Sakit hati dengan bank islam

KEPADA BANK ISLAM CAWANGAN KEMAMAN,


Aku nak ngamukkk dan geram sangat-sangat dekat bank islam ni..especially bank islam cawangan kemaman. Baru ni 8/11/2011 aku ada bank in duit dekat naimah rm2400 kat akaun dia menggunakan machine tu. Lepas bank in aku gitau kat naimah yang duit sudah dibank in tapi dia bagitau duit tak diterima bila dia cek dalam akaun dia. Aku hairanlah sedangkan dah bank in siap-siap, sungguh Demi Allah aku tak tipu yang aku BANK IN duit. Bila terjadi perkara macam tu naimah pergi cek statement bank islam cawangan kl untuk mendapatkan kesahihannya lagi. Bila dicek memang betul tak dapat duit rm2400 tu.

So naimah call aku, dia suh aku buat report dekat bank islam, pegawai bank tu suruh aku pergi buat report dekat bank islam yang aku bank in tu. Kalaulah time tu aku ada kl, tak ke pasal aku kena balik kemaman semata-mata nak buat report. Beng*** sungguhlah. Pahtu bila naimah cakap kat pegawai bank itu, barulah dia cakap reportlah mana-mana cawangan bank islam pom.huhuhu

Aku pom pergi bank islam cawangan kemaman buat report semua bagai, bagi no akaun dan bla bla. Aku pom tanya bila duit tu akan masuk dalam akaun yang sepatotnya. Dia cakap proses dalam masa seminggu. Pahtu aku tanya kalu tak masuk-masuk jugak dalam masa seminggu macam mana. Dia cakap datang balik bank islam cawangan kemaman. Dalam hati dah geram tahap dewa..Pahtu aku tanya dia, dah kalu aku dah ada kl, takkan nak balik kemaman semata-mata nak pergi bank islam cawangan kemaman tanya pasal report tu. Kalau masuk duit takpa ni tak masuk-masuk jugak camne. Tak ke bazir kos balik saje kemaman rm200. so stupid. Pahtu barulah pegawai tu cakap call jelah bank islam. Sampai ke hari ini masih tak dapat duit rm2400 tu. Kalaulah naimah nak pakai urgent duit buat operation pape ke. Tak ke lagi haru, sampai sekarang masih tak dapat duit rm2400 tu. Silap-silap bukan operation dah, buat kenduri tahlil rasanya.

Setiap hari aku follow up pegawai bank islam, tanya macam mana status duit rm2400 tu, still jawapan sama yang menghampakan. Tengah proses, nanti call balik. Pahtu marah-marah aku tak simpan slip machine yang bank in tu. Dah aku mana tau benda nak jadi, aku tak tahu duit tu tak masuk dalam akaun. Kalu aku tau senanglah pulak. Masih ragu-ragu, boleh tengok cctv dan statement record machine kat bank islam tu pada 8/11/2011 tu. Apa nak susah. Arghhhh geramnya aku..sakit hati sangat-sangat.

Memang nak marah sangat-sangat dengan bank islam ni. Kalu duit setakat 100-200 bolehlah terima, ni rm2400 tu. Banyak benda boleh buat. Boleh beli iPhone yang aku idam-idam tauu..Cepatlah bank in, banyak keperluan orang nak guna. Pegawai bank silalah ambil tindakan secepat mungkin. Urgent ni nak guna.

Dania amidala : Tersangat-sangat marah dan geram tahap dewa...arghhhhhhh

Comments

Popular Posts