Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, October 15, 2011

Mood sedih

Boleh tak rasa nak menangis dan menangis...huhuhuhuhhuu

tiada perkataan yang nak dilafaznya

nak menangis je..

bertabahlah, dania sangat kuat..

Alhamdulillah semua kekusutan telah selesai..


Dania amidala : thanks to erda and farra..Thanks abang sabar dengan kerenahku pabila tiba angin monsun. Semuanya sudah setel, semoga aku sentiasa bertabah dan kuat hadapi segalanya...

Wednesday, October 12, 2011

Renungan lunch hour

Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya

suami padanya.

Dania amidala: Today lunch kat meja ofis je sambil layan blog..

‎"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami...Limpahkan Nur Kasih, Limpahkanlah berkat

dan rahmatMu, kurniakan kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh serta

berikanlah ketenangan kepada kami di dunia dan akhirat" Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday, October 09, 2011

Adik!!!

wan mohd daniels bin wan mohd zaki aka adik


Wikend lepas aku balik kampung sekejap, setel hal-hal peribadi..
Apa lagi aku mencari mangsa untuk menghisap darahlah. Puas hati jugak, walau sekejap je balik kampung dapat jugak main dengan budak tiga orang, dany, mia dan aqeel.
Hensemnyalah anak aku sorang ni. Tapi sayang jalan-jalan or tido bawak teddy bear. Jatuh saham. Geramnyalah.. Tiap kali aku balik mesti rebut adik, sebab adik best sikit main dari kakak. Adik manja sangat, tak boleh apa menangis. Aku lagilah suka, lagi kuat mengusik. Tak makan minum tak pa janji dapat mengusik budak manja ni. Muachhh2

Dania amidala : Berangan bestnya kalu ada anak, memang tak bosanlah...;P

Wednesday, October 05, 2011

Good News


Salam 1 Malaysia semua..

Dah agak suam-suam kuku aku mengupdate blog yea. Tuan rumah perasan tapi masa agak membataskan pergerakan untuk membuka dan mengupdate blog ini. Today tuan blog tak pergi kije, MC dua hari atas sebab tertentu. Agak bosan jugak duk rumah sorang-sorang selain bangun tido mengadakan sesi kemas-kemas rumah, lipat baju dan masak memasak walau keadaaan tak berapa nak mengizinkan. Tapi disebabkan tanggungjawab terpaksalah tunaikan jua. Cewahhh foyooo je ayat macam dah ada anak bagai. Kembali ke alam nyata rupanya masih bujang terang-terangan.wakakkaka

Alhamdulillah ke hadrat ilahi akhirnya interview yang aku tunggu-tunggu sekian lama untuk pulang ke tanah tumpah darah tercapai jua. Tapi baru interview, dapat kije sana pom belum compirm lagi. Almaklumlah aku ni kan bukannya bijaksana sangat. hihihihi..Hope esok aku dapat lakukan yang terbaik masa interview kat maju junction nanti. Jadi today aku kenalah study bagai. Kata nak balik duk kemaman kan. Yeahhhhh...sukanya dalam hati, tak payah susah-susah dah nak duk kl. Tapi sekali sekala untuk berpoyaa-poya tu bolehlah. Kalu duk hari-hari owhhh bukan my stylelah.

Tak dapat nak bayang kalu dapat kije kat kampung halaman sendiri, mesti lagi syokk. Tak da pusing kepala memikir hari wikend yang agak sunyi sepi sebab ada anak buah yang nakal, yang selalu time aku tido duk buat facial-facial muka aku, main rambut aku, duk cungkil mata aku dan bagai-bagai. Baru dua org anak buah rasa dah macam sepuluh orang. Rumah dari clear bersih ada budak 2 org ni macam tongkang pecah jadinya. Dari aku jadi mama yang baik terus jadi mama tarzan kat rumah..wakakakka..Rindunyaaa...

anak dara dan anak terunaku di pagi hari raya...muachhhh sayang

Dania amidala : Cepatlah baik-baik sakit ini...dan doakan semoga saya mendapat kije kat kemaman tu dan segala interview berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aminn