Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 25, 2011

Maintainance

blog saya dalam proses update templete...ada masa saya baiki...diharap bersabar!!!

Hepy Besday Yaye



Sorry lambat post..


Hepy besday my hensem boy.

23-08-2011


moga sentiasa berjaya dalam hidup adikku..


mel always love you..


study rajin-rajin yeaa..



Dania amidala: excited mau pulang beraya di kampung halaman...


Sunday, August 21, 2011

Bilik Untuk Disewa Bandar Tasik Selatan

mencari housemate female untuk kemasukan segera bulan september.

rumah is fully furnished (ade mesin basuh, fridge, tv and utk cooking skali)

sewa sebulan just rm150.00 jer..

housemate sume baik2

berdekatan dengan
lrt, erl, ktm bandar tasik selatan
bus stop
stesen bus tbs
7e
stesen minyak shell
kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan
giant, tesco, mid valley

5minit giant
30 minit putrajaya
25 minit bandaraya
5minit serdang
10minit ampang


300(deposit)+150(sewa bulanan)
p/s: bila keluar rumah boleh ambik deposit.



Selamat hari raya

diambil dari pakcik google cuma dania tambah spek je..hihi


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam diseluruh dunia ini.
Pesanan daripada dania, balik kampung berhati-hatilah semasa drive.. Jangan sibuk nak kejar cepat sampai kampung halaman. Rumah tak larinya, semua sanak saudara setia menunggu anda. Mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki dania pohonkan kepada semua yang mengenali diri ini andai ada terkasar bahasa.

Dania akan balik kampung hari jumaat ini selepas berbuka puasa tapi kalau tak larat balik lepas subuh keesokkannyalah sebab dania seorang drive. Agak tak syoklah nak balik sorang2 dah penat bekerja lagikan. Excited untuk berpuasa dan berbuka puasa bersama nenda dan saudara mara. Pasti meriah sebab nenda memang suka berkumpul dengan semua anak cucu cicitnya. MAcam kenduri kawenlah time tu cuma agenda je berlainan. Lepas berbuka puasa kitaorang terawih sama-sama, baca al-quran dan lepas habis semua upacara membakar duit iaitu main mercun, part ini jangan amalkan yea.

List:
1)Baju kurung raya 3pasang
2)Baju kurung moden raya 1pasang
3)T-shirt raya 4pasang
4)Kemeja raya 1pasang
5)Seluar raya 2pasang

Hadiah untuk orang yang dikasihi dalam hidup dania:
1)T-shirt untuk Mr.Sayang - Done
1)Kek raya dan biskut raya for myMom and Mami Mr.Sayang - Done
2)Baju raya untuk adik2 - Done
3)Kemeja untuk abah -Done

Dania amidala : Menunggu untuk pulang ke kampung halaman, lagi 4hari..sabar dan bersabar;))


Monday, August 15, 2011

Sedar tak sedar

Sedar tak sedar rupanya dah hari kedua saya di tempat baru. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi hati ini macam tak berapa suka, almaklum benda baru nak adopt perlukan sedikit masa. Alhamdulillah kawan-kawan semua okey. Especially to Mr.sayang yang banyak support, bagi nasihat supaya saya kuat. Sebenarnya takot saya susah hati, sorry selalu menyusahkan. Saya cuba menjadi yang terbaik, tabah dan sabar untuk mengharungi ini semua. Jangan terlalu banyak fikirkan benda negetif dari positif, cuba yakin dan tanam sifat positif. Saya ni tak tahulah kenapa selalu rendah diri, berfikiran negetif disebabkan perkara lampau. Jadi saya susah untuk mempercayai lagi dan to hard untuk saya terima walau banyak nasihat Mr.sayang dan family suruh redha dengan semua yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia dah takdirkan hidup saya macam ni, pasti ada hikmahnya. Kalau tak berlaku macam ni pasti saya tak berada di tempat sekarang. Insyallah saya cuba lebih berdikari, tabah, kuat.

Lagi sedar tak sedar dah 16 ramadhan rupanya sekarang. nextweek dah balik kampung untuk menyambut syawal. Hope saya larat drive sorang-sorang balik kampung lepas kije 26/8/2011. Tahun ni walau tak dapat banyak cuti, raya ke-3 dah kena balik kl saya cuba redhakan diri ini. Biasalah kije dengan orang, lainlah buka company sendiri kan. Masa tengah bujang nilah nak rasa semua benda.

Dania amidala : rindu pada semua orang di kampung halaman....

Monday, August 08, 2011

Software convert pdf ke word

Tadi tengah kije, aku sedikit gusar sebab macam takda backup user manual yang paling latest untuk ejkm ni. Godek-godek dalam laptop takda, baru aku teringat yang aku format laptop baru ni, jadi aku terlupa nak backup or ada dalam external kak elmy user manual tu. Ditangan aku semua user manual dalam bentuk pdf jadi aku nak edit dan update camne kan.

So thanks very much kepada Faizah Ahat yang memberitahu, ada software untuk convert pdf ke word iaitu software nitro pdf. Jadi sekarang aku boleh menarik nafas lega.

Dania amidala : ingat lain kali, apa-apa sila backup dan jangan save di dekstop aje...;))

Sotong masak lemak

Hah arini mood untuk berblog tersangatlah rajin. Dania nak share satu resepi untuk korang. Sotong masak lemak. Actually dania ni takdalah hebat sangat berperang di dapur. Baru ni dania masak sotong masak lemak untuk Mr.Sayang berbuka puasa kat rumah dania. Yelahhh orang cakap dari tak da langsung baik ada satu masakan special untuk orang tersayang kan. So setelah berfikir-fikir nilah resepi paling simple untuk memasak. Hasilnya tidak mengecewakan kerana Mr.sayang cakap sangat best dan siap bagi tapau untuknya buat sahur pulak. Tapi tak tahulah Mr.Sayang bohong ke, kan orang tersayang masak semua best and indah-indah belaka. Yang masin ke tawar ke tak da rasa ke semua best.

gambar sekadar hiasan...adalah lebih kurang macam ni resepi sotong masak lemak


Ok sekarang dania share bahan-bahan resepi dulu

1)bawang merah hiris halus
2)halia dihiris halus
3)halba
4)santan
5)sotong dibuang kulit yang hitam-hitam tu dan dihiris besar ibu jari
6)garam secukup rasa

cara-caranya:

1)Masukkan kesemua bawang, halia, halba dan santan ke dalam periuk
2)Setelah mendidih masukkan sotong dan garam secukup rasa
3)Setelah sotong masak sedia untuk dimakan

p/s:diingati supaya sentiasa kacau sotong tersebut takot nanti santan naik kepala rasanya orang tua-tua panggil.


Dania amidala : Selamat mencuba, sedap makan dengan nasi or makan macam tu aje..;))

Percaya padaku



aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Dania amidala : i like this song so much....i love u more than everthing...

Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan

Alhamdulillah merasa juga nikmat berbuka puasa bersama family tersayang dan berterawih di masjid. Alhamdulillah ku bersyukur sangat-sangat. Terasa macam sekejap aje bercuti di kampung halaman. Saya tak nak balik kl. Hati dah selesa berada di kampung halaman. huhuhu..Dan jugak Alhamdulillah Mr.sayang beransur baik dari demam dan sakit perut. Selama 2hari saya menjadi jurujerawat siang dan malam kepada Mr.sayang bagi ubat, bagi makan, bawak jumpa Doc. Tapi apa-apa saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. Dan saya bersyukur kerana diberi kesempatan merasai bulan ramadhan ini.

Hari ini My Little sister Siti aka cheff mau balik kampung..Yeayyy!!! as kakak saya mau request sayur goreng kailam ikan masin, tomyam, ikan masak 3rasa. ngehh2..memang terbaik masakan my little sister. Nak harap kakak dia hancurlah dapur. Nak buat apa-apa terkedek-kedek..Maklumlah dah lama tak asah bakat terpendam ini. Dari pengalaman, kepada sesiapa bergelar perempuan, silalah belajar memasak. Kalu nak masak untuk family tersayang kan senang pahtu kalu pergi rumah mak mentua tak da terkedek-kedek nak masak. Semua benda tak tahu, ambik tu tak kena ambik ni tak kena.

Dania amidala : Selamat berpuasa semua, wikend ni nak culik mia dan dany lagi..love u all ;))