Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 21, 2011

~~MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO~~

Tajuk KDrama : My Girlfriend Is A Gumiho
Genre: Fantasi, Romantik, Komedi
Episod: 16
Tarikh Tayangan di Korea: Ogos 11, 2010

SINOPSIS MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO 
My Girlfriend Is A Gumiho mengisahkan mengenai seorang pemuda yang diberi pilihan antara menyelamatkan nyawa sendiri atau menyelamatkan nyawa kekasih hati, apa yang dipilihnya?? salah seorang wajib mati, hanya terdapat 1 biji penawar sahaja yang boleh menyelamatkan seorang nyawa. (Dae Woong) yang sedang belajar di sebuah kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon aksi tiba-tiba terjebak dalam hubungan penuh mistik dan romatik dengan seorang gadis jelmaan dari seekor Gumiho (musang berekor sembilan - nine-tailed-fox).


Gumiho tersebut adalah berasal dari zaman dahulu yang pada mulanya pengikut seorang nenek pari-pari telah turun kebumi untuk menjalani kehidupan seperti manusia. Oleh sebab gadis jelmaan ini terlalu cantik, dia telah membuatkan kesemua lelaki tak senang duduk, pekerja kerajaan tak buat kerja, para petani berhenti bertani dan para peniaga tidak berniaga.. pendek kata memang besarlah kesannya terhadap sosioekonomi penduduk kawasan tersebut.





Oleh sebab kaum wanita terasa terancam, mereka memohon pertolongan nenek pari-pari. Nenek pari-pari bercadang untuk mencarikan jodoh kepada gadis tersebut sebagai langkah penyelesaian. Malangnya, tersebar pula khabar angin bahawa gadis jelmaan itu perlu makan 100 hati manusia untuk menjadi manusia sebenar. Jadi tiada siapa yang sanggup berkahwin dengannya. Oleh sebab tiada pilihan lain, akhirnya gumiho tu diperangkap masuk kedalam lukisan.




Beberapa ratus tahun selepas itu, iaitu pada masa zaman kini, Dae Woong telah tersesat ke pondok simpanan lukisan tersebut. Dia telah diperdaya oleh hantu gumiho supaya melukiskan sembilan ekor pada musang didalam lukisan tersebut. Sebaik sahaja siap, gempa bumi dan ribut yang dahsyat telah terjadi. Tanpa disedari, sebenarnya dia telah pun membebaskan gumiho dari lukisan itu.




Setelah itu Dae Woong terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri. Kecederaan yang dialaminya sangat teruk hingga boleh menyebabkan kematian. Rupa-rupanya sang Gumiho telah mengekori Dae Wong. Dan untuk membalas jasa baik Dae Woong melukis ekornya sehingga dia bebas dari lukisan tersebut, Gimuho telah memasukkan satu-satu geliga kuasanya (bead)ke dalam tubuh Dae Woong.




Apabila, Dae Woong sedar dari pengsan dia dapati dirinya berada di atas pokok dan ada perempuan cantik iaitu gumiho di situ. Sejak itu, gumiho sentiasa mengekori Dae Woong ke mana-mana dan menyebabkan dia ketakutan kerana dia tahu gadis tersebut bukanlah manusia biasa. Apa akan jadi selepas itu? Bagaimana hubungan Dae Woon dan Gumiho? Adakah gumiho akan berjaya menjadi manusia kali ini? Benarkah gumiho memakan manusia?


Sumber : http://www.perekacerita.com/2011/07/my-girlfriend-is-gumiho-1-16-tamat.html

Dania Amidala : Aku dah gila kat cite ni..dah duk layan kat 8tv malam-malam..

0 conteng disini: