Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 23, 2011

Persiapan

...Panic...


...Attack...


...Nervous...

Dalam hati sukanya la hai. Huhu. Gedik ni! Wahaha. Okla, since it is less about 1 week to go before the e-day, here is the checklist:
  1. Baju Tunang : Done! Note: To be collected on Fri/Sat :Deposit paid
  2. Veil/Tudung/Kasut: Done
  3. Makeup: Done! Note: Deposit paid
  4. Photographer: Done! Note: Paid
  5. Mini pelamin : Done! Note: Deposit paid
  6. Hand bouquet: Done! Note: Deposit paid
  7. Caterer/Canopy: Done! Note: Paid
  8. Doorgift: Done! Note: Paid
  9. TQ Tag/ Sticker/ Ribbon to deco: Done!
  10. Room deco: Pending
  11. Dulang hantaran+Alas: Done!
  12. Hantaran (From me to him):
  • Baju Melayu : Done!
  • Cincin : Done!
  • Chocolate: Done!
  • Cupcake: Done! Note: Paid!
  • Fruits: Done!
  • Sireh: Done!
  • Kuih: Done!
  • Kuih: Done!
  • Kuih: Done!
  • Additional 1
  • Additional 2

Alhamdulillah dan Terima kasih pada Allah, aku akur dan redha jika ini ketetapan dariNya...Huhhh, Apa-apa thanks to my Mom, Abah, Nenda, Sister dan Mr.Sayang yang banyak membantu aku dalam merealisasikan e-Day aku ni pada 1 Mei 2011..Thanks a lot..

Dania amidala : Aku memohon agar ikatan aku bersama Mr.Sayang dipermudahkan, diberkati sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga akhir hayat kami..i love u so much sayang..

Monday, April 18, 2011

Anakku Sayang

Hah nilah rupa anak buahku yang cumel plus chubby. Tiap kali balik kampung mesti berebut punya nak main dengan budak ini. Rasa nak cubit-cubit je tambah bila buat muka macam donut dia tu. Geram betul kat sin chan ni. Masa ni dany tengah gumbira baru lepas tido, makan kenyang.

Time ni aku cilop anak sapa tah dekat sogo, hyperactive sangat, lengguh nak berkejar-kejar dengan budak dany ni. Kejap masuk bawah kain, kejap menyorot situ, kejap buat jatuh baju orang juallah, kejap nak main lif. Last-last aku nak kurung dia dalam fitting room, lengguh dah nak bekejaran dengan dany tapi ada patot sales girl ketuk pintu fitting room

"Puan, puan nak bagi susu anak ke?Puan pergi bilik sebelah ada kerusi, selasa sikit"

aku pom kuar dari fitting room sama dany..errrrrrr #$%^&*(...**
ada patot dia cakap aku puan, ingat aku mak budak ke...saya masih ANAK DARA, okeyyy..maybe time tu dia ingat dany tu anak aku kot dan dany nak tido, aku nak bagi susu kat dany..owhhh tidakkk...muka kelat je kuar dari fitting room tu..


Ni muka budak mengamuk nak tido, nak susu dah. Ibu dengan Ayah pulak duk beli makanan nak lunch. Time tu dak cuak dah, dany dah start merengek. Ada botol susu senang je aku kasi, compirm-compirm dah tido. Tapi ibu pulak tak bawak botol susu dany. Pening sekejap aku, nak layan dany lagi nak layan kakak lagi. Baru dua anak, aku dah hampir nak jadi tarzan dengan nenek kebayan.
Dany dah start menguap non stop dengan bengkak mata-mata tahan ngantok. Sian anak mama yeaaa. Sabar yea sayang manja...(^_-)..Tak sempat nak tutup mulut dany..kekkekeke..

Hah time ni, budak dany dah start enjin dia dah.. Tak berhenti-henti menangis nak susu dengan tido. Aku punya cuak tak tahu nak buat apa, last-last bawak dany pergi kat Ayah dengan Ibu. Barulah senyap. Dany makan satu mulut nasi terus tido, punyalah mengantok sampai nasi kat mulut pom dah tak endah. Biasa danylah hantu makan. Pantang orang makan, dia nak makan. Siap rebut-rebut lagi.hihihi..Nanti akhir bulan ni Mak ngah balik, kita pergi jalan-jalan yea sayang. Kita ajak kakak dengan aqeel ryan sekali. Pakai baju cantik-cantik tau..Rindu sama kamu semua..

Dania amidala : Semua kerja dah setel..yihaaaa...Ada budak excited nak pergi jawab exam..exam petang tapi pagi-pagi dah tercegat kat dewan exam. Siyes macam hafriz masa aku study kat UMT dulu. Orang exam malam dia pagi-pagi dah tercegat kat dewan..hahhahah..Nampak gaya ilmu penuh di dada tu..Alhamdulillah..hihihi

Thursday, April 14, 2011

Keizinan

"Setia dan jujur itu perlu dalam satu perhubungan
kerana itulah tunggak utama menjamin kebahagiaan"

jenggg..jengggg tak tahu apa motif nak update blog..semalam mylove brother datang kl, abang call tapi aku tak perasan, bising sangat duk dengar lagu arab dalam kete Mr.Sayang sementara tunggu farah bersiap nak bawak makan chiken chop. aku pom call abang balik.

mel:hello assalamualaikum abang, nape call tadi?
abang:hello tokey, ada mana tu??ada kl ni
mel:ada kat kl lah, biar betul ada kl, mari dengan sapa, buat benda
abang:betullah, mari semua dengan mak kak wa sekali..ada belaka, jom keluar makan
mel:owoss abang, mel ada bangi sekarang ni
abang:wak benda kat bangi?dah kalu gitu kita jumpa esoklah
mel:pergi makanlah dengan abang ngah..dah abang balik kemaman bila?
abang:dah dakpelah gitu, abang balik petang esok kemaman tapi nak pergi sogo dulu
mel:hahh moleklah, mel kije dekat-dekat dengan sogo..bolehlah jumpa.
abang:dah moleklah, kita jumpa sana
mel:cop nak main dengan mia dan dany, abang nak shopping pergilah..
abang:beress

so pagi ni, aku dengan semangat berkobar-kobar ingin berjumpa jua anak-anakku yang comel iaitu damia dan dany.

Weekend ni asalnya aku, farah dan erda plan nak pergi main bowling dekat wangsa walk tapiiiiiii aishhhhh tak mendapat keizinan pulak dah aku ni setelah berterus terang plan weekend ni. Masalah-masalah, so aku cakap tak boleh main bowling nak pergi tengok movie cun jawapannya tetap sama tak boleh dan dok leh pergi. Patah kakilah macam ni weekend duk kat rumah je. T_T..Tak leh jadi, malam ni aku cuba bertungkus lumus memujuk jugak untuk pergi. Bolehlah erkk, tidak nak buat apa kat rumah kelip-kelip mata je bilang anak cicak. Banyak agenda aku bersama and da geng tau.

Dania amidala : alhamdulillah demam sudah baik cuma tinggal batok dan selsema je. Nanti nak pergi beli ubat hurix's gamat untuk batok.

Monday, April 11, 2011

Cerita Demam + budak degil

Dah 3 hari aku demam, kejap demam kejap baik..orang kata kejap panas, kejap sejuk badan ni. Tak tahulah aku kenapa. Balik weekend baru ni aku drive, sampai kemaman dah rasa sakit-sakit tekak dengan batok tapi biarkan je masa minum dengan farah, ezat and da geng kat depan masjid sultan ahmad. Esokkan tu aku pergi kuantan dengan Ma cari barang, terasa makin teruk pulak aku dengan pening kepala, batok tahap dewa dan demam. Malam tu sampai rumah, mandi-mandi dan solat terus tido. Sebelum tido aku pakai foot detox pads yang kat kaki tu, stokin dengan selimut conferter 2lapis pahtu sapu balm pening kepala. Memang betul-betul tak bermaya. Masa mandi pom siap muntah-muntah, habis keluar makanan aku makan.T_T..

Bangun pagi solat subuh, terasa lagi pening kepala dan tidak bermaya betul. Tak boleh jadi ni, aku pom telan panadol active fast baru rasa segar sikit. Lembik nak leh sampai kl dah drive sorang-sorang, farah selaku co-pilot hanya jalankan tugas bercerita dan memberi makanan je kat aku. nilah orang cakap degil, tak bagi balik, nak balik kemaman jugak. hihihi..Sampai kl puluk12 malam tu, ikot hati rasa nak tido kat bangi je. Siyes memang tak larat sangat-sangat. Esok tu nak pergi kije tak boleh bangun terus, makin teruk demam. Demam terkejut lagi, nyaris-nyaris nak accident kat hway karak. Betul-betul depan mata aku van tu accident, hilang kawalan mungkin disebabkan jalan licin dan van tu tergelincir kat longkang kecil sebelah kanan. Van tu berpusing tiga kali. Kalulah laju sikit kete aku, memang dengan kete aku van tu heret. Hilang mengantok sekejap.

Keesokan malam tu Mr.Sayang datang bawak aku beli makanan dengan pergi klinik. Layan aku pergi klinik, dahlah penakot nak makan ubat, kalu ajak pergi makan ikan bakar kat sekinchan ke beli roti pavillion ke, memang dulu lagi aku pergi. Aku mengadulah dah seharian aku makan roti je 4keping, lain-lain tak boleh nak telan. Aku pom cakap nak egg tart kfc. Bawaklah member malam-malam dari bangi. Sian pulak bila fikirkan. Sampai kfc, memang nak beli egg tart je semata-mata tapi agak sedih egg tart kena tunggu 20minit. dah takkan nak tunggu, kami belum solat maghrib lagi. Jadi belilah kentang putar dengan cheeze wedges je. Balik rumah pom, aku makan kentang putar je. Memang tak lalu gila nak makan. Dan today demam masih tak baik lagi.
Fikir-fikir boleh kurus aku camni kalu demam, nak makan tak lalu. Mulut terasa pahit je. T_T

Dania amidala : Demam+selsema+batok+pening kepala, cepatlah baik.

Wednesday, April 06, 2011

Apalah nasib WUJ

Hangin aku, pagi-pagi nak pergi kije dah buat aku berasap. Dari mood elok nak pergi traning BIEE kat ofis terus sakit hati yang amat. Apa tak geram dan nak menyumpah seranah. Aku turun dari rumah aku tengok kete aku ada kesan calar kat pintu belakang. Tak bertamadun betullah sapa yang buat tu. dah tau kalu nak buka pintu, tengoklah jugak kena tak kat kete orang lain. Punya hangin, dah buat calar kete orang pergi tinggal bodohh.Bukan nak polish ke nak apa ke supaya hilangkan kesan. Geramm, geram. Takleh tengok kete orang cun sikit ada je yang dengki.


ARGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SAYA MARAH NIII, BUKAN TENGAH BERGURAU SENDA....SIAP KALU AKU TAU SAPA BUAT.......GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

Dania amidala : Esok nak balik kemaman dahhh...rindu aqeel, mia dan dany..

Monday, April 04, 2011

Besday Baby 03-04-2011

Hepy Besday adik yang paling tersayang sorang ni.
Hepy besday adik yang paling manja
Hepy besday baby sayang
Sayang sangat-sangat sama kaMu
Tiada perkataan yang dapat diluahkan
selain mengharapkan baby sentiasa sihat, jadi adik yang baik, jadi anak yang soleh
Mel sayang baby

--->>Hadiah jam ben10 balik kemaman mel kasi yea tapi dengan syarat belajar rajin-rajin yea adikku..

Dania amidala : Good luck for your final exam darling, study rajin-rajin, sembahyang hajat, doa biar dipermudahkan dan paling penting jaga kesihatan. Makan ubat sayang biar cepat baik demam.

Sunday, April 03, 2011

Kita pulang


Insyallah jumaat ni lepas kije dania amidala akan pulang ke kemaman..Sangat-sangat best, harap sempatlah main dengan aqeel ryan, dany dan mia. Dania akan pulang ke kampung halaman bersama farah hanim. Dania terpaksa drive sebab banyak sangat barang nak buat balik. Barang farah hanim lagi, barang dania yang nak suruh ma gubah lagi. Sebabnya dalam 28/4 dania balik kampung untuk majlis 1 mei nanti, tak yah pening-pening nak gubah barang-barang yang nak bagi kat Mr.Sayang. Dania boleh setel bahagian kemas-kemas rumah dan menghabiskan makanan yang ada kat dapur bersama anak-anak buahku. Geram betullah kat budak tiga orang ni.

Actually balik ke kemaman ni, ada tujuan yang harus disetel secepat mungkin untuk majlis nanti. Barang yang nak kasi kat Mr.Sayang dah setel untuk 8 dulang hantaran cuma tinggal 1 dulang hantaran lagi tak setel untuk cincin Mr.Sayang. Bahagian deko je belum sentuh lagi, yang tu serahkan kepada ma. Ma lebih arif sikit benda-benda macam ni, dia buat untuk anak tersayang dia jugak kan.

Task menunggu balik jumaat ni ke kemaman:

1)Fitting baju tunang + make up + pelamin
2)Beli cincin dania dengan mami
3)Pergi ssf kuantan untuk bahagian deko barang hantaran
4)Tempah cupcakes
5)Suruh abah beli cincin untuk Mr.Sayang
6)Nak main dengan aqeel ryan, mia dan dany montel

Dania amidala : Tahniah kepada fahmie yang telah mendirikan rumahtangga dengan annie. Harap korang kekal bahagia hingga akhir hayat. kamu sangat baby face dan cumel semalam. Sorry pergi sekejap je dengan Mr.Sayang kelmarin.

To Farah : Sorry saya telah mencuri warna tema kamu. Tak plan pom, sebab asalnya saya nak warna pink tapi....aisyhhhhh