HAri Raya Aidilfitri 2011

Raya aidilfitri tahun ni tersangatlah meriah kerana semua cousin-cousinku dapat pulang beraya semua. Cayalah, sangat miss time tu dan nenda pastinya sangat happy sebab semua anak, cucu, cicit dia ada. So seperti biasa setiap tahun, nenda akan buat makan-makan, terawih, solat jemaah beramai-ramai pada saat terakhir ramadhan. Tapi tahun ni, diketuai iman oleh My love iaitu Mr.Sayang dan juga untuk memperkenalkan kepada semua saudara mara.

Malam raya, time ini semua laki-laki aka cousin-cousin aku gerun sebab Mr.Sayang pass semua kena takbir hari raya ikot turn. hahhaha..Biasa ayah long je yang takbir...;P

Di pagi hari raya selepas pulang dari sembahyang raya dan ziarah kubur arwah tokki. Budak-budak apalagi menunggu bank-bank dibukalah.

Masa kemuncak telah tiba, iaitu bersalaman memohon maaf dan masa untuk meminta ampau;P


My family, thanks Mr.Sayang kerana sudi meluang sekejap masa beraya bersama my big family. Mujurlah dekat je boleh pergi mari 2-3kali sebentar dalam satu masa. ;P

Beraya di rumah nenda saudara, Apa lagi megisi tangki perutlah supaya penuh tapi yang pelik berat tetap macam tu, tak naik-naik.;D **ada baca mesti jeles, hahhaha**

Sedap sangat makan, habis licin makanan rumah orang.

Dania Amidala : Maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang tak sempat nak pergi beraya. Tersangat rushing nak pergi beraya ke semua rumah. Apa-apa tahun ni walau agak kelam kabut tapi sangat best dapat beraya dengan semua orang yang aku sayangi. Last, thanks kepada Mr.Sayang yang sudi datang kl teman aku move dan pack barang-barangku untuk pindah dari rumah lama ke rumah baru. Sampai satu tahap rasa nak upah orang je tolong angkat sebab sangat banyak. Next year kalu ada rezeki dikemaman, jawabnya kena sewa lorilah, barang kalah orang berumahtangga.;P

Comments

Popular Posts