Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 02, 2014

Happy Wedding Day Ayu & Nik

Selamatmendirikan bahtera rumahtangga my cousin ayu dan nik. Pengantin sangat gojes tau. Mel doakan semoga kalian bahgia hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang cumel-cumel.

Makan Beradab, time aku dulu pengantin gelojoh..Tak ambik peduli dah cameraman ke apa ke janji bedal makanan dulu.. Lapor sangat.

Anak Mommy and Papa dah besar dah. Macam dah boleh jadi abang je mommy tengok. Mommy sayang adik dunia akhirat.

We're complete family Papa + Mommy = Adam Danish

Mommy & Papa yang makin makin sihat. Usaha mommy selama ni berjaya buatkan papa gem gem..Tu mommy bukan masak hari-hari. Kalu hari-hari masak tak taulah nak cakap apa.hihihi


Dania amidala: Semoga perkahwinan ini membawa keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Moga jodoh kita berpanjangan papa hingga ke jannah. Ameen.. Papa cinta hati mommy dunia akhirat

Saturday, June 28, 2014

Pak Su Dalam Kenangan 24.05,2014

Tak tahu macam mana untuk mulakan. Tak tertahan rasa hati ini, merindui seorang bapa saudara yang amat disayangi.pertama kali menerima berita yang amat mengejutkan aku. Pak su meninggal yang ku dapat berita dari cousin aku Dr.Yau. Saat itu aku senyap, kelu dan cuba menidakkan. Bukan paksu, paksu masih sihat, masih hidup. Last kami semua berwassaup group dengan paksu pada 5.40petang macam itu. Paksu duk gurau-gurau, send gambar dia minum air dekat pantai batu hitam dengan abang. Saat menerima berita itu sedikit pom aku tak menangis, aku cuba keraskan hati, aku nak tengok dengan mata kepalaku sendiri.

Hari kejadian itu, aku balik rumah ma abah di kijal. Petang tu aku dengan adik-adik lepak di pantai kijal sambil tranning adam mandi laut sebabnya 30-31/5/2014 kami semua plan nak buat family day. Semua dah booking chalet kat cherating, dah decide sape ajk-ajk terlibat untuk menjayakan program ini. Kiranya semua dah completelah cuma tunggu hari je lagi. Husband pulak pergi memancing dekat kolam kijal. Memang takleh kacau dah hobi dia di hari weekend. Lepas je kami balik dari pantai, terus mandi-mandi adam, dari itulah bermula telefon berbunyi banyak kali dari cousin aku Una. Nak angkat masa tu tak sempat, call balik Una tak dapat. Lepas tak dapat call Una, Farah biras aku call pulak tanya Paksu camne. Agak peliklah kat situ tetiba Farah ni tanya Paksu. Sebelum-sebelum ni tak da pulak tanya hal Paksu. Farah tak bagitau apa-apa cuma tanya itu je. Aku pom cakap, takpalah nanti call Sucah. Dalam hati terdetik jugak, kenapa dengan Paksu. Aku terus ke wassup group, tengok-tengok cousin aku Adi pom tanya benda sama. Kenapa semua sibuk tanya Paksu. Tapi aku tak hairan sangat sebab Paksu sentiasa dicari, dirindui oleh kami anak beranak. Al maklum Bapa Saudara Feberet kan. Sentiasa berebut kasih sayang dari Pak Su. Last-last aku call Sucah, Sucah angkat tapi agak bising. Aku pom call Sucah lagi sekali barulah clear tapi time tu cousin aku Dr. yau jawab. Masa itulah baru aku dapat berita yang amat memeritkan kami semua. Aku dan adik-adik terus bersiap untuk ke hospital.

Sesampainya aku di perkarangan hospital di bahagian forensik dalam jam 7.40malam, aku tengok ramainya saudara mara kami. Masa tu arwah dalam truck polis lagi. Ya Allah besarnya dugaanmu pada kami. Paksu dah tiada, masa itulah sedih hanya Allah yang tahu. Terasa macam bermimpi, terngiang-ngiang lagi arwah Paksu usik kami, datang lepak rumah aku. Arwah kemalangan jalan raya odw konvoi superbike dengan abang dari kuantan-kemaman dekat simpang u-turn mcsb jalan air putih dengan kereta honda. Dua traffic light lagi nak sampai rumah. Kalu ikot tu dikira jalan selamat dah sebab dekat sangat dengan rumah. Tak sampai 5minit sampai dah rumah. Alhamdulillah syukur abang hanya patah kaki dan seliuh kaki je. Sucah mandi, kafan semua di hospital dan bawa arwah Paksu pulang ke rumah untuk solat jenazah dan 12.30malam terus kebumikan. Paksu dalam kenangan kami semua, Paksu sangat pemurah dengan senyuman, suka berguaru senda dengan kami, pemurah sangat-sangat. Walau Paksu ni Bapa Saudara Sabit tapi kami tak pernah nampak Paksu ni membezakan kami anak beranak. Layanan tetap sama. Paksu dan Sucah adalah pasangan yang sangat secocok, merpati dua sejoli bergandingan untuk mengembirakan hati kami semua. Sentiasa ada cerita lucu antara mereka.

Al-fatihah untuk arwah Paksu semoga dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta diberikan ketabahan hati untuk Sucah bagi melalui hari-hari mendatang bersama aqeel. Kami semua sentiasa menyokong, membantu Sucah. Paksu sentiasa dalam ingatan kami.

sumber : sinar harian


Wednesday, April 30, 2014

My son

Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu. Anak mommy dan papa dah sembilan bulan. Dah nak setahun hero mommy dan papa ni yea. Banyak benda dah mommy tengok perkembangan adik. Mommy tak kisah apa orang nak cakap pasal adik yang pasti mommy tahu adik macam mana. Adik adalah yang terbaik buat mommy dan papa yang Allah kurniakan. Mommy harap masa hadapan adik menjadi anak yang baik, soleh, tak tinggal solat.

Sembilan bulan
Lapan bulan
Tujuh bulan
Enam bulan
Lima bulan
Empat bulan
Tiga bulan
Dua bulan
Sebulan
Hari ketiga
Dania amidala : moga keluarga kita dirahmati, diberkati, bahgia dan dilindungi oleh Allah taala..ameen

Konvokesyen my little sister

Alhamdulillah, my sis konvo..Tapi yang terlebih konvo ofkoslah i. hehehhe..Halfday keje terus drive ke dungun.
Dania dan my love, my soul, my heart..nanti turn abang pulak konvo, insyallah..;)

......malas nak bercerita okeyhh..biar gambar sendiri berbicara

senyum semewek cik ti kita..apa-apa congrat dan semoga terus berjaya di masa akan datang. Jual kain cotton jangan lupa bagi-bagi free sikit kat kakak kesayangan okeyh..bolehlah sape-sape nak cari kain cotton ke abaya ke tudung ke ke kiosk cik ti di giant kijal dan kunjung ke FB wan siti mariam

Dania amidala : mommy realy-realy miss u adam danish.

Tuesday, February 18, 2014

Riadah tanpa dirancang

Riadah tanpa dirancang, kami bertiga ke pantai cherating.  Balik kerja 5.30petang, ambik-ambik baju untuk mandi pantai terus gerak pergi cherating. Sampai cherating dah 6.30petang. Mandi-mandi kejap, 7.00 malam terus balik rumah. Tapi sebelum balik singgah kedai dulu makan sebab dania ada penyakit malas masak. Dapur kat rumah sebulan sekali je berasap..ngehhh2..

mommy, adam dan papa

harta mommy dunia akhirat..i love u so much

Dania amidala : 20 february ni besday my husband!!!