Sanctum


Sabtu lepas aku dan cousin aku nurul dan adik pergi lepak mid valey. Asalnya kitaorang plan nak spa kaki. Ala yang kita rendam kaki tu lepastu ada ikan gigit-gigit kaki. Last-last tak jadi dan kitaorang decide tengok movie jelah. Dan dengan semangat wajar aku drive ke mid valey nak tengok "i am number 4"..Aku tak tahu kenapa, dalam kepala aku teringat adik efunk aka adik Mr.Sayang selalu cakap 4 sampai ceroh. Apa-apa mesti tak miss 4 dia. Tapi sayang movie tu, seat dia jauh-jauh. Mean kena berpecahlah kitaorang 3 orang. Jadi last-last adik gitau tengok sanctumlah..Kitaorang pom tengok sanctum 3D. Gila kentang tau, first time tengok 3D agak terkejut beruk jugak sebab macam kitaorang sama-sama berlakon dengan diorang.

Ok Back to story sanctum ni untuk permulaan movie ni, agak agak bosan sedikit sebab macam explore gua yang tak tahu apa motif dorang. Movie nie bercerita tentang keghairahan Frank Mcguire sebagai seorang penyelam terhebat. Watak Frank adalah seorang bapak yang tak ada perasaan, walaupun kawan dia mati depan mata dia. Frank ada seorang anak yang berusia 17 tahun iaitu Joshua. Joshua sangat benci dengan bapak dia, sebab dia rasa bapak dia tak pernah faham apa yang dia minat dan selalu paksa dia buat apa benda yang dia langsung tak minat. Sebenarnya watak Frank lah paling terbaik dalam movie nie. jalan cerita dia bagus sangat sebab penuh dengan suspen dan bermakna. scenes dalam movie ni pulak banyak yang buat kita rasa tak senang duduk.

watak Joshua lebih menyerlah bila movie ni dah nak sampai ke penghujungnya. Joshua ni tak tunjuk sangat bakat yang dia miliki daripada bapak dia iaitu Frank, tapi sebenarnya watak Joshua adalah watak utama dalam cerita nie. Part yang paling sedih sekali, yang buat aku menahan sebak Joshua terpaksa bunuh Frank dengan melemaskannya ke dalam air. Frank mintak Joshua bunuh dia sebab dia dah tak tahan dengan kesakitan yang dialami. Kalaulah kawan Frank berdamai, bortolak ansur semua ni takkan berlaku. Tiga-tiga orang semua dapat selamat. Aku faham mesti kawan Frank amat geram dan marah sebab victoria aka girlfriend dia mati. Apa-apa memang tak rugi kalu tengok cite ni.

Dania amidala : Dania dah ditegur oleh Mr.Sayang, lepas dari bulan tersebut dania tak boleh pakai pakaian macam sekarang dania pakai dah. Dania kena pakai baju kurung or jubah berfesyen jaa. Kena ubah dah, nampaknya lepas ni kena banyakkan shopping baju kurunglah aku. Patotlah setiap kali jumpa mami, papa, dan tok mesti mr.sayang suruh jugak pakai baju kurung even time tu aku pakai jeans.hahahha

Comments

Popular Posts