Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 17, 2015

Banjir 2014

Sudah menjadi acara tahunan bagi kami yang tinggal di kemaman iaitu apabila akhir tahun je acara membasuh rumah secara beramai-ramai.Ingat ke tahun lepas tak jadi banjir dah. Sebab asal2 hujan lebat lepas itu elok-elok je keluar matahari..kira panas, memang panas betul-betul..tup-tup tak silap 23/12/2014 hujan lebat balik. tapi air tu naik lepas tu surut.

Kami memang standby awal-awal, barang kat bawah semua naik duk atas siap-siap. Tak kisahlah banjir ke tak, janji barang naik atas semua. Planning bila air naik, cepat-cepat angkat baju, pampers and susu anak buat masuk kete. Tak da istilah masa air tengah naik tu, kitaorang baru start nak menyimpan ke apa. Yang tau nak lari cepat-cepat. Cukuplah sekali kete kami tengelam. Serik bebenor dah..

Air melimpah je atas jalan depan rumah kami, kami pom start pindah dekat rumah my mom. Alhamdulillah bermulalah percutian kami selama 8hari di rumah my mom. Tahun ni banjir datang lambat-lambat dan air bertahan. Nak surut air pom lambat, dia duk bertahan jee. Tahun ni banjir takda sesedih tahun 2013. Terasa macam tsunami je, dengan anak kecik lagi masa tu naik bot abah. Panggil bantuan tak sampai-sampai, call minta tolong pom tak dapat. line tepom kena potong, bekalan letrik, air dan makan semua takda.Air punyalah naik sangat-sangat cepat. Lepas tu tengok dua buah kete kami tengelam gitu je. Tahun ni rumah kami je kena banjir, walau baru 2bulan beli rumah kat sini. Takpalah kami memang redha, dah siap2 mental and fizikal dengan bencana alam ni. Ni antara rumah kami yang sempat aku ambik.huhuhu...


Deretan taman rumah kami
tandas bawah dah macam kena boom je, geli betul nak cuci. Tq myhubby setel cuci rumah luar dan dalam. Aku jadi mandor je.;P

Belakang dapur rumah kami, masa kami cuci dalam rumah air ada lagi kat luar. Cuma dalam rumah jelah yang tak ada.


Dania amidala: Ya Allah kau limpahkanlah kami sekeluarga dengan keberkatan, kebahagiaan, kejayaan dan rohani yang sentiasa mengigatimu. Jauhi kami dari kelalaian. Ameen