Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, December 18, 2011

Jeput-jeput


Ok topik utama aku adalah jeput-jeput atau orang luar terengganu panggil cucur. Task yang aku pikul sekarang ini adalah menghasilkan jeput yang sedap dan lembut. Ini adalah arahan dari Mr.Sayang yang hantu jeput-jeput. Senang aku, benda ni je wajib belajar betul-betul. Yang lain tak tahu sangat takpa sebabnya ini makanan febret dia. Orang cakap senang je buat, memang senang sebab campak je tepung gandum, telur, bawang, bilis, garam dan air lepas itu goreng. Tapi sebenarnya untuk menghasilkan jeput-jeput yang sedap dan berkualiti itu yang susah.

1st time aku buat untuk Mr.Sayang dia cakap nak jeput macam mami dengan mama kak long buat. Dalam duk komen-komen cakap keras habis jugak satu bekas tupperware tu. Untuk 2nd time buat, dia cakap dah lembut jeput-jeput tu tapi ada kurang sikit. Tupon arahannya suh letak banyak telur, siap pesan jangan kedekut-kedekut letak telur..Aiyshhhh..Before bagi dia makan, aku siap sound dah nanti buat adalah tu komen itu ini. Semua tak sedap, malas masak!!..Mr.Sayang cakap tak apa komen membina nanti pandailah.

Alahai nasiblah Mr.Sayang dapat tunang yang tak berapa pandai memasak dan jarang berperang di dapur. Asyik aku je makan masakan Mr.Sayang. Dah terbalik pulak, patot akulah yang expert memasak kan. Benda yang pernah aku makan hasil masakan Mr.Sayang adalah masak lemak ketam cili api, paprik thai ayam, tomyam seafood. Semua hebat-hebat, bahagian aku tau masak jeput-jeput, mee goreng, spageeti. Tu pom bahan dah ready made cuma campak-campak je dalam mangkuk tapi masih komen tak sedap lagi.

Masa awal-awal kenal dulu, tak payahlah masuk dapur. Tolong sikit-sikit je nanti kasar tangan. Pahtu b order je dengan abang, abang masak untuk b. Bila dah tunang kena belajar-belajar masak sikit nanti kan semua tak tahu. Nanti bila dah kawen Mr.Sayang pesan b kena tau semua ni nanti senang nak masak. Bahagian aku bukan abang cakap b tak payah masak ke?? Mr.Sayang pom cakap aisyhhhh mana boleh, sekali sekala bolehlah abang masak. Hyee buah hatiku sorang ni, ada sokmo hal dia.. Masa masak-masak kat rumah mak mentua, Mami pesan ida nanti wak selalu deman-deman dan tak larat senang suh angah je masak. Mak mentua ajarkan..hihihi jadi kena ikot...lalalala

Dania amidala : wikend lepas pergi rumah along kat kota damansara. Along wak naik rumah. Gila mahal 300K, rumah mcm kondo 4bilik, kalu buat rumah kat kemaman boleh banglow sebiji. Tapi abaikan yang penting aku ngidam cupcakes masa makan rumah along. Sedap sangat-sangat. Nyesal tapau 1 je cupcakes.

3 conteng disini:

9W2HRZ said...

hihihihi.... cikgu, mu ingat dok aku kabo dulu.. :)

Cik Areja said...

org panggil jemput bawang :P

Dania said...

hafriz : aku ingat benda mu kabo dulu..hahahaha..aku terkena..nak tak boh kena gop belajar..mujur nak jeput bukan suh gulai2..

cik areja : yaaa betul jeput bawang, kalu bwk kat ofis, akulah hak hebat wak jeput..sume puji..time aku suh Mr.Sayang rasa, jeput akulah hak hebat dikomen macam-macam;(