Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

What happened in 2011

End Year atau dipanggil ahkir tahun.
Urmm apa yang telah aku lakarkan sejarah dalam hidup dan peningkatan sepanjang tahun 2011.
Tahun 2011 aku telah hidup selama 25tahun. Alhamdulillah syukur.

March
-family Mr.Sayang merisik, satu sejarah yang merubah aku ke satu perhubungan yang lebih serius.

May
-Alhamdulillah selamat menjadi tunangan kepada Mr.Sayang.

August
-Pindah house di putrajaya and company kat cyberjaya. Aku mendapat pengalaman, ilmu dan level gaji lebih tinggi dari sebelumnya.

Oktober
-Aku naikkan peruntukan untuk duit raya kepada saudara mara kedua belah iaitu belah saudara mara aku dan saudara mara Mr.Sayang.

December
-My besdaylaaaa dan hope akan datang aku akan lebih berjaya dari tahun ini. Apa yang pasti 1st time sambut besday dengan title tunang Mr.Sayang dan bersamanya..;)

Azam 2012 :

1) Berkahwin dan menjadi wife Mr.Sayang
2) Pindah dan bekerja di kemaman
3) Beli rumah di kemaman
4) Mengerjakan umrah bersama Mr.Sayang
5) Masih menanam angan untuk sambung master, insyallah ada masa, tempat dan keadaan yang sesuai. Doakan yea ;)

Dania amidala : Tak berapa ingat dah apa yang aku dah lakukan, kalu ada lagi akan ku update dari semasa ke semasa. Oyeahhhhh

Tuesday, December 27, 2011

27-12-2011

Hepy besday kepada dania amidala yang cute ni. Dah 25tahun sekarang yeaa...
Aku berdoa moga dania amidala aka wan zaidanial ni sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat dan berjaya dunia akhirat.

Dah 25tahun ni jangan jadi macam perangai budak-budak lagi yea, jangan nak mogok-mogok, nak marah-marah tak dapat sumthing. Orang lain 25tahun ni dah jadi moMMy orang dah..Doakan saya yea kawan-kawan..

Kek besdayyy??? Celebrate besday??Urm best jugak tapi tak kisahlah dah tua dah bukan budak-budak lagi nak semua tu. Cewah dalam hati kam main suka lagi..hihihi..Siyess tak kisahlah janji ingat, doakan saya yang baik-baik dan wish my besday pom dah cukup..;)

Dania amidala : Ni auto publish sebab takot terlupa wish kat diri sendiri, macam sadis je wish kat diri sendiri..hihihi..Tapi kalu Mr.Sayang lupa nak wish kat aku siaplah, memang ngajuk sampai bila-bila. titik!!

Wednesday, December 21, 2011

~~MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO~~

Tajuk KDrama : My Girlfriend Is A Gumiho
Genre: Fantasi, Romantik, Komedi
Episod: 16
Tarikh Tayangan di Korea: Ogos 11, 2010

SINOPSIS MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO 
My Girlfriend Is A Gumiho mengisahkan mengenai seorang pemuda yang diberi pilihan antara menyelamatkan nyawa sendiri atau menyelamatkan nyawa kekasih hati, apa yang dipilihnya?? salah seorang wajib mati, hanya terdapat 1 biji penawar sahaja yang boleh menyelamatkan seorang nyawa. (Dae Woong) yang sedang belajar di sebuah kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon aksi tiba-tiba terjebak dalam hubungan penuh mistik dan romatik dengan seorang gadis jelmaan dari seekor Gumiho (musang berekor sembilan - nine-tailed-fox).


Gumiho tersebut adalah berasal dari zaman dahulu yang pada mulanya pengikut seorang nenek pari-pari telah turun kebumi untuk menjalani kehidupan seperti manusia. Oleh sebab gadis jelmaan ini terlalu cantik, dia telah membuatkan kesemua lelaki tak senang duduk, pekerja kerajaan tak buat kerja, para petani berhenti bertani dan para peniaga tidak berniaga.. pendek kata memang besarlah kesannya terhadap sosioekonomi penduduk kawasan tersebut.





Oleh sebab kaum wanita terasa terancam, mereka memohon pertolongan nenek pari-pari. Nenek pari-pari bercadang untuk mencarikan jodoh kepada gadis tersebut sebagai langkah penyelesaian. Malangnya, tersebar pula khabar angin bahawa gadis jelmaan itu perlu makan 100 hati manusia untuk menjadi manusia sebenar. Jadi tiada siapa yang sanggup berkahwin dengannya. Oleh sebab tiada pilihan lain, akhirnya gumiho tu diperangkap masuk kedalam lukisan.




Beberapa ratus tahun selepas itu, iaitu pada masa zaman kini, Dae Woong telah tersesat ke pondok simpanan lukisan tersebut. Dia telah diperdaya oleh hantu gumiho supaya melukiskan sembilan ekor pada musang didalam lukisan tersebut. Sebaik sahaja siap, gempa bumi dan ribut yang dahsyat telah terjadi. Tanpa disedari, sebenarnya dia telah pun membebaskan gumiho dari lukisan itu.




Setelah itu Dae Woong terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri. Kecederaan yang dialaminya sangat teruk hingga boleh menyebabkan kematian. Rupa-rupanya sang Gumiho telah mengekori Dae Wong. Dan untuk membalas jasa baik Dae Woong melukis ekornya sehingga dia bebas dari lukisan tersebut, Gimuho telah memasukkan satu-satu geliga kuasanya (bead)ke dalam tubuh Dae Woong.




Apabila, Dae Woong sedar dari pengsan dia dapati dirinya berada di atas pokok dan ada perempuan cantik iaitu gumiho di situ. Sejak itu, gumiho sentiasa mengekori Dae Woong ke mana-mana dan menyebabkan dia ketakutan kerana dia tahu gadis tersebut bukanlah manusia biasa. Apa akan jadi selepas itu? Bagaimana hubungan Dae Woon dan Gumiho? Adakah gumiho akan berjaya menjadi manusia kali ini? Benarkah gumiho memakan manusia?


Sumber : http://www.perekacerita.com/2011/07/my-girlfriend-is-gumiho-1-16-tamat.html

Dania Amidala : Aku dah gila kat cite ni..dah duk layan kat 8tv malam-malam..

Tuesday, December 20, 2011

Jar of Hearts - Christina Perri



I know I can't take one more step towards you

Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most



And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time



Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?



I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms



And I learned to live, half-alive 
And now you want me one more time



Who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul



So don't come back for me
Who do you think you are?



Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back



Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all



And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all



Who do you think you are?



Who do you think you are?



Who do you think you are?

Dania Amidala : Sedih stefan salvatore jadi macam tu sebab nak pulihkan abangnya si damon salvatore dari kesan gigitan serigala jadian. Tapi aku lagi suka damon bersama elina tauu.. Nampak secocok je..;P

Sunday, December 18, 2011

Jeput-jeput


Ok topik utama aku adalah jeput-jeput atau orang luar terengganu panggil cucur. Task yang aku pikul sekarang ini adalah menghasilkan jeput yang sedap dan lembut. Ini adalah arahan dari Mr.Sayang yang hantu jeput-jeput. Senang aku, benda ni je wajib belajar betul-betul. Yang lain tak tahu sangat takpa sebabnya ini makanan febret dia. Orang cakap senang je buat, memang senang sebab campak je tepung gandum, telur, bawang, bilis, garam dan air lepas itu goreng. Tapi sebenarnya untuk menghasilkan jeput-jeput yang sedap dan berkualiti itu yang susah.

1st time aku buat untuk Mr.Sayang dia cakap nak jeput macam mami dengan mama kak long buat. Dalam duk komen-komen cakap keras habis jugak satu bekas tupperware tu. Untuk 2nd time buat, dia cakap dah lembut jeput-jeput tu tapi ada kurang sikit. Tupon arahannya suh letak banyak telur, siap pesan jangan kedekut-kedekut letak telur..Aiyshhhh..Before bagi dia makan, aku siap sound dah nanti buat adalah tu komen itu ini. Semua tak sedap, malas masak!!..Mr.Sayang cakap tak apa komen membina nanti pandailah.

Alahai nasiblah Mr.Sayang dapat tunang yang tak berapa pandai memasak dan jarang berperang di dapur. Asyik aku je makan masakan Mr.Sayang. Dah terbalik pulak, patot akulah yang expert memasak kan. Benda yang pernah aku makan hasil masakan Mr.Sayang adalah masak lemak ketam cili api, paprik thai ayam, tomyam seafood. Semua hebat-hebat, bahagian aku tau masak jeput-jeput, mee goreng, spageeti. Tu pom bahan dah ready made cuma campak-campak je dalam mangkuk tapi masih komen tak sedap lagi.

Masa awal-awal kenal dulu, tak payahlah masuk dapur. Tolong sikit-sikit je nanti kasar tangan. Pahtu b order je dengan abang, abang masak untuk b. Bila dah tunang kena belajar-belajar masak sikit nanti kan semua tak tahu. Nanti bila dah kawen Mr.Sayang pesan b kena tau semua ni nanti senang nak masak. Bahagian aku bukan abang cakap b tak payah masak ke?? Mr.Sayang pom cakap aisyhhhh mana boleh, sekali sekala bolehlah abang masak. Hyee buah hatiku sorang ni, ada sokmo hal dia.. Masa masak-masak kat rumah mak mentua, Mami pesan ida nanti wak selalu deman-deman dan tak larat senang suh angah je masak. Mak mentua ajarkan..hihihi jadi kena ikot...lalalala

Dania amidala : wikend lepas pergi rumah along kat kota damansara. Along wak naik rumah. Gila mahal 300K, rumah mcm kondo 4bilik, kalu buat rumah kat kemaman boleh banglow sebiji. Tapi abaikan yang penting aku ngidam cupcakes masa makan rumah along. Sedap sangat-sangat. Nyesal tapau 1 je cupcakes.

Thursday, December 15, 2011

Tentang Dhia


Cinta pertama memang sukar dilupakan,

tapi cinta terakhir untuk selamanya.


Dania amidala : ;))

Buhsan wa boring

salam all,

Tiap kali bila kuar dinner or calling2 je kalau tak kuar dinner malam dengan Mr.Sayang, selalu aku bercerita apa terjadi diofis, camne bekerja. Dah hampir 2 minggu aku duk goyang-goyang kaki je kat ofis sambil mengira duit gaji nak masuk. Tapi aku mengadu banyak buhsanlah, cuba korang bayangkan. Pagi-pagi datang kije nak wak coding tapi kije tak da jadi scrool down bawah dgn atas je coding, nak study malas sebab tak da kije wak apa study nanti tak ingat balik. Pahtu nak searching benda-benda lain kena curi takot orang tengok. Nak pergi mengacau orang, ada orang sibuk dengan kerja dia. Lagipon bukan jenis aku bersosial sangat pergi sana pergi sini. Habis-habis berjalan ke tempat silah or ain je.

Mr.Sayang pom pelik, kije tak berat dan banyak rilek bising. Bila kije banyak pom bising. Dia pom suggest updatelah blog. Aku pom cakap nak update blog pom kena tengok keadaan sekeliling gak takot terkantoi. Almaklum akukan skema gilos bila bekerja. Poyo je kalu orang tau.;p

Lagi cite sadis, abah call aku bagitau ayam dia kena makan dengan ular 3ekor. Wahh wahh wahh makan besar ular arini. Ayam yang abah bela dalam reban 7ekor tinggal 4 ekor. Memang lawak. Marah jangan cakaplah. Mujurlah dia tak makan kambing yang abah bela tidak lagi haru. Sayang gila kambing dia. Kalu cakap nak curilah kambing abah nak jual. Marah bukan main lagi dia.

Dania amidala : bulan 1 nak start setel benda yang tertangguh. Mari kita sama-sama bergading bahu yea baby..

Wednesday, December 07, 2011

i'm a late

Hari ini aku macam robot, sepantas kilat bersiap-siap pergi kije. Semalam tido dalam pukul 2.30am setelah perbahasan telah menemui jalan terbaik untuk semua pihak..Baik ke?hahhaha. Yang tu tak kisahlah, siyes lepas pada perbahasan itu aku tido memang tak sedar diri betul tau. Tapi selalu gaklah terjaga tido dalam keadaan duduk. macam dalam keadaan orang ratib..Aku tak tahu kenapa selalu jadi macam itu. Lepas rasa penat plus lengguh baru baring kembali..huhuhu..Aku tak sedar bila aku tido dalam keadaan duduk.
Pagi ni aku terjaga betul-betul pukul 8.30am..OMG mati aku baru bangun..masuk kije pukul 9am..Patotlah rasa macam lama tido, jam di hp ni berkali-kali berbunyi sampai tak larat nak berbunyi dan stop sendiri. MasyaAllah. aku set jam pukul 4am, 6.30am dan 8.00am tapi semua tak dengar. Aku rasa sebab apa terjadi macam itu kerana aku penat sangat-sangat, stress dan rasa syook je tido dengan keadaan pagi macam nak hujan. Siap punya siap tak sampai 15minit terus terpacak dalam kereta dah..huhuhu.Drive pom kalah michael schumacher...hihihi..sila jangan ikot aksi aku ini. Sampai diofis takdalah aku lewat sangat, tengok orang lain ramai lagi tak sampai. Mean masa aku sampai adalah 2-3ketul je. Yang lain tak dapat dikesan.

Dania amidala : Bilalah agaknya aku dapat pulang bekerja di kemaman idaman yeaa..

Tuesday, December 06, 2011

Yeahhh dah tengok Ombak rindu

Yeahhhhhh akhirnya saya dapat tengok ombak rindu semalam. Siyes beb i cakap sama lu memang best lagi dari lagenda budak setan dan nur kasih. Sampai bengkak mata-mata nak g kije dari biasa pergi kije pukul8.15 terpaksa postpone masuk pukul 9pagi, sembahyang subuh pom tak boleh nak bukak sangat mata sebab bengkak sangat duk nangis dalam panggung. Jadi satu siksaan pulak..ishhh..ishhh...ishhh..

Memang sedih, banyak part aku menangis yang paling sedih masa kat hospital, harriz excident. Ibu hariz cakap orang luar tak dibenarkan masuk sedangkan izzah berhak tengok kerana izah wife hariz. Lagi masa ibu hariz halau izah kuar rumah hariz time tu hariz sakit duk rumah ibu hariz..huhuhu..Dah dihalau kuar rumah tambah dengan malam dan hujan lebat..huhuhu..Lagi masa hariz ingat izah pregnant, dia pukul izah dalam toilet. Dan banyak lagilah scene yang sedih.huhuhu

Aku tengok ombak rindu sampai kena kutuk dengan Mr.Sayang, lain kali nak tengok bawak baldi dengan sapu tangan untuk lap air mata perah letak dalam baldi siap-siap. Kalu malu nak bawak, dia tolong bawakkan baldi takpa sebab my girl saya ni suka menangis. cisssss...Berani mengutukku, padahal dia pom aku rasa menangis gak kot. Sebab nampak macam bunyi orang selsema. Kuar-kuar dari alamanda cinema aku terus pergi toilet, tengok merah-merah mata dengan hidung. Mujur dapat cover dengan spek..kihkihkih..

Apa-apa pom thanks to Mr.Sayang layan jugak ku untuk tengok ombak rindu dari sebelum kuar ombak rindu lagi. Tunang punya pasal..ngehhh2..Ingat ke dia tak suka tengok cite ombak rindu, maklumlah cite cinta cintun ni. Kuar dari alamanda masa kat car park dia siap puji, bestlah dan berjayalah orang melayu buat cite ni. thumbs up to pelakon-pelakon dan pengarah. Tapi negetif Mr.Sayang komen kalu budak-budak tengok boleh rosak pemikiran time hariz sentuh izah kat club dengan rumah hariz tu...huhuhu

lagu Ombak rindu : hafiz dan adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Dania amidala : Lunch hour nak pergi makan ayam penyet kat terminal bus cyberjaya dan pergi bank..;)

Yeahhh dah tengok Ombak rindu

Yeahhhhhh akhirnya saya dapat tengok ombak rindu semalam. Siyes beb i cakap sama lu memang best lagi dari lagenda budak setan dan nur kasih. Sampai bengkak mata-mata nak g kije dari biasa pergi kije pukul8.15 terpaksa postpone masuk pukul 9pagi, sembahyang subuh pom tak boleh nak bukak sangat mata sebab bengkak sangat duk nangis dalam panggung. Jadi satu siksaan pulak..ishhh..ishhh...ishhh..

Memang sedih, banyak part aku menangis yang paling sedih masa kat hospital, harriz excident. Ibu hariz cakap orang luar tak dibenarkan masuk sedangkan izzah berhak tengok kerana izah wife hariz. Lagi masa ibu hariz halau izah kuar rumah hariz time tu hariz sakit duk rumah ibu hariz..huhuhu..Dah dihalau kuar rumah tambah dengan malam dan hujan lebat..huhuhu..Lagi masa hariz ingat izah pregnant, dia pukul izah dalam toilet. Dan banyak lagilah scene yang sedih.huhuhu

Aku tengok ombak rindu sampai kena kutuk dengan Mr.Sayang, lain kali nak tengok bawak baldi dengan sapu tangan untuk lap air mata perah letak dalam baldi siap-siap. Kalu malu nak bawak, dia tolong bawakkan baldi takpa sebab my girl saya ni suka menangis. cisssss...Berani mengutukku, padahal dia pom aku rasa menangis gak kot. Sebab nampak macam bunyi orang selsema. Kuar-kuar dari alamanda cinema aku terus pergi toilet, tengok merah-merah mata dengan hidung. Mujur dapat cover dengan spek..kihkihkih..

Apa-apa pom thanks to Mr.Sayang layan jugak ku untuk tengok ombak rindu dari sebelum kuar ombak rindu lagi. Tunang punya pasal..ngehhh2..Ingat ke dia tak suka tengok cite ombak rindu, maklumlah cite cinta cintun ni. Kuar dari alamanda masa kat car park dia siap puji, bestlah dan berjayalah orang melayu buat cite ni. thumbs up to pelakon-pelakon dan pengarah. Tapi negetif Mr.Sayang komen kalu budak-budak tengok boleh rosak pemikiran time hariz sentuh izah kat club dengan rumah hariz tu...huhuhu

lagu Ombak rindu : hafiz dan adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Dania amidala : Lunch hour nak pergi makan ayam penyet kat terminal bus cyberjaya dan pergi bank..;)

Sunday, December 04, 2011

Ombak Rindu

Sangat tidak sabar untuk watching movie ombak rindu. Siyes dah terkedik-kedik kaki ni. Dulu baca novel ombak rindu siap nangis-nangis. So nak tengoklah camne bila jadi movie. Sama tak apa yang aku bayangkan. Review orang yg tengok movie ombak rindu dia cakap best lagi dari lagenda budak setan. Sangat-sangat best, memang tak rugi orang cakap. Okies, fineee!!!!


Wikend baru ni nak pergi tengok ombak rindu, tapi kena tengok twillight : breaking dawn part 1 dlu sebab cite tu dah lama kat wayang. Cite twillight ni pom sedih jugak, siap menitik air mataku walau cover-cover. huhu..Kalu masa lama lagi cite twillight breaking dawn ada aku rasa banjir alamanda nih dengan airmata free ku..hihi..best jugak cite twillight breaking dawn ni, Banyak part bella, edward and jacob. Ending cite ni bella mati u know..sobss..sobss..Dan juga kesian kat jacob, sebab jacob sayang sangat sama bella. Kalu aku frust, orang yang kita cintai dan sayang last-last kawen dgn edward walau memang tau edward dgn bella dah lama bercinta lepas tu dia mati pulak bila dah kawen dgn edward..Cite twillight aku kasi 4 starlahh..Korang nak tau lepas tengok twillight malam tu, aku tido siap mimpi balik cite ni. Takot masa bella nak bersalin tu..Dia ada tunjuk saraf-saraf darah..;(

Ehehh, dah cite pasal twillight pulak. Okies balik kepada cite asal. So kami decide tengok ombak rindu hari ahad lepas zohor tapi sangat sedih sebab tiket full ada pom seat ke-3 dari depan. Dah memanglah penuhkan, pergi gamble macam tu je. Tambah ari wikend compirm-compirmlah penuh. Jadi kami booking siap-siap untuk ari selasa ni jam 8.50pm. Yihaaa. Can't wait anymore!!!!


Ni sinopsis ombak rindu yg diambil dari sumber lampi blur:

karya asal novel Fauziah Ashari dan kini diolah menjadi filem Osman Ali
Izzah merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.malangnya,Taha iaitu bapa saudara Izzah kemudiannya menjaganya.Ditambah pula dengan kebencian isteri Taha terhadap Izzah dan menuduh gadis itu membawa bencana kepada keluarga.

Disebabkan bebanan hutang,Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.dari situ Izzah mengenali Harriz yang membelinya dari tauke tersebut.Hariz kemudian menikahi Izzah diatas permintaan Izzah bersyaratkan semua itu perlu dirahsiakan.Cinta Izzah mula berputik kepada Hariz,namun kehadiran Mila amylia iaitu anak kepada Tan sri Rashdan dan dia merupakan model,pelakon terkenal tanahair telah mengugat cinta Izzah.sanggupkah Izzah menerima mila sebagai madunya????bagaimana tindakan Datuk sufiah setelah mengetahui cerita sebenar??

Novel ombak rindu : agak-agak berapalah si fauziah ashari dapat erk dengan dorang terbitkan ikot movie pulak..kayaaa..kaya...$$$$

Dania amidala : Menghabiskan masa dengan update blog, sebab tengah free sekarang. Masa terluang baik guna sehabis baik. Nanti dah sibuk jangan harap nak buka benda alah ni semua tauu..

Oberseaaa

Wikend lepas kami telah pergi holiday aka bersiar2 di oberseaa setelah kami penat shooping baju dan ronda-ronda shooping complex..hikhikhik..Last-last kami decide nak melepak dan ambik angin petang di tempat ini. Sangat-sangat comel tempatnya, geram rasa nak guling-guling macam hindustan dahh..;P tapi terpaksa control ayu nanti tak pasal-pasal ada yang tak kenal aku..huhuhu

Cuba teka rasanya ni kat mana?hihi..
mula-mula banyak sangat kami ambik picture macam-macam gaya, last-last satu habuk tak save kat hp blackberry. Baik guna hp cabuk macam aku. Dah picture ok, siap boleh baling-baling lagi hp sony ericsson aku..Tapikan kalu bwk dslr lagi mantopp dan puas hati..next timelah yeaa..;)

Hah itu dia dania amidala bersama cookies. Ada goreng pisang time ni lagi best. Tapi disebabkan duk obersea terpaksalah makan cookies ;P

Tak da motif, nak posing lebih-lebih malu orang tengok. Jadi cover-coverlah, cameraman sibuk suh posing. Dah tau aweknya keras macam batu kalu bab posing...;P


This picture dah cantik tapi kenapa my face macam sakit je. Mengerang sakit perut sabah niii...;(

Dania amidala : Menghabiskan masa dan peluang sementara tinggal di oberseaaa. Kan dah balik tanah tumpah darah tak berkesempatan dah nak merasai ni.

Friday, December 02, 2011

Tentang Dhia


Aku pasti ramai yang suka follow cite tentang dhia yang mengantikan cite soffiya yang main kat tv3 jam 7malam. Sangat-sangat best cite tentang dhia tambah-tambah dengan kecomelan nora danish aka dhia. Sekarang muncul pulak hero yang kacak iaitu adi putra aka zikir. Kalu korang tengok memang tak bosanlah, cite ni ada gak dalam 3-4kali aku tinggal disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan tapi MESTI follow kat www.tonton.com.my.

Sinopsis ni aku copy dari blog perekacerita

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi. Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.


Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.


“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.


Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

moral of da story : ibu bapa mana yang taknak tengok kebahgiaan dan masa depan anak dia lebih cerahkan. Walau anak tu sangat-sangat suka pada orang biasa. Betul tak??mesti nak tengok anak dia bahgia dan senang.

Dania amidala : Sangat-sangat comel nora danish pakai tudung, kalau kekalkan terus sampai bila-bila lagi manis dan tersangat-sangat comel. Siyes tak tipu..;)

Wednesday, November 30, 2011

My Hensem Boy

Nak ambik picture pakai topi koboi dengan tulis wanted tapi tak dapat snap dengan cantik coz aqeel banyak bergerak dan sibuk nak tengok picture dia..;(

Budjet posing paling macholah ni..suh ambik picture tapi nak posing ala-ala tak tengok kamera..Poyo betullah aqeel..Macam budak besar je kak mel tengok...miss u so much..;)

Ni sebab menangis ke senggehh?ni aqeel tengah senggeh tunjuk gigi..dengan bersungguh-sungguhnya menunjukkan gigi jarangnya..;P

Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung..miss u, take care...muuahhh2

Dania amidala: My Cousin yang sangat-sangat cerdik dan comel. Get well soon sayang..;)

Tuesday, November 29, 2011

Plastik

Setelah sepi seribu bahasa, bukan menyepi tapi keadaan yang tak mengizinkan.
Kalu update pom aku dah wak auto publish sebab sekarang tersangat-sangat bz
sampaikan nak fikir hal-hal lain pom tak sempat.

Biarlah kerja aku ni menghadap pc je hari-hari tapi masih tak mampu untuk buka laman-laman sosial sprt blog, fb, twitter. Almaklum sejak aku menjinakkan diri dalam dunia programming kat heitech ni, duk fikir solve programming dan belajar-belajar ilmu baru. Aku minat ke programming? jujur aku kata sepanjang 7tahun lebih dalam bidang ni aku masih TAK MAMPU untuk mencintai dan meminati programming. aishiteru sungguhlahhh...

Sorrylah pada yang terasa dengan aku, aku minta maaf banyak-banyak. Sungguh bukan niat untuk melukakan hati sesiapa. Kalau nak merajuk pom merajuk sekejap dahlah sebab aku ni memang tak sempat nak pujuk orang. Kenapa aku deactive fb? sebabnya ada dua sebab iaitu kalu on fb kerja aku diofis tak jalan duk ngadap fb je. Aku tak faham kenapa fb ni berhantu sangat.huhuhu..Yang kedua adalah aku tak leh tengok budak dalam fb aku tu, agak menyampah dan nak marah dengan perbuatannya. Dari aku buat hal yang bukan-bukan baik aku deactive. Kan elok macam tu. hihihii..

Jagalah perasaan sendiri dahulu baru jaga perasaan orang. Dah penat dah asyik jaga perasaan orang last-last kita kena tindas. Jadi buat je apa yang kita rasa betul. Ada aku kisah, yang penting aku tak kacau orang lain. Nak kawan, kawan tapi kalu lebih-lebih ambik kesempatan keatas aku sorrylah. Memang aku takkan layan.

Dania amidala : Mood update blog yang marah tapi masih boleh dikawal. huhuu..

Saturday, November 26, 2011

Konvo Degree

Nak upload picture terbaru cari-cari kabel tak jumpa pulak..kebetulan dalam pc ofis ni ada picture konvo sarjana muda teknologi maklumat (kejuruteraan perisian) jadi layanlah picture yang dah basi ni..Jarang dapat bergambar bersama wife hafriz. hihihi...Bukan mudah tau nak grad ni tau. Dugaan yang sangat hebat. Macam-macam dugaan, berkat kesabaran dan nasihat dari family serta hafriz yang selalu beleber kat aku. Akhirnya dapat jugak grad.

time ni mata agak bengkak dan dania tak buat apa-apa persiapan untuk konvo. Mean seperti baju untuk pakai masa hari konvo, kasut dan sebagainya. Semuanya bedal apa yang nampak dimata time tu..sadis betul dania time tu..Nampak face aku macam kena celup tepung gandum je, Tak suka betul macam ni..buruk..aiyshhhhh

Dania amidala : Ambik mood nak buat coding..uwarghhhh

Thursday, November 24, 2011

Design baju

Boleh saya nak design baju macam ini? Sangat-sangat berkenan..

Baju yang zahlia pakai ni cantik dah, simple but nice tapiiii design tekak dan dada dia cam sexylah. Nak kena Mr.Sayang beleber dari awal sampai akhir bolehlah. Kalu nak cari pasallah kan.;P..Actually aku suka yang part kat tangan dengan belahan kain dia tu.

Hah baju yang erra pakai ni aku suka jugak tapi sesuai ke aku pakai. almaklumlah aku ni kan potongan badan yang kecil dan cute ni dan agak rendah. Ni cam dress labuh bukan baju kurung moden. Aku suka baju ni, baju ni aku rasa pass untuk dipakai.;)

Dania amidala : Tengah survey2 dlu apa yg patot dibeli dan dibuat..hope dipermudahkan...Tengah berkira-kira perlu ke aku sewa baju lain sebab kami bukan bersanding pom, memang tak nak ada pelamin..*atas arahan dan permintaan Mr.Sayang. Lepas kami nikah terus makan-makan. Mesti dia pernah terkena masa tunang, tup-tup ada pelamin..awal-awal dah request..aiyshhh

Wednesday, November 23, 2011

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Tuesday, November 22, 2011

Adab berhadapan dengan suami

Istimewa buat sahabat2 yg telah berkahwin atau dalam perancangan :) semoga menjadi isteri solehah.. insyaAllah... Kpd para suami, ley share dgn isteri tercinta, ya ...

-ADAD BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap keulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Dan pesanan terakhir, isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya...


Dania amidala : Meh sama-sama baca untuk pengetahuan bersama

Monday, November 21, 2011

Kepalsuan

Perlakuan itu.

perbuatan itu.

membuat hati ini bertanya dan bersedih.

kenapa perlu macam ini.

tak bolehkah jadi seperti dulu yang penuh warna warni

dunia ini penuh dengan tipu helah.

jadi sebagai manusia kita harus bijak menilai.

kadang yang baik itulah bukan yang terbaik buat kita

kadang yang buruk itu yang terbaik untuk kita.

kenapa terjadi seperti itu.

kerana ingin mengajar kita menjadi lebih dewasa.

Dania amidala: tah apa aku merapu ni, macam-macam hal..hihihi..malam ni hantar Mr.sayang naik bus kat kajang, jumaat aku drive balik ke kemaman dengan adik wany. Isnin datang kl balik dengan Mr.Sayang. Takot sangat aku duk kl sorang, padahal takda benda pom. Tapi takpalah balik boleh bincang-bincang dengan family apa yang perlu aku buat.

Thursday, November 17, 2011

Tik tok tik tok hampir setahun

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku mengenali dia. Tanpa sebarang perancangan atau niat dihati untuk kenal dengan lebih jauh setelah aku dikecewakan oleh somebody. Stopp2, tak nak ingat kisah lalu. Tak nak ada sikit pom dalam kamus hidup aku. Pergi jauh-jauh dari hidup aku. Bukan nak berdendam tapi aku tak boleh, terlalu sakit apabila ada perkataan C***** dlm hidup. Dan alhamdulillah aku mengenali Dia, walau kadang-kadang kami selalu bergaduh pasal makanlah, jalanlah, jemlah, balik kampunglah, nak beli baranglah, dan macam-macam. Tapi biasalahkan, kalu asyik happy je tak best jugakkan. Gaduh-gaduh manja orang kata, tak sampai 5minit baik semula. Gaduh macam ni ok lagi dari gaduh pasal orang ketiga memang aku tak boleh terima, memang menyakitkan dan sampai bila aku akan BENCI!!!!..

Kami start kenal dan start serius dalam perhubungan tak lama pom, kenal kejap je lepas tu terus serius dan jumpa family masing-masing dan terus merisik dan tunang.. Masa tu macam mimpi pom ada, baru je kenal. Masa tu aku tak fikir pape pom yang penting rasa selesa dengannya. Awal jumpa pom takda cover-cover, makan sampai comot mulut dan macam-macamlah pom tak malu padahal baru 1st date..huahuahuahua..Moga jodoh kami berpanjangan sampai jinjang pelamin dan akhir hayat dunia akhirat. Dialah segala-galanya bagi aku. Tukang support, tukang beleber, tukang kritik, tukang pereka fesyenku, tukang driver, tukang nasihat, tukang habiskan makanan aku, tukang jadi Dr bila aku sakit dan macam-macam tukang, yang penting tukang layan aku, makan ayam penyet..lalalala


Okies sampai disini je aku nak tulis, kang tulis semua-semua muntah hijau pulak sape yang baca..ngehhh2...Ada aku kisah, nikan blog aku.. Kalu rasa geli ke nak muntah hijau ke apa ke, sila pergi kat close atau ada tanda pangkah tu..;P

Dania amidala : I love u much2 more darling..b bahagia dengan abang, thank hadir dalam hidup ini..;))




Wednesday, November 16, 2011

makanan yg dilarang bg pengantin baru wanita

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


Sumber : Islamic Glory


Dania Amidala : Nasihat yang berguna