Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 13, 2011

E-Day Fara & Along

Jumaat lepas 10-06-2011 engagement fara dan along. Akhirnya tiba jua hari kejadian korang yea..senyum dan senyumlah..hahha..Debar jangan cakaplah kan farah dengan along..hahahha..lawak je..Memandangkan dua-dua kawan dania, dania tak tahu nak pergi belah mana..Asalnya nak duk tengah-tengah je tapi dah pikir-pikir dah jadi tunang kepada Mr.Sayang jadi pergi belah alonglah. Rombongan laki bertolak dari kemaman 8am tapi pergi asing-asing, last jumpa dekat rumah abang papa. Aku bertolak dari kemaman 9am dengan Mr.Sayang, tok dan toksu. Kami lepak-lepak rumah kak long dulu sebab sampai awal lagi kan. Dalam pukul 1pm baru gerak pergi rumah ayah ngah. Lepas semua kaum lelaki pergi solat jumaat dan siap-siap, pukul 3pm baru gerak pergi mencari bunga idaman sang kumbang. hahhaha. So aku sidaikan picture-picture dari dslr farah. picture dari aku tak dapat nak transfer, geram betullah.

fara dalam debaran...tak ku sangka akhirnya kawan baik jadi birasku..ngehhh2


mummy sedang menyarung cincin ke jari menantunya...jangan ketar2 yeaa cik fara..;P


sekarang turn along pulak, senyum jangan tak senyum dengan bapak mentua..salam ciom tangan yeaa;P


hantaran cik fara kepada buah hati yang tercintanya...i like pink, so sweetttt


hantaran along kepada cinta hatinya yang tersayang...berat gile por hantaran ni, 2hari baru baik tangan;P


Last akhirnya bunga dan kumbang bersatu..moga berakhir ke jinjang pelamin...dania dengan Mr.Sayang mau makan nasi minyak sulong niiii...;))


Akhirnya majlis beransur dalam 5pm, dan aku mulakan operasi jalan-jalan cari makan iaitu ikan celop tepung, sotong celop tepung, air jagung parut..nyummmy...sian tok dengan tok su kena layan kami makan. Tapi agak kecewa sebab kedai oasis nasi goreng daging bakar tu tak buka..sedihhh..sedihhh...takpalah, tak buat perangai, sebab Mr.Sayang sudi melayan kerenahku untuk makan ikan celop tepung dengan nasi dagang kat dungun tuuu dah ok...thanks darling...Lepas siap-siap makan, pergi rumah ajar kejap ambik sticky album dengan gambar engagement aku dan Mr.Sayang.

Kami sampai ke kemaman dalam 8.30pm, ambik kemeja birthday abah kat rumah Mr.Sayang dan makan malam. Sampai rumahku tepat 10pm camtu, mandi-mandi sume terus krooohhhhh..penat sangat seharian bermandi peluh ke terengganu.

Dania amidala : Semoga ikatan fara & along hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat..insyallah..

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Terengganu!!!!

hah mesti korang tau dah apa aku nak cakapkan, tahniah kepada pasukan terengganu akhirnya berjaya jua sumbat 2 gol. Tapi takda maknanya terengganu menang sebab kl tak cuti..huhuhu..Actually aku tak tengok pom bola malam tu, kehkehkehkeh..tengok awal-awal je pahtu terus masuk tido. Awalnya excited jugak nak tengok bola tapi tetiba kepala pening jee, asyik menguap-guap jeee..Tapi kan siyes cakap penjaga gol terengganu tu hensemlahhhh dah macho..hahhaa..ni tengok bola ke tengok orang tah..hihihi..

Akhirnya berbaloi-baloi jugak Mr.Sayang, yaye pergi stadium tengok bola. Dari semalam lagi balik terengganu duk fikir nak pergi ke tak tengok bola. Bahagian aku, jeles punya pasal tak dapat ikot. Tak yah pergilah, tak best tau, best tengok depan tv lagi. Clear nampak bola tau.Macam-macam cakap tak nak kasi pergi..ngehhh2..last-last pagi-pagi buta Mr.Sayang call abah cakap nak datang rumah ambik kunci kete nak pergi tengok bola kat kl nanti. Hampeh betulll..Abah pulak cakap pergilah sekali sekala tengok bola, pergi dengan adik beradik..Aisyhhhh...

pergi tengok bola sangatlah tuuu...aisyhhhhh jeles2

Dan kepada sob husband una jangan kecewa yeaaa, kelantan takda rezeki...ngehhh2..ayat poyo jeee...

Dania amidala : next post, saya nak post about engagement fara dan along izat..congrattzz korang...

Tuesday, June 07, 2011

Sandle + Hangbeg = Tidak dapat

Sejak dua mejak ni, mood aku sangat-sangat tidak stabil. Asyik moody dan fikir bukan-bukan je. Pantang sikit orang tegur mulalah nak melenting. Padahal benda simple je tapi salah tegur, hah aku jadi nak mengamuk, nak protes. Sorry sape-sape yang terasa terutama Naim dan Mr.Sayang. Lagi terasa hati dengan mama tak baiknya aku simpan hati dengan mak sendiri macam tu, maafkan mel ma, Tak sekerap dulu dah mama call aku sejak aku bertunang dengan Mr.Sayang. Boleh mama cakap kat Mr.Sayang, takpa mama tak call aku hari-hari dah, aku dah ada abang yang boleh jaga aku. sedih betul tau...Saya nak macam dulu-dulu. Mel sayang mama dan abah.

Wikend baru ni aku ada pergi the mall yang dekat pwtc tu, dah berkenan dengan satu hangbeg guess tu tapi masalahnya time pergi the mall tu tak bawak banyak duit dan agak rushing nak kejar event kat pwtc tu. Bila dah habis event tu, dila dah ajak balik rumah. Aisyyhhhh jadi tak sempat nak pergi beli hangbeg guess tu. Oklah takpa cuba pujuk hati ini. Esoknya aku pergi site yang berdekatan dengan sogo. Aku terus keluarkan cash money untuk shopping dua benda iaitu sandle hush pupies dengan hangbeg polo. Yang buat stressnya saiz 4 tak da sandle hush pupies, tinggal pom saiz 5. Arghhhhhhhhh..Nak ambik saiz 5 pakai-pakai macam tak best je, besar sikit. Sebab sandle hush pupies ni, bila lama-lama dia akan kembang. Kalu aku ambik saiz 5, lepas tu memang compirm tak boleh nak pakai dah bila dia start mengembang. Susah betullah nak cari sandle. Time berkenan takda saizlah, tengah takda duitlah. Hari tu berkenan sandle scholl, dah target nak pergi beli time dapat gaji, tup-tup dah habis sandle tu. Frustnya aku tak payah nak cakaplah. Mr.Sayang dah suh beli sandle tu tapi aku cakap nantilah tunggu duit gaji. Budak degilkan, last-last tak dapat jugak beli.

Ok berkenaan dengan hangbeg polo tu pulak, berkenan hangbeg yang lain tapi takda pulak yang baru. Tinggal yang display je. Kalulah hangbeg polo yang display tu tak kotor dah lama aku rembat. Jadi aku pom carilah hangbeg design lain tapi polo jugaklah tapi lepas bayar-bayar tak berkenan pulak dah. Aku geram sebab sales 70% tau, nanti tak beli sayang pulak. Nilah orang cakap, orang tamak. Nak kata aku ni pengemar hangbeg takdalah sangat. Pergi kije tak pakai hangbeg, tetap galas beg laptop je. Pakai hangbeg pom time dating dengan Mr.Sayang and kuar hari wikend je. Tak kiralah, petang ni aku nak pergi jugak cari hangbeg guess tu. Keputusan adalah muktamad!!!!

Dania amidala : khamis ni saya balik kampung, rindu sama mama, abah, nenda, adik-adik, aqeel ryan, dany dan mia.

Wednesday, June 01, 2011

Blog usang lagi...

Lama dah rasa tak berblog ni. Terasa sangat-sangat sibuk untuk mengupdate blog sekarang. Kesian blog ini, Tsk.. Jumaat depan 9/6/2011 dania balik kampung, dah siap apply cuti siap-siap tau tapi tak tahu lagi sama ada nak drive or naik bus je. Nak balik dengan kete malas nak drive, nak balik dengan bus takot pulak dengan lambat sampai. Sekejap je dah berlalu sebulan, apa-apa tak mulakan lagi misi kami dan masih cuba untuk lebih mengenali dan memahami. 10/6/2011 dania pergi kuala terengganu untuk meraikan kejadian farah pulak. Kesian farah, dania tak dapat bantu apa-apa, dapat mendengar jelah segala persiapannya. Apa yang penting semuanya berjalan dengan lancar dan dapat keberkatan kan dear..(^_-).

Kije kat ofis pom sekarang banyak je, semua tengah kejar dateline. Hope sempatlah siap semuanya mengikut dateline yang diberi. Satu lagi dania ucapkan selamat pengantin baru kepada mila dan syam. Lepas ni takleh dah nak hangout sesama, susah dahlah aktiviti berkumpul bersama abang dan ayam.ngehhh2..apa-apa semoga perjalanan majlis kawen mila berjalan dengan lancar dan keberkatan. Jangan lupa, hasilkan mila junior.hihihi

Lagi satu dania ni betul-betul dilema tak tahu nak balik kije kemaman or stay je kat kl ni. Dah dekat 3 minggu berfikir, mengira, menghitung untuk membuat keputusan tapi tetap tidak mendapat sebarang keputusan. Kadang-kadang rasa moody je, susah untuk luahkan apa yang terbuku dihati ini. Susah untuk bercerita mungkin kerana pengalaman lalu membuatkan jadi begini. Sesak betullah macam ni.

Dania amidala:Best sangat semalam pergi makan kat flamingo steamboat buffet. Nak pecah perut dan rasa nak muntah balik makan steamboat sebab terlalu banyak. Sampai duk bersin aje, tu mujur makan ubat siap-siap. Tapi memang have fun dapat hangout dengan korang semua dan bergelak ketawa dalam kedai tu. Lepas ni, nak ajak Mr.Sayang try steamboat ni.