Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

White Cotton




Yeaaaa alhamdulillah akhirnya cadar yang aku angan-angankan menjadi milikku. Apa-apa thanks you very much kepada sucah yang sudi sponsor cadar pengantin yang white cotton tu. Nasib baik aku tergerak hati nak tanya sucah. Tidak budjet cadarku dalam rm200 jer. Cotton jugak jenis novelle tu. Aku berkenan jugak simple, cotton tapi masalah warna krim. Ada yang white cotton tapi bukan brand novelle tu dalam rm500. Aku berangan nak pakai semua set white cadar, almari, katil, meja solek dan bilik pom nak warna putih.

Ok berbalik pada topik cadar tu. Tanpa dirancang okey, wikend lepas aku pergi alamanda putrajaya dengan silah setelah buhsan duk bergolek-golek kat rumah. Aku pom jalan-jalan alamanda dan masuklah parkson. Tengok sale 70%-90% sale. Apa lagi dalam fikiran, survey-survey cadarlah. Dah duit takda, tengok-tengok jelahkan. Round-round tempat cadar tu, dah berkenan dengan  cadar ni sekali dengan quilt cover dan quilt yang masuk dalam supaya nampak tebal quilt tu. Kira-kira, mak oii rm500 mana aku nak cekoww duit. Duit gaji bulan ni nak kasi kat kak ruby buat kad kawen, tag kawen dan banner. Kalu beli cadar larilah budjet aku. So call sucah, tanya nak sponsor tak cadar. Sucah pom tanya berapa cadar tu. Aku cakap dalam rm350 sebab masa tu macam nak ambik cadar cotton krim jenis novelle tu. Pahtu fikir-fikir dan atas hasutan silah, alang-alang sucah sponsor rm350 baik ambik yang harga rm500 tu. Dahlah white cotton, juz tambah rm150 je. So aku pom ambiklah yang mahal tu.


Tup-tup balik rumah bagitau sucah dah siap beli cadar tu tapi harga rm500. Kira aku tambah lagi rm150. Esokkannya sucah mesej cakap, takpalah dia bankin rm500, dia kasi hadiah kawen cadar white tu. Yahooo lagi aku suka. Tapi aku pesanlah kat sucah, bagi rm350 dah cukup. Apa-apa thanks a lot sucah. Mana tau berkat sucah kasi cadar dapat baby cepat..hihihi gatal. Tapi memang nak baby cepat. Bestnya ada baby, jeles kat member-member yang dah ada baby. Aku ni menumpang kasih pada anak buah, anak-anak member je. hukhukhuk

Dania amidala : Dalam proses membuat kad kawen, kesian kat kak ruby banyak sangat songeh aku. Nak itulah nak inilah. Aku actually teringin nak kad kawen yang doodle tu tapi doodle tu mestilah seakan-akan macam kami. hihihi. Aku ingat dalam kad kawen tu nak buat warna tema masing-masing. Contoh side aku nak kad kawen doodle warna pink + biru terqoise dan side Mr.Sayang doodle tu warna white + silver.;P..Kita hanya merancang nak buat itu ini tapi jadinya tak tahu lagilah camne kan. Hope apa yang diangankan menjadi kenyataan.


Sunday, January 29, 2012

VOucher buku from Mr.Sayang


Yeaaa saya dapat voucher buku 1 malaysia bernilai rm200. Memang yummy-yummylah cekauuu beli novel..hihihi.. Thanks to Mr.Sayang yang sudi bagi free kat aku voucher beliau..ngehh2.
Tapi rm150 selamat aku belanja beli majalah pengantin, 3buah novel, album, kamus, botol air, set pensel tulis dan bla-bla lagi.

Lagi rm50 aku nak simpan, nanti time-time terdesak nak beli contohnya envelop untuk kad kawen ke, album untuk kawen ke. Padahal rm50 berapa sangat yang boleh dibeli kan. Voucher ni tamat tempoh pada bulan 3. So aku akan alertlah sebelum bulan 3 aku dah siap-siap habiskan voucher tersebut. Apa-apa sekali lagi terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi kepada Mr.Sayanag yang sudi bagi voucher tersebut kepada ku dan sudi menemani aku membeli belah di kedai buku dan berjam-jam menunggu aku di tepi kedai buku sambil minum air tin..hihii sayang cinta hatiku sorang ini. Sekian.

Dania amidala : Voucher buku 1 malaysia ni dah agak basi sedikit tapi hari ini baru berkesempatan untuk update..;P

Hajar & Shah Kawen

 Sempat lagi berangan jadi pengantin..hakhakhak..Tak boleh blah betul..;P

Hantaran hajar kepada incik suaminya..;D 
ni hajar buat sendiri tau sampai luka teruk tangan dia kena gam tembak tu.
Apa-apa sangat cantik hantaran hajar, good job..;)

Hantaran husband hajar kepada hajar..;D

Kami-kami bersama pasangan pengantin yang serba hijau..;P
Nice pelamin hajar, i like bunga-bunga besar dia tu..;)

Puan Hajar Norhanis dan Encik Ahmad Shah..Semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat..;D

Aunty Fatin and me bersama baby ina. Sangat cute dan comel arsyad ni. Time bergambar bukan main senyum melebar pahtu nak duk dengan girl-girl and tempat sejuk-sejuk. muahhh2 arsyad..;)

Dania amidala : Curi-curi update blog ni..;P

Wednesday, January 11, 2012

Entry 1st di tahun 2012

Salam semua dan berharap kamu-kamu semua sihat walfiat. pembuka entry 1st ni eloklah bercerita elok-elok. Tapi bagi siapa yang buhsan dan geli geleman dan nak muntah hijau. I dont mind, dan kamu boleh cari tanda close dari membaca. Sebab ini blog saya, apa yang saya rasa, apa yang ingin saya luahkan. Ok kembali kepada segmen asal iaitu

1)Kerja di kemaman
bilalah dapat aku kembali bekerja di kemaman, aku taknak nanti kawen terpaksa PJJ. Murahkanlah rezeki kerja aku. Mr.Sayang cakap, kalau dah kawen masih tak dapat lagi kerja di kemaman dia suruh aku berhenti kerja kat KL balik duk kemaman dulu.Ohhhh NOooooo, aku tak boleh, banyak komitmen ni.. Sape nak bayar kete aku, sape nak bayar loan study aku, sape nak bayar bil-bil telefon aku dan sape nak bagi duit kat aku untuk beli-beli sumthing espcially makan tempat dan food best2..SAPEEE!!!SAPEEE!!! nak kasi semua ituuu..

2)Kawen
Alhamdulillah...insyallah bulan 6 aku akan jadi wife kepada Mr.Sayang. Sekarang baru sibuk nak prepare sikit-sikit. Mujurlah bulan1 dan bulan 2 ni ada public holiday yang banyak. So aku tak perlulah untuk apply cuti aku. Kursus kawen dah setel, aku dah ambik masa diploma kat UDM tahun-tahun lepas dan Mr.Sayang dah daftar kursus kawen, 10 februari ni dia pergi kursus kawen. Itupon setelah aku ugut dia yang kursus kawen ni bukan hari-hari ada, dia ada time. Weekend ni borong barang hantaran untuk aku 9 dulang dan Mr.Sayang 7 dulang. Alhamdulillahlah ada sale raya cina so bolehlah murah-murah sikitkan. Macam faham2 je sekarang kami tengah banyak nak pakai duit. Raya cina nanti pergi wedding ajar, aku hantar baju nikah aku. Tapi design apa tak pasti lagi. Tanya Mr.Sayang nak suh aku pakai baju camne. Dia cakap buatlah camne pom tapi jangan ketat-ketat, seksi-seksi dan jangan pakai macam baju tunang aku ritu. Next month pergi booking kad kawen, sape nak sponsor kad kawen aku. Sila angkat tangan cepatt!!!. Cuti awal muharam dan sekali thaipusam aku balik kemaman setel baju pengantin dan pelamin. Lepas itu dalam bulan 3 pergi ikea untuk borong almari dan meja solek dan tilam. Sape nak kasi pinjam hillux untuk angkut perabot2 tersebut. iwanlah jadi mangsa aku kali ini. Hope dia dah sembuh dari excident superbike. Katil still pakai yang lama cuma nak cat warna putih je. Bahagian doorgift, canopy, makan beradab, jamuan dan kek myMom and Dad yang carikan dan setelkan .thank you very2 much tau...

Dania amidala : Sekian sahaja edisi kali ini. Nak fokus kije pulak..;)..Miss you my blog