Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

My Hensem Boy

Nak ambik picture pakai topi koboi dengan tulis wanted tapi tak dapat snap dengan cantik coz aqeel banyak bergerak dan sibuk nak tengok picture dia..;(

Budjet posing paling macholah ni..suh ambik picture tapi nak posing ala-ala tak tengok kamera..Poyo betullah aqeel..Macam budak besar je kak mel tengok...miss u so much..;)

Ni sebab menangis ke senggehh?ni aqeel tengah senggeh tunjuk gigi..dengan bersungguh-sungguhnya menunjukkan gigi jarangnya..;P

Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung..miss u, take care...muuahhh2

Dania amidala: My Cousin yang sangat-sangat cerdik dan comel. Get well soon sayang..;)

Tuesday, November 29, 2011

Plastik

Setelah sepi seribu bahasa, bukan menyepi tapi keadaan yang tak mengizinkan.
Kalu update pom aku dah wak auto publish sebab sekarang tersangat-sangat bz
sampaikan nak fikir hal-hal lain pom tak sempat.

Biarlah kerja aku ni menghadap pc je hari-hari tapi masih tak mampu untuk buka laman-laman sosial sprt blog, fb, twitter. Almaklum sejak aku menjinakkan diri dalam dunia programming kat heitech ni, duk fikir solve programming dan belajar-belajar ilmu baru. Aku minat ke programming? jujur aku kata sepanjang 7tahun lebih dalam bidang ni aku masih TAK MAMPU untuk mencintai dan meminati programming. aishiteru sungguhlahhh...

Sorrylah pada yang terasa dengan aku, aku minta maaf banyak-banyak. Sungguh bukan niat untuk melukakan hati sesiapa. Kalau nak merajuk pom merajuk sekejap dahlah sebab aku ni memang tak sempat nak pujuk orang. Kenapa aku deactive fb? sebabnya ada dua sebab iaitu kalu on fb kerja aku diofis tak jalan duk ngadap fb je. Aku tak faham kenapa fb ni berhantu sangat.huhuhu..Yang kedua adalah aku tak leh tengok budak dalam fb aku tu, agak menyampah dan nak marah dengan perbuatannya. Dari aku buat hal yang bukan-bukan baik aku deactive. Kan elok macam tu. hihihii..

Jagalah perasaan sendiri dahulu baru jaga perasaan orang. Dah penat dah asyik jaga perasaan orang last-last kita kena tindas. Jadi buat je apa yang kita rasa betul. Ada aku kisah, yang penting aku tak kacau orang lain. Nak kawan, kawan tapi kalu lebih-lebih ambik kesempatan keatas aku sorrylah. Memang aku takkan layan.

Dania amidala : Mood update blog yang marah tapi masih boleh dikawal. huhuu..

Saturday, November 26, 2011

Konvo Degree

Nak upload picture terbaru cari-cari kabel tak jumpa pulak..kebetulan dalam pc ofis ni ada picture konvo sarjana muda teknologi maklumat (kejuruteraan perisian) jadi layanlah picture yang dah basi ni..Jarang dapat bergambar bersama wife hafriz. hihihi...Bukan mudah tau nak grad ni tau. Dugaan yang sangat hebat. Macam-macam dugaan, berkat kesabaran dan nasihat dari family serta hafriz yang selalu beleber kat aku. Akhirnya dapat jugak grad.

time ni mata agak bengkak dan dania tak buat apa-apa persiapan untuk konvo. Mean seperti baju untuk pakai masa hari konvo, kasut dan sebagainya. Semuanya bedal apa yang nampak dimata time tu..sadis betul dania time tu..Nampak face aku macam kena celup tepung gandum je, Tak suka betul macam ni..buruk..aiyshhhhh

Dania amidala : Ambik mood nak buat coding..uwarghhhh

Thursday, November 24, 2011

Design baju

Boleh saya nak design baju macam ini? Sangat-sangat berkenan..

Baju yang zahlia pakai ni cantik dah, simple but nice tapiiii design tekak dan dada dia cam sexylah. Nak kena Mr.Sayang beleber dari awal sampai akhir bolehlah. Kalu nak cari pasallah kan.;P..Actually aku suka yang part kat tangan dengan belahan kain dia tu.

Hah baju yang erra pakai ni aku suka jugak tapi sesuai ke aku pakai. almaklumlah aku ni kan potongan badan yang kecil dan cute ni dan agak rendah. Ni cam dress labuh bukan baju kurung moden. Aku suka baju ni, baju ni aku rasa pass untuk dipakai.;)

Dania amidala : Tengah survey2 dlu apa yg patot dibeli dan dibuat..hope dipermudahkan...Tengah berkira-kira perlu ke aku sewa baju lain sebab kami bukan bersanding pom, memang tak nak ada pelamin..*atas arahan dan permintaan Mr.Sayang. Lepas kami nikah terus makan-makan. Mesti dia pernah terkena masa tunang, tup-tup ada pelamin..awal-awal dah request..aiyshhh

Wednesday, November 23, 2011

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Tuesday, November 22, 2011

Adab berhadapan dengan suami

Istimewa buat sahabat2 yg telah berkahwin atau dalam perancangan :) semoga menjadi isteri solehah.. insyaAllah... Kpd para suami, ley share dgn isteri tercinta, ya ...

-ADAD BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap keulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Dan pesanan terakhir, isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya...


Dania amidala : Meh sama-sama baca untuk pengetahuan bersama

Monday, November 21, 2011

Kepalsuan

Perlakuan itu.

perbuatan itu.

membuat hati ini bertanya dan bersedih.

kenapa perlu macam ini.

tak bolehkah jadi seperti dulu yang penuh warna warni

dunia ini penuh dengan tipu helah.

jadi sebagai manusia kita harus bijak menilai.

kadang yang baik itulah bukan yang terbaik buat kita

kadang yang buruk itu yang terbaik untuk kita.

kenapa terjadi seperti itu.

kerana ingin mengajar kita menjadi lebih dewasa.

Dania amidala: tah apa aku merapu ni, macam-macam hal..hihihi..malam ni hantar Mr.sayang naik bus kat kajang, jumaat aku drive balik ke kemaman dengan adik wany. Isnin datang kl balik dengan Mr.Sayang. Takot sangat aku duk kl sorang, padahal takda benda pom. Tapi takpalah balik boleh bincang-bincang dengan family apa yang perlu aku buat.

Thursday, November 17, 2011

Tik tok tik tok hampir setahun

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku mengenali dia. Tanpa sebarang perancangan atau niat dihati untuk kenal dengan lebih jauh setelah aku dikecewakan oleh somebody. Stopp2, tak nak ingat kisah lalu. Tak nak ada sikit pom dalam kamus hidup aku. Pergi jauh-jauh dari hidup aku. Bukan nak berdendam tapi aku tak boleh, terlalu sakit apabila ada perkataan C***** dlm hidup. Dan alhamdulillah aku mengenali Dia, walau kadang-kadang kami selalu bergaduh pasal makanlah, jalanlah, jemlah, balik kampunglah, nak beli baranglah, dan macam-macam. Tapi biasalahkan, kalu asyik happy je tak best jugakkan. Gaduh-gaduh manja orang kata, tak sampai 5minit baik semula. Gaduh macam ni ok lagi dari gaduh pasal orang ketiga memang aku tak boleh terima, memang menyakitkan dan sampai bila aku akan BENCI!!!!..

Kami start kenal dan start serius dalam perhubungan tak lama pom, kenal kejap je lepas tu terus serius dan jumpa family masing-masing dan terus merisik dan tunang.. Masa tu macam mimpi pom ada, baru je kenal. Masa tu aku tak fikir pape pom yang penting rasa selesa dengannya. Awal jumpa pom takda cover-cover, makan sampai comot mulut dan macam-macamlah pom tak malu padahal baru 1st date..huahuahuahua..Moga jodoh kami berpanjangan sampai jinjang pelamin dan akhir hayat dunia akhirat. Dialah segala-galanya bagi aku. Tukang support, tukang beleber, tukang kritik, tukang pereka fesyenku, tukang driver, tukang nasihat, tukang habiskan makanan aku, tukang jadi Dr bila aku sakit dan macam-macam tukang, yang penting tukang layan aku, makan ayam penyet..lalalala


Okies sampai disini je aku nak tulis, kang tulis semua-semua muntah hijau pulak sape yang baca..ngehhh2...Ada aku kisah, nikan blog aku.. Kalu rasa geli ke nak muntah hijau ke apa ke, sila pergi kat close atau ada tanda pangkah tu..;P

Dania amidala : I love u much2 more darling..b bahagia dengan abang, thank hadir dalam hidup ini..;))




Wednesday, November 16, 2011

makanan yg dilarang bg pengantin baru wanita

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


Sumber : Islamic Glory


Dania Amidala : Nasihat yang berguna

Tuesday, November 15, 2011

Sakit hati dengan bank islam

KEPADA BANK ISLAM CAWANGAN KEMAMAN,


Aku nak ngamukkk dan geram sangat-sangat dekat bank islam ni..especially bank islam cawangan kemaman. Baru ni 8/11/2011 aku ada bank in duit dekat naimah rm2400 kat akaun dia menggunakan machine tu. Lepas bank in aku gitau kat naimah yang duit sudah dibank in tapi dia bagitau duit tak diterima bila dia cek dalam akaun dia. Aku hairanlah sedangkan dah bank in siap-siap, sungguh Demi Allah aku tak tipu yang aku BANK IN duit. Bila terjadi perkara macam tu naimah pergi cek statement bank islam cawangan kl untuk mendapatkan kesahihannya lagi. Bila dicek memang betul tak dapat duit rm2400 tu.

So naimah call aku, dia suh aku buat report dekat bank islam, pegawai bank tu suruh aku pergi buat report dekat bank islam yang aku bank in tu. Kalaulah time tu aku ada kl, tak ke pasal aku kena balik kemaman semata-mata nak buat report. Beng*** sungguhlah. Pahtu bila naimah cakap kat pegawai bank itu, barulah dia cakap reportlah mana-mana cawangan bank islam pom.huhuhu

Aku pom pergi bank islam cawangan kemaman buat report semua bagai, bagi no akaun dan bla bla. Aku pom tanya bila duit tu akan masuk dalam akaun yang sepatotnya. Dia cakap proses dalam masa seminggu. Pahtu aku tanya kalu tak masuk-masuk jugak dalam masa seminggu macam mana. Dia cakap datang balik bank islam cawangan kemaman. Dalam hati dah geram tahap dewa..Pahtu aku tanya dia, dah kalu aku dah ada kl, takkan nak balik kemaman semata-mata nak pergi bank islam cawangan kemaman tanya pasal report tu. Kalau masuk duit takpa ni tak masuk-masuk jugak camne. Tak ke bazir kos balik saje kemaman rm200. so stupid. Pahtu barulah pegawai tu cakap call jelah bank islam. Sampai ke hari ini masih tak dapat duit rm2400 tu. Kalaulah naimah nak pakai urgent duit buat operation pape ke. Tak ke lagi haru, sampai sekarang masih tak dapat duit rm2400 tu. Silap-silap bukan operation dah, buat kenduri tahlil rasanya.

Setiap hari aku follow up pegawai bank islam, tanya macam mana status duit rm2400 tu, still jawapan sama yang menghampakan. Tengah proses, nanti call balik. Pahtu marah-marah aku tak simpan slip machine yang bank in tu. Dah aku mana tau benda nak jadi, aku tak tahu duit tu tak masuk dalam akaun. Kalu aku tau senanglah pulak. Masih ragu-ragu, boleh tengok cctv dan statement record machine kat bank islam tu pada 8/11/2011 tu. Apa nak susah. Arghhhh geramnya aku..sakit hati sangat-sangat.

Memang nak marah sangat-sangat dengan bank islam ni. Kalu duit setakat 100-200 bolehlah terima, ni rm2400 tu. Banyak benda boleh buat. Boleh beli iPhone yang aku idam-idam tauu..Cepatlah bank in, banyak keperluan orang nak guna. Pegawai bank silalah ambil tindakan secepat mungkin. Urgent ni nak guna.

Dania amidala : Tersangat-sangat marah dan geram tahap dewa...arghhhhhhh

Congrat korang sume...

Lately ni, untuk tahun nilahkan..ramai sungguh kawan-kawanku dari zaman hingusan sampai alam bekerja yang dah kawen dan akan berkawen aka mendirikan rumahtangga. Congrat korang sume-sume, semoga sentiasa bahagia sampai akhir hayat dunia dan akhirat.


1)Ina (ex-classmate diploma aka bff) - 4/2/2011



2)Annur (ex-classmate diploma) - 26/2/2011


3)Shikin (ex-classmate degree) - 12/3/2011


4)Fariza (ex-ofismate) - 13/3/2011


5)Akmar (ex-ofismate) - 13/3/2011


6)Shera (ex-schoolmate) - 18/3/2011


7)Husna & Hafriz (ex-classmate diploma & degree) - 30/4/2011


8)Zainab (ex-schoolmate) - 28/5/2011


9)Fahmi (ex-schoolmate) - 16/7/2011


10)Nor (ex-classmate diploma and ofismate) - 1/9/2011


11)Jaa (ex-classmate diploma) - 2/9/2011


12)Yatt Nor (ex-classmate degree) - 3/9/2011


13)Ain (ex-schoolmate) 8/10/2011


14)Bella (ex-schoolmate) - 22/10/2011


p/s: Abang nanti kawen nak pelamin and warna macam bella ni bulehh?? siyess tak boleh tgk warna pink terus berkenan..Plzz darling (-_+)

15)Aimal (ex-classmate diploma) - 28/10/2011


16)Ami (ex-schoolmate) - 29/10/2011


17)Kak lin (ex-ofismate) - 29/10/2011


18)Shitah (ex-housemate) - 12/11/2011

AND yang coming soon dalam masa terdekat

1)Atim (ex-housemate)
2)Kak Aina (ex-rumate & ex-housemate yang penyabar gila setiap kali kejutkan aku pergi kije dan bangun subuh, TQ kak Aina)
3)Hajar (ex-classmate diploma aka bff )

dan...dan..dan...congrat jugak kepada kawan-kawanku yang dah menjadi ibu dan bakal ibu..congrat to yati merangkap bff yang telah selamat lahirkan baby boy masa dekat-dekat raya haji baru ni..nak tengok baby yati, tapi tak berpeluang lagi. Dan juga kepada ina merangkap bff aku yang sedang menghitung hari nak jadi ibu, semoga dipermudahkan yeaa..

Dah makin dewasa semua, tak nak guna dah tua,hohoho...semua dah berkeluarga dan jadi mak bapak orang semua. MOga-moga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah dan kita menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik anak-anak.Aminn

Dania amidala : Urmm penat nak menjawab bila orang tanya bila majlis, tungguuu insyallah sampai masa aku jemput semua bila aku dan Mr.Sayang setel semuanya misi kami...doa-doakanlah yea dipermudahkan..

Sunday, November 13, 2011

Nak tepom camgini


saya nak telefon cam gini boleh???segala spesifikasi mencukupi kehendak yang diperlukan, tanpa sebarang bantahan dan yang pasti barang murah..wahahahah..org cakap dlm 700 tapi blh kurang lagi..tingin nak pakai telefon jenis iPhone tapi fikir2 beli mahal2 pom, tapi pakai paling lama 1tahun pahtu rosak..buat rugi je kan..tengok aku pakai telefon sony ericsson beli rm500 je pakai sampai 3tahun dah kot..baling ke campak ke apa ke tetap leh pakai lagi..thumbs up to sony ericsson..love u so much..

Samsung Galaxy Ace S5830

GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 2100
Announced2011, January
StatusAvailable. Released 2011, February
SIZEDimensions112.4 x 59.9 x 11.5 mm
Weight113 g
DISPLAYTypeTFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size320 x 480 pixels, 3.5 inches (~165 ppi pixel density)
- Gorilla Glass display
- Multi-touch input method
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Touch-sensitive controls
- TouchWiz v3.0 UI
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes, check quality
- DNSe sound enhancement
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsPractically unlimited
Internal158 MB storage
Card slotmicroSD, up to 32GB, 2GB included, buy memory
DATAGPRSYes
EDGEYes
3GHSDPA, 7.2 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot
BluetoothYes, v2.1 with A2DP
Infrared portNo
USBYes, v2.0 microUSB
CAMERAPrimary5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash, check quality
FeaturesGeo-tagging, face and smile detection
VideoYes, QVGA@15fps
SecondaryNo
FEATURESOSAndroid OS, v2.2 (Froyo), upgradable to v2.3
CPU800 MHz ARM 11 processor, Adreno 200 GPU, Qualcomm MSM7227 chipset
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email
BrowserHTML
RadioStereo FM radio with RDS
GamesYes
ColorsBlack
GPSYes, with A-GPS support
JavaYes, via Java MIDP emulator
- MP4/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+ player
- Organizer
- Document editor
- Image editor
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Voice memo/dial
- Predictive text input (Swype)
BATTERY Standard battery, Li-Ion 1350 mAh
Stand-byUp to 640 h (2G) / Up to 420 h (3G)
Talk timeUp to 11 h (2G) / Up to 6 h 30 min (3G)
MISCPrice group


Dania amidala : moga cepat sembuh demam and selsema..be strong..