak kiralah. laptop tulah nyawa mel, susah nak cakap. Sebab mel bila sayang sesuatu, mel susah nak lupa begitu saja. Ma jangan kasi baby, fitri or adda main laptop mel. Jaga betul-betul tau..huhuhuhuu..sedih gile..Sekarang ni aku terpaksa buat backup semua data-data dalam laptop aku. Memang berdebar gila-gila bila backup data dalam laptop aku. Semua sejarah dan kenangan-kenangan lama akan muncul kembali. Aku betul-betul takot kehilangan data-data tersebut. Hanya dalam laptop itu je yang aku ada. Tapi takkan nak bagi kat ma dengan tak delete data-data. Takpa nanti aku kaya, aku beli laptop baru kat ma, then bolehlah laptop hp aku ambik semula..hihihi..Igat ma, JAGA BETUL_BETUL LAPTOP HP MEL TU!!!!!!

dania amidala: sedihnya rela dalam keterpaksaan melepaskan dan memberikan kekasih hatiku pada orang lain, sangat-sangat tidak sanggup menghadapinya..igat jaga betul-betul tau

Sunday, September 19, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

dipetik dari sumber: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776


dania amidala:kuatkan iman, cekalkan hati jika itu sudah tertulis jodohmu..dia adalah yang terbaik yang telah diaturkanNya



Saturday, September 18, 2010

money..money..money

awal bulan nanti aku nak guna duit untuk

1)pasang tinterd cermin kete
2)perfume dkny
3)hulurkan pada abah dan ma
4)apa lagi menabunglah untuk membina masa depan aku, insyallah..harap dipermudahkan..

bilalah aku dapat kije belah pantai timur ni..nak sangat kije kat kemaman..aku dah penat duk jauh-jauh. Aku perlukan family aku untuk aku kuat, untuk aku tabah..mel nak kije kat kampung..biarlah orang cakap katak bawah tempurung pom kije kat kampung sendiri. Janji mel bahagia.

dania amidala:sangat homesick

Wednesday, September 15, 2010

BRUXISM aka mengesek gigi

post kali ini aku taknak sentuh about hari raya aidilfitri, tapiiiiiiiii berkenaan habit bila tido..Korang-korang semua pernah alami tak macam aku iaitu tengah tido-tido tanpa tuan badan sedar, yang dia sebenarnya tengah mengesek gigi atau ketap gigi. Yang amat tidak tahan, sapa-sapa partner yang tido sebelahnya..memang tak leh nak tido r, kalu bunyinya slow tak pa jugak kan, ni bunyinya sangat kuat. Kalu letak jari mahu putus jari tu. Tapi seriously aku yang tiap-tiap malam duk mengesek gigi tu, tak sedar pom bila aku lakukan aktiviti camtu. Melainkan partner sebelah aku kejutkan ke. Tu pom aku sekadar mengalihkan badan ke posisi lain.hihihi..almaklumlah aku, bom meletop pom tak dengar bila dah tido.

hah ni aku nak share, baru-baru ni aku termimpi gigi aku tercabut akibat dari tiap-tiap malam asyik mengesek atau mengasah gigi. Serious memang gigi aku amat tajam bahagian rahang, macam vampire pom ada, tajam gile. ok back the story yang pasal aku mimpi tu. gigi aku hampir 60% tercabut atau lama-lama mengesek gigi dia jadi makin pendek gigi tu. Last-last tak da terus gigi aku..uwaaaaa memang cuak giler time tu. Aku bangun-bangun terus pergi cermin tengok gigi aku. Haru jugak kalu tak da gigi, jatuhlah saham beb. Umur dah tua tapi takda gigi. Budak-budak takpalah jugak.

Sampai dalam mimpi aku bila tau gigi aku tak da, yang lagi takleh blah gigi depan aku takda. Aku apa lagi terus pergi jumpa dr. gigi. Aku ni cukup-cukup fobia kalu bab gigi. Satu hal sebabnya aku takot jumpa dr. gigi, satu aku ni anti betul kalu gigi tak da. memang jem, muka punya hensem, cantik dan bergaya last-last bila sengeh gigi takda..aduhhhh potong stim betullah nak ngorat..hahahhaha..

ni aku try search kat pakcik google, kenapa dan sebab-sebab mengesek gigi. sila klik untuk dapatkan maklumat berkenaan penyakit ini.

dania amidala:melayan cite gelora di hati sara 2

Monday, September 13, 2010

target

hari raya masih lagi ada, tapi sebagai pekerja yang makan gaji terpaksa aku pulang ke kl untuk memulakan tugas kembali..uwaaaa sangat-sangat tidak best.. terasa begitu pantas masa berlalu sepanjang balik kemaman. siyes aku cakap tak cukup cuti..pejam celik pejam celik dah kena pulang ke kl..banyak benda lagi nak buat kat kemaman tapi keadaan tidak mengizinkan..sesungguhnya aku sangat-sangat merindui kampung halaman yang tercinta.. terasa bila pulang ke kampung baru dapat bernafas dengan lega..ehehehhee..emo r pulak, homesicklah..target aku lepas raya ni nak marathon ganti puasa selama 7hari...yeahhhhh..sapa nak join dipersilakan..kan kita boleh raya semula..amacam, ok tak??hihihi..dah yang kedua, aku nak membesarkan badan..chayook2..tolonglah aku merasa sangat tidak best dengan badan sekarang..siyes makan sudah banyak tapi makin lama makin turun berat.. adakah disebabkan ketensenan, kemurungan..huhuhu..tahlah..chayook2, tak naik 48kg 45kg jadi lah...paling ketara baju2 kurungku yang selama ini aku pakai semua besar..kena cari ni tips-tips untuk meningkatkan berat badan..

dania amidala:saya nak tambah berat badan..

Saturday, September 04, 2010

suasana aku pabila tiba hari raya

kamu kamu semua tahu kenapa saya suka sangat balik kampung kemaman??
tak kisahlah balik kampung sebab raya ke, sebab pape. Tapi yang pasti sangat best dan meriah.
ok saya nak share sumthing suasana raya aidilfitri di kampung kemaman aka belah family my mum..

kebiasaanya pada malam raya atau dua hari sebelum raya, semua family dah balik rumah tok..so kitaorang family akan buat buka pose ramai-ramai. samaada tempah siap2 makanan atau masak sendiri..tapi kalu masak sendiri biasanya dorang semua dah dibahagikan tugas..contohnya family mak long kena masak apa, family mak ngah kena masak apa sampailah ke family aku dan family sucah yang last sekali. petang tu, kitaorang pom bawak makanan masing-masing..pasang meja panjang yang panjangnya 4kereta boleh masuk dalam garaj kete tu..so faham2lah panjangnya..lebih kurang macam kenduri pulak kalu berbuka pose ramai-ramai..al maklum r cucu-cucu haji manaf dan hajah chik ni ramai..tu tak termasuk cicik dengan mak ayah kitaorang lagi..ok lepas je kitaorang berbuka ramai-ramai kat garaj kereta tu, kitaorang akan sembahyang magrib, isyak dan terawih beramai-ramai dalam rumah tok..sampai dua peringkat level sembahyang tu..syok tau..bagi yang tak boleh sembahyang pulak, ditugaskan kemas pinggan mangkuk yang berbuka tadi..hahahha..masalah curi tulang disini takkan muncul.sebab rasanya dah tanggungjawab kot..ni untuk 2hari sebelum raya.

untuk malam raya pulak, petang-petang tu ayah-ayah dan sepupu2 yang laki sangat-sangat sibuk berbanding yang perempuan. sebab dorang ditugaskan bakar sate untuk buka pose dan hari raya esok..time ni memang kemuncaklah bestnya balik kampung. tak join memang satu kerugian tau..time tulah boleh beramah mesra, bergurau senda..lepas buka pose semua dan solat jemaah ramai-ramai..agenda meletupkan berbagai-bagai bunga api, mercun..aksi ini agak bahaya tapi memang enjoy..sponsor terbesar bahagian bunga api and mercun adalah ayah da..memang banyak gila r beli..xhabis main kat rumah tok, malam tu kitaorang balik rumah dalam pukul 11.30malam sambung pulak main kat rumah..kekekeke..dan malam tu jugak mak-mak ayah akan bertukar hadiah.. contohnya seperti baju-baju raya dan sebagainya..

ok untuk pagi raya pulak, biasanya bangun pagi2 bersiap, aku dan family tak pergi lagi solat hari raya so kami akan bermaaf-maafan dan ambik gambar dengan ma abah dan adik beradik before pergi solat hari raya. lepas semua dah siap, kami sekeluarga akan ke masjid, lepas solat masjid..semua sepupu2, mak ayah, tok akan berkumpul kat pusara arwah tokki kat jabur kabur.. time tu memang sedih sangat-sangat..lepas balik dari kubur, semua akan ke rumah tok. acara nilah yang ditunggu-tunggu semua..kumpul ramai-ramai saudara mara, kitaorang akan takbir dulu..time tu aku tak boleh tengok tok..pasti sedih..mesti tok teringatkan arwah tokki..lepas takbir..mak ayah dan sepupu yang nak kasi duit raya akan bersalam-salam dlu dan dorang ambik port khas utk bhgi duit raya..so yang kecik sekali smpailah yang besar..yang belajar U atau tak bekerka lagi..akan beratur untuk menadah tanganlah..apa lagi kan..lepas siap-siap kasi ampau semua..masa ditunggu-tunggu untuk ambik gambar family..lepas siap semua, kalu sempat kitaorang akan makan dlu..biasa menu rumah tok, sate dan nasi dagang..dah ready semua, kitaorang semua akan konvoi ramai-ramai ke rumah tok-tok sedara pulak..

ok agenda bila sampai rumah tok-tok saudara pulak, sampai je kitaorang salam-salam dan duduk terus takbir dan baca doa..lepas tu barulah nak mengisi tangki..dah siap semua salam-salam ke rumah tok saudara yang lain pulak..kiranya sampai pukul 2-3 petang jugak baru siap satu kemaman round rumah tok-tok saudara semua..time tu semua dah keletihan..sampai je rumah tok terus tidolah apalah..macam-macam aksi dah..tapi family aku tak habis lagi..kalu kitaorang larat, kitaorang akan ke beserah kuantan pulak..beraya belah family abah..tapi kadang-kadang raya ke2 pagi baru pergi kuantan..tengok atas kelaratan kitaorang satu family r..
itulah agenda kami sekeluarga pabila hari raya..that why aku suka sangat-sangat balik kampung..

tu part bila hari raya, tak masuk part bukan hari raya pulak..ada masa aku cite part bukan hari raya pulak atau majlis-majlis lain.

dania amidala:harap raya tahun ni, lebih gembira walau aku dah hilang sesuatu raya tahun ini berbanding tahun lepas atau 4 tahun lalu..

Thursday, September 02, 2010

Marilah bermaafan



SeLaMaT hArI rAyA aIdILfItRi...
mAaF zAhIr DaN bAtIn...

asalnya aku nak buat ucapan raya panjang lebar, tapi.....
disebabkan keadaan tengah hot dan marah sekarang ni..jadi pendek je ucapan kali ini..
minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
pada sesapa yang mengenali aku, yang dekat, yang jauh..
ada 5 orang yang aku betul-betul nak minta maaf..sebabnya terlalu banyak dosa aku buat pada mereka semua..

1)hajah chik binti yahya
2)wan mohd noor bin wan abdul rahman
3)nooraini binti abd manaf
4)wahyu elisa
5)muhammad amjad **tapi dengan awak saya rsa banyak sangat dosa saya..dari sekolah menengah saya nak minta maaf dengan awak tapi disebabkan ego saya..saya tak pernah luahkan..walau terang lagi bersuluh saya yang bersalah..tulah akhirnya saya merasa apa yang awak rasa dulu..maafkan saya