Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 06, 2011

Yeahhh dah tengok Ombak rindu

Yeahhhhhh akhirnya saya dapat tengok ombak rindu semalam. Siyes beb i cakap sama lu memang best lagi dari lagenda budak setan dan nur kasih. Sampai bengkak mata-mata nak g kije dari biasa pergi kije pukul8.15 terpaksa postpone masuk pukul 9pagi, sembahyang subuh pom tak boleh nak bukak sangat mata sebab bengkak sangat duk nangis dalam panggung. Jadi satu siksaan pulak..ishhh..ishhh...ishhh..

Memang sedih, banyak part aku menangis yang paling sedih masa kat hospital, harriz excident. Ibu hariz cakap orang luar tak dibenarkan masuk sedangkan izzah berhak tengok kerana izah wife hariz. Lagi masa ibu hariz halau izah kuar rumah hariz time tu hariz sakit duk rumah ibu hariz..huhuhu..Dah dihalau kuar rumah tambah dengan malam dan hujan lebat..huhuhu..Lagi masa hariz ingat izah pregnant, dia pukul izah dalam toilet. Dan banyak lagilah scene yang sedih.huhuhu

Aku tengok ombak rindu sampai kena kutuk dengan Mr.Sayang, lain kali nak tengok bawak baldi dengan sapu tangan untuk lap air mata perah letak dalam baldi siap-siap. Kalu malu nak bawak, dia tolong bawakkan baldi takpa sebab my girl saya ni suka menangis. cisssss...Berani mengutukku, padahal dia pom aku rasa menangis gak kot. Sebab nampak macam bunyi orang selsema. Kuar-kuar dari alamanda cinema aku terus pergi toilet, tengok merah-merah mata dengan hidung. Mujur dapat cover dengan spek..kihkihkih..

Apa-apa pom thanks to Mr.Sayang layan jugak ku untuk tengok ombak rindu dari sebelum kuar ombak rindu lagi. Tunang punya pasal..ngehhh2..Ingat ke dia tak suka tengok cite ombak rindu, maklumlah cite cinta cintun ni. Kuar dari alamanda masa kat car park dia siap puji, bestlah dan berjayalah orang melayu buat cite ni. thumbs up to pelakon-pelakon dan pengarah. Tapi negetif Mr.Sayang komen kalu budak-budak tengok boleh rosak pemikiran time hariz sentuh izah kat club dengan rumah hariz tu...huhuhu

lagu Ombak rindu : hafiz dan adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Dania amidala : Lunch hour nak pergi makan ayam penyet kat terminal bus cyberjaya dan pergi bank..;)

0 conteng disini: