Sotong masak lemak

Hah arini mood untuk berblog tersangatlah rajin. Dania nak share satu resepi untuk korang. Sotong masak lemak. Actually dania ni takdalah hebat sangat berperang di dapur. Baru ni dania masak sotong masak lemak untuk Mr.Sayang berbuka puasa kat rumah dania. Yelahhh orang cakap dari tak da langsung baik ada satu masakan special untuk orang tersayang kan. So setelah berfikir-fikir nilah resepi paling simple untuk memasak. Hasilnya tidak mengecewakan kerana Mr.sayang cakap sangat best dan siap bagi tapau untuknya buat sahur pulak. Tapi tak tahulah Mr.Sayang bohong ke, kan orang tersayang masak semua best and indah-indah belaka. Yang masin ke tawar ke tak da rasa ke semua best.

gambar sekadar hiasan...adalah lebih kurang macam ni resepi sotong masak lemak


Ok sekarang dania share bahan-bahan resepi dulu

1)bawang merah hiris halus
2)halia dihiris halus
3)halba
4)santan
5)sotong dibuang kulit yang hitam-hitam tu dan dihiris besar ibu jari
6)garam secukup rasa

cara-caranya:

1)Masukkan kesemua bawang, halia, halba dan santan ke dalam periuk
2)Setelah mendidih masukkan sotong dan garam secukup rasa
3)Setelah sotong masak sedia untuk dimakan

p/s:diingati supaya sentiasa kacau sotong tersebut takot nanti santan naik kepala rasanya orang tua-tua panggil.


Dania amidala : Selamat mencuba, sedap makan dengan nasi or makan macam tu aje..;))

Comments

Popular Posts