Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 20, 2011

Hepy Besday Sayang

Tik..tok...tik..tok..tik..tokk
12:00AM 20-02-2011

Hepy besday sayang
hepy besday sayang
hepy besday yang ke-24
hepy besday pokcik sayang

mr.sayang yang telah ku editkan dengan memblurkan picture


Ayat skema wish untuk sayang: Semoga sayang menjadi anak yang soleh pada family, sentiasa dilimpahkan rezeki, bahagia, berjaya hidup dunia dan akhirat.

Ayat kurang skema dari b untuk sayang : awop jadi anak yang baik erk, dengar kata papa dengan mami. tak dengar b tarik telinga kangg pahtu tepik kuat-kuat..Lepas tu jadi anak kebanggaan papa dengan mami. Habiskan master cepat-cepat, jangan penat-penat cari jurnal ke literature review ke..buat yang paling-paling terbaik..chayook2 sayam..dan paling penting dapat grad dengan cemerlang, lagi sayang sentiasa dimurahkan rezeki, urmmm makan banyak-banyak yea..dakpe perut buncit ke gemok ke..b sayang jugak sayam..dakyah catu-catu makanan..dan yang last hubungan kita sampai ke akhir hayat. hidup dengan b oyeaahh sayang..i love u sayang..tau nak orang arab siap r..b langgor dengan kete pahtu ikat kat pokok pahtu tepikkk dengan kabo ke ma dengan mami..siappp r..ngehhh2

p/s:Nanti balik kl kita celebrate sama-sama yea darling.


Dania amidala:kesejukan di dalam bilik server...

Thursday, February 17, 2011

Indah kabar dari buat


ohhhh no aku sudah gemuk yang tahap kritikal. Daguku sudah berlapis tapi perut jangan risau maintain tak berapa buncit taknak mengaku tu dengan terang-terangan Masih boleh dikawal, rilek r baru 45kg kan..tengok-tengok dah 50kg muahahhaha....hihihi..Next week aku berazam akan mulakan operasi diet aku. Dari minggu-minggu sebelumnya lagi aku nak mulakan operasi berdiet tapi asyik terbantut je. Baru tanam azam malam taknak makan nasi start esok. Last-last pergi ofis pagi tu dah cari nasi lemak kat mak cik tepi jalan tu. Sudah kenyang dengan sendawa errrkkkk, barulah teringat taknak makan nasi. Dah langgar azam malam tadi. So tengahari tu, aku pom pergi bedal nasi tengahari pulak kat kedai belakang ofis. Kalu rajin pergi sri petaling or tasik permaisuri tu cari kfc. Orang cakap dah alang-alang makan nasi baik makan je terus. Tak guna dah diet kan..hihihi..Jadi nilah kesannya dagu dah berlapis, peha dah gemuk. Lagi orang nasihat suh diet lagilah nak makan. Tadi pom sedap aku bedal makanan iaitu pagi roti canai dengan air milo, tengahari ayam penyet dengan roti cream horn, malam karang tak tahulah aku apa pulak..tah-tah mcD or nasi ayam. Tengahmalam pulak bedal roti canai pulak.ohhhhh nooo..Tolonglah nasihat dan catu makanan aku.

Dania amidala : tak boleh nak buat kije sebab line kena block. Jadi nextweek kena pergi site setelkan 6 modul report.

Wednesday, February 16, 2011

Rahsia Pohon Cemara

Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerna kau ratu laksana
Di singgahsana

Di tasik ini, di pohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapan ku kepadamu
Sekian lama

Akan kuserah cinta abadi
Menyerlah sinar malam sepimu
Agar menjadi penawar lukamu
Warna hatimu

Akan kubawa kau mengembara
Menerokai alam asmara
Mengubu kota
Cinta kita

Genggam erat janjiku
Sematkan di dalam hatimu
Moga cinta makin mekar
Mengharumkan hidupmu




Dania amidala: Why aku post lagu ni?? sebabnya ni merupakan lagu febret Mr.Sayang. First time aku kuar dengan Mr.Sayang pada 9/11/2010 around 8.00pm. Kitaorang dinner sama-sama kat village view bangi. Masuk-masuk kete Mr.Sayang duk dengar lagu ni, dia asyik ulang lagu ni ja. Lepas kitaorang dinner round-round ukm pom Mr.Sayang duk ulang lagu ni. Memang obses betul dalam hati aku cakap. Boleh tahan jugak, ustaz2 layan lagu macam ni. Aku ni tak layan sangat lagu-lagu ni, so dengar jelah dia layan lagu sambil nyanyi dan bercerita. Esokkannya aku cuba cari lagu ni, waa macam dalam je maksud lirik lagu ni. Macam faham-faham je dengan diriku ketika itu..ngehhh2...

Balik Kemamang Idamang

mia aka wan damia zuhairah = my anak buah yang nakal dan banyak mulut

oyeahhh esok plan nak balik kampung with farra, erda dan Mr.Sayang lepas dania kije. Tapi dania perlu setel dulu kije esok. Kena standby kat site tima jalan sultan ismail pagi tu. Dalam pukul 3pm balik ofis sain resign letter dan sain offer letter Inix Technologies Sdn Bhd (ITSB). Hope My car siap esok jadi boleh balik kampung dengan kete dania. Point utama disini adalah "DANIA PULANG KE KEMAMANG IDAMANG".ngehhh2..Kepada farra dan erda dan jugak dania sila tepati masa untuk pulang ke kampung halaman. Kalu tidak tanggunglah akibat kalu ada angin monsun barat daya. Jangan time sampai baru nak packinglah, baru nak mandilah. Alamatnya habislah korang semua..

muhammad aqeel ryan aka aqeel = budak yang sentiasa jiwa

Dania mau mencari dany, mia dan aqeel dan juga baby. Sangat-sangat merindui mereka-mereka semua. Rindu nak tengok mia dengan aqeel gadoh berebut mainan. Sebabnya dorang tak boleh duduk sama, tak sampai 10minit startlah gaduh, berebut-berut. mia tolak aqeel, aqeel tolak mia. last-last aqeel menangis.hihihi..sangat-sangat kelakar budak duaorang ni. Bila berkumpulnya 3orang budak bertuah ni mia, aqeel dan dany gamatlah rumah duk dengar dorang main, bercakap, bergaduh.hihihi.. Tu dany tak boleh berjalan lagi, kalu boleh berjalan tak tahulah nak cakap. Syok sungguh layan budak-budak ni, ada je benda yang lucu.


wan mohd daniels aka dany

mia dan aqeel time baik, siap peluk-peluk ciom. Buat time gadoh huru hara rumah


Siblings = mia+dany

dany dan cik ti

Dania amidala : tunggukan kepulanganku wahai mia, dany dan aqeel..Siaplah untuk belasah budak kecik 3orang ni.

Tuesday, February 15, 2011

Evening Primrose Oil = Pelaburan masa hadapan


Hari ni tanpa dirancang aku telah menghabiskan RM94.88 di guardian dengan membeli everning primrose oil 1000mg sebanyak 3botol besar. Bak kata naim takpalah pelaburan masa hadapan. Memang dah lama nak beli tapi hold dulu sebab rasa bukan keperluan tambah main ubat-ubat ni. Aku alergik skit, sedangkan ubat resdung pom kadang makan kadang tak, ni pulak dengan suplement tambahan memang lagilah aku tak makan sangat.ngehhh2. Kenapa aku beli epo ni sebabnya masalah kulit, dimana banyak jerawat-jerawat telah membiak dengan jayanya di muka aku. ohhh tidak...Mungkin disebabkan aku kan berpenyakit resdung yang agak teruk jadi memang sentiasa ada jerawat singgah dimuka comel aku ni, bersin jangan cakaplah...hihihi..Tapi siyes epo yang aku beli ni, pil nya sangat besar gedabak. Lepas ni aku kena beli insurans diri cepat-cepat, atleast tak buat wasiat, family aku boleh claim insurans aku nanti. Kalaulah aku mati tercekik sebab epo..hihihi.. Mintak dijauhkanlah..hihihi

Dah-dah melalut, jom kita search apa itu epo :

APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

sumber : http://miszpumpkin87.blogspot.com/2010/08/evening-primrose-epo.html

Dania amidala: berazam habiskan epo tiga botol ni tanpa miss satu hari pom. Berjayakah dania melakukan, jom kita saksikan..Ahad ni besday Mr.Sayang, apa yang suprise nak buat untuk pakcik ni erk..Kita tunggu 20/2 ni. Jangan Mr.Sayang buat angin monsun barat daya sudahh. Hihihihii..

Thursday, February 10, 2011

Uollzz ada aku kisah!!

Hati oh hati...
Aku rasa sangat sakit hati dengan someone ni. Agak-agaklah, macam dia je betul. Kalu dah sayang semua benda yang orang dia sayang buat tu betul. Pleaselah jangan kebudak-budakan sangat uollzz. uollzz tu tua pada aku, boleh fikir lebih matang dari aku. Tapi aku tengok, aku yang lebih matang dari uollzz. Sabar aku ada tahap jugak, sampai masa meletop jugak. Aku rasa nak je penyet-penyet someone ni. Cis konon nak berbaik dengan aku, nak lupa semua kisah tapi duk canang-canang lagi. So stupidlah uollzz.

Ada aku kisah uollzz macam mana sekarang, suka ke tak suka ke????ohhh noo, sapa uollz dihati aku, nothing..stupid betullah uollzz..Cuba u tengok dalam keadaan dua situasi, jangan nak dengar sebelah pihak je. "Jangan dengar sebelah pihak saja". Actually this guy tu yang bersalah. Tapi bila kadang-kadang terfikir, kelakar pom ada. Betapa bersyukurnya aku tidak bertemu dengan uollzz lagi. Penipu betullah uollzz, cakap tak serupa bikin. Mesej-mesej aku cakap nak lupakan semuanya. One more thing kalu dah terang-terang bersalah dengan aku. Tak payahlah cakap macam keling. Dengan aku cakap lain, dengan orang lain cakap lain. Aku ni tak bodoh, boleh beza mana yang betul dan yang buruk. Tapi yang agak stupidkan boleh pulak ko percaya kat dia. Kalulah aku dah tawar hati.hahahhaha..Tulah kita tak boleh ramal semua ni. Hanya Allah yang tau rahsia setiap kejadian. Stoplah menganggu ketenteraman aku lagi.

Sapa-sapa dan uollz terasa sorrylah yea, ni blog aku jadi aku ada hak nak tulis nak luahkan. Lama dah aku bersabar. Aku mintak tolong dengan entry kali ni, bila uollzz terbaca tolonglah stop dan jaga tingkahlaku. Sebab i know, uollzz mesti terbaca punya blog aku. Aku tak kacau, tak ganggu uollzz dan uollzz jangan kacau aku. Jangan sampai buat aku hilang hormat pada uollzz. Walau hakikatnya aku dah cukup menyampah dengan uollzz. Sorry aku telah menggunakan perkataan yang agak kasar. Today aku sangat-sangat sakit hati dengan uollzz.

Dania amidala : Saya sangat sayang Mr.Sayang walau Mr.Sayang saya ni puting beliung dan angin monsun..hehehhe..Tapi sebenarnya dia seorang yang romantik dan nakal...i love u much2 more sayam..sayam dah terlalu banyak berkorban untuk b. B akan ingat pesanan sayam, nak buat benda-benda fikir dulu kesan akan datang..u trust me, me trust u..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan sayam..

Wednesday, February 09, 2011

Aktiviti Sepanjang bercuti

Jumaat 28/1/2011 aku dengan cik farra bertolak balik ke kemaman. Selepas settle kije kat site dan ambik Farra kat Ukm. Aku pom drive balik dan singgah kat genting sempah makan malam mcD sementara tunggu Mr.Sayang ambik adik ipang kat subang. Selepas tu aku gerak tunggu kat R&R lanchang dan baru gerak sekali balik ke kemamang idamang.

Hari Pertama
-Breakfast dengan abah, adda dan siti dekat bandar
-Lepak dirumah sampai puas tahap gaban sebab hujan jadi tak boleh nak kua
- Ambik mia kat salon dan melayan kerenah mia sepanjang hari, petang abang datang rumah dengan dany.

Hari Kedua
-Pergi Kuala Terengganu dengan abang, adda, siti dan mia
-Operasi mencari nasi goreng daging bakar dekat cendering kedai Oasis, makan mcD
-Dari 7pagi-7malam duk dalam kete je..Ohhh memang nak muntah gila-gila

Hari Ketiga
-Lepak rumah nenda dan main dengan aqeel ryan
-Kuar makan malam dengan abang, Kak wa, siti, mia dan dany dekat kedai western food geliga

Hari Keempat
-Kemas-kemas rumah dan lepaking dengan adda dan siti
-Tengahari beli makanan dan tengok Mr.sayang mancing ikan kat taman nyamuk bukit kuang.
-Petang keluar dengan Herda dan Farra cari kedai hujung dunia tapi sayang TUTUP...huhuu so pergi makan satar, otak-otak, ikan celop tepung, mee sup, paih, cendol kat kedai lain dan terjumpa someone sehingga Herda dan Farra terkejut.hahhaha

Hari Kelima
-Bawak nenda dan aqeel ryan jalan-jalan bandar kemamang idamang dan bawak aqeel balik rumahku.

Hari Keenam
-Lepak king kong tahap dewa kat rumah
-Pusing-pusing kampung bawak motor
-Makan kerepok dengan goreng pisang dekat pantai teluk mak nik geliga dengan Herda, Farra dan Abang Chik
-Makan malam dengan Mr.Sayang

Hari Ketujuh
-Tido rumah nenda
-Main dengan aqeel ryan dan bawak nenda berjalan-jalan
-Pergi kenduri dengan sucah, nenda dan aqeel ryan

Hari Kelapan
-Lepak dirumah dan settle kije ma
-Petang pergi pantai kijal dengan Mr.Sayang, adda, fitri dan baby
-Solat magrib jemaah dengan Mr.Sayang, abah, fitri dan baby

Hari Kesembilan
-Packing barang fitri dan me untuk pulang ke KL
-Ambik Farra kat rumah dan beli makanan kat The Store untuk fitri
-Pergi rumah Mr.Sayang jumpa mami dengan tok Mr.Sayang
-Bertolak balik ke KL dalam pukul 3pm dan sampai kl 3am.Jem kokrang

Dania amidala:Tapi masa on da way balik ke kl memang ada sedikit yang terjadi dekat aku.huhuhu..Tak pasal patah kaki, dah gastrik.huhuhu..mujur tak kena marah tapi kena kutuk ja