Tik tok tik tok hampir setahun
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku mengenali dia. Tanpa sebarang perancangan atau niat dihati untuk kenal dengan lebih jauh setelah aku dikecewakan oleh somebody. Stopp2, tak nak ingat kisah lalu. Tak nak ada sikit pom dalam kamus hidup aku. Pergi jauh-jauh dari hidup aku. Bukan nak berdendam tapi aku tak boleh, terlalu sakit apabila ada perkataan C***** dlm hidup. Dan alhamdulillah aku mengenali Dia, walau kadang-kadang kami selalu bergaduh pasal makanlah, jalanlah, jemlah, balik kampunglah, nak beli baranglah, dan macam-macam. Tapi biasalahkan, kalu asyik happy je tak best jugakkan. Gaduh-gaduh manja orang kata, tak sampai 5minit baik semula. Gaduh macam ni ok lagi dari gaduh pasal orang ketiga memang aku tak boleh terima, memang menyakitkan dan sampai bila aku akan BENCI!!!!..
Kami start kenal dan start serius dalam perhubungan tak lama pom, kenal kejap je lepas tu terus serius dan jumpa family masing-masing dan terus merisik dan tunang.. Masa tu macam mimpi pom ada, baru je kenal. Masa tu aku tak fikir pape pom yang penting rasa selesa dengannya. Awal jumpa pom takda cover-cover, makan sampai comot mulut dan macam-macamlah pom tak malu padahal baru 1st date..huahuahuahua..Moga jodoh kami berpanjangan sampai jinjang pelamin dan akhir hayat dunia akhirat. Dialah segala-galanya bagi aku. Tukang support, tukang beleber, tukang kritik, tukang pereka fesyenku, tukang driver, tukang nasihat, tukang habiskan makanan aku, tukang jadi Dr bila aku sakit dan macam-macam tukang, yang penting tukang layan aku, makan ayam penyet..lalalala
Okies sampai disini je aku nak tulis, kang tulis semua-semua muntah hijau pulak sape yang baca..ngehhh2...Ada aku kisah, nikan blog aku.. Kalu rasa geli ke nak muntah hijau ke apa ke, sila pergi kat close atau ada tanda pangkah tu..;P
Dania amidala : I love u much2 more darling..b bahagia dengan abang, thank hadir dalam hidup ini..;))
Comments