KAHWIN,KAWEN,NIKAH<<<

BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita
pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah
suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita
sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di
sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan
bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan
itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba
dan terus mencuba.

Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian
lelaki ? Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak
kelainnya.
Dalam sebuah hadis, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang
bermaksud :
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu
Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu"

(Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, Kalau
dia buat baik, dikagumi, apabila buat jahat diminati, apabila dia
memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi
dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada
wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang
sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan
memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut
orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang
mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk
seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka
tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata,pedulikan
kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik,
bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan
begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda bermaksud :
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok
akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan
sifat malu ini di atas neraca syari'at,malah neraca akalpun sudah
mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkanya tidak malu atau kurang
malu.sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau
barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak
berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada
neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak
takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Ini
tandanya mereka tiada iman.Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang
sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak
boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media
cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri
berbagai ragam, kemungkaran berlaku, tidak terkecuali dilakukan oleh
wanita.Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki
menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak
berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat
malunya.tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, dan
ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.Dengan ini akan
terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
" Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. "

Semoga IKATAN yang dibina adalah atas dasar keimanan kepada Allah :) ....

Comments

Popular Posts