Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 27, 2011

Selamat bercuti

selamat tahun baru cina dan selamat bercuti semua yea..
Dania dapat cuti 9hari start esok. So malam ni dania bertolak balik ke kemaman.
Barang-barang semua dah packing, juz sikit-sikit lagi nak masukkan dalam kete.
Jap lagi pergi cari buah tangan untuk abang dan abah, lepas tu pergi bangi dan bertolak balik ke kemaman. Dalam masa 9hari dania cuba tak update blog, tak berfacebooking dan beralam maya.
Dania nak fokus pada kampung halaman iaitu nak bersama abah dan ma, adik-adik, anak buah, cousin-cousin, nenda, mak-mak saudara, kawan-kawan dan Mr.Sayang. Nak spent time dengan orang yang dania sayang.

Salam yang teristimewa dan sayang semua....

dania amidala:hope malam ni drive dengan penuh tenaga dan takda gaduh-gaduh sebab speed kete...ngehhh...dan apa yang penting dania dan korang semua selamat sampai ke destinasi yang dituju..i love my home, my family...muachhhh..XOXOXOX

Tuesday, January 25, 2011

Cara-cara nak cover

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....

sumber: email dari naim

Dania amidala : masih menghitung hari mau pulang ke kemamang idamang. Oyeahhh akhirnya muktamad boleh balik kemaman hari jumaat malam, konvoi kete dengan Mr.Sayang. Excitednya nak balik
.

Monday, January 24, 2011

Menghitung hari

oyeahhhh lagi 3 hari dania akan balik kampung ke kemaman. Bestnya dapat cuti 9 hari. Banyak benda nak buat di kampung halaman ni. Home sweet home..Tak terkata betapa gembira, excited dan macam-macam lagi bila sebut je nak balik kampung. Sampai smile ke telinga tau..

To do List:
1)Nak tido atas katil dan peluk bantal-bantalku
2)Nak pegi masjid sembanyang maghrib dan isyak bersama family
3)Makan satar kat kedai hujung dunia sambil lepak-lepak
4)Main dengan anak buah damia, dany dan cousin aqeel ryan
5)Lepak dan bergosip bersama nenda dan sucah
6)Ziarah pusara tokki
7)Nak buat Egg Tart dan Pizza
8)Nak pegi pantai
9)Bawak motor pusing-pusing kampung
10)Breakfast nasi lemak kedai atas bukit
11)Nak tido, peluk baby dan mengusik dan gaduh dengan baby sampai dia menangis2..qadar 2minggu tak balik kampung..kehkehkeh..get ready yea baby

Hope semua berjalan dengan lancar. Cik Fara dapat siapkan task dia dengan lecurer dia secepat mungkin dan dania boleh terus balik hari jumaat lepas kije bersama cik fara. So dania akan berada di kemaman dah pada pagi sabtu tu. Tidak terpaksalah dania balik pagi sabtu, drive sorang-sorang..T_T..

Dania amidala : Barang semua dah ambik nak buat balik kampung, cuma tak letak dalam beg je lagi. So petang ni balik kije packing barang dan iron semua baju kije.

Sunday, January 23, 2011

Hangout with Bff

Sambungan daripada entri yang lepas about besday fara dan juga aktiviti bersoping, jalan-jalan cari makan. Memang super terbaiklah start dari khamis cuti thaipusam tu sampailah melarat sehingga ke hari weekend.ahakkkk..member kaki berjalan, makan-makan and soping. Tapi weekend ni kitaorang banyak habiskan masa di damansara the curve, ikano, putrajaya dan bangi. Yang paling best dapat makan nasi kerabu kat bangi..Credit to Mr.sayang tunjuk kedai nasi kerabu paling best. Lagi dapat makan lontong kat keramat AU, soto berlada kat keramat, meatball, caremel kat ikano, nasi lemak garden kat kg baru. Bimbang jugak makan banyak-banyak kam makin gemuk. hihihi..


Dania amidala : next month target suar jeans padini, suar jeans romp dengan blaus panjang kat F.O.S..ngehhh..harap weekend ni boleh balik kemaman cuti raya cina dengan jayanya lepas kije. Kita follow drive sama-sama.

Thursday, January 20, 2011

Cerita @Damansara

Jeng..jeng..jeng...kelmarin cuti so kami decide menghabiskan masa, duit di ikano dan the curve. Actually kami adakan suprise bufday kat cik farra. Sebab memang sedia maklum, nanti menjelang 21/1 cik fara akan diculik oleh datok ezad. Jadi aku pom dengan jayanya culik siap-siap cik fara 19/1/2011 pada 12am kat hostel kerismas ukm. Dan tambah kepada Mr.sayang bagi pinjam dslr nikon kamu.

cik farra and me..credit to erda as camerawomen..

its me aka dania amidala

Dania amidala:next post dania akan upload celebrate besday party @ikano. Lupa nak transfer gambar sebab balik dari damansara tu dah lewat malam + penat. Next time oyeahhh...

Monday, January 17, 2011

Port Dickson


Weekend baru ni, buat pertama kalinya aku menjejak kaki ke PD..Huahuahua..Excitednya nak tengok pantai PD camne. Sebenarnya weekend baru ni aku diberi dua choice sama ada nak pergi klcc tengok muvie or jalan-jalan kat PD. Dalam hati dua-dua tempat aku nak pergi, tapi disebabkan aku dah pernah pergi klcc dan memikirkan hari weekend mesti kat klcc sesak. So aku decide nak pergi PD lah. Walau perjalanan nak ke PD tu tidak smooth mana. Yelah, tengah malam sebelum keesokkan hari nak pergi tu kitaorang decide nak bertolak pukul 3petang tapi disebabkan hujan, aku pom bermalas-malasan dirumah, ingat ke tak jadi dah. 3.30 petang camtu baru dia call cakap nak pergi PD tak. So siap-siap dan bertolak dalam pukul 5petang jugak dari bangi. Cewahhh cakap kenal PD, last-last sesat jugak.hahahha. Sampai dekat PD dekat pukul 7.00 malam. Matahari dah terbenam, sedih betul. So cepat-cepatlah snap picture beberapa keping. Mujurlah pergi pantai PD tu tak hujan, tidak lagilah aku sedih. Next time pergi pd, datang awal sikit boleh lama-lama lepak-lepak kat PD ni. Lepas snap picture beberapa keping, kitaorang pom pergi makan-makan then berhenti kat R&R seremban sembahyang dan terus balik bangi. Ingat nak sambung tengok muvie kat alamanda tapi tutup. Dah alamanda tu tutup, jadi kitaorang pom balik teruslah rumah masing-masing untuk merehatkan badan. Tak tahan, sampai masuk dalam mimpi pergi PD. hihihi..



Dania amidala : this week dania rasa macam nak pergi cari sinki dapurlah kat ampang atau nilai.

Saturday, January 15, 2011

hEPPy bIRtHDaY

hEPY bIRTHdAy tO MaMi Mr.Sayang 14/1/2011
moga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, bahagia bersama family dan menjadi mummy yang terbaik..Dan tidak lupa kepada my little brother pada next day nya
hEPY bIRTHdAy tO Fitri 15/1/2011
Moga panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh dan mendengar kata adikku sayang
Mel always sayang adik fitri...muachhhh
Belajar rajin-rajin yea adik fitri sayang...

and coming soon

18/1/2011 untuk Cheng chen aka Irna Muliana aka ex-roomate UDM
Selamat Hari lahir chen, semoga chen beroleh kebahagiaan, keberkatan dalam hidup chen.
Pilihlah yang terbaik dalam hidup chen. Dania sentiasa mendoakan yang terbaik untuk chen. Rindu sama kamO chen..XOXOXO


and coming soon lagi

Hepy BirthDay MyDear Bestfriend Cik Farah Hanim 21/1/2011 yang ke-25
Semoga cik farra panjang umur, murah rezeki, dan bahagia bersama family serta insan tersayang.Jangan tekang-tekang, jiwa kacau duduk di hostel ukm. Bertahang, skit lagi nak habis.
Pulun sehabis baik yea cik farra. Aku sama cik herda huzz tetap support cik farra susah dan senang. We always love u;-))


Dania amidala: Punya cuak nak call mami, siap tanya myMom lagi camne nak cakap. Mesej takda gelabah sangat, ni Mr.Sayang suruh call, jangan mesej. Nasib mami memang seorang sporting. Dan apa yang penting, sekali lagi dania nak wish hepy besday kepada MyMom, Mami, Adik Fitri, Chen dan Cik Farra. Semoga sentiasa beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T

Thursday, January 13, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sumber : http://tazkirah.blogdrive.com/

Dania amidala : hati sangat bercelaru sekarang dengan memikirkan masalah-masalah. Lindungilah diri ini dari sebarang kejahatan.

Wednesday, January 12, 2011

Sibuk

KebiziAN yang melanda diri dania sekarang sampai tak sempat nak update blog. Banyak sangat kije sekarang ni. Rasa tak boleh nak berfikir. Kije banyak start khamis minggu lepas sampai penat tak terkata dan tak da mood. Sekarang banyak duk isi borang ini duk isi borang tu. Aishhyyyy..Dengan duk tengok report itu, report ini.

Hadiah besday mami 14/1, fitri 15/1 dan farah 21/1 tak cari dan plan lagi. Ya ampun, bagi lambat tak pa tak? My Abah dan My Ma dah call semalam, fitri nak hadiah.huahuahua..Sekarang dah tengah darurat, postpone balik raya cina boleh??Mel baru bagi hadiah kat fitri. Okies?? Hadiah kawen ina tak beli lagi untuk wedding ina bulan 2 nanti, Plan dan hadiah besday Mr.Sayang bulan dua tak beli lagi. Siyes, Bizi sangat-sangat. Dengan service kete tak buat lagi. Dah 2x postpone service kete. Jadi this week takleh ikot Mr.Sayang balik kemaman. Kena stay KL, setel service kete, open house mila, beli hadiah kawen ina dan kalu rajin pergi interview kije kat area i-city. Banyaknya kije this weekend. huhuhu..Agak sedih jugak tak dapat pulang ke kemaman this week, tidak boleh main dengan baby, dany, mia dan aqeel. Boleh ngusik-ngusik dorang. Bertahan, raya cina nanti qadar. Nanti mainlah sampai tertido-tido degan dorang nanti. I Miss U All My Baby...XOXOXOX....

Dania amidala : Tengah kekusutan, balik kemaman dengan ketelah..Drive safety sayang, bahaya naik bus ni. Apa-apa jangan lupa dania amidala..XOXOXO

Monday, January 10, 2011

Master

Master...Master...Master..

Aku dalam pencarian tajuk, bidang serta sv untuk sambung master dan dimana untuk sambung.
Yang terdekat aku nampak di UPM, UKM dan UM.
Lagi satu masalah, nak cari biasiswa untuk sambung master.
Try search-search semua nak yang full time baru boleh dapat biasiswa.
Aku kalu buat full time, beratlah sikit. Camne-camne kena buat part time jugak.

Why aku nak sambung secepat ini, pada asalnya aku nak sambung 2-3tahun lagi.
Tapi selepas bercakap dengan Mr.Sayang, dia cakap rugi sambung lewat-lewat.
Time tu umur dah meningkat, dah ada banyak komitmen sure tak dapat bagi sepenuh pehatian pada study. Kalu kawen buat anak jenis tak boleh tinggal, kan dah susah. Nanti master kemana, family kemana. Betul jugak Mr.Sayang cakap tu, aku bagitau family, family pom cakap betul. Kalu rasa nak sambung, sambunglah. Family dengan Mr.Sayang macam tak galakkan je sambung lepas kawen. Kalu nak sambung, sambung sekarang. Masuk bulan 9 ni.
Aduhh, Kos it ni susah tak boleh gopoh-gopoh nanti rugi ja sambung. Jadi now aku slow-slow cari tajuk dan bidang apa. Fikir-fikir rasa cam nak lari bidang macam bidang pendidikan ke tapi rasa sayang pulak sebab aku dah ada basic bidang it. Bidang it nilah susah. Kalu bidang pendidikan memang aku minat, cita-cita aku nak jadi cikgu. Tapi semua benda akan ada susahnya, akan ada stressnya. Atas nawaitu kita ja, nak atau tak nak kan.

Pengorbanan yang terpaksa aku lakukan kalu dapat sambung master ni:
1) Tak boleh balik kemaman tiap kali weekend sebab kelas aku pada hari weekend.
2) Terpaksa mengorbankan cuti panjang dengan menelaah buku
3) Tak boleh nak berjoli, berjalan sakan, hang out dengan family, Mr.Sayang dan kawan-kawan
4) Save duit gaji untuk bayar yuran pengajian

Dania amidala : Masih dalam pencarian, nak buat bidang, tajuk, U dan sapa supervisor..

Thursday, January 06, 2011

Moody

Saya sangat moody hari ini. Sedih sangat-sangat, tak tau nak cakap camne. T_T. Semalam tido lewat around pukul 3 pagi, bangun-bangun 6.30 pagi. Setel sedikit problem yang aku tak tau boleh menimbulkan masalah. Short mind betul aku, aisyyyhhh. Sorry, tak terfikir pom tindakan aku ni rupanya salah. Niat dihati nak mudahkan dan untuk pesan ja. Pahtu bangun-bangun pagi, kaki sangat-sangat lengguh dengan sangat sejuk nak mandi. Pakai baju kije pom apa yang nampak di depan mata ja. Dah pergi kije pom dalam keadaan tak cukup tido. Mesti Sir chinesse tu pelik tengok keadaan aku camni. Biasa every morning terserempak dengan dia mesti aku tegur atau smile kat dia. Ni jumpa kat kedai makan pom aku wak tak tau ja. Sorry sir, i betul-betul takda mood.

Sampai office, bertambah sakitnya hati dan tak da mood yang melampau adalah my lappy. My lappy ku retak menanti belah. i dont know why, what happen my own laptop. Aku cukup sensitif bab-bab laptop aku. Sebab dia adalah nyawa dan kekasihku pertama dihatiku tau. Walau my lappy tu abah yang belikan tapi lappy ni adalah taste aku. Sampai merajuk-rajuk nak lappy ni tau, abah suh beli yang lain time tu. Dulu motherboard rosak, aku rela habiskan duit seribu lebih sebab nak jugak guna laptop ni. Walau duit tu guna duit abah jugak. Last-last lappy ku retak kat tepi. Aku tak tau sama ada terhempas ke apa. Tapi yang pasti, aku tak pernah hempas pom. Aku perasan dia macam terkopak sedikit dengan pecah bahagian tepi kat screen tu. arghhhhh, sungguh-sungguh tak bermaya aku pada ketika ini. Masam mencuka ja my face. Tolonglah kembalikan kepada yang asal my lappy.

Dania amidala : Mahu menangis dan tak nak cakap dengan sapa-sapa pom..huhuhuhu..tsk

Wednesday, January 05, 2011

Cara Nak Kurus Tanpa Ubat Ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Sumber : http://www.myreez.com/2007/07/cara-nak-kurus-tanpa-ubat-ubatan.html

Dania amidala : Lepas ni tak payahlah dania nak diet. Dimana setiap kali nak diet makin menjadi-jadi makanku. Nak amalkan petua ni pulak, selamat tinggal perutku yang buncit dan dagu berlapis..ngeee..

Doa Seaorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Artist: In-Team
Song Category: Nasyid

Dania amidala : "bila satu hari nanti aku akan temui cinta sejati..maka dia perlu tahu dia adalah nafasku yang terakhir..jika dia pergi,nadi cinta ku akan terhenti selama-lamanya.."

Jawab Tag

1. apa benda paling penting dalam hidup anda?
My Lappy ...I Love U So Much2

2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
t-shirt bum dengan suar jeans bum

3. dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
tak kawen lagi sayang oiii

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
yes, winkkk~~~

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai akhir hayat..insyallah hope ada jodoh dengan Mr.Sayang

6. novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
tak ingat dah aku, novel apa yang dibeli

7. antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mestilah myMom

8. namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Nabi Yusof

9. adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah aku basuh sendiri baju, tidak sapa lagi nak basuhkan..ngeee

10. di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Nak pergi menunaikan haji dengan paris

11. pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk, ciom ni sensorlah

12. beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
tak tau nak bagitau camne

14. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?
the way you lie -rihanna & eminem
the way you arein - bruno mars
impossible - shontele
sungai lui - aizat
sang mantan - nidji

15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?
Fatin
Hajar
Farra


Dania amidala : membuang masa tunggu untuk balik kije

Tuesday, January 04, 2011

Mama Besday

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-50 MyMoM..
05-01-2011

Mel doakan semoga ma dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama family
Mel berbangga dan berterima kasih mempunyai seorang ibu yang terlalu
caring kepada anak-anak
Mel sayang ma selamanya.
Love u Mama.
Muaahhhh..

Dania amidala : Pagi-pagi lagi dania dah wish besday kat ma. Abah pagi kelmarin lagi dah mesej, ingatkan besday ma kepada anak-anak dia...hihihi. Anak-anak sila bagi hadiah kat your mum..kekekeke. i'll remember dad, Today is myMom besday.

Monday, January 03, 2011

Tingin nak Mee Rebus

Sekarang merupakan musim dania amidala memasak, tapi dania mempunyai sedikit masalah bab memasak ni. Bukan tak nak mengaku tapi sejak bermaustatin di kl selama 5 bulan, dania tau memasak jeput bilis, jeput kurma dan segala jenis jeput je.Tsk... Macam makanan berat ni, dania kurang mahir dan kurang ingat dah seperti ikan masak stim, ayam masak lemak cili padi, kari ikan or pape jenis bergulailah. Lagi satu segan kot dengan housemate ni. Terutama shitah dan nana dorang memang pakar di dapur. Kan dania masak, pandang pom tidak masakan dania ni. Dania teringin sangat nak makan mee rebus yang macam Damia Wawa aka kakak ipar dania masak. Sedap tau, masalahnya nak buat tulah tak pandai. Kalau mee calong tu tau jugak dania buat. Petang ni tak jadi mee rebus lantaklah janji dania masak. Petang ni dania akan adakan rombongan cik kiah ke tesco dengan naim untuk membeli keperluan yang sepatotnya. Harap skill memasak dania masih ada. Ni nak buat mee goreng dengan nasi goreng pom terhegeh-hegeh. Semua guna perencah 2in1.. wakakakaka. Sila jangan gelak pada dania amidala sebab "saya budak baru belajar". T_T..

Nilah masalah kat rumah tak nak tunjuk skill memasak. Biasa balik kampung duk di dapur tau sediakan bahan-bahan je, camne potong-potong bawang ke, sayur ke, ayam ke, ikan ke. Tapi bab memasak dania akan serahkan kepada myMom ataupun pada Uiyhhsz Yunk. Yelah dah kita ni jarang balik kampung mestilah nak merasa air tangan ibunda tercinta kan, cewah padahal tiap-tiap minggu balik. hihihihi. Takpa this month dania akan tunjuk kepakaran memasak, biar semua housemate terkejut betapa sedapnya air tangan dania amidala. Jangan pandang leceh tau, ni dania amidala yang cumel.

Dania amidala : Lepas habis kije 5.30 petang, dania bersama naim akan borong kelengkapan memasak di tesco. Tengoklah hasilnya nanti.

Sunday, January 02, 2011

Peristiwa Countdown

Picture makan-makan hari besday aku : dania, farra dan herda

dania amidala dan farra malam new year

dania amidala yang cumel..ngeee

First and last aku dengan cik fara nak minta maaf sangat kat cik herda. Pergi countdown tak bagitau kat ko herda. Kan asal-asal kita plan nak countdown sama-sama tapi tak jadi sebab pukul 8malam tu Mr.Sayang call suh balik terus rumah masa kita kat ampang point lepas cari plaza flamingo kononnya. Jadi kita pom cancellah nak countdown. Actually aku dan cik farra nak terus balik rumah aku tu. Tup-tup aku mesejlah Mr.Sayang saja-saja, cakap nak pergi countdown kat putrajaya. Sebab before ni dia tak kasi pergi jadi aku dengan cik fara tak mengharap sangatlah. Last-last Mr.Sayang bagi, so aku teruslah drive pergi putrajaya dengan cik fara. Dah alang-alang tak masuk rumah lagi. Sorry tau cik herda. Tapi pergi putrajaya pom agak tidak best sebab dapat tengok sikit ja bunga api T_T. Kira tak happening sangatlah.

Dania amidala : Pening-pening, management this month sangat teruk. Asyik kuar je. Dan yang pasti dania amidala sangat merindui kampung halaman, rumahku, Mymom, MyAbah, adik-adik, anak-anak buah, sedara mara dan nenda. Camne nak bertahan tak nak balik selama sebulan.