Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 27, 2005

Ku Berserah


Hembusan angin dingin membelai jiwaku ..
Bergelora perasaan pabila kau menjauhkan diri dari ku ..
Seolah cinta suciku tak bermakna lagi untuk dirimu ..
Apakah .. maksudnya semua ini

Mungkinkah adanya kesilapan dariku ..
Yang tak pernah ku duga ..
Maafkanlah oh sayangku Oh percayalah ..
ku tak bermaksud begitu
Jangan tinggal daku ..
Keseorangan ..

Ku berserah
Kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir
Telah menentukan segalanya
Ku berserah
Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Hanya diKau
Dapat merubah segalanya
Pada diKau saja
Ku mengharap
Moga kau kembali
Berikanlah kasih
Nyalakan lah lilin cinta .. kita …

Kupohon kan kemaafan dengan ikhlas hatiku
Ku tak rela dipisahkan
Walaupun sementara
Sambutlah tangan ku ini
Genggami seeratnya
Namun kini
Semuanya ku berserah

p/s:"Ya Allah dekatkanlah aku dengannya...aku tak sanggup dipisahkan..."

Nak give up

Kenapalah aku harus hidup dlm keadaan berteka-teki.aku nak noktahkan dalam hidup aku...xlah aku terkejar2...ni apa yg aku nak x dtg tp apa yg aku xnak tulah yg datang..kadang2 aku malas nak teruskan...xnak berusaha dah..cukuplah apa yg aku dah dpt dan ada...tp tu bkn aku...dania "kau harus wake up...wake up"dania bkn mudah mengaku kalah...untuk berjaya dan maju kita perlu berusaha untuk dapatkan apa yang diingini...mungkin belum tertunai lagi..Allah mahu menguji aku...Untuk apa Allah ciptakan aku kalu semuanya nak mudah je dapat tanpa berusa...Bak kata Pn.Fadhilah Allah ciptakan kita ada kekurangan,ada kebaikan,dan semua tu Allah je yg tau.."Ya Allah kabullah permintaanku..." Deminya aku akan teruskan...walaupun mungkin aku akan kecewa nnt..aku dah berusa...bertawakallah...aku berserah je...

GuGuRNyA tUgU ILuSi

Terhimpit pilu di dada,
Mengalir deras air mata,
Kala sepi terus melanda,
Sayu, pilu ku terasa...

Sewaktu dingin malam berlalu,
Bintang menjadi tempat mengadu,
Persoalan membelengu diri,
Duka menghiris hati ini.

Apakah memang ku bersalah?
Untuk memendam rasa cinta?
Adakah benar cinta yang ku alami?
Atau hanya sekadar ilusi?

Pabila ku hampir terlena,
Pelukan bayangmu yang ku rasa,
Alunan suaramu membisik sayu di telinga,
Lakaran wajahmu menghiasi mimpi indah...

Akan ku musnahkan tugu harapan,
Akan ku anggap kau sebagai teman,
Sekiranya kita berdua,
Tidak ditakdirkan bersama...

Saturday, November 26, 2005

tah....

"Jangan sesekali mengucap selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya"

khas buat sahabatku....hargailah walaupun sedetik cuma...

Friday, November 25, 2005

sEmanGat Baru

syukur alhamdulillah dapat jugak aku sambung lg ke sem4...ingat2 dah kena repeat...Allah masih menyayangi aku...dan jugak berkat doa abah n mama aku...result pun naik,tkejut gak aku time tgk...skrg ni aku kan berusaha lbh gigih lg...nak gak rasa DL skali...biarlah org kata sem4 subjek susah bangat boleh bunuh aku...aku akn cuba yg sebaik2nya...aku xnak hampakan harapan abah n mama...insyaallah.....doakanlah utk aku yek....

Wednesday, October 26, 2005

Pengumuman

Diumumkan dengan segala hormatnya....
Selamat Berpuasa
dan
Selamat Hari Raya
maaf zahir dan batin
Kepada
my parents
hana,ajar,yati
...apih n aie...
n lastly member PKN

P/S:maaf jika dania ada terkasar bahasa,terambil,terlebih,terkurang atau apa2lah yang boleh menyinggung perasaan u all

Sunday, October 16, 2005

Tertekan

Setelah sekian lama, barulah aku dpt p lab buka blog ni...tp sblm p lab aku p lah singgah blk letcurer nak tau markah final.walaupun x dpt tgk juz letc kasi tau je...frust gak aku p tgk math, en.mat ckp aku dpt antara B- or B+ je...haiya kalu aku dpt A- x rasa hati sgt...huhuhu...nasiblah...lagipun aku rasa berbaloi dah usaha aku..maklum r aku ni dari dulu mmg x pandai math...lgpun mcm x usaha sgtlah...lps jumpa en.Mat aku p lah tgk markah COA lak dgn Pn.Mutazimah...huhuhu takut maa...dalam 10 paper yg dia tanda hanya sorang je dpt 50 keatas...jwbnya kalu sorang dpt camtu aku duk tempat keberapa tah...aku hrp sgt xde fill...mcm mana ni nak naik pointer kalu subjek gila2 gini...tu x tgk markah BIS,SYA,C,KKS...aiseh boleh tertekan aku duk pk result sem ni...aku harap naiklah pointer biarlah sikit pun...aku nak msk 'U' dahlah sem lps result turun mcm air terjun...huhuhu

Sunday, October 09, 2005

Serabut+Ceria=Balik KG

10 okt 2005

Rini baru aku sempat msk lab mlawat blog aku ni...biasalah bz dgn final exam..smlm jwb exam frust gla...rsa keluar je dr dewan trus otak mcm dah tercabut wayar-wayar...SUSAH maa COA...rasa mcm sia2 je aku duk study bagai nak rak COA tp haram x bleh jwb..rasa baca COa tu dari kulit ke kulit dah...bak kata orang buku tu dah jd mcm belacan...tulis sini tulis situ, xde ruang kosong n kertas putih berseri lsung yang tinggal kat buku COA tu...

Tp rini nasib mood aku ceria je, maklum r bleh jugak jwb SYA dgn baik...hehehe...ni buat aku syg kat utz Wan Saifulddin...tinggal 1 lg paper...lps tu aku leh balik rumah...yahooo...x sbor rasanye nak jumpa my mum,abah,baby,aie....balik rumah mcm2 aku nak buat...First tgk TV puas2, tido puas2, jln puas2 n yg pasti beli baju raye...hehehehe

Sunday, October 02, 2005

Lawak Jenaka

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa
hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon
korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah
iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri
rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni
bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang
bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak
Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru
sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA".
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??

its up to....me?

I get discouraged now and then
When there are clouds and gray
Until I think about all the things
That happened yesterday

I do not mean the day before
Of those of months ago
But all the yesterday in which
I had a chance to grow

I think of opportunities
That I’m allowed to die
And those I took advantage of
Before they passed me by

And I remembered that the past
Presented quite a plight
But somehow I endured it and
The future seems all right

And I remind myself that I
Am capable and free
And my success and happiness
Are really up to me….

Rahsia Seorang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah

Kenali Tarikh Lahir

Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun


Kesahihannya tak dapat dibuktikan. Sekiranya kena dengan sikapnya, mungkin ianya secara kebetulan ataupun memang itulah sikapnya yang sebenar. Siapa yang tahu?

01, 06, 11, 16, 21, 26, 31

Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman.Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini ka! mu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!


02, 07, 12, 17, 22, 27

Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.


03, 08, 13, 18, 23, 28

Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu! dari belakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.


04, 09, 14, 19, 24, 29

Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri.


05, 10, 15, 20, 25, 30

Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri

Satu Kisah Cinta Biasa

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,
bahawa saya inginkan penceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?

"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal dirumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Thursday, September 29, 2005

My BeSt FrIeNd

hajar...

ataupun boleh la dipanggil ayoung,sebab dia anak sulung...dia ni pandai masak n pandai memerintah orang...dia dah boleh jadi isteri org dah..hehehe...bab berniaga no1.....p/s:semoga menjadi businesswoman yg berjaya satu hari nanti...
bab berjalan pun no1..kalau jalan ngan ko memang penat giler...ko tau tak!!aku tau ...ko tau kan??Tau takper.....
aku harap ko lepas ni menjadi seorang couple yg baik pd syed..hehehe...ingat jaga pandangan tu..jgn duk usya org je...marah syed lak...aku hrp ko berdua bahagia..walau jauh dimata dekat dihati k..hargailah apa yang dah ada sekarang...jgn jadi mcm aku dah...

hana...

dia ni adalah anak sulung n seorang yang cantik n ramai laki nak dampingi dia ni..tp aku tabik r kat ko...ko tetap pada eminem yang satu...aku harap ko kekal ke akhir hayat dgn eminem...P/s: ingat kawen jemput aku, tp kalu kawen dgn eminem r...heheheh..satu lagi aku tabik kat ko...otak ko ni cap apa hah...nak kata makan,study,tido sama je tapi yg heran asal ko bijak...pas r kat aku skit ilmu2 ko dalam otak ko tu...aku nak gak merasa DL skali...Insyaallah...aminn...

yati...

member aku sorang ni seorang yang kalut,kuat makan tp bdn x jgak gmuk2,manja n yg pasti bla jumpa dgn si ajar pasti ada je nak gaduhnye...tp last2 baik je...bla kami marah ckp cuma gurau je...saje test power...satu hal lg aku heran...ko ni yati sms aje..bleh kata 23 jam duk sms dgn safa...sembang ape ke benda tah...kalu dulu siap kami yg duk ayat2 bdk laki ni terbalik lak...ko yg ajar kami...tp satu aku nak pesan jagalah baik2 apa yg yati dpt skrg,ssh nak dapat taste sendiri tau...ida pun x dpt2 lg...ida harap yati kekal ke akhir hayat dgn safa tu...n last skali jgn curang dgn safa...abaikan saje..bdk yg nak kat yati tu...nnt nyesal x sudah lak...

P/s:aku rasa lps korang baca ni mesti aku kena serang hendap...hehehe...tp aku tulis ni mmg btul pun...relaks r...

Mari Amalkan.....

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

Tuesday, September 27, 2005

Cantiknya Wanita....

Copied from Bulletin in Friendster..
Title:cantiknye...WANITA!

Message:
Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya.

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."Aku memberinya kepekaan untuk mencintaianak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukungsuaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahuibahwa seorang suami yang baik takkan pernahmenyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu.

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untukdititiskan. Ini adalah khusus miliknya untukdigunakan bilapun ia perlukan.

"Kecantikan seorang wanita bukanlahdari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada.

"Setiap Wanita itu cantik...
kalau akhlaknya cantik....

yang mengalahkan ilmu itu ''NAFSU''
yang mengalahkan nafsu itu ''TAQWA''

Misteri....

TUJUH PERKARA GANJIL


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpamayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siangharinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkanwajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut," Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Seungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru,golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,"balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktuhayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda,mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahliibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunyasewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah,sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Saje-sajer jer....

1. Whose picture is it that you keep in your wallet?
= em...i,mama n abah

2. What time do you usually go to bed?
= erm...1-3(based on my activities)

3. What was the last thing you did before fillingthis survey?
= sms..

4. Who are the people you always meet the most?
=my friends la...

5. Who's the person you're gonna call if you needhelp?
= erm..999?

6. What's on your mind right now?
= blank..

7. Who's number on your speed dials?
= my mum n dad n aja, ti, ana, aie

8. With whom do you wanna be to have fun?
= power puff girls..

9. What movie do u wanna watch now?
= none

10. When was the last time you went out?
= p bandar KT

11. Who do you hate the most for now?
= none

12. When was the first time you slept alone?
= aa? do i sleep with sumbody?hehe...

13. What do you wanna do for now?
= finish answering this..

14. What do you do everyday besides eat and sleep?
=bath n pray

16. are you a animal lover?
= owh yes..

17. Colors that make you happy?
= pink n silver..

18. Most fav thing in your room?
= my blankie

19. What was the last thing you bought for yourroom?
= erm..dunno..i don't even see my new room yet..

20. Any instruments in your room? what is it?
= none

21. Can you cook?
= of course... unbelievable?

22. Miss someone?
=yes...i miss mama,abah,aie n baby..

23. Plan to buy something?
= yea...i need a car...plz anyone?!!huhu

24. Are you satisfied with your life now?
= hurm...maybe..

25. Do you like seafood?
= not sure.. maybe..

26. Breakfast or dinner?
= breakfast

27. What do you usually eat for breakfast?
= depends on what the cafe cook...

28. Did you eat breakfast today?
= yes..

29. Do you recycle?
= err...recycle?hehe no :P

30. Do you have a laptop?
= yup..my lovely hubby...

31. What's your favorite fast food?
= erm..dunno..

32. Cats or dogs?
= cats

33. Salty or sweet?
= spicy??hehe

34. City or country?
= country

35. How do you prefer to spend your holiday?
= sleep all day long bley??

36. Is kissing normal for your age?
= ha?? no matter it's normal or not for my age, but it's not normal for muslim..

37. Are you athletic?
= i used to be..

38. Do you swear?
= erkk..sumtimes..

39. Would you ditch your friends for a date?
= emmm....

40. Do you have your own cell phone?
= yup

41.what do you wear to bed?
= baju tidur la..

42. Ever had a crush on a teacher?
= err...x pernah la lagi

43. Coke or pepsi?
= pepsi

44. Sugar or spice?
= spice

45. Can you use chopsticks?
= not really...

46. Do you like to read for pleasure?
= very much

47. Do you care about getting good grades?
=for sure..

48.Have u ever fallen sleep in clas?
= i used to be..in school..especially arabic subject..

49. Get a job or ask your parents for money?
= both heheh

50. Is your dad strict?
= no..open minded..

51. Do your parents give you enough privacy?
= hurrm.....sort of

52. Do your parents trust you?
= i think they do..

53. Would you trade places (in life) with yourbestfriends?
= yes i wish!

54.Does your best friend get on your nerves?
= hmm..no comment

55. Do you tell your mom everything?
= nope

56. What's the first thing you do when you go into the bathroom?
= ha?erm...ntah..

Heart....

Renungkanlah..Pasal Hati
copied from friendster...


Hati:

Nah, ambil la benda ni.

Apa ni?

Ini adalah hati.Hati aku.

Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.Kau lebih dari seorang kawan.Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.

Oh ye ke...

tapi maaf.

Untuk apa?

Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja..

Maksud kau?

Aku beri hati aku dan aku tak beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.Hati ini penuh mistik,ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya..

Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?

Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku."Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika..sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah..

"If Tomorrow Never Comes"

If Tomorrow Never Comes"
Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

mY aLL

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I'm drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight

Aku & Disember

* Sangat setia dan pemurah.
(Betul tu 80%)
* Bersifat patriotik.
(Adalah kot, tp x sgt)
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
(Aktif permainan ye, tp pergaulan kurang r...)
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
(Tepat sekali hehehe....)
* Bercita-cita tinggi.
(Memang r bercita-cita tinggi, sape xnak????)
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
(Dulu-dulu suka gak tp skrg dah kurang...)
* Seronok bila didampingi.
(Ek,mestilah tp org yang disayangi je..)
* Suka bercampur dengan orang.
(Tak sgtlah...huhuhu)
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
(oh yeah...)
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
(Betul tu....)
* Tidak pandai berpura-pura.
(yang ni lagi betul...bak kata frend aku x leh ambik jd pelakon langsung..hehehe)
* Cepat marah.
(Kalu yang memang tahap Kritikal r n Time tgh tensen...sedihh...)
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
(Tol tu...hehehe...)
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
(Memang dah...)
* Benci pada kongkongan.
(yes, lagi kongkong lagi aku buat...)
* Suka berlawak.
(yea kot (",)...)
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
(Buat lawak yea...tp logik ni tgk masa r...)

P/s:80% dr kajian ni tepat2 kena btg hidung aku sendiri...hehehe

Kawen

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Cerita Seorang Cucu

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100." Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200.

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

habis madu sepah dibuang

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya... Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan-syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.

Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!




Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe.

Pagi yang Damai

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Fatin bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Dania pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Dania : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Hafiz?

Hafiz : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Khairi?

Khairi : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Khairi.

Cikgu : Khairi.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....