Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 26, 2011

Perasaan seorang "Unit Tester"

Dulu-dulu bila sebut programming dalam kepala macam-macam difikirkan.Taknaklah programming susah, benci, malas nak memerah otak nak fikir, nak muntahlah, takleh nak bawaklah sebab banyak main logik. Pahtu tak suka java lah dan macam-macam lagi. Pahtu mula fikir alangkan bestnya kalu dapat jadi tester ke, analyst system ke, database ke. Tapi part yang paling suka sekali adalah jadi tester sebabnya takyah main dengan programming. Dah hampir 8tahun bergelumang dalam bidang iT especially programming masih tak dapat nak tanam minat untuk menjadi seorang programmer yang betul-betul cintakan programming.huhuhu..Kalaulah lecturer aku baca entry ni mesti dia sedih tahap dewalah.

Sekarang aku baru merasai camne hidup seorang tester walaupun aku ni bukanlah seorang tester position aku. Aku adalah seorang software developer. Tapi di dalam team aku, aku berperanan sebagai tester before system yang team kitaorang buat siap sepenuhnya untuk dipas kepada tester yang sebenar. Aku just test unit testing untuk membuat pemeriksaan dimana kalau ada error-error yang sebelum ini software developer team aku tak terperasan. Tugas ini aku rasa agak mencabar jugak dari buat coding. Sebabnya kalu aku ni test-test ok tapi sebenarnya ada masalah. So disini akulah yang dapat malu atau cuai dalam melaksanakan tugas. Kalau aku berjaya test dengan jayanya maka semua team aku adalah success.

So disini tugas seorang tester sangat mencabar walau tengok secara dasarnya amat mudah. Test system je kot. Tapi kalu seorang tester tidak tahu flow system semasa tester. Kemungkinan akan berlaku mistake disini. Jadi seorang tester itu perlu tahu secara menyeluruh tentang flow-flow system itu. Hope aku dapat melakukan tugas ini dengan baik dan jayanya. Hope segalanya berjalan dengan lancar. 30/9 ni dah kena demo, harap sempatlah sebab sekarang aku tak setting lagi fingerprint. Baru tadi siap install, hazman sila bantu dan tunjuk ajar kepadaku cara-cara nak setting. Aku tak fahamlah, dah system ni tiap kali update ada error. Ada je kena import file baru. Boring betul update all module system ni. Dah hari-hari kena update system. aiyshhh...Dania chayook2..you can do it and can do the best

Dania amidala: Tadi lepas my Mom call untuk spotcheck aku ada dimana pahtu Mr.Sayang pulak spotcheck. Jangan risau aku tak kuar malamlah kalu sorang-sorang duk kl ni. Member ofis ajak karok dengan jaming sampai pagi-pagi buta pom aku tak ikot. Dah tahu mesti risau dan tak suka aku bersosial dengan aktiviti macam tu kan. Lagi news best, Mr.Sayang nak datang kl setel pendaftaran subjeknya kat ukm. He said bolehlah tengok-tengok aku time datang kl..Dalam hati happy giler tapi ego dan cover punya pasala. Takpalah, jangan risau..setel dulu subjek tu. Saya ni okey je duk sini..huhuhu..Rindu setengah mati dah ni *Poyo je ayat ni...i love u Mr.Sayang yang paling-paling hensem..hihihi;P

Saturday, September 24, 2011

Belog polkadots

Belog dalam maintainance...yeaaa saya suka layout polkadots ni..dah lama nak buat layout polkadots ni. Tapi disini ada sedikit masalah, saya terdelete widget2 dia..waaa, malas nak setting semula..tapi hold dululah, yang pasti nak berangan pakai layout polkadots ni..hihihihi...

Dania Amidala : mood sekarang mendengar luahan sahabat yang berada di eygpt..moga beliau cpt najjah..itu doa dania dari awal-awal kenal sampai sekarang...;)

My Koleksi Perfume

Okies entry kali aku ingin berkongsi sedikit perfume yang pernah aku pakai dan tengah pakai sekarang ini. Sekarang koleksi perfume aku adalah empat jenis bau yang berbeza-beza. Aku ni sebenarnya pengemar perfume yang bau jenis slow-slow dan soft. Aku cukup tak suka kalu pakai perfume bau tersangatlah kuat, tahlah rasa nak muntah je bau kuat-kuat kalu aku pakai. *nak kata morning sickness, belum kawen lagi. Kalu laki tu takpalah, aku suka je kalu laki pakai perfume yang kuat. Actually ada lagi perfume yang lain aku pakai tapi dah habis guna. Botolnya aku tak simpan, buang jaa. dulu-dulu walau dah habis perfume, aku still simpan botolnya tapi lani susah nak angkut sejak-sejak bekerja. So Sekarang aku update perfume yang tengah aku guna sekarang ni.


Perfume aqua lily - kenapa aku pakai perfume ini?. Actually perfume ini pernah dihadiahi oleh My Bff aku masa my besday. Dan pertama kali pakai sampai sekarang masih follow sebab aku sangat suka baunya yang agak lembut. Pertama kali pakai terus jatuh cinta. memang pandailah My Bff aku ni cari perfume yang kena dengan taste aku. Thanks korang..i like it..;)

Perfume Musk blossom - Antara banyak-banyak perfume ni adalah antara perfume yang paling murah, kecik dan mudah dibawa kemana-mana. Aku guna perfume ni, time tu memang semua jenis perfume yang aku pakai dah habis. So rembat je perfume ni, best jugak bau dia. Sangat-sangat soft, soft lagi dari aqua lily tu. Kalu pakai pagi sampai balik kije tu still tak hilang lagi bau. Fresh ja bau dia, sampaikan ofismate aku tanya. "Dania pakai perfume jenis apa erk, sedaplah bau, dari pagi sampai sekarang still bau yang sama je".ngehhh2, aku smile je.. Aku pom cakap perfume ni beli kat mana dan bla..bla..Semua tak percaya mula-mula tu..hikhikhik

Perfume Ocean Fresh - perfume ni sama brandlah dengan perfume diatas. Hah antara sebab lagi aku suka pakai perfume ni, senang nak bawak kemana-mana. Dia kecil jadi takdalah berat hangbeg aku bila letak, nak balik kampung pom senang. Pahtu takda risau-risau dia tumpah ke apa ke. Perfume pom bukan kita pakai banyak sangat pom. Bukan satu hari sampai satu botol nak semburkan. Jadi kalu travel-travel ni mudahlahkan. bau camne, huhh perfume aku sume slow-slow dan soft-soft ja bau. Mana aku suka bau perfume yang agak kuat.


Just Me by Paris Hilton - Ni perfume yang paling terbaru sekali, setengah botol tak luak lagi. Bau dia awal-awal sembur tu agak kuat aku rasa tapi bila lama-lama bau tu jadi macam soft pulak bila dah pakai. Perfume ni Mr.Sayang yang kasi. Thanks abang, orang kasi kita pakaikan..Kan tak pakai taknak kasi dah.hihihi. Asal keluar je dengan Mr.Sayang mesti tanya, b pakai tak perfume abang kasi, kalu balik kl dia tengok dalam hangbeg ke takda mesti cakap tak pakai perfume dia. Padahal pakai je. Jangan risau, apa-apa abang kasi b pakainya. Kadang-kadang saje je, pakai depan-depan dia biar nampak perfume ke baju ke, suar ke. Takda banyak tanya nanti.

Dania amidala : Kebosanan hari wikend bertapa dirumah sambil belajar masak-masak. Bak kata my Mom, takpa masakan tak best pom janji rajin memasak. Lama-lama pandailah. Thank my Mom yang sudi bagi support dan resepi best-best untuk aku belajar memasak.

Monday, September 19, 2011

Kari ohh Kari

Sejak tinggal di putrajaya ni, hobi aku sekarang banyak di dapur dari melepak-lepak di kedai-kedai makan apabila pulang bekerja..hihihi..Actually kemalasan aku melebihi tahap kepakaran aku so jadilah macam itu. Sampaikan semua tidak percaya yang aku ni berkebolehan memasak.lalalalala..

Semalam aku memasak kari ikan macam bonda tercintaku memasak tapi ada sedikit berbeza disini kerana aku tak letak daun kari kerana tidak menjumpai daun kari diputrajaya. Actually start aku nak memasak ini adalah masa bulan puasa hari itu aku ada masak-masak untuk buat juadah berbuka puasa di rumah bakal mak mentua aku. Ya Ampunnn terkejut bukan main lagi aku, biasa pergi makan-makan je ataupun aku bawak lauk-lauk yang dah siap dimasak oleh bondaku. Sekali ambik engkau aku kena masak. Ini plan Mr.Sayanglah punya angkara. Dia call bonda cakap nak ajak aku berbuka puasa di rumahnya, aku dengan senang hati berbuka puasa memang no hal. Sekali pergi mami aka bakal mak mentua aku suruh masak kari macam ma masak. Mau pengsan mendengarnya...oHH tidakk!!!!!!..

Nak tak nak aku pom berterus terang jelah, dari masak-masak kari tak sedap macam mana kan. Dah siap cakap kak eti mami kasi cutilah sebab dah ada chef nak masak ni. Lagi kecut perutkan. Bila dah berterus terang mami pom cakap, dah camtu takpalah. Follow je apa Mr.Sayang nak masak. So Mr.Sayang nak masak tomyam dengan paprik thai. Sepanjang didapur bersama Mr.Sayang banyaklah Mr.Sayang duk pot pet pot pet kat aku sebab tak pandai nak buat..huhuhuhu.. Dia bebel kena start dah belajar memasak. Tapi nasib mami backup aku bila Mr.Sayang bebel macam-macam. Sayang mami so much..hihihi



kari ikan yang diambil dari pak cik google..lupa nak snap kari sendiri...



So disini aku senaraikan kari macam ma masak :

ikan
rempah kari babas
cili boh
bawang merah dan putih dihiris halus
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak
santan
daun kari
garam

cara-caranya:
1)panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih yang dihiris halus sehingga naik bau dan kekuningan.
2)tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan seangkatan dengannya berserta daun kari.
3)Letak rempah kari babas dan cili boh didalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
4)Apabila bahan tersebut naik bau, kemudian masukkan rempah kari tadi yang digaul sebati sehingga naik minyak.
5)Masukkan santan, tunggu sehingga mengelegak dan masukkan ikan.
6)Masukkan garam secukup rasa dan tadaaaa boleh dihidang.


Dania amidala: Sementara testing system sempat lagi update blog..ngehhh2

Thursday, September 08, 2011

PANASS!!!!

KEPANASAN MENGUAK-GUAK AKU..PANASS HATI DENGAN SOMEBODY NI...SEDAP MU SOUND-SOUND NAK ARAH-ARAH AKU..INGAT AKU KULI MU KE HAH????AKU CUKUP PANTANG KALU ORANG MAIN MENGIRA DENGAN AKU..TAKLEH SELALULAH, DARI AKU JENIS TAK KISAH JADI PANAS SELALU..SILAP-SILAP AKU AKAN UNGKIT SAMPAI BILA-BILA DAN AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA.


DAKPE CAKAPLAH BENDA-BENDA KAT AKU. ADA AKU KISAH!!!KEKGI TENGOKLAH MU GUANA..MASA NI MU SEDAKLAH CAKAP. JANGAN SENANG-SENANG NAK GUNAKAN AKU.TIME NAK GUNA AKU MULUT MANISLAH. TIME TAKNAK SEDAP JE SEMBUR..SORRYLAHH..KATALAH BENDA-BENDA..ADA AKU KISAH PASAL MU..MU TINGGI MACAM MANA POM AKU TAK KISAHLAH..



Dania amidala : tak tahan sangat dah dengan somebody ni...huhhh, kuatkan semangat...

Insiden My Car

Semalam lepas kerja dalam pukul 5.30petang, aku dan member ofis plan nak main futsal kat arena sport cyberjaya. Okies dengan penuh excited nak main, lepas kerja terus ke sana. Then parkinglah kat arena sport tu..Pukul 7petang siap main futsal aku pom drive balik rumah. OMG, aku pergi ambik barang kat belakang kete tengok my car site belakang sampai kat lampu belakang tu tergores. Memang hanginnn satu badan, orang jaga bukan main lagi walaupun basuh kereta 4bulan sekali tapi aku jaga okiess. Penuh berhati-hati drive. Tapi nampaklah putih-putih kesan tinggal cat kereta lain kat kereta aku.. Kurang asam!!!! dahlah langgar kereta orang, tinggal pulak macam tu. Memang hangin betul. Sedap-sedap dia jee.Memang tak halallah dia buat macam tu kat my car.


Sampai rumah aku terus call my parents and Mr.Sayang cakap about my car.T_T...My Mom said, memanglah orang langgat dia akan tinggal cepat-cepat..Tambah pulak dengan tak da tuan kereta yang dia langgar kat kereta tu. Duk KL memanglah macam tu.Nak tak nak kenalah baiki semula or claim insurans. Oh, no sadiss sungguh.Setakat tergores nak claim insurans bazir je nanti.Nantilah balik kampung aku hntar workshop suh cat semula supaya nampak baru. Mujur kena kat bumple kereta je dan tak kemek. Kalu kemek memang aku lagi hanginn. Stupid betul driver tu.



Dania amidala : Dah bersedih about my car tambah pulak kaki lebam-lebam main futsal. T_T..

Sunday, September 04, 2011

HAri Raya Aidilfitri 2011

Raya aidilfitri tahun ni tersangatlah meriah kerana semua cousin-cousinku dapat pulang beraya semua. Cayalah, sangat miss time tu dan nenda pastinya sangat happy sebab semua anak, cucu, cicit dia ada. So seperti biasa setiap tahun, nenda akan buat makan-makan, terawih, solat jemaah beramai-ramai pada saat terakhir ramadhan. Tapi tahun ni, diketuai iman oleh My love iaitu Mr.Sayang dan juga untuk memperkenalkan kepada semua saudara mara.

Malam raya, time ini semua laki-laki aka cousin-cousin aku gerun sebab Mr.Sayang pass semua kena takbir hari raya ikot turn. hahhaha..Biasa ayah long je yang takbir...;P

Di pagi hari raya selepas pulang dari sembahyang raya dan ziarah kubur arwah tokki. Budak-budak apalagi menunggu bank-bank dibukalah.

Masa kemuncak telah tiba, iaitu bersalaman memohon maaf dan masa untuk meminta ampau;P


My family, thanks Mr.Sayang kerana sudi meluang sekejap masa beraya bersama my big family. Mujurlah dekat je boleh pergi mari 2-3kali sebentar dalam satu masa. ;P

Beraya di rumah nenda saudara, Apa lagi megisi tangki perutlah supaya penuh tapi yang pelik berat tetap macam tu, tak naik-naik.;D **ada baca mesti jeles, hahhaha**

Sedap sangat makan, habis licin makanan rumah orang.

Dania Amidala : Maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang tak sempat nak pergi beraya. Tersangat rushing nak pergi beraya ke semua rumah. Apa-apa tahun ni walau agak kelam kabut tapi sangat best dapat beraya dengan semua orang yang aku sayangi. Last, thanks kepada Mr.Sayang yang sudi datang kl teman aku move dan pack barang-barangku untuk pindah dari rumah lama ke rumah baru. Sampai satu tahap rasa nak upah orang je tolong angkat sebab sangat banyak. Next year kalu ada rezeki dikemaman, jawabnya kena sewa lorilah, barang kalah orang berumahtangga.;P