Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

accident part 2

Today macam biasa, my mom call. Bagitau perkembangan semasa my hensem brother. ohh noo, abang aku kena simen dekat perut dan jahit dekat kening. Takotnya aku, memang teruk tu. Jahit dekat kening tu, asal-asal abang tak nak jahit sebab dia takot. Tapi dipujuk oleh kak ipar aku dan nenda aku..Macam-macam pujuk, barulah abang redha jua walau takot. Rasa masa menjahit mesti siap berteman lagi tu. Semalam adik aku yaye temankan abang kat hospital. Dia takot duk sorang-sorang kat hospital. Kami memang sedia maklum, abang memang seorang penakot. Tambah-tambah dalam ward yang dia duk tu ada seorang meninggal. hahhaaha..
My mom ayat macam biasa, taknak balik ke kemaman. Tengoklah abang tu, dah macam orang berpantang je. Perut kena simen. actually tu ayat mom untuk mengoda aku suruh balik kemaman. Aduhaii, camne aku nak balik. Nextweeklah mel balik ma. Siap tolong jadi nurse untuk abang lagi. Dont worry okey. Abang dapat cuti 2 bulan disebabkan simen. Aku harap abang cepat-cepat sembuh. Tapi sebenarnya dalam hati, aku nak sangat balik-balik kampung. Nak tengok keadaan abang.
dania amidala:Sekarang aku penuh dengan masalah, sentiasa dilema. Tak sukanya perasaan macam ni. Ya Allah berilah aku kekuatan hadapi semua cabaran ini. Aku tak tahu nak cakap camne. Rasa mau meraung je kuat-kuat. Nak balik kemaman, nak my mom. Macam-macam dah my mom, my dad, Mr.sayang nasihat. Tapi aku rasa tak mampu nak hadapi. Aku tak cukup kuat nak hadapi.

accident

Rutin aku tiap-tiap hari, my mum akan call setiap pagi dalam pukul 7.30am or 8.00am dan 8.00pm. Biasalah untuk bertanya kabar camne keadaan anak dia. Sambil tu mesti duk sport check..Yelah mak mana tak risau, anak duk kl sorang-sorang kan. Tambah ni kiranya first time aku duk jauh dari family dan aku yang memecahkan tradisi duk jauh dari family. Tapi yang tak tahan tiap kali call mesti tanya, "mel bila nak balik?...jadi ke balik?..marilah balik?"..huh camnelah aku nak bertahan duk kl lama-lama. Kalu nilah gayanya. Memang kena cari kije kat kemaman jugaklah.
Tadi ma aku call bagitau abang accident. Aku tetiba dup dak dup dak. Dah berdebar campur cuak. Camne keadaan abang aku ni. Adik mana yang tak sayang abang dia kan, dialah satu-satunya abang aku. Ma cakap, ma ada kat hospital ni. Ma tak masuk dalam kecemasan lagi. Abah je masuk tengok keadaan abang camne. Sekarang abang nak x-ray dada dia. Ma pom cite, abang accident pukul 6 pagi kat kedai delima dekat simpang nak masuk jpj tu. Kete abang naik atas divider jalan. Tengok pada kete, sucah cakap teruk jugak tu nak baiki balik. Aku fikir, ni mesti abang bawak laju. Memang mustahil bin ajaiblah kalu abang drive setakat 80-120km/j. Aku boleh potong jari aku tau kalu dia bawak camgitu tau. Ni mesti 120km/j keatas. Tapi yang pelik, buat apalah abang aku kuar pagi-pagi buta tu. Ma pom tak tahu abang buat apa. Tapi tak tahulah before abang pergi keje, dia beli breakfast siap-siap untuk anak dan wife dia kan. huhuhuu..Harap semuanya baik-baik ja. Kalu accident ni abang tak insaf-insaf lagi drive laju-laju. Tak tahu nak cakaplah camne. "Sayangilah nyawa dan insan tersayang"
dania amidala:terasa nak pergi holiday ke suatu tempatlah. Macam pulau ke..Yang lari dari kesibukan kota. Takpom tengok matahari terbenam ke..Tapi taknak terlalu ramai orang kat tempat tu.

Monday, November 29, 2010

Agenda Weekend Bulan 12

Planning aku weekend untuk bulan 12 ini..Baru awal bulan, jadual weekend dah padat..hahhaha..Maklumlah, duk sorang-sorang kat kl. Jadi kenalah cari aktiviti supaya tak bosan kan.

Weekend Week 1
-Pergi sogo dan jalan tar cari tudung with shitah (housemate) and ikea cari hadiah kawen untuk qb dengan naim dan kak paie

Weekend Week 2
-Balik kemaman dengan naim dan nor untuk meraikan wedding qb dan pasangannya kat kuala terengganu.

Weekend Week 3
-Balik kemaman. My little bro baby dan fitri bersunat..Ma call suh balik, tolong masak-masak dan tengok baby dan fitri..Berani ke aku...tidakkkkk...aku takottt..

Weekend Week 4
-Stay kat kl, memandangkan bulan ini ada sale. Aku dan farah telah merancang untuk shopping dekat sogo. Mencari blaus, suar, kemeja, jam, tudung. So kitaorang dah simpan duit ada dekat 2guni untuk shopping saja. Harap farah tidak terlalu memilih masa shopping. Kalau farah memilih memang muncung sedepalah aku. Lengguh gila ikot farah dan erda shopping. Habis nak tercabut kaki,lutut dan segala jenis anggota badan.

dania amidala:Perut meragam di pagi hari..Aku sudah mencapai berat ideal..Thanks kerana membahagiakan aku walau anda sangat cuak bila i asyik makan je..wakakakaka..

Tuesday, November 23, 2010

Master

Urmm bercakap tentang master, sudah sampai ke masa aku ambik master?? tapi pjj jelah, nak wak full time memang impossiblelah kan..Memandangkan aku bekerja sekarang, dengan fully kewangan aku tanpa abah support. Aku target nak buat dekat upm serdang jaa, ambik coursework SE..Tapi fikir panjang macam tak cukup ja, aku nak wak master. Mesti kena tambah tolak darab bahagi kewangan aku. Ke nak tunggu tahun depan???Tahun depan macam susah, time tu aku banyak komitmen dah. Lagi satu memang penatlah, siang bekerja, malam study. Bila masa aku boleh bahagi masa. Aku pulak jenis takleh fokus multi sangat. Nanti bertambah tensen. Come on dania, orang lain boleh buat takkanlah aku tak boleh. Masa nilah nak sambung study, nanti dah kawen, ada anak susah tu nak susun jadual nak ambik master.
Dahlah baru ni pergi rumah nenda asyik duk sebut pasal sambung master, nenda ingat lagi janji aku tu. Aduhhaiii camne yea dania amidala. Dah dengan serius nenda bercakap. Nenda jangan risau, dania amidala akan sambung jugak suatu hari nanti. Setelah buat kira-kira, survey apa yang patot. Dania amidala akan capai cita-cita dan impian nenda. Kalu member aku nak sambung master sekali, kemungkinan aku join jugaklah, sorang aku taknak buat lagilah. Ada sapa-sapa nak sambung study ke??Mehlah kita sambung sama-sama buat pjj.
dania amidala:Perlu ke dania amidala mengambil master sekarang??atau tunggu tahun-tahun akan datang??

Monday, November 22, 2010

Setelah pulang mencari nafkah

Semalam balik kije, aku sempatlah kuar dengan Naimah aka member diploma time kat udm dulu. Asalnya aku nak bawak naimah pergi makan kat food court ampang tu. Last-last tak jadi, kitaorang makan kat kfc tesco ampang sambil beli belah barang naimah. Teringat pulak Mr.Sayang nak ajak makan kfc before aku balik kl, tapi tak sempat sebabnya duk sibuk setel no tepom aku dengan Mr.Sayang kat celcom dengan maxis pahtu pergi rumah nenda pulak. Igat ke nak hantar makanan sekejap je kat nenda, last-last nenda duk sembang-sembang dengan Mr.Sayang lama sangat. Cakap sekejap je, last-last kita yang tunggu dia habis sembang. Next time kita makan sesama yek.
Hah sepanjang kuar makan dengan naimah, macam-macam duk cite. Sampai tak sedar dah pukul8.40 malam. Cepat-cepatlah kitaorang balik. Lepas hantar naimah balik rumah, aku terus balik rumah aku. Mandi-mandi sume, kemas-kemas barang yang tak sempat aku kemas masa sampai kl, iron baju kurung, lipat baju sume. Ikot hati malas ja nak lipat baju sebab banyak sangat. Tapi takleh jadi, aku tak suka tengok berselerak jadi aku pom lipatlah baju-baju tu sume. Akhirnya berjaya jua aku kemas kesemua barangku.
Tapi dalam duk kemas-kemas, hangin jugak hp aku line takda. Rasanya dia tak active lagi kot no baru ni. Susah pulak ma, abah aku nak call malam-malam. Jadi tengah duk belek-belek, duk on-off hp. Tak sedar bila aku tertido. Sedar-sedar hp aku bunyi mesej masuk dalam pukul5 pagi. Tu tandanya hp aku sudah kembali normal, dah boleh guna..yipeee..Nak bangun siap-siap awal lagi, So aku pom sambung tido lagi sampai 7.15 baru pergi mandi dan bersiap-siap.
Akhir bulan ni dapat gaji, aku nak pergi beli jam tangan, susah betul tak da jam. Cam pelik je tengok tangan tak berjam. Dua-dua jam aku tak leh guna, jam ma kasi masa dia pergi mesir tak bergerak-gerak, jam rossi valentino aku pom sama. Rasa dua-dua jam tu tak da bateri. Tapi aku taknak pergi baiki jam rossi valentino tu. Aku nak biar je, kalu hilang terus jam tu lagi bagus. Biarlah kenangan tu, aku beli dengan 1st gaji aku, dan 1st time aku bekerja walau part time ja. Aku nak lupa terus jam tu.
dania amidala: Tak sampai 24 jam datang kl, ma dah tanya bila nak balik..huhuhu..camne aku nak stay lama-lama kat kl ni. Aku target balik kemaman pulak antara weekend ni or 11/12 ni. Boleh pergi terengganu, wedding qb. Tapi apa-apa kena tanya Mr.Sayang dulu, kan dia risau pulak. Tak pasal-pasal dia pulak teman aku balik kl.

Sunday, November 21, 2010

Kepenatan+kemalasan=Mengantok

today tersangat-sangat malas, mengantok, penat, keserabutan...Aku sangat-sangat penat..Semalam drive dari kemaman ke kuantan around 4.30 pm. Lepas tu lepak kat kuatan kejap dan gerak ke kl around 7.00pm. Sampai rumah kat kl pukul12..Aku tak tukar2 driver, aku ni tak berapa percaya kalu drive long term, Main tukar-tukar driver. Penat jangan cakaplah..before balik kl, pergi dungun dulu hantar adda..Pahtu pergi town kemaman, setel no tepom. Tak cukup rehat betul. Dah jalan jem dengan hujan lebat..1st time aku balik kemaman and balik kl bawak 10-20km/j je..hihihi..berhemah betul dania amidala ni..
Balik rumah kl pom, aku tak kemas-kemas lagi. Memang berterabur barang aku dalam bilik..Sorry kak aina, tadi pom bangun lewat 7.15am baru pergi mandi, punya malasnya..hihihihi..mujur baju kurung dah siap iron, jadi taklah penat sangat kan. Pahtu aku dah tido-tido ayam, Mr.Sayang call 6.30am..Dia baru balik sembahyang kat surau..Kalu dia tak call mau aku tido tak hengat dunia..hihihii..Jeles yang amat, Mr.Sayang masih mood bercuti sampai tengah bulan12..Tapi yang jelas, cuti raya 5hari ini sangat berbaloi dan berharga buat aku. Aku cukup-cukup puas walau tak cukup cuti..hehehehhe..Semua best-best dan terbaik. Kalu boleh ulang semula, aku nak..kehkehkeh..Thanks my family, my big family..i likeeee..
dania amidala:sangat dan tersangat-sangat penat+mengantok

Monday, November 15, 2010

Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib).

Puasa sunat hari arafah disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

Dania amidala: Tengah duk sembang-sembang tadi, tup tup Mr. Sayang membuka topik puasa sunat hari arafah. Dia bagitau puasa ni, kenapa puasa. Dia cite pasal orang haji tengah duk wukuf kat padang arafah. Dia ajak puasa sama-sama tapi kalu b tak larat bukalah puasa, yang penting b niat dulu..taknaklah aku, aku mau puasa. Marilah sama-sama kita puasa sunat sama-sama yea kawan-kawan.

Selamat Hari Raya Kurban


Selamat hari raya kurban.
Terutama kepada keluargaku, insan tersayang, guru-guru, sahabat-sahabat dan semua umat islam diseluruh dunia, serta tidak lupa kepada jemaah haji semoga mendapat haji mabrur.
Tahun ni macam biasa, aku dapat cuti raya 5 hari..owwwwyeahhhh...ni aku nak highlight skit..Antara cuti paling lama yea walau termasuk cuti weekend. Ok berbalik pada cerita, aku sambut hari raya aidiladha dekat kemaman. Macam biasa tempat dituju adalah rumah nenda kesayangan aku. Asalnya my Mom nak sambut kat rumahku je tapi nenda aku penat nak layan sorang-sorang anak-anak, cucu-cucu, cicit semua. So Mom aku decide beraya rumah nenda. Macam biasa tiap-tiap raya kurban ni, family ku akan solat raya aidiladha, pahtu pergi tengok sembelih lembu dan tunggu lembu siap dilapah. Then kitaorang akan buat bbq antara anak beranak. Malam tu, kitaorang buat tahlil, sembahyang jemaah sama-sama dengan keluarga dan jiran tetangga. Tulah sedikit kenangan yang aku ingat sepanjang raya kurban.
dania amidala:Menghitung masa mau pulang ke kg halaman

Thursday, November 11, 2010

Tips Mencari Calon Suami Yang Baik

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti, itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....

Kuat Agamanya

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

Tenang Wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Sumber : http://www.ustaznoramin.com
dania amidala:semoga menjadi petunjuk kepada saya dan kaum hawa di luar sana

Wednesday, November 10, 2010

hohoho balik kampung

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat pulang ke kampung dengan hati yang girang. Dapat cuti 5hari.. start rabu depan hingga ahad..yahooo..risau jugak tak dapat cuti, mau tak menangis aku beraya ditengah kota metropolitan ni..Dah banyak plan nak balik kemaman ni. Home sweet home..kehkehkeh..Excited tau nak balik ni.Selasa depan lepas kije dalam 5.30petang aku ambik farah kat ukm terus balik kemaman. Memang bestlah..Sekarang baru aku semangat nak siapkan task aku ni. Memang ajaib, lepas cuti approve dengan panggilan tu. Aku buat coding terus jadi. Memang cayalah..hihihi..syabas dania amidala. Berusaha tangga kejayaan, dania akan usaha dengan lebih tekun lagi. Kerja bersungguh-sungguh..Hatiku nak duduk di kampung tapi aku dah jatuh cinta dengan kajang ni..Takpalah berkorban sikit. Tunggu sampai bulan 7 tahun depan, baru decide camne. Balik kije kat kemaman ke. Tengok keadaan dulu, Okeyss..hihihii...



~~ho..ho..ho balik kampung

~~hati girang, perjalanan jauh tak kurasa

~~kerna semangat mau pulang..

dania amidala:semangat berkobar-kobar mau pulang ke kampung halaman

Monday, November 08, 2010

Kemaman Vs Kl Lompur

Kemaman
  • Dapat makan satar, otak-otak, kerepok lekor, goreng pisang
  • Dapat makan kat kopitiam, kemaman station
  • Dapat makan nasi lemak kedai atas bukit
  • Dapat pergi pantai
  • Dapat lepak dengan member-member expclly cik fara dan cik erda lee
  • Dapat round-round motor kat kampung
  • Dapat bergosip, kumpul-kumpul dengan cousin, mak-mak sedara
  • Dapat memecahkan ranking sapa gelak dan cakap paling kuat sampai bergegar rumah tanpa pakai mic
  • Dapat main dengan anak-anak buah, baby2
  • Dapat lepak rumah nenda
  • Dapat pergi masjid waktu magrib dengan isyak

Kl Lompur

  • Dapat window shopping je

Tengok betapa jauhnya beza, why aku lebih suka duk kemaman dari kl Lompur. Duk kl Lompur ni best sekali skala datang je..Betapa bahgianya aku duk kemaman..

Dania amidala:Rasa nak senyum je selalu..Bila teringat, memang tak terjangka dek akal..Siyes tau..hahahhaha

Sunday, November 07, 2010

DeHearty : Permata Yang di Cari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

mutiara kata:

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. ... tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

dania amidala:sangat-sangat penat bekerja hari ini. Mungkin disebabkan 3hari berturut-turut balik kampung, asyik berada diatas jalan raya ja. Apa-apa pom, aku bahgia dapat tunaikan hajat nenda, ma dan abah. Alhamdulillah. Jadikanlah aku anak yang taat, mendengar kata dan solehah kepada kedua ibubapaku.Aminn..

Wednesday, November 03, 2010

Gara-gara Hp

Tersebutlah alkisah, saya seorang yang pelupa. Ampunkan mel membuatkan abah dan ma risau. Aku tak tahu ini adalah penyakit aku atau tabiat aku. Selalu je main campak-campak barang, actually my hp, kunci kereta. Dah campak-campak boleh pulak tak ingat letak kat mana. Lepas tu mulalah kelam kabut cari, dengan muka ketat 14 masa cari. Itu big problem yang aku hadapi. Setiap kali aku tertinggal hp, time tulah abah aku nak call. Biasa yang banyak call ma aku je. Dan tak pasal-pasal aku kena marah berguni-guni dengan abah..Tahan je telinga ni tau.

Baru-baru ni aku tertinggal jugak hp kat bilik aku, then dengan selumbernya aku keluar dengan nana pergi makan-makan kat rumah student dia. Balik pulak pukul 8malam. Sampai rumah terus cari-cari hp sebab housemate aku cakap hp aku banyak kali sudah berdering. dari pagi lagi . Dan satu masalah lagi, aku jenis tak hafal no hp my mum, dad or semua oranglah. Aku alergik sikit bab-bab nombor ni. Nana pom pesanlah, hantarlah msg kat your mum or dad. Aku pom cakap, nak hantar macam mana nombor hp dorang pom aku tak igat..huhuhuhu..Aku pom call lah my mum lepas dapatkan hp ku, lepas tu kenalah berleter. My mum agak cool sikit dibanding dengan abah. Mujur my mum tolong cover aku..kehkehkeh..Abah pom startlah pot pet pot pet kat aku. Keluar dari pagi, malam baru balik, pergi mana ni?, sembahyang ke tak? malam baru balik ni, apa-apa jadi kan susah, buat berani-berani tinggal hp and bla bla bla..aku pom gelak je..abah time tu suhu dia agak mendidih..marah benar kat aku pergi tinggal hp..lepas abah beleber, turn my mum pulak call, memujuk aku pulak..kekekekke..

Kes semalam pulak, cewah aku ni bangunlah awal. Lepas subuh tak tido tau, terus siap ala-ala nak pergi kije. Kemas tempat tido, mandi, pakai baju kurung semua, tudung, bedak, lip balm, breakfast semua. Then kira nak keluar rumah dah time tu padahal baru 7.30pagi. Pukul 8.00pagi sempat lagi aku keluar. Lepas tutup pintu bilik, aku teringat yang lampu bilik aku tak tutup lagi. So aku pom buka semula pintu bilik, pi tutup lampu. Rasa time tu kot, aku "terletak" hp kat iron board. Dah susah sangat nak tutup lampu dengan banyak barang kat tangan. Lepas kunci semua pintu rumah, turun lif, masuk dalam kereta. Drivelah kereta., baru aku terasa hp ku tertinggal. Nak patah balik dah malas, nak naik lif lagi. So aku teruskan juga perjalanan aku ni ke penjara kajang. Dalam hati berdoa moga-moga my mum or dad tak call hari ni. Tapi agak mustahillah dorang tak call. Hari-hari call, bukan sekali sehari lebih pada 5 kali sehari. Aduh macam ada bf pulak. Apa-apa nak lapor perkembangan terkini. Balik kije aku terus capai my hp, then tengok miss call, msg. Sah aku akan kena marah. Sampai dengan adik aku siti pom terkena marah..hihihii..sorry sis tak sengaja, gara-gara aku kamu pon terkena. Abah call aku cuma nak tanya aku balik hari ni pukul berapa, drive slow-slow. Nak bawak laju lebih pada 120km/j boleh tapi jangan dekat-dekat simpang nanti kena saman kan..ajaib abah, biasa marah aku drive laju-laju. hihihii..

Jadi kesimpulannya, aku akan cuba perbaiki kelemahan aku ini, supaya tidak menjadi pelupa lagi. Tapi tak tahulah berjaya ke tidak.kekekke

dania amidala: ingin memulakan tugas dengan membuat coding dalam keadaan kebekuan di server room penjara kajang

Tuesday, November 02, 2010

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan. Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal. Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]

Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah.

Sumber : http://www.iluvislam.com

dania amidala: insyallah, dania akan cuba perbaiki dan perbaiki diri ke arah kebaikan..lindungilah dania Ya Allah..jadikanlah dania anak yang solehah dan wanita yang menutup aurat serta menjaga maruah..

Monday, November 01, 2010

Imbas kembali

huhh today tersangat-sangat malas dan mengantok untuk ku menghadap coding yang telah menjadi kawan baikku selama 4 bulan di encoral ni. Tolong mood ku dikala ini sungguh tidak keruan, mungkin disebabkan mood nak balik kampung kot. Diri ini terlalu rindu pada familyku.
Hah bercakap balik kampung ni, aku telah plan dengan nenda, ibunda dan ayahanda ku untuk pergi berjalan-jalan ke kuala terengganu dan kelate..

yipeee, aku mau cari makanan febret aku. Memang terlalu lama aku tinggalkan makanan febret aku dan suasana aku duk disana selama 6tahun beb. Bukan jangka masa yang pendek. Betapanya aku cintakan terengganu ni. hihihi..Jiwa aku telah sebati duk sana. Ada nasi kerabu nora, nasi kerabu pak cik misai, ada putu bamboo, ada mee goreng pak cik van, ada sotong celop tepung, ada air jagung parut, ada roti canai 24 jam, ada nasi goreng ikan masin kak nah, ada burger belakang hostel umt tu, ada roti arab, ada nasi dagang cendering, ada western food kedai buluh tempat aku selalu release tensen dan dating..wakakaka.. Tapi kebanyakkannya dalam list aku ni banyak makanan je..makan banyak badan tak besar-besar jugak. Serupa tu je.

korang tak tahu betapa bahgianya aku duduk di terengganu. Walau dulu-dulu semua cakap masa aku nak sambung study. Terengganu kau nak pergi, apa ada kat terengganu tu. Aku pom 60-40 je nak sambung study kat terengganu. Dah masuk udm nanti kau kena pakai jilbab labuh, aku dah frust masa tu. ada cakap macam tu kat aku... Last-last tengok, aku betul-betul cintakan terengganu, cintakan udm. Terlalu banyak kenangan aku disana yang susah nak dilupakan. Andai boleh putar balik, aku teringin kembali ke zaman study aku. Betapa syoknya, tak da nak fikir apa-apa. Tapi paling best zaman study udm lah. Memang bahgia gile..Aku enjoy je kije, ada kawan yang baik. Happy je, tak pernah bersedih pom. Gelak je kije aku, lepas habis kelas pergi testing makanan. That why zaman udm aku ni kategori chubby jugak.hihihihi..

kalau kat kelate target utama aku adalah kuih jala mas yang lembab2 dan kuning keemasan tu. Asal pergi sana, aku tak yah bagitau memang abah dan ma sedia maklum febret aku. Dorang akan beli punya. Aku start suka pergi kelate bila aku study udm. Kalu time budak-budak dulu. Time nak berholiday sama family, abah plan nak pergi kelate. Aku dengan adik-adik pasti muncung sedepa. Dorang memang tak suka pergi kelate. Dah jalan kedai-kedai kat rantau panjang, pengkalan kubur. Bosan, lagipom dengan bahasa dorang kami semua tak faham. Asal cakap duk melopong je. Sampai satu tahap, kitaorang nak duk hotel je kalu nak pergi kelate. Tapi sekarang, ajak pergi kelate, aku no1. Yang pasti hajat untuk makan tercapai iaitu nasi kerabu, somtan, jala mas. Time paling lawak aku perkenalkan somtan kat parents aku. Dorang ni duk yekss2 cam tak bestlah somtan. Aku apa lagi berlagak r depan dorang time makan. Nak tinggal 2-3mulut lagi somtan baru aku suh dorang rasa.Hah ambik, mula-mula tak nak konon. bukan tastelah. sekali makan, siap suruh aku pi beli lagi tau. Baru tau, tulah lain kali jangan berlagak dan demand sangat yea. Aku ni pakar makanan, taulah mana best ke tak.hahhaha..

Dania amidala:Sekian cite imbas kembali, kenangan-kenangan lama.