Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

i'm already 27 years old

curi kek dari pak cik google

Kejap je umur dah 27 tahun. Alhamdulillah dengan umur 27 tahun ni, dania dapat merasa menjadi seorang anak kepada ma dan abah, menjadi seorang isteri kepada muhammad khairul izzul aka ustaz rock hehehhe dan menjadi seorang mommy kepada hero tecik adam danish. Alhamdulillah.

Sebenarnya tepat jam 12 tengah malam, masuk tarikh 27/12/2013, dania merajuk dengan husband. Ada pulak besday kita, dia tido kroohhh-kroohh..Sebenarnya my husband penat urus kete kat workshop tu. My husband tak wish pom. Hangin satu badanlah dania. Bangun subuh tak tegur pom, sedih gilaa. Padahal apa sangat, benda kecik je..hehehehe..Dahlah bangun-bangun pagi tak wish lagi, sibuk duk main dengan adam. waaaa lagilah nak nangis. Sampai breakfast pom dania tak buat, merajuk punya pasal. Perut masa tu memang lapar  gila..heheheh. Husband nampak dania lain, barulah wish. Hari ni besday b kan. hepy besday bagai. Tapi masa tu merajuk, tak layan pom. hehhehe. Dia pom ajaklah kuar, celebrate besday tapi tetap keras cakap taknak. Sampai ke magrib duk ajak keluar. Last-Last akhirnya sejuk sikit sebab tengok petang tu, my husband bertungkus lumus bersih mycar sampai bersih yang tengelam banjir tu. Kesian pulak tengok. hehhehe. Malamnya kami pom celebrate besday kat restoren terapung bukit kuang. Asal-asal nak midnite tengok wayang sekali, tapi dania tak da mood nak tengok wayang. So lepas dinner kami round-round bandar  dan terus balik rumah

gift???hahhahah...Dania request nak gelang.kuikuikuikui...Pergi kat tommei sehari sebelum besday, macam mahal, tak jadi beli..kesian kat myhusband banyak dah habis duit baiki kete pesona dan vios yang tengelam..Tunggu reda-reda dululah..

Dania amidala : mommy sayang papa dan adam..

Adam Sudah 5bulan

Alhamdulillah, kejap je masa berlalu. 29/12/2013 genap anak mommy dan papa 5bulan. Mommy rasa macam baru lagi bersalin, keluar hospital. Tup-tup dah 5bulan. Nanti 6bulan adik dah start makan. Adik membesar tersangatlah cepat. Tak puas lagi mommy tenung, tilik, cium adik.

Adam hari ke2 melihat dunia. Moga adam danish menjadi anak yang soleh. Ameen

Adam dah 5bulan, lain betul mommy tengok muka adik masa lahir dan sekarang. Patotlah orang cakap muka adik lain. Tapi mommy tetap kata muka adik sama. Anak mommy dah pandai macam-macam. Pandai suka, pandai gelak, pandai merajuk, pandai menangis, pandai meniarap, pandai angkat dada, pandai capai barang, pandai nak suh mommy dan papa angkat, pandai nak suh ajak jalan-jalan (betul-betul ikot mommy), pandai pegang botol sendiri, pandai nak main game kat hp papa, pandai tengok tv..banyak lagi yang pandai, tak larat mommy nak list. Apa-apa adik tetap anak kesayangan mommy dan papa dunia akhirat.

Dania amidala : Ya Allah jadilah anakku anak yang berguna pada keluarga, agama, bangsa, menjadi anak yang soleh, yang cerdik pandai, sihat tubuh badan, murah rezeki, diberkati hidup olehmu Ya Allah.

Saturday, December 28, 2013

Kisah Banjir 03 Dec 2013

Tak mampu untuk berkata-kata.Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan kami, mangsa-mangsa banjir. Dugaan dariNya datang hanya sekejap sahaja dengan datangnya air yang lembut. MasyaAllah, hebatnya kuasa Allah

Sekitar rumahku..habis tengelam pesonaku dan vios my husband. 
Honda, livina dan lori abang
wira adik yahya
kelisa nenda
neo sucah
konon-konon nak selamat dari banjir, rupanya area rumahku banjir jugak.

 Sekitar rumah nenda, tempat biasa parking kete dah boleh parking bot. Mujur ada penyelamat bot abah. Bolehlah kami anak beranak keluar dari tempat banjir. 

Hari family abang dan nenda berpindah ke rumahku. Last-last hari yang sama 6.00petang kami semua terpaksa keluar dari rumah dengan menaiki bot abah untuk balik ke rumah mom. Bekalan elektrik, air dan makanan terputus.Keesokannya dah tak nampak pagar rumah dah..


Superbike paksu, konon-konon nak selamat dari banjir, buat masuk dalah rumah nenda, last-last tengelam jugak superbike. Superbike baru jalan 2-3x. Dugaan

Depan rumah abang, Masuk dalam rumah boleh berenang

Halaman rumah nenda, dah macam sungai je.

Total Lost my family:

1)Me - Tengelam kete pesona dan vios
2)Abang - Tengelam kete honda, livina, lori, rumah
3)Nenda - Tengelam volvo, kelisa, rumah
4)Adik yahya - Tengelam kete wira
5)Sucah - Tengelam kete neo, superbike, rumah

Dania amidala : Bersyukur, walau kami kehilangan harta benda tapi insan-insan tersayang masih ada disisi.