Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2009

Azam 2010

dengan ini saya wan zaidanial bt wan mohd noor mengisytiharkan
azam tahun baru saya. kenapa saya perlu buat azam ek?
sebabnya dengan ada azam, matlamat saya akan tercapai walaupun
kadang-kadang ada azam yang terpesong sedikit. atleast dengan ada azam ni
boleh guide saya..saya takkan melakukan benda sesuka hati..betul saya tak tipu sikit pun.

antara azam yang saya nak buat pada tahun 2010 ni adalah seperti dibawah:-

1)saya nak khatam al-quran sekali lagi
-maknanya saya nak amalkan membaca al-quran hari-hari
walaupun hanya sepotong dua ayat kalu tak da masa sangat..
kalu boleh ayat yang nak saya amalkan yassin, al-mulk,
surah lukman, surah yusof .

2)selalu pergi sembahyang dekat masjid dan mengikuti kelas agama.
-saya nak amalkan sembahyang berjemaah selalu,dan hari minggu
saya nak mengikuti kelas agama lepas habis belajar nanti serta menziarahi kubur arwah tokki

3) saya nak tingkatkan cgpa saya.
-memandangkan sem ni saya dah last sem, saya akan belajar bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan lagi cgpa saya dan akan berusaha membuat fyp saya
sehabis daya saya.

4) kerja
-saya akan cari kerja dulu..tapi nak sambung master..huhuhu..complicated betol..
tengoklah mana rezeki saya dulu.

5) anak yang soleh dan taat
-saya nak jadi anak yang berguna pada keluarga saya, sentiasa mengembirakannya..
i love my family..

6) kereta
-hah ni masanya saya idam-idamkan..saya nak beli kereta hasil titik peluh saya sendiri..
buat masa ni saya target kereta vios atau pesona kot..tengoklah pada rezeki saya nanti.

7) searching pasangan
-hah ni antara yang last, selepas semua saya berjaya..barulah memikirkan secara serius..
apa yang ditakdirkan saya redha.


p/s:semoga azam saya akan terlaksana walaupun tidak banyak..janji ada perubahannya

Sunday, December 27, 2009

thank to all

first sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang wish besday kat aku..sama ada aku sempat reply atau tak. sudi juga korang semua mengingati diri aku ini. dan pada yang belanja makan, yg bagi kad, present..thanks yea..tapi tak lupa pada parents aku, awal sekali celebrate besday aku..hehehe..thank abah, sanggup menghabiskan duit yang sangat besar jumlahnya untuk baiki laptop (motherboard) aku yang rosak hari tu sebagai tanda hadiah besday aku..heheheh, sayang abah..lastly, thanks a lot...;-) XOXOXOX

Thursday, December 24, 2009

My Lovely Dad n Mum




Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku, akan slalu memuja mu
Disetiap langkah ku, ku kan slalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu


Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa


Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna

Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna

krismas days


we wish you merry christmas..
we wish you merry christmas .....
and hepy new year..

Sunday, December 20, 2009

FYP oh FYP...

hallo hallo hallo my blog...how are u???fine..ok
let to chat about my final year project..ish ish ish
tersangatlah takot, adakah sempat aku kejar..
apa yang pasti aku nak grad..penat dah belajar..
kenapa mesti wajib ambik final year project bdk2 it..dushhh dushh..
ok fine..aku dah buat sikit system tapi masalahnya ialah
takleh nak insert lagi..java class aku bermasalah..netbean r punya pasal..
aku dah check ikot jcreator tak da masalah, tapi bila run kat netbean ada masalah
macam mana nak sattle ni..aku target nextweek dah nak tunjuk kat
dr.suzuri page depan, page customer register dgn report customer..
second week plak aku nak buat page admin upload video dgn page customer view video..
i never2 give up to try my best netbean..gile kentang, cuba bayang explore sendiri tu,
nak buat sistem ni..aku tabik spring r, sape yang dapat buat complete..
ok, sekarang dalam kepala aku dah ada nak buat camne sistem ni..
macam mana perjalanan sistem ni..tapi aku perlukan sedikit lagi masa nak explore..
sape yang tau netbean ajarlah aku ni..aku nak guna cara hafriz tak pandai..
aku dah try masa cuti sem baru ni kat rumah..damnn..so netbean je baru nampak camne..
oklah..bukan berlagak tapi betul, jalanlah jugak dari langsung tak jalan..

Tuesday, December 01, 2009

holiday with bff


saya tak nak cite panjang lebar sangat,
juz nak sidai gambar je kat ampaian blog ni..
saat yang paling saya suka sekali dapat karaoke.
tapi tak tahan dengan member saya dua orang ni
iaitu ajar and ina, mula2 bukan main cakap
aku tak nak karaoke dosa, aurat..aku nak tengok wayang
cis aurat konon, last2 dia yang rampas mic dari kami..
saya dah agak dah..sure takde malu punya..
oklah jugak holiday ni..tapi banyak buang duit je..hehehe
best tak dapat tido kat ampang, walaupun serba kekurangan sikit...
kita masak apa yang ada dlm peti ais..korang tau tak makanan tu tah zaman bila..
saya pon dah tak igat..heheheh..main bedal je semua..
saya tak nak gitau nanti sume tak nak makan...heheheh

jap2 nak setting camera lu...ok fokus..


time tu karaoke...ibu2 bapak2 siapa yg punya anak bilang n bla bla bla


na cepat masuk..jgnlah malu2...


apa yang lucunya ina..dapat jumpa jaafar ke..ehem2..sakit tekak r pulak


hye korang kat lif pon nak bergambar..sian pulak aku nengoknya...

apasal hana senyum je karaoke yang aku muncung sedepa..heran pulak..

Thursday, October 22, 2009

Tag dari salah sebuah blog..

PART A (brands of toiletries)


Please state your current brand of the following:


1. hair shampoo :
Pantene 2in1 yang color biru

2. hair conditioner :
Pantene

3. facial foam :
Tia Amilia

4. scrubs :
NV

5. facial cream :
tiada

6. body lotion :
nivea and satsuma body butter bodyshop

7. shower soap :
johnson milk baby

8. lipstick :
Nivea caregloss, tupperware and maybline pink color

9. perfume :
1 drop perfume, bodyshop yang color biru, johnson

9. deodeorant :

nivea

PART B (clothes)

Just state the favourite brand that you have only:



1. t-shirt :
lebih kepada scarlet, diesel, voir dan tak memilih janji cantik


2. jeans :
voir, giordano, levis, authentics jeans, lady like

3. baju kurung/melayu :
tempah dan beli siap

4. shoes :
school, hush puppies, vincci,

5. slippers :
yang rm10 tu..

6. spectacles/sunglasses :
tak igat brand benda..

7. hijjab :
bawal, ariani, tudung yg panjang yg belit2 tu, yg rm10

8. underwear:
scarlet and avon

9. belt :
2 xda brand, satu lagi authentics

10. socks :
tiada

11. watch : -
rossi valentino



PART C (technology)



1. mobile handphone : Nokia and Sony Erricsons

2. laptop/notebook : HP

3. printer/scanner : Canon

4. camera : Canon

5. hardisk : -HP

6. mp3/mp4 : - sedekah dari mdec masa tranning linux, xigat brand apa

Sunday, October 04, 2009

4-10-2009

hepy besday to my little sister and friend..
tanggal 4-10-2009 merupakan hari lahir mereka..
so bila nak blanja mkn???hihihi

mel hope ti akan berjaya dalam spm, hidup..
kejar masa depan..fokus pada diri sendiri untuk berjaya..
jangan sibuk duk paksa cepatlah mel kawen..buhsan and stress tau..
study rajin2..


ajar hepy besday je..aku harap ko berjumpa dengan mr.right
yang dapat mengharungi hidup bersama ko kelak..
jangan berputus asa, teruskan mencari sambil membina karier yang lebih baik...


Saturday, October 03, 2009

Siti SPM


buat adikku yang tersayang..tahun ni wan siti mariam bt wan mohd noor akan menghadapi peperiksaan spm..good luck yea, buat yang terbaik.jawab elok2, sembahyang jaga, solat hajat, doa banyak2..jangan cepat gelabah jawab exam..berikanlah keputusan yang cemerlang buat abah, mum..jadikan role model untuk adik-adik dan yang pasti challenge result abang and kakak yang cute yang tak secermalang kamu..ehehe...

p/s: dapat 5A tuntut hp dengan mel yea...hp jenis apa tungguuuuu!!!!!

Sunday, September 27, 2009

Potong Rambut

yeah yeahh ringannya kepala setelah sekian lama berambut panjang...
cewah padahal bukan panjang sangat..
bukan apa, aku tak sempat masa nak jaga.
risau jugak kan rosak rambut.
tambah pulak sisa2 rebonding tertinggal lagi.
jadi lagi susah nak jaga, lagi mudah untuk rosak.
so baik aku buang terus rambut rebonding.
dah pagi pegi kelas tak sempat nak keringkan rambut.
petang baru buka tudung, mana taknye rosak rambut.
shampoo pun time sempat.ish tak boleh jadi ni.
so aku dah decide nak potong jugak rambut hari ni.
then selepas potong pendek dengan jayanya sekali dekat salon nurul
aku pun cuci sekali rambut. habislah jugak rm22.
mujur murah tidak lepas ni comfirm aku tak pegi dah
tuan kedai cakap tak sayang ke rambut panjang2 ke.
aku pon cakap, "sayang tak sayang janji tak serabut kepala"
yelah aku betul-betul tak dapat nak jaga rambut dengan baik semenjak dua ni.
asal bangun tido kena cari getah rambut sebab serabut.
mana tahan beb.kan lama2 megerbang rambut macam nenek kebayan.
lari semua orang rumah.hihihi

nilah style rambut yang aku telah potong

Selamat hari raya

assalamualaikum my blog...

belum terlambat untuk saya mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam seluruh dunia.
maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap saya sepanjang hidup ini
samaada secara sedar ataupun tidak.
cewah, dibulan yang mulia ini jangan berduka2.
mari kita menyambutnya dengan gembira kerana diberi peluang lagi
oleh Allah s.w.t untuk merasai lagi suasana berhari raya.
dan jangan lupa puasa enam.banyak manfaatnya.
akhir kata, salam lebaran buat semua keluarga tercinta, teman, warga malaysia dan
umat islam...i love u all

Monday, September 14, 2009

Penat Berpuasa

selamat pagi malaysia..macam mana puasa?ok tak?
jangan jadi macam gambar2 dibawah sudah..
kesian den nengoknya..kuatkan semangat, iman..
moga pahala puasa yang diperolehi diberkatiNya.








p/s : hah baby pon puasa, so yang tua2 bangka tu jadilah contoh yang terbaik buat budak2.jangan sesuka-suki hati tinggal puasa tanpa sebab.

Sunday, September 13, 2009

Bertunang

hah korang jangan terkejut yea...terpanggil untuk aku postkan gambar bertunang yang jatuh pada 07-08-09. Tarikh yang cukup cantik.sebagai tatapan rakan-rakan baik aku..
sekarang aku sidaikan beberapa keping gambar..


dulu2 dia ni merupakan junior course aku and roomate aku..
**aima ciom tanya mak mentua baik2, ambik berkat..kan nak jadi anak dia dah..hihi

ni adalah pasangan aima sewaktu zaman diploma dulu..tak sangka korang bertunang..
cepat dari senior lagi ni..ini tidak boleh jadi..ngeee
**jason jaga pandangan, jangan tenung lama2 aima..anak dara orang tu, kan dah dapat lesen besar baru boleh...jangan marah k.ida korang yea..


kenapa korang jauh sangat..malu-malu kucing ek...hihi


wah ensemnya dia...ecey2 sukalah tu ek...nanti dah kawen jaga anak dara orang baik2 yea..
jangan gaduh2...jangan baling pinggan mangkuk..kihkihkih

waduh2 ayunya budak ni..sapekah gerangan tuan puteri ini...
nilah engku nurul aima
sungguh sopan santun..terpesona betul..
no wonderlah jason jatuh hati bagai nak rak kat tuan puteri ni..
aima nanti jaga jason baik-baik yea..


p/s:kawen nanti jemput yea...

Saturday, September 12, 2009

Soalan dan soalan

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah : huhu..biarlah rahsia.

2. Saya sedang mendengar : suara ahli silat..hoh eh hoh eh

3. Mungkin saya patut : tambah berat

4. Saya suka : bersembang dengan my mummy

5. Sahabat-sahabat baik saya : banyak,nnt list semua ada yg rasa hati kalu tertinggal.

6.Saya tak paham : orang yang dengki dengan saya

7.Saya kehilangan : pembakar semangat saya

8.Ramai yang berkata : kenapa kamu kurus sangat

9. Makna nama saya : nama nabi, danial

10. Cinta itu adalah : kesetiaan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : membuat assignment OOD dengan FYP

12.Saya akan cuba :menjadi anak yang terbaik buat family

13.Perkataan SELAMANYA membawa maksud : forever

14.Telefon bimbit saya : sony ericson dengan nokia..model apa tak igat

15.Bila saya terjaga dari tidur : tengok masa kat hp nokia

16.Saya paling meluat apabila : orang yang budjet dirinya pandai

17.Pesta/Parti adalah : yang sesuai untuk anak2 orang kaya dan bersosial

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : panda

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : form4 and form5

20.Hari ini : buat assignment macam biasa di port selalu duduk

21.Malam ini saya akan : tido rumah una

22.Esok pula saya akan : g kuliah and duduk kat port biasa buat assignment sampai ke petang dan disambung semula lepas terawih

23.Saya betul-betul inginkan : cuti yang panjang and duduk dirumah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : bilalah nak hilang resdung and jerawat

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : east coast mall, megamall and so on

26.Makanan Barat atau Jepun :makanan Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap : terang

28.Makanan segera adalah : makanan yang tidak elok untuk kesihatan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : mu wak assignment kat mana dah

30.Siapa yang anda mahu Tag?: sape2 yang nak jawab soalan ini

Friday, September 11, 2009

tahap kesabaran yang sangat baik

aisehhh...bisingnyalah kat foyer library ni.mari mengacau ramai-ramai tu, kenapa korang tak bawak satu kampung terus.kan senang takda aku marah sangat **nada marah ni** dengan bunyi kompanglah, pasang lagulah..nak berseni pon pegilah jauh-jauh tempat takde orang.aku nak study and buat assignment terganggu...nak je sound semua..geram betul..main kompang bergemalah library ni..tolong, cepatlah lari dari kebisingan ini..aku tak sanggup sudah..dari dapat idea terus hilang.takpe sabar ni, bulan pose.tapi jiwa ni dah serabut dah..


arrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhh ni nak menyumpah je kat budak ni..orang dah marah-marah and buat muka.lagi dia buat bising..nilah orang yang tak bertamadun. hebat sangat ke hah..seninyalah aku ni..macam tak pernah jumpa kompang nak main.

Saturday, September 05, 2009

shopping raya best+malang

jumaat 4/9/2009

seperti yang dijanjikan oleh parents aku.
nak bawak pegi kuantan shopping baju raya, kasut raya,
semuanya all about rayalah...so far amat berpuas hati shopping
tahun ni coz, my dad tak bising..tak nak balik rumah dah ke
or tak kenal jalan rumah dah..itu antara ayat femes my dad dengan muka tengah masam.
tapi tahun ni.tak da marah ke apa ke..yelah laki ni bukan suka sangat teman-teman shopping lama-lama..bayanglah dari pagi kul10 pagi hingga kul5 petang
baru kami kami semua keluar dari east coast mall. my mum pulak layan je apa yang nak beli.
nak itu ambik nak itu ambik.penuh kete kami beli barang..dah sorang bukan beli sepasang baju, kasut..2-3 pasang sekali ambik..

after shopping kami lepak rumah che tam(kakak abah) sampai pukul 6.30 cam gitulah
tengok barang-barang along(cousin laki) nak kawen bulan 12 ni insyallah, ambik baju kurung purple yang che tam kasi untuk kawen along nanti coz tema along purple.so kena seragamlah.
then sembang itu ini dengan che tam, sempat jugak selitkan cerita angah.lepas itu, parents aku pegi rumah pak hamid pulak (adik abah) ambik akok yang disuruh pak hamid belikan.
kami bagi big apple untuk anak pak hamid buka pose kebetulan beli banyak.

my mum terus memecut laju kete untuk kejar buka pose kat restoran ombak area sungai ular-cherating..sebab situ ok gak serve and makanan dia. dan terjadilah perkara yang amat malang kami sekeluarga..cewah bukan main makan cepat-cepat nak pergi terawih. kuar dari restoran tu awal sekali dari meja-meja lain. then sampai je kat kereta..semua dah masuk kereta, tak da orang perasan..abah pon kuar semula kete, dia tengok tayar kete belah driver..masya allah pancit..mmg kempis tak boleh nak jalan dah..kami pon mula mencari spare tayar kat bawah kete..hampir 30minit jugak nak turunkan tayar spare coz macam rantai spare tayar tu terlekat..dengan hujan renyai-renyai lagi..malang betul..setelah semua tukar tayar kami pon cepat-cepat pergi stesen minyak nak pam tayar..sampai rumah dalam pukul9.

Wednesday, September 02, 2009

excited balik kampung

midterm ood dah lepas...jawab je apa yang ada dalam kepala otak
sekarang buat assignment ood plak..
pahtu balik kampung...yeyahhh..
jangan jeles yea semua...

tataa umt...


orang tengah bahagia nak balik kampung,

Tuesday, September 01, 2009

merungut

pada entry kali ini aku nak merunggut je..boleh??
aku tak de mood nak studylah..lecturer aku xbagi guide apa yang nak kena baca
nak spot question pon tak tau..
dia cakap tak lebih 10 soalan, hampir 50% application
baca bab1-10..walauuuweiii
dan membuat aku tertekan lagi, mood aku sekarang nak balik rumah
homesick, hari hari duk call..bukan sekali sehari, sehari 4-5 kali
kalahkan orang bercinta je..tak cukup dengan call, mesej lagi
nak buka poser dengan family, nak beli baju raya, kasut raya
huhuhu...aku nekad nak blk jugak khamis ni...
tak kira **sambil hentak kaki dgn muka masam**
pahtu dengan sakit perut sengugut lagi..
tak tahan betul, mata macam baru lepas menangis..
so rasalah sakit + pedih mata padahal bukan nages pon, sedey je
dengan resdung yang amat teruk lagi..
asyik duk bersin..bersin dan bersin lagi..
balik rumah dapat makan best2, dapat usik baby dgn aie
dapat marah dorang suh baca buku
dapat main bola sepak dengan dorang
sebab dorang poser bukan macam kita2 ni
poser, main tetap main
dapat tido dengan dorang, dapat beleber dengan dorang
dapat bercerita dengan ma
dapat kemas rumah, cilop biskut raya ma buat
boleh demand dengan ma bulan poser, kalu dengan abah susah sikit..
apa yang pasti tak da mud nak buat pape
nak sedey2 je..tak nak layan saper2
nak diam jek..

Monday, August 31, 2009

Merdeka!!!!

tanggal 31 ogos bulan 8...genaplah merdeka 51 tahun negara malaysia..
sebagai warga negara malaysia, aku mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan
kepada datuk nenek moyang kita yang sanggup berjuang demi kedaulatan dan kemerdekaan
negara ini sehingga ke titisan darah terakhir sekali pon..

disini aku berharap kita sebagai warga muda, cintailah negara kita ini..
cewah macam ucapan apa je..
akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan dan ditambah tahun ini
bulan kemerdekaan jatuh kepada bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan..
semoga kemerdekaan negara malaysia kekal buat selama-lamanya..
jauhilah dari di jajah pemikiran, budaya, agama dan negara kita...
apa yang pasti pertahankan tanah tumpah darah kita ini...




merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!




selamat....





menyambut....





kemerdekaan....





buat....





warga





malaysia....




Friday, August 21, 2009

ramadhan

alhamdulillah, syukur ramadhan datang lagi dan diberi kesempatan oleh Allah s.w.t menyambut lagi pada tahun ini dengan dapat menjalani ibadat terawih hari yang pertama, ramadhan bulan umat nabi muhammad s.a.w. sedar tak sedar dah sehari berpuasa, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, semuga anda semua selamat menjalani ibadat puasa dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Dan juga aku selaku tuan punya blog ini memohon maaf diatas segala kesilapan seperti menyinggung perasaan, perbuatan dan sewaktu dengannya sepanjang berkawan dengan tuan punya blog ini.

sekian..

salam ramadhan

Tuesday, July 28, 2009

simpton-simpton PITA

salam...entri kali ni saya nak mengadu jek..boleh tak???tak boleh pon takpe, nikan blog saya..
ini berkenaan dengan internet, tolonglah faham keadaan saya..saya ni akan buat pita sem ni, walaupun 2 jamkredit jek tapi memberi impak yang besar apabila saya nak kije nanti..mesti dorang tengok projek akhir awak boleh apa?awak buat sistem apa?guna apa?and bla bla bla...

masalahnya bila buat pita nak kena cari bahan kat internet tapi tak sampai 5 minit nak on facebooklah jap, tengok pet saya sihat tak, cukup makan tak, boring tak..ada anak nanti tak tahulah nak cakap apa, silap2 bawak skali pegi keje.pahtu korang sedar2 dah 2 jam saya layan facebook. aiysehhh mana boleh macam ni.

yang keduanya plak, bila buat pita kejap rasa laparlah.time tulah nak makannya, tapi bila dah kenyang mata pon berat je, mls berfikirnya..faham-fahamlah, so saya decide tidolah jap...ayoyoo bila terkejut dah overdos tidonya..membazir masa dah..mula marahkan diri sendiri tido banyak sangat, nak start buat pita pon rasa malas dan takda mood jek...tolonglah sedar..

yang ketiga bila buat pita, rasa nak tanya itu ini pada kawan takot tersesat dalam pita bila buat..tanyalah sepatah dua yang tak tau..sedar2 pong pang pong pang melalut kat lain. aisehhyyy apa yang aku sembang ke lain..pita pon tak jalan-jalan lagi..

yang keempat, call my mum..ma minggu ni tak dapat balik banyak keje nak buat..nak buat PITA sampai siap.so hari minggu aku pon tanamlah angan2 nak buat pita sampai siap..last2 hampeh..eh jom kita pegi jalan2, eh jom kita pegi makan kat kedai itu, ini..terjadi episod pita tak berjalan dengan jayanya..

yang kelima, buat jek pita rasa yang ini tak cukup yang ini kena tambah lagi..so bilanya aku nak habiskan bab2 literature review..dah 2minggu duk wak benda ni jek..aku nak muntah dah..aku buat dalam macam cara keadaan berdiri, mencangkung, bercakap sorang2, menjerit, makan sandwitch tapi gigit lada tak rasa pape. sampai satu tahap aku hempaskan jaket kat meja org tengah kusyuk sembang..trust me aku tak sedar pon aku hempas jaket..sedar2 aku tengok budak tu kusyuk duk sembang dia berhenti jap tengok kat aku..dengan muka cuak+toyanya aku mintak maaf coz dia tengok aku pelik..adakah ini salah satu simpton2 pembawa pita yang akan membawa kepada ke hospital tanjung rambutan..

so what should i do???do u have any idea??plzzz

Friday, July 17, 2009

Konvokesyen pertama UDM

ni antara gambar-gambar skema aku..nanti akan ku upload gambar sengal aku and the geng..

Tuesday, July 14, 2009

Softbol umt yang sengal2#@%$&~

hah ni, antara gambar sengal2 kitaorang time masum uum baru2 ni walaupun dah agak basi..hehehe..apa2 pon korang layan..








help me, aku mahu jatuh cinta...

hahaha, sebanarnya entry ni tak berkaitan pon dengan tajuk diatas...anda tertipu,aku kebuntuan sekarang ni..ada sape2 boleh bantu,ishh macam mana ni..aku buat pita sem ni, tapi masih blur. tolanglah dari awal sem ni sampai sekarang masih berdebar-debar, makan tak kenyang, tido tak lena, tido mimpi-mimpi pita..kalu dah jatuh cinta pada pita lain pulak,ni blurr yang amat sangat. kemana arah harus ku bawak diri ini untuk mulakan. Jumpa dr.suzuri pon takot, sebab tak tahu nak tanya apa walaupun banyak yang nak tanya and nak tahu.tajuk dah purpose dari sem lepas lagi, tapi blur..tajuk pita aku ni intelligent monitoring of undersea via web based approach tapi aisshhhhh. aku perlu keberanian jugak, nanti jumpa dr.suzuri tanya, bagi pendapat..kalu aku diam macam ni sampai sudah takkan siap, tak tahu nak mula macam mana.ibarat orang kata, malu bertanya sesat jalan..

Tuesday, July 07, 2009

azam new sem

tanggal 7hb july 2009
aku telah berangkat ke umt dalam keadaan rushing.
ok back to the topic, azam aku untuk sem 5 ni adalah:-

1)harus tanam semangat juang yang tinggi untuk berjaya
2)fokus study,study and study
3)buat final year projek dengan bersungguh2
4)belajar jugak JSP
6)tingkatkan pointer supaya target cgpa dapat dicapai
7)skor semua subjek
8)kurangkan tido, bangun awal
9)amalkan baca quran dengan solat sunat dan duhha
10)jadikan library sebagai kawan baik
11)kurangkan bermain

aku mampu dapat yang terbaik macam orang lain.aku boleh buat, lawan semua sifat negatif.apa yang penting fokus kehadapan.jangan lalai dania, kuatkan study tu.tanpa usaha kejayaan tidak akan datang bergolek...ingat tu..tak boleh bulan gapailah bintang yang ada disekitar bulan.

Saturday, June 27, 2009

linux week3

hye salam semua.sekarang dah minggu akhir kelas linux..yabedabeduuu..
homesick..tak sabarnyalah, tapi paling takot adalah kelas linux ni akan bt workshop,
dimana macam nak menguji tahap kemampuan kita kepada linux, plzz aku tak tahu pape pon.
macam mana nak buat keje linux sorang diri.semua bergantung kepada note semata-mata dan tunjuk ajar encik husni dari A-Z..

bila masuk kelas linux apa yang aku fikirkan adalah, lambatnya pukul 10.30. lepas tu lambatnya pukul 1 nak makan tengahari pulak, pahtu lambatnya pukul 4. cepatlah habis kelas ni, buhsan dah..
aishh tengok pada gaya macam tak ikhlas je, asyik membilang hari, masa..aku bukan seorang macam ni, tapi disebabkan aku ni tidak puas lagi cuti so jadilah seperti ini..heeee

dari apa yang aku belajar linux, so far oklah dapat jugak tau macam mana penggunaan linux.
macam mana nak bt master, client, link pada server dan lain-lain.

Friday, June 26, 2009

layan sajer










bulan rejab (bulan Allah S.W.T)

1.Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu ...kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

2.Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu.
...( Al-Hadis)

3.Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan ...Lailatul-Qadarnya.

4.Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

5.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
...( Al-Hadis)

6.Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

7.Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

8.Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

9.Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

10.Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.

11.Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

12.Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

13.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.

14.Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

16.Berkata Saidina Ali:- · Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. · Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. · Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

19.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.

20.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya; Berseru dari langit :- Bergmbiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati.Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)

21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:- a.diampunkan dosanya yang lalu. b.dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c.terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

22.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

23.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.

24.Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan.

25.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu Mahligai , seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.

26.Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.

27.Allah jadikan dibelakang bukit Jabal Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap-tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka untuk Umat Muhammad S.A.W.Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!.

28.Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pada pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab , diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

29.Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya, " Telah wajib hak mu atasKu maka mintalah oleh mu kepada Ku " " Demi ketinggianKu dan KebesaranKu , tiada aku tolak kan hajat mu . Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala maklukKU, engkau terlebih mulia atasKU, Sukakanlahkamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" – (Dari kitab Raudhatul Ifkar) – Al-Hadis.

30.Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. ---( Al-Hadis)

31.Sesiapa yang melapangkan kekeruhan,kesusahan,kepicikan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus. --- (Al-Hadis)

32.Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di MIzan, 70 hajat ketika berlalu di Titi Sirotolmustaqim.

33.Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan).........dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

34.Rejab bulan menabur benih.Sya'ban bulan menyiram tanaman.Ramadhan bulan menuai.

35.Rejab menyucikan badannya. Sya'ban menyucikan hatinya.Ramadhan menyucikan rohnya.

36.Rejab bulan maghifirah (keampunan). Sya'ban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

37.Rejab bulan taubat. Sya'ban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

38.Rejab diganda 70 pahala.Sya'ban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala.

hepY fathER Days

belum terlambat untuk aku post dalam blog ini, even dah wisk kat my hensem dad..
mr.wan mohd noor bin wan abdul rahman..selamat hari bapa, abah..
i hope, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, selalu ceria-ceria.
abah bahagia selalu..i miss u, mmmuuuahhhh

Thursday, June 25, 2009

masum - softball


tanggal 18/6 aku btolak ke uum kedah utk lawan dengan U lain..kan nama pon sukan antara universiti malaysia..ok back to story, i was a lot memories to share seperti dapat muscle, dapat menghitamkan kulit, dapat mengemukkan badan and one to important aku didukung, bergolek tgh padang, nek ambulans,dapat 4 suntikan jarum coz gastrik yang menyerang..malu siott..

tapikan team umt softball kalah dengan jayanya sekali. but its ok, next time my team akan fight dengan bersungguh-sungguh. tapi disini aku mention sekali lagi, kami kalah dalam kumpulan lagi. first umt vs ukm, oklah mata xjauh sangat, second upm vs umt mula-mula game ok umt main. lama-lama makin tak bersemangat nak fight jadi team kami ketinggalan agak jauh sekali. thirt um vs umt urmm yang ni takyah cakaplah. dari zaman tok nenek um memang power..kami tak main lama sebabnya sepanjang main umt tak dapat nak behentikan um main. game pertama dengan um umt runner dulu tapi tak dapat jugak nak sampai home. so coach kami pon cakap kat pengadil bagi um menang. malu sioot..tapi takpalah silap kami, trainning main2, pulak ramai player baru. tapikan kiranya takda malu sangat coz team laki dapat kalahkan team um.hehehe


setelah kalah dengan jayanya sekali aku and the team mulalah menjadi model untuk mengedik-gedikskan diri..selamat menjamu mata yaa..sambil dengar cheer song ni.

its ok its orait...
come on baby...
fight fight fight...
umt da best

Wednesday, June 24, 2009

membebel

ari ni aku tak tau nak mengepost apa.toink..toink..
asyik-asyik facebook2..tak da plan pape ke korang.
gi jalan ke, lepak kat kemaman station ke..i like..
makan roti bakar, tambah2 ada izat.4 sure makan free aje..
nanti aku lepak kat kemaman station ke tip top ke, farah ko ajaklah izat yea..
hehehe..bukan nak mengorat pon nak makan free je farah..

weh korang tak rindu kat aku ker???
aku busan stay kat terengganu ni..
lambatnya habis kelas ni..
aku homesick...

Sunday, June 21, 2009

dania di pagi hari

urmm im happy now...aku perlukan sedikit waktu lagi...
hope mission aku berjaya hingga akhir hayat...aminn..
lg 2 tahun...pada mulanya berdebar jugak, lama-lama ok pulak..
hehehe..tapi aku tak nak gtau sape2 lagi, nanti tak jadi pulak.
even mak bapak aku tak tahu, walaupun aku tau dia pasti suka.
sekarang biarlah rahsia.

ok berkisar tentang linux aku boleh simpulkan biasa sajer,
walaupun banyak jugak ilmu aku dapat.
tapi bese bila 50-50 jadi adalah tidak ikhlas sikit..
walaupun datang on time. aku homesick coz sem lepas
aku jarang balik rumah pahtu cuti pulak sem ni banyak aktiviti
seperti join masum untuk softball dan juga linux.
di kira-kira saki baki aku cuti sem tak sampai 1 bulan pon..
sedihnya...huahuahua..tapi nasib gak join linux ni akan dapat mp3,
tidak jangan harap aku tak kan datang punya..
habis linux aku nak datang daftar sem 5, 6hb atau 7hb..biarlah.

Wednesday, June 17, 2009

afgan - entah

wah wah wah...
i like this lyric..
urmmm so hayatilah....kuikuikui

Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Masih kah ada, o…
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku…

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Monday, June 15, 2009

terasa untuk menulis

assalamualaikum...
buat sekian kalinya aku terasa ingin megupdate blog yang tak seberapa ini.
so now aku sibuk dengan training linux selama 15hari..ia akan berakhir pada 2 julai.
lepas tu 5 julai aku dah start kuliah..quick bz right now..dengan nak pindah barang masuk rmh sewa lagi.
ok tentang result sem 4 alhamdulillah
aku bersyukurlah walaupun jatuh sikit cgpa, tak dapat sasaran lagi..tp gpa aku naik..
buka sem ni aku kena hardworking lagi utk meningkatkan prestasi.
bukan apa ma dengan abah dah bising tgk result aku..wan zaidanial u can do it, u da best..
lagi satu buka sem ni aku dah start duduk rumah sewa, so nilah yang aku suka coz banyak sebab aku berbuat demikian walaupun parents tak berapa setuju.aku dah penat start dari sem2 - 4 aku tolong, time aku habuk, bila talk about this jadi geram+menyampah and xsabar nak habis study...and bla,bla,bla..
oklah ada masa aku akan update..

Thursday, April 16, 2009

plz forgive me

huhuhuhu aku merasa terlalu sangat bersalah,
asyik berfikir je..aduh camnelah..
kenapa aku sangat kejam, kerana sakit hati sangat aku bertindak sekejam itu..
ishhh bersalahnya, aku mintak maaf sangat2..
aku betul2 xexpect dia akan datang sini..
plak tu tgh marah2, tetiba esk msg suh pkai baju elok mak abah ada..
dah ada kat sini, betul2 nak mainkan aku.
bersalah sangat2..aku tak tahu nak buat camne, nak diamkan diri
atau call mintak maaf..tapi yang pasti aku berasa sangat bersalah.
andai kata boleh undur waktu aku nak berlaku lagi, dan akan kuar jumpa.
biar masa tu aku sakit hati sangat.

Friday, April 10, 2009

apalah nasib mr.oop ku

aihhhh, sedihnya aku dengan paper semalam...
apalah nasib oop aku nnt...
kenapa encik mat nor xda dalam dewan tu..
banyak aku nak tanya..
eeiiii blh tak aku ni...aku btol2 rasa mcm sikit je dapat..
tahlah, xtau nak cakap aku..
btl2 muddy, harap encik mat nor tolonglah jugak..
risau sgt2..4 jam kredit oop..sekali jatuh, mmg lingkup result aku..
dahlah sqa mmg nak lingkup dah..

Sunday, April 05, 2009

give me spirits

hyezzz, aku kena kuatkan semangat.lawan semua, aku boleh berjuang sendiri..
buktikan..final exam ni aku boleh buat, apa yang penting tanam azam dalam-dalam.
kuatkan semangat, lawan semua sifat negatif..buktikan pada semua..
jangan terlalu ikot emosi, apa yang penting sekarang fokus stdy, sembahyang jangan lewat,
ngaji, sembahyang hajat..lupakan semua perkara lalu, jadikan ia sebagai pengajaran. dan perbaikinya supaya perkara lalu tidak akan berulang kembali.pah2 lawan tido, jangan makin hampir exam makin rancak tido. nak tido sangat tidolah lepas habis final, berapa hari sangat nak bertungkus lumus. tak sampai 1 bulan pon, tak sampai 2minggu pon. tapi stdy, stdy gak.. cari jugak tajuk untuk final projek..aku juga mampu buat projek akhir dengan berjaya.orang lain boleh buat aku pon boleh bt..aku kena buktikan pada semua..aku kena rajin..aku pasti boleh..ya allah permudahkan jalan aku, permudahkan hidup aku..

Friday, April 03, 2009

Peperiksaan Semester Dis 08/09


TMK3109
PENGATURCARAAN BERORIETASIKAN OBJEK
4 JAM KREADIT
10/04/09
3-5PTG


TMK3110
STRUKTUR DISKRIT
4 JAM KREADIT
13/04/09
3-5PTG


TMK3108
PANGKALAN DATA
4 JAM KREADIT
10/04/09
12-2PTG


TMK3201
KUALITI PERISIAN
3 JAM KREADIT
21/04/09
12-2PTG

Tuesday, March 31, 2009

Analysis Assignment

yea, akhirnya berjaya jugak siapkan sistem e-SCM,
presentation tadi pon ok, report dapat siapkan, powerpoint untuk present dapat siapkan.
yang database pun dah siap, powerpoint semua...
databse individu pon dah siap..
walaupon dapat siap last minute walaupon mula awal,
aku bersyukurlah..
esok test SQA 8bab tapi habuk tak study lagi
urmm tak tahulah camne...
sibuk teramat-amat sangat sem ni..
sampai disini saja progress assignment aku..
yang pasti lepas test nak tido cukup-cukup.
khamis ni kena present sistem e-SCM group aku dekat senior
yang akan present untuk projek akhir.
oklah cukuplah progress study aku ini..
tumpuan aku sekarang, malam ni pulun study SQA

Friday, March 27, 2009

work and work and work....

yeahhh, alhamdulillah akhirnya assignment group aku nak hampir siap jugak..
jsp tinggal sikit lg, nak testing jek lagi and 1 module je lg and report pon dah hampir siap..

sekarang database report dan guideline SQL oracle jek sikit lagi nak kena tambah,
ahad ni aku blh bt dalam lab masa kelas SQA..dari duk saje2 jalan jugak assignment...

petang+malam ahad study math discrete pulak hari isnin nak test2, lepas test tu blh continue stdy
SQA test 2 pulak...harap mengikut perangcangan yang dijadualkan ini, tidak berat nananglah result aku...

p/S: setakat ini aku dapat update blog, coz nak karang benda2 lain xsempat mana...
banyak sangat keje sem ni...berat nanang rasa..

Friday, March 13, 2009

melawak bfore start study

story 1

Ada sebuah keluarga Thai yg menetap di Malaysia.
nama anak mereka Pap.
Suatu hari mak die suruh die g beli kari coz dia nak masak makanan berkari.
so die pon bgtau kat anak die,"Pap,Pap beli kariPap".

Pap plak ingat mak die suruh beli karipap so die pon belilah karipap.
balik ke rumah maknya bertanya mana kari yg disuruh beli.

pAP:bUKAn mak suruh beli kari ke tadi
mak:????

story 2

sepasang suami isteri sedang membeli belah pakaian utk anak mereka Blue.

isteri :Bang,bang, cari baju bLUEbAng.saya nak g toilet jap temankan Blue.

suami plak tersalah tafsir kata2 isterinya lalu die pon pergilah mencari baju yg berlubang.
semua org hairan bila dia bertanya di mana tempat menjual baju berlubang.

selepas beberapa ketika, isterinya datang

isteri:mana baju Bluebang?
suami:apasal la ko bengong sangat suruh aku carik baju berlubang.mana ada jual.
isteri:????

moral of the stories: faham betul2 dlu apa org kata

Thursday, March 12, 2009

wajah baru

yea, akhirnya berjaya jugak aku tukar templete baru..
walaupun di dalam kesibukan assignment dan juga test
yang berlambak-lambak...hehehe..
azam baru, biarlah dah terlewat utk bt azam baru..
wakakakakak
so selamat menjamu selera dengan blog yang baru..
oklah nak sambung buat oop plak

sekian wassalam

Monday, March 09, 2009

yumee...yumeee


baru ni aku mimpi yang sangat bestttt
aku mmpi dapat mkn sushi..yumeee
lazat berkrim...tgh elok megidam dapat jugak makan
biarlah walau dalam mimpi pon...
hehehe, tp yang sedih..dalam mimpi tu
ada byk jenis sushi aku makan
yang tak bestnya aku tak dapat makan semua..
3 sushi aku tak dapat makan..spoil je..
tapi tak pelah, atleast dapat jugak merasa..
heeeeeheeeeeeee..

assignment oh test!!!

assignment
SQA - contract review 90% - 12/3
OOP - e-SCM 70% - 31/3
database - e-conferrence 0% - before final maybe


test
1) lab praktikal test oop 17/3
2)test2 oop 22/3
3) lab test database 24/3

presentation
1)presentation contract review 18/3
2)presentation e-SCM 31/3

Hikmah Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah..

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

p/s : renungan bersama, sayangnya dan pemurahnya tuhan pada makhluknya

Sunday, March 08, 2009

new Pictures

Maulid Nabi S.A.W

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.

Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.

Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.

KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

merapu

rini dgn mlsnya aku bgn..
lewat betul..padahal dah tanam dalam diri nak bgn awal
barulah murah rezeki kan..tp apakan daya dah tak tersedar...huhuhuu
aku xtau nak cakap apa, yang pasti sekarang terlalu malas
nak post blog...dah ramai member2 tegur..
ok, sekarang hidup aku terlalu bz sampai nak blk rumah xsempat..
kalu bz, result ok xpa gak kan..ni stdy tp result cam hampeh..
wak malu je...aihhhhh bila lah aku mau maju..
ok sebelum terlupa aku janji nak upload picture terbaru aku next post..hehehe
semua ada, nak make up ke tak make up ke semua ada..
tapikan disini aku nak warwakan dengan nada membanggakan aku dah pandai make up...so satu perubahan yang baru...heheheh
tp aku xda pakai make up always, juz try2 je sbb aku xberapa suka make up
rasa cam tak bernafas je face ni...hehehe..
ok sampai disini saje kita kali ini yea..