Ombak Rindu

Sangat tidak sabar untuk watching movie ombak rindu. Siyes dah terkedik-kedik kaki ni. Dulu baca novel ombak rindu siap nangis-nangis. So nak tengoklah camne bila jadi movie. Sama tak apa yang aku bayangkan. Review orang yg tengok movie ombak rindu dia cakap best lagi dari lagenda budak setan. Sangat-sangat best, memang tak rugi orang cakap. Okies, fineee!!!!


Wikend baru ni nak pergi tengok ombak rindu, tapi kena tengok twillight : breaking dawn part 1 dlu sebab cite tu dah lama kat wayang. Cite twillight ni pom sedih jugak, siap menitik air mataku walau cover-cover. huhu..Kalu masa lama lagi cite twillight breaking dawn ada aku rasa banjir alamanda nih dengan airmata free ku..hihi..best jugak cite twillight breaking dawn ni, Banyak part bella, edward and jacob. Ending cite ni bella mati u know..sobss..sobss..Dan juga kesian kat jacob, sebab jacob sayang sangat sama bella. Kalu aku frust, orang yang kita cintai dan sayang last-last kawen dgn edward walau memang tau edward dgn bella dah lama bercinta lepas tu dia mati pulak bila dah kawen dgn edward..Cite twillight aku kasi 4 starlahh..Korang nak tau lepas tengok twillight malam tu, aku tido siap mimpi balik cite ni. Takot masa bella nak bersalin tu..Dia ada tunjuk saraf-saraf darah..;(

Ehehh, dah cite pasal twillight pulak. Okies balik kepada cite asal. So kami decide tengok ombak rindu hari ahad lepas zohor tapi sangat sedih sebab tiket full ada pom seat ke-3 dari depan. Dah memanglah penuhkan, pergi gamble macam tu je. Tambah ari wikend compirm-compirmlah penuh. Jadi kami booking siap-siap untuk ari selasa ni jam 8.50pm. Yihaaa. Can't wait anymore!!!!


Ni sinopsis ombak rindu yg diambil dari sumber lampi blur:

karya asal novel Fauziah Ashari dan kini diolah menjadi filem Osman Ali
Izzah merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.malangnya,Taha iaitu bapa saudara Izzah kemudiannya menjaganya.Ditambah pula dengan kebencian isteri Taha terhadap Izzah dan menuduh gadis itu membawa bencana kepada keluarga.

Disebabkan bebanan hutang,Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.dari situ Izzah mengenali Harriz yang membelinya dari tauke tersebut.Hariz kemudian menikahi Izzah diatas permintaan Izzah bersyaratkan semua itu perlu dirahsiakan.Cinta Izzah mula berputik kepada Hariz,namun kehadiran Mila amylia iaitu anak kepada Tan sri Rashdan dan dia merupakan model,pelakon terkenal tanahair telah mengugat cinta Izzah.sanggupkah Izzah menerima mila sebagai madunya????bagaimana tindakan Datuk sufiah setelah mengetahui cerita sebenar??

Novel ombak rindu : agak-agak berapalah si fauziah ashari dapat erk dengan dorang terbitkan ikot movie pulak..kayaaa..kaya...$$$$

Dania amidala : Menghabiskan masa dengan update blog, sebab tengah free sekarang. Masa terluang baik guna sehabis baik. Nanti dah sibuk jangan harap nak buka benda alah ni semua tauu..

Comments

Popular Posts