Pengalaman melahirkan Adam Danish

Pengalaman melahirkan adam adalah antara kenangan yang tak dapat dilupakan oleh dania. Ya Allah sesungguhnya besar sungguh pengorbanan seorang ibu ini.

Dania start sakit 29 julai 2013 lepas sahur. Tapi sakit tak kuat pom, siap boleh main candy crush lagi dan plan nak pergi kuantan jalan-jalan. 8.30pagi dania baru rasa macam sengugut tapi sengugut biasa je, macam sengugut nak period tapi masih rasa boleh tahan sebab tak kuat sakit. Kebetulan husband dania nak masuk ofis lambat katanya. Lepas je husband dania mandi bersiap-siap nak ke ofis, dania ke toilet sebab rasa nak terkucil, tup-tup keluar darah besar tapak tangan camtu. 

Masa tu dah pelik, bleeding ke dania ni?? Takkan nak bersalin pulak, due 10 ogos 2013. Tapi contruction sakit ada 5minit sekali dan tak kuat pom. Dania pom bagitau husband dania yang dania keluar darah ni. Dia apa lagi selaku bidan sangat-sangat kalut. Bersiap tersangatlah express dan agak cuak. Husband suh bersiap-siap pergi terus ke Hospital Pakar PRKMUIP. Odw tu MIL nak ikot jugak. Tunggu pulak MIL bersiap-siap. berhenti kat kedai, shopping makanan sebab MIL suh makan dulu bagi tambah tenaga.

Sampai-sampai Hospital Pakar PRKMUIP dalam 11.30pagi. Cek-cek dengan doc, doc cakap jalan dah buka 3cm so masuk ward. Duklah sembang-sembang dalam bilik sambil makan-makan dan tengok tv. Dalam 8.00malam rasa macam makin kerap je memulas perut ni, dania ke tandas nak buang air. Tengok-tengok ada pulak darah macam pagi tadi. Call doc, doc datang bilik dan cek jalan buka 5cm dah. Dia pom pecahkan air ketuban dan turun ke labour room naik wheelchair. Masa tu boleh suka suki lagi. 

Masa sampai labour room dan nurse suruh baring atas katil, baru start sakit kuat. Hanya Allah saje tau perasaan masa tu. Rasa nak tendang je sume orang ada kat situ. Bilik yang beraircond tak rasa, peluh je  1 badan. Masa tu baca doa macam-macam sampai berterabur dan tak betul dah sebab sakit sangat. Last-last sebut Allahu Akbar je. Pahtu suh husband dania je baca doa and ayat-ayat al-quran. Tak tahan siap marah husband jangan berhenti baca doa. Dania pegang husband dania sampai baju dia nak terkoyak betapa kuatnya sakit. Sakit tiap kali dia memulas tu je.

Baru je duduk atas katil 5minit panggil doc, doc cek jalan baru 7cm. Doc cakap tak boleh teran lagi kena tunggu 10cm. Bayangkan rasa baby dah nak keluar dah tapi kena tahan. Macam sembelit tapi tak boleh teran. Husband dania tanya doc dah 10cm lama lagi ke. Doc cakap biasa 1cm 1jam tapi atas orang jugak. Dalam 5minit lagi panggil pulak sebab tak tahan sangat dah, cek pulak 9cm baru. Adoiii dania masa tu dah tak tahan sangat-sangat. 5minit lagi panggil pulak, doc cek dah 10cm dah nampak kepala baby. Masa tu doc ajar teran dan suh teran. 

Teranlah sampai tak terlarat tapi baby tak keluar lagi. Sampai doc bagitau baby dah kurang denyut jantung. Masa tu tak fikir apa dah. Apa nak jadi, jadilah janji baby kuar dengan selamat. Akhirnya 10.32malam baby adam danish pom keluar. Ya Allah masa tu perasaan semua rasa, sedih, gembira. Semua bercampur. Sedang elok baby adam kena potong tali pusat Ma, Abah, Tok, Abang, Kak wa dan Siti sampai. Siap masuk dalam labour room duk tengok baby mandi, belah mulut baby adam dengan kurma dan air zam-zam, azankan baby adam.

adam danish yang tengah fresh, baru beberapa minit keluar dari perut mommy

Dania amidala : Alhamdulillah, semoga Adam Danish membesar dengan sihat, cergas, cerdik dan yang penting menjadi anak yang soleh. Aminn.

Comments

Popular Posts