Kita pulang


Insyallah jumaat ni lepas kije dania amidala akan pulang ke kemaman..Sangat-sangat best, harap sempatlah main dengan aqeel ryan, dany dan mia. Dania akan pulang ke kampung halaman bersama farah hanim. Dania terpaksa drive sebab banyak sangat barang nak buat balik. Barang farah hanim lagi, barang dania yang nak suruh ma gubah lagi. Sebabnya dalam 28/4 dania balik kampung untuk majlis 1 mei nanti, tak yah pening-pening nak gubah barang-barang yang nak bagi kat Mr.Sayang. Dania boleh setel bahagian kemas-kemas rumah dan menghabiskan makanan yang ada kat dapur bersama anak-anak buahku. Geram betullah kat budak tiga orang ni.

Actually balik ke kemaman ni, ada tujuan yang harus disetel secepat mungkin untuk majlis nanti. Barang yang nak kasi kat Mr.Sayang dah setel untuk 8 dulang hantaran cuma tinggal 1 dulang hantaran lagi tak setel untuk cincin Mr.Sayang. Bahagian deko je belum sentuh lagi, yang tu serahkan kepada ma. Ma lebih arif sikit benda-benda macam ni, dia buat untuk anak tersayang dia jugak kan.

Task menunggu balik jumaat ni ke kemaman:

1)Fitting baju tunang + make up + pelamin
2)Beli cincin dania dengan mami
3)Pergi ssf kuantan untuk bahagian deko barang hantaran
4)Tempah cupcakes
5)Suruh abah beli cincin untuk Mr.Sayang
6)Nak main dengan aqeel ryan, mia dan dany montel

Dania amidala : Tahniah kepada fahmie yang telah mendirikan rumahtangga dengan annie. Harap korang kekal bahagia hingga akhir hayat. kamu sangat baby face dan cumel semalam. Sorry pergi sekejap je dengan Mr.Sayang kelmarin.

To Farah : Sorry saya telah mencuri warna tema kamu. Tak plan pom, sebab asalnya saya nak warna pink tapi....aisyhhhhh

Comments

Popular Posts