Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 06, 2012

Tqvm Darling;)


Baru ni my hubby pergi UKM untuk continue masternya. So asal-asalnya dania plan nak ikot pergi KL tapi dania dapat kije seminggu sebelum my hubby pergi kL.

Dania tak request pom nak purse. Ok berbalik pada cerita asal. My hubby sampai KL dan jumpa lecturernya. Selesai kijenya, malam tu my hubby ada gtau nak pergi midvalley dengan syaidan. Aku pom cakap kenal ke nak pergi midvalley tu. Masa dania duk KL, i lah gps my hubby nak kemana-mana even tempat dania tak pernah pergi. Pahtu last-last my hubby cakap pergi alamanda je dengan syaidan. Dah dua-dua buta jalan KL kan..hahhaha

Odw balik rumah syaidan, my hubby call cakap ada beli sumting kat dania. Dalam fikiran beli baju kot, sebab kalu beli ayam penyet mustahil (mengidam ayam penyet maju junction). My hubby balik-balik rumah, macam biasa aku seperti sedia kala. Tepik panggil darlingggg pahtu salam-salam , peluk ciom..Padahal baru 2hari g kL..hahhaha..Masuk bilik apa lagi aku buka beg baju my hubbylah. Tengok dalam kotak..jengg..jeng..jeng..My hubby cakap, dari membazir benda lain baik beli barang untuk isteri tersayang..hihihi

ehhh...ehhh purse..cuwettlah purse ni, thanks abang..Terus tukar purse baru..hihihi..Dah purse guess aku tu dah lama kot rosak..Macam kulit dia tertanggal gitu kat hujung-hujung..Apa-apa thanks tau abang.

Dania Amidala : Nanti nak cite pasal macam-macam lagi sampai korang bosan. Ada ke orang baca blog aku..hahhaha

Majlis sambut menantu 16.6.2012

Family side my husband
Si Pari-pari..
Kamar si pengantin, pengantin mahu berehat sebentar bersama kit kat..
Sucah and me..
Dania dan Izzul : ok kita tegak macam ni, biar cameraman je bergerak ok.
Kumpulan gongggg, untuk orang silat...

Dania dan Pn.Hajar..





Lagi...

dan

lagi...

kekurangan gamboo sebab dalam bb saya takda picture, nanti dania ambik dalam hp my hubby okies. Dania update lagi sampai muntah hijau kuning biruu..Ni pom picture yang diambil dari fesbuk cameraman.

Dania Amidala : Lepas ni saya update gambo honeymoon kat bandung pulak okies..Pahtu session my baby, pahtu hari raya pahtu raya haji pahtu dan lagi...

Monday, November 05, 2012

Majlis Persandingan Dania + Izzul (9.6.2012)

Tetamu dah mula datang meraikan hari bahgia kami. Macam ayat karangan BM je..huhuhu
Kumpulan nasyid memulakan tugasnya
Aqeel nak bermanja dengan ostat fitri dikala orang kesibukan melayan tetamu yang datang
Belon sana sini macam besday partylah pulak aku tengok. Tapi masa ni awal pagi, cupcake idamanku tak sampai lagi, lauk pauk tak letak atas meja pom lagi.
Kakak iparku, sucah dan aqeel berposing. Aqeel muka yang masam macam nak telan cameraman jee..
Abah menbahagikan tugas dan mengarahkan orangnya membetulkan paip basuh tangan. Yeaa-yea oooo je aku, padahal habuk tak tahu apa yang dibincangkan kat sana..kuangg...kuangg...kuanggg
Where makanan pengantin ni, kosong jee.. Pengantin kelaparan nih? oooo rupanya masih pagi buta lagi, ofcourselah tak ready pape lagi rupanya...;D
Hari kebiruan yea. Tema majlis pengantin tiada sebarang muslihat politik yea..harap maklum..sucah, kak ah dan darwish
Nenda merupakan orang first yang menconteng ucapan untuk pengantin selepas solat sunat dan dhuha..owyeahhhh
Cepat tolong nenda ni, nak eja guana ni weyhh dalam jawi..cepat search kat iPad tuuu...
Setelah majlis selesai, berposing di tepi pantai pulak..Malu kot orang kiri kanan tengok. Benda yang abang tengok jauh sangat tuu? cer cite sikit...
Habis sudah majlis disebelah aku, tersangat-sangat al-Fenattt..Tengok mukalah kepenatan je si pengantin. Rasa nak tido untuk 3hari terus sebab nak cover untuk hari sebelumnya yang tido-tido ayam kot..
Dania Amidala : Alhamdulillah selesai majlis disebelahku, nextweek 16/6/2012 majlis sambut menantu pulak. Huhh mengeluh lagi sebab tersangat-sangat penat menjadi raja sehari ni. Kalu raja sepanjang hayat tak tahu nak cakaplah..Penuh protokol kan. Next layan picture belah my hubby pulak.

Persekitaran Majlis Nikah 8/6/2012

Hantaran My husband kepada Dania
Sireh, sapa mau makan?? Angkat tangan cepat.. 


Cek yang bernilai ????? dan gelang tangan. Mujur tak request gelang kaki, harus pengsan time nak pakai.
handbeg, jenuh mencari handbeg yang sesuai dengan jiwaku, mujur tak kena reject masa buat hantaran
kasut hantaran, kasut pertama dah direject oleh mummy. Kasut ni mujur mendapat approve dari mem besor tidak harus menangis sambil memeluk kasut lagi my hubby. Akulah untung dapat 2pasang kasut.kehkehkeh
Kain sutera tapi kalu dapat kain cotton lagi aku melompat. Sebab sutera aku tak berapa pakai susah nak basuh, asyik kena dry clean je. Apa-apa tqvm my hubby
Buah-buahan lepas ni kulit your wife tulus muluslah, asyik makan fruit je ;P
Kuih Jala mas, febret aku ni. Kalu pergi kelate tak sah cari benda alah ni. cedappppp
Hantaranku yang kebiruan untuk my lovely husband
Sireh, abang nak sangat. Nah ambik, pahni awek mudalah abang
Jam dan cincin : Jam yang aku dan my hubby pilih sendiri. Botak kepalaku beli jam dan ditambah cincin 2week before nak kawen kesnya cincin tunang my hubby hilang tapi akhirnya jumpa belakang freezer. kusss semangat. Alhamdulillah ;)
Al-quran, thank to my Mom yang sudi mencari al-quran ni. Pah kawen macam al-quran aku pulak. share is caring yea my hubby ;D
Kemeja dan tie yang dipilih oleh my hubby, habis lengguh sendi-sendi aku membeli belah barang abang saje.
Kasut : paling dan paling dan paling cerewek membeli kasutnya. Last-last pujuk-pujuk beli jugak kat alamanda. Yelah pergi midvalley tak berkenan, pergi sunway tak berkenan, pergi sogo tak berkenan. Last sekali pergi alamanda barulah beli. Tu pom sebab dah tak da choice.
Set Perfume, last-last lepas kawen aku yang curi perfume my hubby. Memang sengaja beli perfume unisex senang aku nak kebas. hahahha..share is caring yea abang.
wallet dan belt merupakan kije 2x jugak sebab asal-asal nak jimat sekali kena tambah jugak wallet. Kalu beli belt saje murah sikit. yelah baru 180++..huhuhu
cokelat, last sekali aku menginap di rumah mentua, aku yang kebas cokelat ni sebab family my hubby kurang makan cokelat dan kek walau mahal macam mana sekali pom. Bahgianya aku xpayah berebut..hahha
Anggur untuk syeikh izzul Anang..Tp rsa izzul anang mesti tak excited nak makan sume tu kan. best kenyit-kenyit mata kat wife dia lagi kan. Yea dok abang??
Pengapitku ketika saat-saat nak bergelar Pn Dania iaitu Sucah aka mak sedaraku dan Una my cousin. tqvm beb
Candid kejap before pengantin lelaki tak sampai lagi. Aku tensen tengok gambo nikah ku, muka kurus sangat dan gelap makeup. Tapi redha jelah walau hati nak marohhh...huhuhu

Dari kiri cepat jalan...farah, dania, wany, wany kepada kawan wany kiri, herda
Dania dan Una, Beb debor gile aku masa ni. Tapi cover line masa ni
Lastly Dania dan Izzul selepas akad nikah. Picture dari bb Adawiyah. Picture nikah ada dalam hp my hubby, malas lagi nak transfer. Time ni segan gile kot duk dua rapat-rapat orang duk tengok je. Peluh menjejess-jejess kot. Tulunnnnnn

Bilik pengantin yang tak siap dideco oleh mak andam, aci ke macam tu? memang nak marah kot. Aku nikah banyak lagi tak finish oleh mak andam. Harus bengkak dalam hati ni. Where tiang fresh flower kiri kanan katilku????arghhhhhh

Dania Amidala: Nanti dania upload picture sekitar majlis sandingku pulak yea, tapi value gambar kuranglah sebab guna camera non professional ok!!!

Sekitar majlis sebelum aku bergelar Pn.Dania

aqeel yg sangat rajin membantu packing doorgift utk kawan-kawan seangkatannya.
bakal adik ipar yang rajin membantu meletakkan tanda arah
orang kuat dapur iaitu cik ani, tanpanya tak berasaplah dapur rumah pengantin ;P

kakak ipar pengantin memenuhi tangki perut sementara majlis sembahyang hajat belum berlangsung.
Abang pengantin curi gulai kambing, kabo ke abah kangg!!!!

Mak ngah yang semangat kebiruan, before majlis dah siap pakai biru..(y)
Nenda sedang menemu ramah bakal adik iparku, siap sedia dengan jawapannya yea dolfin hijau ;P


Juadah yang tersedia untuk dingapp oleh tetamu yang datang solat hajat
Abang pengantin mengisi tangki perut setelah mencuri gulai kambing..konyangggg
Pidah yang setia dengan nasi kunyit.
Sucah preparation akod untuk desert orang sembahyang hajat..

Ikan goreng yang dimasak oleh cik ani, pengantin tak tahu menu apa masa malam sembahyang hajat tu sebab pengantin pergi ambik hantaran yang digubah oleh aunty shima.
Aqeel sedang melawak dengan rakan seangkatannya, Apa yang dibualkan tak tahu, paparazi tak sempat nak dengar gosipnya.
Desert yang siap terhidang untuk malam solat hajat.

Dania Amidala : Biarlah orang cakap dah basi, dah nak masuk 5 bulan baru nak upload picture. Almaklumlah saya tak da mood sangat nak update blog. Ni picture yang di ambil dari iPhone Sucah. Pengantin memang tak sempat nak melayan ambik picture-picture ini. Nanti saya upload pulak picture sekitar majlis nikah, majlis sanding dan sambut menantu sehingga muntah hijau yea..Tapi picture dari iPhone pengantin dan iPhone sucah jelah sebab softcopy dari potograper pengantin tak ambik lagi. Sekian