Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 26, 2011

Nora - Secebis Harapan

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan…

Dania amidala : Aku suka lagu ni, akhirnya siap download lagu ni..

Layang Movie


Semalam nekad nak pergi tengok movie pirates caribbean or fast farious. Tak nak dah tengok nur kasih the movie, frust punya pasal sangat wikend haritu. Bila bincang-bincang petang tu banyak kali aku tanya, kalu terpaksa jangan agree nak tengok movie nanti buat aku frust. Sebab aku tak suka bila dah janji tup-tup tak jadi. Padahal benda simple je, tapi tak boleh bila benda dh janji tak dapat mulalah nak buat perangai. Walau asalnya plan nak pergi tengok movie kat alamanda, tup-tup sampai alamanda ada benda yang sepatutnya kami perlu elakkan. huhuhu..Aku faham time tu tapi dalam hati sangat-sangat frust, sebab dah janji nak tengok, tup-tup nak cancel tengok hari lain. Masa tu dah malas nak cakap-cakap macam masa awal-awal sampai. Last-last sebab nampak aku asyik mengeluh dan muka yang frust sangat, so bawak jugak aku pergi tengok kat the mines **sayang punya pasal kena layang jugaklah** Dalam hati tak berharap dah nak tengok, aku suh pergi kedai je makan-makan.T_T Tapi akhirnya, jeng2 thanks tau layan jugak walau dengan perut yang lapar siap bunyi-bunyi heeehehee kesian pulak bila fikir. Sapa yang tidak tengok lagi cite ni tak sia-sialah. Best, i like sangat-sangat sampai berterabur pop corn terkejut punya pasal. malu gile time tu Yelah mana tak terkejut, tengok 3D yang macam real je depan mata. Yang part aku suka sekali part dia lawan-lawan dengan puteri duyong dengan dalam gua yang dia nak cari air awek muda tu. Fuyoo tak sangka banyak gile puteri duyong tu..Memang takot kalu aku jadi laki..Pergilah tengok cite ni, rasa berbaloi-baloi sebab cite best.;)


Dania amidala: Thanks layan dania tengok movie jugak, lepas ni tak buat perangai dah. Dah jadi budak baik dah. **dalam keadaaan yang bersalah;p

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Jadi Abah

muka potostap baby dengan abah

Hahh tengok tajuk entry dah tau apa point yang aku nak sampaikan iaitu hari lahir abah.
Selamat hari lahir abah yang ke 54, sorry abah tak dapat celebrate sama-sama.
Mel doakan abah sentiasa sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Mel balik kemaman 10hb tunang fara nanti mel kasi hadiah kat abah. Love u abah..

Dania amidala : Sakit perutlah, tak tahu kenapa...huhuhu

Thursday, May 12, 2011

Tanda-tanda orang lelaki merajuk

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Analisis : urmm, betul-betul..orang tanya sepatah dia jawab sepatah..tapi ayat dia pedaslah kalu Mr.Sayang jawab..huhuhu

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Analisis : urmmm rasanya tak kot kalu dia merajuk dengan aku. Kalu suruh dia buat je dan akan text cakap dah buat. Lepas tu terus diamkan diri. dalam hati, marah-marah dia sayang jugak rupanya..suruh buat, buat jugak..ngehhh2

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Analisis : hahha betul-betul sangat, time merajuk orang ajak makan semua tak nak. Padahal perut tu lapar kam main. Rugi sayang kalu merajuk tolak makanan tau..

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Analisis : Hah ni sangat-sangatlah tepat 100%, kalu dah merajuk ke marah ke muka tu ketat gila. Senyum taknak kat kita ni. Rasa nak ambik getah je ikat mulut yang muncung tuuu..hihihi..

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Analisis : Ni tak pasti pulak aku, baca surat khabar sebab mana pernah duk serumah sama lagi. Time mood ok, berpuluh kali je Mr.Sayang baca paper. takda kena mengena dengan merajuknya..

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Analisis :yekee???rasa betul jugak kot..tapi tiap kali merajuk biasa dia akan keluar rumah bawak kete dia..kira membawa hati yang laralah kot..kihkihkih

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Analisis :Hah yang ni baru betul kalu Mr.Sayang merajuk. memang tepat 100% lah, tak payah nak nafi lagi. Dia akan kuar rumah dan sape-sape tanya dia nak kemana dia akan buat tak tau je. Sampailah hati dia reda barulah balik rumah.

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Analisis :Setakat ni takda lagi telefon off bila merajuk sebab merajuk macam mana sekali pun bila aku call or mesej mesti reply or jawab jugak.

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Analisis : Sangat-sangat tidak tepat, sebab Mr.Sayang bukan seorang yang smoking. walau marah or merajuk camne dia takkan ambillah rokok, habis-habis kuar rumah pergi mana-mana yang buat dia selesa macam kat pantai.

sumber :http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/wanita-cinta/tanda-tanda-orang-lelaki-merajuk/#more-411

Dania amidala : huahuahuahua betul tak sayang???jangan marah-marah yea kalu terbaca post ni..kuikuikui..

Wednesday, May 11, 2011

Tulis jangan tak tulis

Alhamdulillah lately ni dania boleh dikatakan agak sibuk sekarang. Ada je benda yang nak kena buat, kena settle as soon as possible. Kadang-kadang baru je nak buka blog nak update, tup-tup ada kije kena buat. Actually tak tahu nak update pasal apa, rasa semuanya cam biasa je. Tak da apa yang nak kongsi setakat ini. Tapi dah alang-alang menulis kat blog ni.

Dania nak ambik kesempatan mengucapkan selamat hari ibu kepada my mama dan mummy Mr.Sayang. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik pada dania..I Love u and miss u so much..Dania doa semoga ma dan mami sentiasa mendapat keberkatan, bahagia, panjang umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki.

Dania amidala : Rindu nak balik kampung, baru nak wak hal tapi kena marah dah dengan Mr.Sayang nak balik kampung aje..huhuhu..Plan memujuk tak jadi..hahhahaha

Sunday, May 08, 2011

Panduan Menambat Hati Bakal Mertua

Assalamualaikum.. would like to share this info ..hopefully it would help to
improve our relation with in-laws. For single person..perhaps you could read it
as a preparation for your future... :).

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.
Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.
Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga
seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak
menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga
mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk
menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan
beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula
selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena
gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali
luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan
membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu
yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai
tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah
menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan
sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita
sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba
belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil
lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah.
Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang
'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang,
kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di
hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,
kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba
sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri
supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda
sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar."

** Menyentuh pada perenggan akhir .. lazimnya.. ramai yang bersikap.. satu2
perceraian di antara mereka..bererti.. berakhirnya tali silaturrahim diantara
menantu dan mertua.. Mungkin masing2 punyer pendapat dan alasan tersendiri
mengapa ianya terjadi... tetapi pada pendapa cek...sebolehnya.. jangan kita
putuskan silaturrahim yang telah terjalin..Tak menjadi kesalahan kan, sekiranya
kita tetap bertanya kabar pada orang tua yang melahirkan pasangan kita
(walaupun tidak lagi bersama)sebagai terima kasih or maybe sekadar menghormati
orang yang lebih tua..

sumber : http://ummu-sumayyah.blogspot.com/2010/12/panduan-menambat-hati-bakal-mertua.html

Dania amidala : jom sama-sama amalkan sebagai panduan untuk menjaga hati mentua masing-masing..Insyallah dengan niat yang baik pasti dimudahkan...mujur mami dengan papa seorang yang sporting..ngehh2

Thursday, May 05, 2011

1 Mei 2011

My face yang tengah cuak dan berdebar tunggu askar Mr.Sayang..ikot hati rasa nak menyorok kat lain dah;))

Me dan mami, thanks mami...;))

Dania & Junior Mr.Sayang aka Aqeel Ryan **Perangai aqeel sama je dengan Mr.Sayang suka buat angin taufan**ngehhh2

My Little Sister, Adda dan Siti..thanks tolong mel especially Dolfin Hijau

peneman yang setia korang bertiga...ngehhh

My Bestfriend ex-UDM...thanks to areja, hana dan naim yang datang...dan banyak-banyak terima kasih kat naim yang banyak membantu aku masa majlis tunang ni.


Dan juga mybestfriend Erda, Hada dan Farra aka Birasku..huahuahua

Alhamdulillah 1 mei 2011 baru ni merupakan hari paling bersejarah dalam hidup dania.
Dania selamat menjadi tunangan kepada lelaki yang dania sayangi dan cintai iaitu Mr.Sayang aka Encik Muhamad Khairul Izzul. Terima kasih dania ucapkan kepada my family, Mr.Sayang dan juga family Mr.Sayang serta kawan-kawan yang sudi datang. Doakan kebahagiaan kami berdua yea,Insyallah.. Siyes saya amat merindui Mr.Sayang saya


Hantaran Mr.Sayang untuk Cinta hatinya..ngehhh2

Hantaran b untuk Mr.Sayang..

Before ni jarang duk jauh-jauh. Lepas tunang 4 bulan kot Mr.Sayang duk kemaman. Takpalah, nanti dah puas duk kemaman datanglah KL erk.. Lepas Mr.Sayang puas mancing ikan dan udang, lepas puas duduk kat rumah, Lepas puas buat part time job dengan mami, Lepas puas pergi jogging siang malam pagi petang. Tapi promise jangan duk buat kije ngarut-ngarut, kalu tau siaplah b tarik telinge dengan langgar dengan kete. Tak tahu nak tulis apa dah, jadi dania letakkan beberapa keping gambar yang diambil dari kawan-kawan. Semua gambar-gambar tunang dania tak dapat lagi dari photografer.


cewahhh control ayu, padahal dalam hati nervous gila..kuar-kuar bilik, mak oiii ramainya Mr.Sayang bawak askar-askarnya..


Outdoor taman nyamuk dan pantai marina, sangat-sangat penat. Yang pasti saya nak tukar baju dan tanpa sebarang makeup.

Tapi i likelah sepanjang majlis tunang ni, sebab Mr.Sayang puji ok dan cukup baik. Majlis ok, tunang dia pom cantik macam pengantin je **ahahakkk nak golek guling-guling, winkkk, family semua pom ok, makanan semua cukup, perjalanan majlis ok, makeup tak tebal. Masa tunang kitaorang jeling-jeling je sebab nak cakap semua jadi perhatian masa makan-makan. Satu je tak best Mr.Sayang cakap baju tunangku ketat sangat, tapi memang ketat pom. Dah fitting baju tunang maybe sebab aku ni asyik makan je jadi ketatlah baju tuu..huhuhu tulah tak dengar lagi nasihat Mr.Sayang..

Dania amidala : Sorry pada kawan-kawan yang tak sempat ku jemput, insyallah nanti kawen dania jemput semua. Sorry yea..Dan terima kasih pada family dan kawan-kawan yang sudi menolong aku masa majlis ritu..Thanks a lot...

Monday, May 02, 2011

Cuti

Alhamdulillah aku telah selamat kembali ke negeri sumber pencarian rezekiku walau agak berat untuk pulang. Sungguh cuti selama 4 hari ini terasa sangat sekejap je. Tak sempat nak pergi makan kat hujung dunia, nak merasa satar, otak-otak, kerepok lekor, ikan celop tepung dan menikmati suasana yang sangat tenang ditepi pantai kedai hujung dunia. Semalam drive balik ke kl walau agak jem tapi oklah aku takda penat sangat macam drive balik raya cina ritu.

Sedih lepas ni duk kat kl sorang-sorang, saya akan menjadi orang yang maintain cool. Tak nak complain-complain pape. Dania nak jadi budak baik, sambil tu boleh kurus sikit sebab naim pergi sarawak, Mr.Sayang dan Farah cuti 4 bulan **Dalam hati ingat janji tuuuu tau..., erda tak datang lagi kl.

Lastly nak ucah tahniah pada Hafriz Dan Senna yang selamat mendirikan rumahtangga, aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepatlah dapat baby yeaaa..sorry tak dapat lama kat kenduri korang.

Dania amidala : nanti lepas dapat gambar, dania upload yeaa..siyes lupa nak ambik guna kamera sendiri..Banyak sangat memikir dan pergi sana sini.