Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

Adam Sudah 5bulan

Alhamdulillah, kejap je masa berlalu. 29/12/2013 genap anak mommy dan papa 5bulan. Mommy rasa macam baru lagi bersalin, keluar hospital. Tup-tup dah 5bulan. Nanti 6bulan adik dah start makan. Adik membesar tersangatlah cepat. Tak puas lagi mommy tenung, tilik, cium adik.

Adam hari ke2 melihat dunia. Moga adam danish menjadi anak yang soleh. Ameen

Adam dah 5bulan, lain betul mommy tengok muka adik masa lahir dan sekarang. Patotlah orang cakap muka adik lain. Tapi mommy tetap kata muka adik sama. Anak mommy dah pandai macam-macam. Pandai suka, pandai gelak, pandai merajuk, pandai menangis, pandai meniarap, pandai angkat dada, pandai capai barang, pandai nak suh mommy dan papa angkat, pandai nak suh ajak jalan-jalan (betul-betul ikot mommy), pandai pegang botol sendiri, pandai nak main game kat hp papa, pandai tengok tv..banyak lagi yang pandai, tak larat mommy nak list. Apa-apa adik tetap anak kesayangan mommy dan papa dunia akhirat.

Dania amidala : Ya Allah jadilah anakku anak yang berguna pada keluarga, agama, bangsa, menjadi anak yang soleh, yang cerdik pandai, sihat tubuh badan, murah rezeki, diberkati hidup olehmu Ya Allah.

0 conteng disini: