Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, October 31, 2010

Disaat Aku Mencintaimu



Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............


Dania amidala:sangat best layan lagu ni

Cuti-cuti Cinta


Asalnya semalam aku kuar dengan mizi nak layan the rise of mummy and makan-makan tapi agak lewat cite tu start dalam pukul 7 malam. Mizi pulak berlagak, cite melayu tak layan. So dalam keterpaksaan dia terpaksa melayan kerenahku dengan layan jugak cuti-cuti cinta..kehkehkeh..thanks tau mizi belanja makan and movie..Dengan tak biasa datang mid valey. Next time dania pergi damansara pulak. Kita melepak kat sana yea. Mujur cite cuti-cuti cinta tak da bosan sangat, ada jugak part yang kelakarnya..hihihi..Gelak gile aku dengan mizi..Aku rasa dalam panggung dengar suara aku dengan mizi je gelak.
Cuti Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib.

Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain iaitu Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau.
Dania amidala:weekend ni memang enjoy, pergi tawaf damansara-bandar tasik selatan sebanyak 2x, putrajaya, alamanda and mid valey.

Friday, October 29, 2010

Dugaan

Dugaan..dugaan..dugaan..kita selalu mengeluh dan terasa lemah apabila dugaan selalu datang pada kita. Tapi apabila kita fikir pada side positif, bersyukurlah kita didatangai dugaan dan ujian kerana Allah Taala masih sayang, masih mengingati kita. Walau kadang-kadang kita susah untuk adopt dugaan yang terpaksa dilalui. Kita tak fikir panjang yang sebenarnya dugaan tersebut adalah untuk menguji tahap kesabaran, kekuatan, keimanan kita. Setiap berlakunya dugaan tersebut pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja setiap terjadinya dugaan.

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)


Sering kali diawal-awal mendapat dugaan ini sering bertanya kenapa Allah kasi dugaan yang begitu berat padaku. Dugaan ini tak kira dugaan kesenangan ataupun dugaan kesusahan. Aku bersyukur sekiranya diberi dugaan kesusahan berbanding dugaan kesenangan. Aku amat takot apabila mendapat dugaan kesenangan kerana apabila aku senang, semua benda dapat dicapai dengan mudah aku makin lalai, makin lupa pada sang pencipta dan hidup dengan tidak tenang. Berbanding dugaan kesusahan, aku berasa lebih dekat pada sang pencipta, sentiasa mengadu, sentiasa sujud padaNya. Betapa jahilnya diri ini apabila terjadi sesuatu masalah baru mengadu pada Allah. Alhamdulillah Allah menguji aku, dimana setiap cita-cita, angan-angan yang aku impikan tidak akan aku perolehi. Jika dipenuhi pasti ada keburukan berbanding kebaikan. Allah ingin melihat aku menjadi seorang yang cekal, kuat, tabah dan bangun semula. Ya Allah aku memohon padamu kau lindungilah aku, kau kekalkanlah iman aku, kau jadilah aku seorang wanita dan anak yang solehah.

Sebenarnya aku tidaklah pandai sangat untuk berkata-kata apatah lagi menulis benda alah ini. Tapi aku ingin berkongsi. Apabila kita diuji dengan dugaan janganlah menangis, janganlah mengeluh, janganlah rasa marah, janganlah rasa kecewa tapi terimalah dengan hati yang redha. Ingatlah bahawa setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmah. Seperti surah al-Insyirah berkata

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Marilah kita renung-renungkan bersama. Insyallah...
dania amidala: Ya Allah Ya Tuhanku kau jauhilah aku dari iri hati, hasad dengki, Kau jauhilah sifat-sifat negetif dalam diriku dan kau tanamlah sifat-sifat yang baik dan kau lindungilah aku dari sebarang kejahatan. Kau jadikanlah rujukan aku sebagai al-quran dan sunnah-sunnah nabi dalam melayari kehidupan aku. Cekalkan, tabahkanlah, kuatkanlah semangat aku dalam mengharungi dugaan ini. Aminn

Thursday, October 28, 2010

Wanita - Dehearty


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

dania amidala: berjuta-juta kali aku mendengar lagu ni tapi tak pernah rasa jemu dan semakin merendah diri, rasa betapa kerdilnya diri ini. Ya Allah kau lindungilah aku, adik-adikku dan keluargaku. Dekatkanlah hatiku padamu Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Janganlah Kau pudarkan imanku, janganlah Kau palingkan hatiku dari mengingatimu, janganlah Kau tutupi pintu hidayah untukku. Aku memohon kepadamu. Semoga aku menjadi wanita dan anak solehah padaMu, nabiku, ibubapaku, keluargaku, agamaku dan bangsaku.Aminn..insyallah

Wednesday, October 27, 2010

15 benda tentang dania amidala

Perkara tentang diri saya:

1)saya sangat mudah memberi kepercayaan pada orang lain, tapi sekali dia menghancurkan kepercayaan yang saya beri.Tak mungkin lagi saya akan percaya beliau sampai bila-bila
2)saya bukan seorang pendendam tapi saya akan ingat sampai bila-bila apa yang beliau buat kepada saya
3)saya seorang yang suka bergelak ketawa, agak blur2, agak pendiam bila baru kenal
4)saya seorang yang simple dari segi pakaian, makanan dan apa-apa benda
5)sampai satu tahap saya rela berkorban untuk kebahagiaan ramai pihak walau diri yang sakit nanti
6)sukakan baby walau saya tidak pandai mana menjaga baby terutama bab mandi
7)saya jenis terlalu memikir bila berlaku sebarang masalah sehingga benda kecil sekali pom, sampai sakit dada-dada, kepala
8)saya tidak suka pada kongkongan, jika berlaku saya akan memberontak
9)mempunyai semangat juang yang tinggi, apa yang dikehendaki akan dicapai jua
10)saya tak suka terlalu bergantung pada seseorang dan tak suka orang yang sentiasa lemah dan tiada juang yang tinggi
11)saya seorang yang keras pada luaran tapi dalaman sangat rapuh sebenarnya
12)saya sangat mudah mengeluarkan air mata dan terasa hati
13)saya mempunyai tabiat tido yang sukar dikikis tido mengesek gigi, perlukan bau bantal peluk dan tido mati..apa2 bunyi hp duk tepi telinga pom tetap tidak dengar
14)saya mudah berubah dan terpengaruh
15)saya sangat susah untuk terima dan jatuh cinta

dania amidala:merapu-rapu untuk menghilang stress control mandatori tak jadi..huhuhu

Thursday, October 21, 2010

Dslr Sony vs Dslr Nikon

Sekarang ni aku tengah gila dslr. Tapi tak tahu lagi nak beli yang mana. Nak tengok kelebihan dan kekurangan benda alah ni. Duk servey-survey dulu..Aku nak try ikot kak nik and kak mai pergi bengkel ke, belajar lagi camne guna dslr..rasa dah tak tahan sangat baru beli. Camni ada dslr memang tak homesick r, weekend je..Apa lagi pergi snap picture r..hihiihi..Balik kampung ni nak try cakap kat ma abah. Dorang kasi tak beli, tapi guna duit aku jugak. Bukan duit parents yea..Malulah dah kije mintak dengan dorang lagi.. Semalam pergi kinrara tengok dslr..huh, rasa nak je terus beli...bertahan, collect duit dulu. Dslr Sony vs Dslr Nikon.. Kalu korang ada apa-apa pendapat bagitaulah kat aku, Maybe boleh membantu aku sebelum aku beli.




Dania amidala: Terlalu gila dengan gajet ni. Target aku nak jugak memiliki benda alah ni sebelum aku dapat kije kat kemaman.

Sunday, October 17, 2010

WUJ oh WUJ

Aku tak taulah apa nasib kereta aku ni dapat tuan yang pemalas sangat. Aku rasa dah sebulan lebih tak basuh kete..kihkihkih...Last basuh kereta masa hari raya baru ni..Kete tu macam-macam ada bakteria, debu-debulah. Tu mujur aku guna sorang, buat ada anak..ishhh tak tau nak citelah..Macam tong sampahlah jawabnya..Sorry WUJ, ku tak membelaimu selalu. Bukan apa, faham-fahamlah kat sini susah aku nak basuh WUJ. Mana ada air kat park kete, apartment aku pom satu, tak sedia tempat khas untuk basuh kete. Tidak akulah orang yang paling rajin skali duk menapak membasuh WUJ aku itu...hihihihi...Dah tak da air kat bawah apartment aku, kenapa tak pergi hantar kat kedai cuci kereta je..hihihi..Bukan apa, nanti hantar pi kedai suruh basuh tak cuci. Lepas itu, dengan menunggunya satu hal. Aku ni kalu boleh nak express..Arghhhh semua itu alasan semata-mata..Takpa-takpa nanti deepavali 5/11 aku drive balik kemaman, Aku suh abah pi hantar cuci WUJ ku. Aku tau abah ni suka drive WUJ aku dari keretanya..hihihi. Tapi sah-sah balik nanti kena berleter berguni-guni dengan abah..Hari tu masa raya, abah yang bawak pi cuci..Tidak aku balik kl memang tak bercucilah WUJ aku ni.. Tapi siyes, WUJ aku sekarang ni dah macam belacan, debu 10inci tebal. Nak pegang pintu pom malas..hahhahahah..Mujurlah warna WUJ aku ni tak nampak sangat kekotoran WUJ tu..Sorry aku tak upload picture WUJ aku ni...Aku belum bersedia untuk mengexposeskan WUJ aku dikhalayak ramai atas sebab-sebab tertentu. hahahhahah...
dania amidala:sakit tekak sangat-sangat

Friday, October 15, 2010

Kebosanan yang melampau

arghhhhhhhhh bosan gile-gile aku duk rumah kl weekend ni..ni merupakan 1st time sepanjang aku kije kat kl betul-betul duk kat rumah bila tiba weekend..Biasa kalu tak balik kemaman or melaka, weekend je aku hangout dengan member-member. Jadi tak terasa sangat kebosanan yang melanda diri ini. Cuma rasa sekejapnya dua hari cuti weekend..cukup tak puas. Hah, ni ambik kau..memang masaklah duk kat rumah. Nak main masak-masak aku bukannya pakar sangat. Silap hari bulan housemate aku mengutuk je. Buku resepi masak banyak je. Cubanya tak..hihihihi..Nak baca novel, penuh novel bi lagilah aku "rajin" nak baca. uwaaaaaaa, nak balik kampung sangat-sangat.. rindu kat semua orang..rindu sangat-sangat kat sin chan, damia, baby n fitri..Kat bawah tv rumah aku, habis dah aku kattam semua majalah. Kemanakah aku ingin pergi.. nak lepak kat tasik, bosan pulak sorang-sorang..

Kan ada je petang ni tengok aku dalam kolam bawah rumah aku ni. Ishhhh tidak, dania amidala sudah matang. malulah beb berenang. Tak boleh dah, tapi kalu cousin-cousin aku ajak g picnic kat air terjun ke..Kemungkinan besar aku terjun jugak...kekekkeke..Ma bosannya..Awal pagi tadi je sempat call and sembang dengan ma..Ma gerak aku tido kul 7pagi..Nanti maghrib pulak sekali lagi call..Hah malam tadi aku mimpi..kenapa perlu muncul lagi mimpi tu..Aku nak lupakan semuanya..Aku bangun-bangun tak dalah menangis dah cuma menangis dalam hati je, berperang dengan perasaan..Aku harap semuanya pergilah..Aku benci, benci sangat..

dania amidala:merapu yang bukan-bukan sebab bosan sangat-sangat

Wednesday, October 13, 2010

Buah hati sayangku Damon

Sekarang ni, aku betul-betul dah jatuh cinta dengan "Damon Salvatore"...Sejak aku melayan 3minggu berturut-turut cite the vampire diaries..1st time tengok, aku dah syok gile kat damon tapi cuba ignore je sebab masa tu damon ni jahat. Lagi pulak ada stefan yang dah lama aku gila kat dia. Dia ni ada iras macam edward cullen yang cite movie twillight lagi..Cuma edward cullen ni putih melepak lagi r dari stefan ni..hahahha..Korang layanlah cite ni setiap hari selasa jam 9.30malam kat 8tv ke ntv7 tah..camtulah, aku dah lupa..sume siaran housemate aku iaitu kak mai yang akan igatkan aku..malam ni cite apa..hihihi..kalu dah banyak tertinggal boleh kunjung kat sini, lagi detail dia kasi THE VAMPIRE DIARIES..

ni adalah biodata boyfriend aku iaitu Damon Salvatore;P


Damon & Elena

Name : Damon Salvatore
Nickname : None
Birthday : Some time during the 15th century
Eyes : Black
Hair : Black and straight
Gender : Male
Species : Vampire
Astrological Sign : Unknown
Relationships : Katherine Von Swartzchild and Elena Gilbert thought he occasionally shows feelings toward Bonnie McCullough
Parents : Giussepe, Conte di Salvatore, mother unknown
Siblings : Stefan Salvatore
Powers : Crow form, Wolf form, Weather Manipulation, Mind Manipulation



Damon and Stefan Salvatore

Damon, Elena & Stefan

Sweetnya Damon..mmuuuahhh..^_^
Dania amidala : Dah obses gile dengan cite the vampire diaries;P

Monday, October 11, 2010

Day Girl with Bff

Date : 08-09-2010
Time : 8.45pm-4.00am
Place : Sunway Piramid, Mid Valey, Kedai Tongkat Ali
Agenda : Shopping jeans padini at sunway, dinner nasi goreng ayam dan limau kasturi ais at kedai tongkat ali, night movie yang tersangat tidak best, setengah jam je layan lepas tu dah krooohhh (Eat Pray Love)


Date : 09-10-2010
Time : 11.00am-8.30pm
Place : Ikano, Ikea, The Curve, Taman Layang-layang, Masjid Negara
Agenda : Ikano celebrate belated besday hajar with meatball, kek daim, chiken wing, Ikea shopping dan mencuci mata, The Curve juz cuci mata saja, Taman Layang-layang untuk melihat panorama indah di petang hari dengan layang-layang berterbangan dan melihat terbenamnya matahari, Masjid Negara solat maghrib dan isyak

Dania amidala : sekian ini saja hiburan dan aktiviti sosial dania pada hujung minggu. Gile kentang balik rumah pukul 4 pagi. Dalam sejarah, tau kat ma abah aku memang berkarung kena tazkirah..

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 with bff

sekitar kedai makan kat bib food court ampang tak silap aku. Gamble je aku ajak dorang, igat-igat lupa..tapi yang pasti memang sedap jugak makanan sini..terutama western food
herda tunangan huzz..i like..makan tak pernah habis..ordernya bukan main..aku dengan farah jugak yang habiskan..mujur ada kawan macam pirana

farah hanim, guana tunggu makanan lambat sangat ke..

herda with me...i like this picture..so sweet

tengah discus dengan erda..hal negara ni..serius..tak leh buat main tau

nampaknya isu makin panas, semua tengah serius..

akhirnya solution ke garisan penamat..sattle semua...
weekend ni memang jadual aku padat dengan date..memang tak sunyi sepilah dibuatnya. Thanks to my bff paksa jugak aku kuar.hahhahaha..dari satu mall ke mall lain..dari satu butik ke butik yang lain. Maklum r keluar dengan diva memang macam ni..kehkehkeh...Antara tempat aku pergi, mid valey makan-makan kat food juction, dan butik-butik kat mid tu..lepas tu dah bosan dan aku mengeluh penat berjalan dorang nak ajak pergi pavillion pulak..So sepanjang erda drive ke pavillion, aku tido je..penat sangat..Sampai pavillion aku pom cakap kat erda..aku takot erda farah nak masuk..macam tempat-tempat orang kaya, golongan elit, diva-diva macam korang je. Tengok kasut cikai biasa je dah 200++ - 700++..telan air liur aku..pergi butik guesslah, zara, dan macam-macam r..fuhhhh, aku mampu tengok jelah..tak ler nak habiskan duit semata-mata shopping kat butik terkenal dan berjenama. Baiklah aku bazirkan duit pada makanan tu lagi buat aku happy.hihihi..So lepas kitaorang kuar masuk kuar masuk butik sekitar pavillion tu, kitaorang bertiga nak cari kedai makan..aku pom suggest makan kat ampang kat bib food court rasanya..so time ni pom melantap habis-habis..keluar dari pukul11-8.30malam..memang best betul..

dania amidala : 9.10.10 hangout bersama ajar dan hana..tapi tunggu pict dari ajar..kan aku upload yea..



Friday, October 08, 2010

Hariku bersama Puan Farah Tersangat Enjoy


salam semua. tak habis-habis kan sejak akhir ni asyik cite pasal diriku je..Abaikan jelah, dah malas nak membuat research ilmuan pape. Yang pasti ingin melayani diri ini je. Oh ya, semalam alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengantikan puasa selama 7hari yang tertangguh di bulan ramadhan dengan mengantikan di bulan syawal. Alhamdulillah, niat dan hajatku termakbul jua, ingin ganti kesemuanya di bulan syawal..Semalam aku merayakan diri ini yang cukup berpuasa selama sebulan.kehkehkeh..So aku pom pergilah celebrate raya aidilfitriku di alamanda putrajaya bersama puan farah tersayang...**wink..best makan kek secret resepi n grill chiken rice rasanya and ais lemon tea..

thanks a lot puan farah kerana spent masa bersamaku walau assignmentnya tak sentuh dan tak buat pape lagi dengan nak hantar esok..farah memang selalu buat kije gila..Sebenarnya asal-asal aku nak ajak buka puasa dekat-dekat dengan ukm je. Senang and cepat skit balik. Tetiba aku terasa nak ke putrajaya, ingin melepaskan tekanan yang membebankan diri ini. So aku dengan puan farah gamble je pergi alamanda putrajaya..jalan tak kenal..hahhahah..macam-macam celoteh sepanjang perjalanan sambil dengan sesat2..cehh hampeh cakap kenal putrajaya konon..last2 sesat semacam..."kampung kite kan" hahahhah..memang lawak..then lepas semua siap makan-makan, shopping-shopping..Aku pom menghantarlah puan farah balik ke ukm. Sampai-sampai rumah aku dalam pukul11malam, lewat gile balik rumah..Sepanjang duk kl, paling lewat balik rumah pukul9 malam sebab pergi makan malam kat luar..waaa tau di ma gua mau dia risau and call tak henti-henti tanya dimanakan wahai anakku ini...hahahha.. that why awal-awal lg aku dah msg and calling sebelum ma gua tanya terlebih detail..kihkihkih..Tapi camne pom dania amidala tetap enjoy malam tu..igat nak snap pict kat putrajaya tapi tak bawak kamera lagi satu dua orang perempuan je..bahaya jugak malam-malam, apa-apa jadi kat kami. Tengah duk gembira posing-posing datang orang yang kurang siuman...ishhhh bahaya-bahaya.. So aku pom diam jek, tak suggest pada farah nak berhenti ambik picture..Nyawa dan keselamatan lebih utama dari picture..

dania amidala:perutku sangat sakit, macam gastrik..

Tuesday, October 05, 2010

Masalah bila selalu homesick



ni aku nak post pasal balik kampung,macam mana yea untuk kebalkan diri taknak balik kampung selama dua minggu ke or sebulan ke. Siyes aku cakap, sejak kije ni kalu tak balik kemaman, aku balik melaka. So supe yea je balik kampung. Nilah masalahnya bila selalu homesick gaji pom habis tengah jalan raya je. Duit gaji aku dari boleh menyimpan sebulan RM600 terpaksa laburkan diatas jalan raya je. Kalu simpan RM600 dengan simpanan lain yang wajib aku simpan tiap-tiap bulantu boleh kaya kejap..Boleh nanti wak bayar rumah teres bila projek ayah da jalan kat rumah tok aku tu. Dah bila aku cuba kebalkan diri, tahan diri taknak balik kampung. Akan dapat r call dari my mum or abah aku ke..


Time duit tengah banyak

Ma : Mel takboh balik kemaman ke, meh r balik...Ma nak bg wak balik sambal ikan bilis ni..

***adusss..ayat dah mengoda cam gini mana aku tahan duk kl.

Mel : Bestnya, nak..nak..nak...Mel balik r ma, tiket awal-awal dah beli..Rindu r kat ma abah, adik-adik, kg halaman, kat motor tae

***masa tu aku wajah dah berseri-seri gile..excitednya nak balik,membilang hari je


Time tak da duit

Ma : mel balik r weekend

Mel: Tapi maaa, ishhhh takleh balik ma..duit takda ni..kan susah nanti

***dalam hati, memang tak tertahan nak balik kampung

Ma : Duit takda, dah ada duit tak ni? Nak ma bank in..takda duit bagitaulah

Mel : Ehh ma ada je duit tapi cukup-cukup je ni..ada balance pom sikit je..takpa-takpa ma..tapi takleh balik ni..huhuhu

Ma : oooooo, dah kalu takda takpalah, ma dengan abah nak naik kl..Dah nak tumpang balik dop?meh r balik

Mel : huhhhh, takleh ma..nanti nak balik kl smula kena beli tiket pulak

***jawab dengan tidak bermaya je, sebab memang nak balik tapi taknak menyusahkan parents


camne yea aku nak dapatkan tips supaya aku tidak selalu homesick. Yang pasti aku tau caranya adalah balik je kemaman, kije sana terus. Tapi masalahnya sana tak offer lagi kije. Tidak takda susah camgini..Aku ni heran dengan diri aku ni, kenapa homesick lagi. Sedangkan hari-hari telefon kat rumah. Bukan sekali sehari yea tapi sehari tu ada dalam 4,5,6,7,10 kali kot. Tak cukup call siap balas sms pulak dah..hye macam2..


dania amidala:hari ni dania puasa, yahooo tinggal lagi sehari..

Monday, October 04, 2010

TAK PUAS HATI!!!!!

aku cukup-cukup tak puas hati dengan salesman kete aku ni..errrrr memang kesabaranku tahap kemuncak r..1st aku jumpa dia, dah agak..aku cukup tak berkenan nak berurusan dengan dia. Tapi apakan daya sebab aku memang urgent nak pakai kete. So berurusanlah dengan dia tu yang agak cinonet tu. Lagi satu, kete ni pulak aku beli bukan atas kerelaan dan taste aku. Apa yang abah dan ma nak aku terima je. Tapi yang paling aku angin dengan kete wuj aku ni. Cinonet salesman. Kabo boleh tinterd free konon, hakkkkktuiiihhhhh dia bagi boucer RM150 je then selebihnya aku kena tambah RM400...arghhhhh stressnya bila setiap kali aku pandang kete aku ni. Dahlah dapat lewat dari hari yang dijanjikan. Tak dapat apa-apa free gift..atleast taknak kasi sangat, bagilah duit minyak ke..apa sangat duit minyak setakat RM60-80 tu...arghhhhhh..padahal aku beli kete tu kat company besar jugak, yang memang boleh beli kete wak stok. Memang dia kebas betul r duit atas kete aku ni..Pulak lagi aku angin, tak sampai sebulan pakai kete wuj ni. Boleh pulak rosak, argghhhhh rasa nak mengamuk sakan je. Kalu kete second hand ke, buruk ke..aku boleh terima..ni memang kete baru..Tak pasal kena tarik kete aku hantar kat icu dia..kesnya sistem kete memory lost, id key terResetlah..cinonetttttttt memang aku geram kat ko..Call2 salesman tu tak angkat..stupid betul r, last2 cari dia kat office, xsihat demamlah..cehhhh hakkktuiiihhhh demam takleh angkat phone r..janji tak menepati..nilah orang melayu wak kije..dah kete rosak, tinterd kena bayar, apa-apa free gift tak dapat. Ni habis aku nak kira, dah hutang aku Rm1 dari aku nak halal terus tak jadi masa bayar payment awal-awal kete tu...hanginnya aku..kalu ko wak kije camni, memang tak berkat r..penipu betul..Aku memang tak halal sepatotnya aku dapat free gift ko tak kasi. Ko takkan senang hidup ko buat kije cam gini..memang aku stress dan hangin.. Dari aku berlembut elok-elok terus jadi hangin. Ingat tak halal ko buat kije camni masa kita berurusniaga..

dania amidala:sangat-sangat-sangat dan sangat marah dengan salesman tu..janji tak serupa bikin..Paling pantang orang yang tak menepati janji.