Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

i'm already 27 years old

curi kek dari pak cik google

Kejap je umur dah 27 tahun. Alhamdulillah dengan umur 27 tahun ni, dania dapat merasa menjadi seorang anak kepada ma dan abah, menjadi seorang isteri kepada muhammad khairul izzul aka ustaz rock hehehhe dan menjadi seorang mommy kepada hero tecik adam danish. Alhamdulillah.

Sebenarnya tepat jam 12 tengah malam, masuk tarikh 27/12/2013, dania merajuk dengan husband. Ada pulak besday kita, dia tido kroohhh-kroohh..Sebenarnya my husband penat urus kete kat workshop tu. My husband tak wish pom. Hangin satu badanlah dania. Bangun subuh tak tegur pom, sedih gilaa. Padahal apa sangat, benda kecik je..hehehehe..Dahlah bangun-bangun pagi tak wish lagi, sibuk duk main dengan adam. waaaa lagilah nak nangis. Sampai breakfast pom dania tak buat, merajuk punya pasal. Perut masa tu memang lapar  gila..heheheh. Husband nampak dania lain, barulah wish. Hari ni besday b kan. hepy besday bagai. Tapi masa tu merajuk, tak layan pom. hehhehe. Dia pom ajaklah kuar, celebrate besday tapi tetap keras cakap taknak. Sampai ke magrib duk ajak keluar. Last-Last akhirnya sejuk sikit sebab tengok petang tu, my husband bertungkus lumus bersih mycar sampai bersih yang tengelam banjir tu. Kesian pulak tengok. hehhehe. Malamnya kami pom celebrate besday kat restoren terapung bukit kuang. Asal-asal nak midnite tengok wayang sekali, tapi dania tak da mood nak tengok wayang. So lepas dinner kami round-round bandar  dan terus balik rumah

gift???hahhahah...Dania request nak gelang.kuikuikuikui...Pergi kat tommei sehari sebelum besday, macam mahal, tak jadi beli..kesian kat myhusband banyak dah habis duit baiki kete pesona dan vios yang tengelam..Tunggu reda-reda dululah..

Dania amidala : mommy sayang papa dan adam..

Adam Sudah 5bulan

Alhamdulillah, kejap je masa berlalu. 29/12/2013 genap anak mommy dan papa 5bulan. Mommy rasa macam baru lagi bersalin, keluar hospital. Tup-tup dah 5bulan. Nanti 6bulan adik dah start makan. Adik membesar tersangatlah cepat. Tak puas lagi mommy tenung, tilik, cium adik.

Adam hari ke2 melihat dunia. Moga adam danish menjadi anak yang soleh. Ameen

Adam dah 5bulan, lain betul mommy tengok muka adik masa lahir dan sekarang. Patotlah orang cakap muka adik lain. Tapi mommy tetap kata muka adik sama. Anak mommy dah pandai macam-macam. Pandai suka, pandai gelak, pandai merajuk, pandai menangis, pandai meniarap, pandai angkat dada, pandai capai barang, pandai nak suh mommy dan papa angkat, pandai nak suh ajak jalan-jalan (betul-betul ikot mommy), pandai pegang botol sendiri, pandai nak main game kat hp papa, pandai tengok tv..banyak lagi yang pandai, tak larat mommy nak list. Apa-apa adik tetap anak kesayangan mommy dan papa dunia akhirat.

Dania amidala : Ya Allah jadilah anakku anak yang berguna pada keluarga, agama, bangsa, menjadi anak yang soleh, yang cerdik pandai, sihat tubuh badan, murah rezeki, diberkati hidup olehmu Ya Allah.

Saturday, December 28, 2013

Kisah Banjir 03 Dec 2013

Tak mampu untuk berkata-kata.Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan kami, mangsa-mangsa banjir. Dugaan dariNya datang hanya sekejap sahaja dengan datangnya air yang lembut. MasyaAllah, hebatnya kuasa Allah

Sekitar rumahku..habis tengelam pesonaku dan vios my husband. 
Honda, livina dan lori abang
wira adik yahya
kelisa nenda
neo sucah
konon-konon nak selamat dari banjir, rupanya area rumahku banjir jugak.

 Sekitar rumah nenda, tempat biasa parking kete dah boleh parking bot. Mujur ada penyelamat bot abah. Bolehlah kami anak beranak keluar dari tempat banjir. 

Hari family abang dan nenda berpindah ke rumahku. Last-last hari yang sama 6.00petang kami semua terpaksa keluar dari rumah dengan menaiki bot abah untuk balik ke rumah mom. Bekalan elektrik, air dan makanan terputus.Keesokannya dah tak nampak pagar rumah dah..


Superbike paksu, konon-konon nak selamat dari banjir, buat masuk dalah rumah nenda, last-last tengelam jugak superbike. Superbike baru jalan 2-3x. Dugaan

Depan rumah abang, Masuk dalam rumah boleh berenang

Halaman rumah nenda, dah macam sungai je.

Total Lost my family:

1)Me - Tengelam kete pesona dan vios
2)Abang - Tengelam kete honda, livina, lori, rumah
3)Nenda - Tengelam volvo, kelisa, rumah
4)Adik yahya - Tengelam kete wira
5)Sucah - Tengelam kete neo, superbike, rumah

Dania amidala : Bersyukur, walau kami kehilangan harta benda tapi insan-insan tersayang masih ada disisi.

Saturday, November 16, 2013

Adam Danish bin Muhamad Khairul Izzul


thanks pada semua aunty uncle, tok nenek, sahabat handai yang kasi gift pada adam..

mommy, adam nak tido dalam carseat...best!!!!

adam nak tido atas katil mommy papa boleh...sekali je pahni adam tido katil adam okeyhh!!!

yeahhh-yeahhh adam dah boleh meniarap mommy papa...

adam demam arini, adam tak nak pegi school boleh..adam nak rehat kat rumah je dengan mommy

adam baru lepas mandi...wanginyaaa sayaaa ;)

adam tengah fikir, bila papa nak ajak adam dengan mommy pergi holiday dekat legoland..

adam dengan kakak mia..

assalamualaikum semua..adam nak pegi jejalan dengan mommy papa ni..best..sape nak ikot jomlah..


Dania amidala : tetiba mommy rindu sangat-sangat kat adam jadi upload banyak-banyak gambar adam.

Monday, October 21, 2013

Pengalaman melahirkan Adam Danish

Pengalaman melahirkan adam adalah antara kenangan yang tak dapat dilupakan oleh dania. Ya Allah sesungguhnya besar sungguh pengorbanan seorang ibu ini.

Dania start sakit 29 julai 2013 lepas sahur. Tapi sakit tak kuat pom, siap boleh main candy crush lagi dan plan nak pergi kuantan jalan-jalan. 8.30pagi dania baru rasa macam sengugut tapi sengugut biasa je, macam sengugut nak period tapi masih rasa boleh tahan sebab tak kuat sakit. Kebetulan husband dania nak masuk ofis lambat katanya. Lepas je husband dania mandi bersiap-siap nak ke ofis, dania ke toilet sebab rasa nak terkucil, tup-tup keluar darah besar tapak tangan camtu. 

Masa tu dah pelik, bleeding ke dania ni?? Takkan nak bersalin pulak, due 10 ogos 2013. Tapi contruction sakit ada 5minit sekali dan tak kuat pom. Dania pom bagitau husband dania yang dania keluar darah ni. Dia apa lagi selaku bidan sangat-sangat kalut. Bersiap tersangatlah express dan agak cuak. Husband suh bersiap-siap pergi terus ke Hospital Pakar PRKMUIP. Odw tu MIL nak ikot jugak. Tunggu pulak MIL bersiap-siap. berhenti kat kedai, shopping makanan sebab MIL suh makan dulu bagi tambah tenaga.

Sampai-sampai Hospital Pakar PRKMUIP dalam 11.30pagi. Cek-cek dengan doc, doc cakap jalan dah buka 3cm so masuk ward. Duklah sembang-sembang dalam bilik sambil makan-makan dan tengok tv. Dalam 8.00malam rasa macam makin kerap je memulas perut ni, dania ke tandas nak buang air. Tengok-tengok ada pulak darah macam pagi tadi. Call doc, doc datang bilik dan cek jalan buka 5cm dah. Dia pom pecahkan air ketuban dan turun ke labour room naik wheelchair. Masa tu boleh suka suki lagi. 

Masa sampai labour room dan nurse suruh baring atas katil, baru start sakit kuat. Hanya Allah saje tau perasaan masa tu. Rasa nak tendang je sume orang ada kat situ. Bilik yang beraircond tak rasa, peluh je  1 badan. Masa tu baca doa macam-macam sampai berterabur dan tak betul dah sebab sakit sangat. Last-last sebut Allahu Akbar je. Pahtu suh husband dania je baca doa and ayat-ayat al-quran. Tak tahan siap marah husband jangan berhenti baca doa. Dania pegang husband dania sampai baju dia nak terkoyak betapa kuatnya sakit. Sakit tiap kali dia memulas tu je.

Baru je duduk atas katil 5minit panggil doc, doc cek jalan baru 7cm. Doc cakap tak boleh teran lagi kena tunggu 10cm. Bayangkan rasa baby dah nak keluar dah tapi kena tahan. Macam sembelit tapi tak boleh teran. Husband dania tanya doc dah 10cm lama lagi ke. Doc cakap biasa 1cm 1jam tapi atas orang jugak. Dalam 5minit lagi panggil pulak sebab tak tahan sangat dah, cek pulak 9cm baru. Adoiii dania masa tu dah tak tahan sangat-sangat. 5minit lagi panggil pulak, doc cek dah 10cm dah nampak kepala baby. Masa tu doc ajar teran dan suh teran. 

Teranlah sampai tak terlarat tapi baby tak keluar lagi. Sampai doc bagitau baby dah kurang denyut jantung. Masa tu tak fikir apa dah. Apa nak jadi, jadilah janji baby kuar dengan selamat. Akhirnya 10.32malam baby adam danish pom keluar. Ya Allah masa tu perasaan semua rasa, sedih, gembira. Semua bercampur. Sedang elok baby adam kena potong tali pusat Ma, Abah, Tok, Abang, Kak wa dan Siti sampai. Siap masuk dalam labour room duk tengok baby mandi, belah mulut baby adam dengan kurma dan air zam-zam, azankan baby adam.

adam danish yang tengah fresh, baru beberapa minit keluar dari perut mommy

Dania amidala : Alhamdulillah, semoga Adam Danish membesar dengan sihat, cergas, cerdik dan yang penting menjadi anak yang soleh. Aminn.

Ahli Keluarga Baru Mommy & Papa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi, kami dikurniakan seorang baby boy pertama kami yang diberi nama Adam Danish b. Muhamad Khairul Izzul yang lahir pada 29 Julai 2013 di Hospital Pakar PRKMUIP Kuantan.Cukup-cukup mommy mengandungkan adam selama 37week.

Adam berusia 3 hari

Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Dapat merasa menjadi seorang anak, seorang isteri dan sekarang menjadi seorang mommy kepada adam danish yang dikasihi.

Dania Amidala : Next dania akan cite pengalaman melahirkan baby adam. Pengalaman yang terindah dalam hidupku.

Saturday, June 29, 2013

Set Berpantang

Setelah berfikir panjang lebar dan cuba tanya pendapat ramai. Perlu ke ambik produk especially macam jamu-jamulah untuk lepas bersalin nanti. Tanya orang terdekat seperti kak ipar, cousin-cousin dan kawan-kawan. Ada cakap perlu ada cakap tak gunalah. Membazir je beli mahal-mahal last-last tak guna sebab tak serasi dengan baby, Baby juandieslah apalah dan panaslah. So aku survey-survey beli set berpantang shakleelah sebab dia bukan jamu, dia adalah suppliment. Tanya kawan-kawan yang ambik sume cakap ok. Tak da effectlah nanti kat baby kalu nak menyusu. Luka cepat baik 3-4hari bersalin normal dah baik, itu yang penting pahtu boleh susukan baby dengan selamat, kulit baby cantik elok je. So aku memilih mengambil set berpantang shaklee ni. Kalu beli banyak-banyak memang mahalkan, agaklah terasa tambah dengan bukan ahli shaklee. So aku beli sikit-sikit set pantang ni. Lama-lama jadi bukit tak ker gitu..hehhe. 

Lagipun sebelum pregnant lagi aku dan suami makan suppliment ni, kadangnya bukan aku yang makan sangat si suami yang lebih-lebih makan.hehhehe..Tapi lepas je habis pantang ni, aku nak beli vitamin e dengan esp je kot, nak bagi kulit cantik barulah suami sayang. Tak gitu..hehhehe..

Pasal bengkung pulak, aku plan sapu je minyak panas kat perut pahtu pakai bengkung selain dari makan suppliment shaklee, makan berpantang dan berurut. hope dapat mengekalkan berat badan macam dulu.


Dania amidala : Sekarang dah 8bulan 2minggu, jumaat depan checkup kat pusat rawatan keluarga muip sdn bhd untuk booking bersalin.

Sunday, June 16, 2013

08-06-2013 (1st wedding anniversary)





Mengembalikan nostalgia...hihihi..rasa macam baru je lagi kawen rupanya dah setahun. Tq darling menjadi seorang suami yang baik untuk baby.

Dania amidala : Menunggu my 1st baby 10-08-2013, sangat-sangat tak sabar untuk menjadi mummy..hihihi

Versi Mak Buyong yang Bumbum

Buat pertama kalinya setelah pregnant aku mengupdate blog dan meletakkan gambo aku yang bumbum. Asal-asal nak letak gambo start dari 1bulan pregnant sampai sekarang. Tapi banyaknya gambo dari hp my husband. Jadi lupakan dulu hasrat tersebut. Kan dari ada mood nak update blog terus cancel. 
Time ni aku preggy dah 7bulan 2minggu, ni time kenduri along dan farah kat kuala terengganu 1/6/2013 baru ni.




 Ni gambo paling latest kami 16/6/2013. Gambor kenduri sambut menantu along dan farah dirumah mentuaku. Asalnya pakai bukan main cun dan hensem kami. Siap makeup, bersampin bagai tapi baru berkesempatan ambik gambo lepas pada majlis sebab time tu dah tak da orang jadi kami bolehlah nak berposing sakan. Gemuk betullah, harap-harap lepas bersalin nanti boleh kurus balik.

Dania amidala : 8/6/2013 gelaplah usia perkahwinan kami yang pertama. Semoga perkahwinan kita membawa keberkatan, kebahagiaan , kekal hingga ke jannah dan dilimpahkan rezeki. i love u darling..


Saturday, January 19, 2013

Welcome 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera...
walaupun dah lama tidak mengusik blog ini. belum terlambat rasanya untuk mengucapkan
selamat tahun baru 2013..

2013
  • Sebagai Isteri kepada Hj Muhamad Khairul Izzul 
  • Sebagai Anak kepada Hj Wan Mohd Noor & Hajjah Nooraini
  • Sebagai pekerja
  • Bakal Menjadi Mummy, insyallah awal bulan august..Doakan dipermudahkan segalanya..Aminn

2012 yang telah berlalu
  • Sebagai Anak kepada Hj Wan Mohd Noor & Hajjah Nooraini
  • Sebagai Kakak kepada adik-adik
  • Sebagai pekerja
  • Sebagai Tunangan kepada Hj Muhamad Khairul Izzul
i hope dengan tahun 2013 ini, dengan meningkatnya usia saya 27tahun dapat mematangkan saya melalui kehidupan ini dengan lebih-lebih baik lagi dan paling penting menjadi isteri dan mummy yang terbaik buat suamiku dan anak-anakku yang tersayang. Tanpa suami dan anak yang bakal dilahir saya takkan sampai tahap macam ni. i Love u all my husband, my family, my big family.

Dania amidala: mood sangat-sangat pening, bilalah nak berakhir morning sickness ni..