Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 16, 2012

Utusan Raja Sehari Dania & Izzul

Kad ni agak mengelirukan sedikit, sebab dia lipat tiga. So tarikh side dania berada sebaris dengan kad Mr.Sayang dan begitu jugak tarikh Mr.Sayang berada sebaris dengan kad dania bila kita scan. Tapi bila lipat elok je kad ni. tengok betul-betul tarikh kad ini. hihihi.. Apa-apa thanks to Along safarin kerana tolong designkan kad yang cantik ni untuk kami berdua. ;)


Utusan Raja Sehari Side Dania : Sabtu bersamaan 09 Jun 2012
Bertempat di kediaman : Lot 1653 Jalan Masjid, Kampung Bukit Anak Dara Kijal,
24100 Kemaman Terengganu


                              Utusan Raja Sehari Side Mr Sayang : Sabtu bersamaan 16 Jun 2012

Bertempat di kediaman : Lot.2573 Jalan Limau Nipis, Kampung Gong Limau, 24000 Kemaman, Terengganu


p/s: Bolehlah sent alamat korang-korang semua nanti senang dania poskan.


Dania amidala & Mr.Sayang : Kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai dijemput memeriahkan lagi majlis kami ini dan semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Aminn..

Monday, April 09, 2012

Persiapan 1


Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Banyak nak diceritakan dan diluahkan dalam blog ni tapi masa selalu tak sempat untuk buka blog.
Banyak nak diluahkan pasal kerjaya, pasal persiapan kahwin, pasal selepas kahwin. Tapi apa-apa SANGAT-SANGAT TERIMA KASIH kepada Ma, Abah, Adik-adik dan terutama sekali yang paling banyak menyabarkan aku dan menjadi tempat luahan setiap apa yang ku rasa sepanjang membuat persiapan dan melayan kerenahku iaitu Mr.Sayang.

Ok, lastweek aku telah bercuti selama seminggu memang adalah kerja yang bergerak dari sebelumnya sebab nak mengharapkan kat MyMom je kesianlah dia kan. Mana nak buat kerja sekolah dia, kerja persiapan aku lagi. So balik baru ni, aku tekad nak siapkan jugak goodies beg untuk Ma dan Abah aku. So kira-kira nak pasang semua goodies beg dan pack letak dalam kotak semua. Siaplah semua. Tunggu hari-hari terakhir baru nak letak macam coklat, tart dan bekas dalam paper beg. So sekarang bilik aku tempat menjadi stor barang-barang tersebut memandangkan bilik aku kosong sebab tak buat masuk lagi almari dan meja solek baru.

Tapi dalam duk sibuk-sibuk siapkan goodies beg tu sempat jugak aku pergi setelkan borang nikah dan hiv test. Kami berdua setel sama-sama. Semuanya buat sama-sama. So pada hari tersebut Mr.Sayang pergi ambik borang kebenaran nikah kat pejabat agama dan aku pom memulakan tugas mengisi borang dan selepas tu melakukan HIV Test kat klinik gong limau kemaman. Budjet aku ni nurse yang pernah melakukan HIV Test, siap cakap lagi kat Mr.Sayang "abang jangan buang air lagi kan nanti nak buat hiv test dia ambik air kencing nanti tau". So aku dengan Mr.Sayang yang ala-ala pak mandir dan mak mandir pom tahanlah buang air tu. Sampai-sampai klinik ramainya orang. Mr.Sayang dah give up ajak aku baliklah, lama dah menunggu dan siap beberapa kali Mr.Sayang duk tanya nurse kat situ lambat lagi ke.

Aku apa lagi mainkan perananlah, sabarlah sikit je lagi tuu.. rilek2, cool darling. Dan sampai masa panggil nama aku dan Mr.Sayang. Kami pun pergi bilik Doctor tu. Sekali dia buat HIV Test juz cucuk je dgn jarum, ambik sedikit darah kami berdua. Cehhhh buat penat tahan buang air. Sampai kat rumah Mr.Sayang terus kami serbu toilet. Dah lama sangat duk tahan buang air. Semua tergelak bila Mr.Sayang cite kat mami, umi semua..hahahhaha..

Macam-macam ragam kami berdua ni. Ok next entry aku nak cite pasal baju nikah, baju sanding dan bunga tangan. Apa-apa pom aku bersyukur walau ada orang tau apa yang aku nak dalam wedding aku dan aku lambat jumpai. Dia tak bercerita kat aku. Tak apa, alhamdulillah.. Kalu tak nak tolong aku, jangan tolong. Aku tak suka orang buat kije aku tapi mengungkit. Nanti datang aku takkan suruh buat apa-apa pom. Terima kasih sangat-sangat. Memang aku sangat berasa hati sangat-sangat dengan kamu.

Dania amidala : Perlu kuatkan mental dan fizikal.