shopping raya best+malang

jumaat 4/9/2009

seperti yang dijanjikan oleh parents aku.
nak bawak pegi kuantan shopping baju raya, kasut raya,
semuanya all about rayalah...so far amat berpuas hati shopping
tahun ni coz, my dad tak bising..tak nak balik rumah dah ke
or tak kenal jalan rumah dah..itu antara ayat femes my dad dengan muka tengah masam.
tapi tahun ni.tak da marah ke apa ke..yelah laki ni bukan suka sangat teman-teman shopping lama-lama..bayanglah dari pagi kul10 pagi hingga kul5 petang
baru kami kami semua keluar dari east coast mall. my mum pulak layan je apa yang nak beli.
nak itu ambik nak itu ambik.penuh kete kami beli barang..dah sorang bukan beli sepasang baju, kasut..2-3 pasang sekali ambik..

after shopping kami lepak rumah che tam(kakak abah) sampai pukul 6.30 cam gitulah
tengok barang-barang along(cousin laki) nak kawen bulan 12 ni insyallah, ambik baju kurung purple yang che tam kasi untuk kawen along nanti coz tema along purple.so kena seragamlah.
then sembang itu ini dengan che tam, sempat jugak selitkan cerita angah.lepas itu, parents aku pegi rumah pak hamid pulak (adik abah) ambik akok yang disuruh pak hamid belikan.
kami bagi big apple untuk anak pak hamid buka pose kebetulan beli banyak.

my mum terus memecut laju kete untuk kejar buka pose kat restoran ombak area sungai ular-cherating..sebab situ ok gak serve and makanan dia. dan terjadilah perkara yang amat malang kami sekeluarga..cewah bukan main makan cepat-cepat nak pergi terawih. kuar dari restoran tu awal sekali dari meja-meja lain. then sampai je kat kereta..semua dah masuk kereta, tak da orang perasan..abah pon kuar semula kete, dia tengok tayar kete belah driver..masya allah pancit..mmg kempis tak boleh nak jalan dah..kami pon mula mencari spare tayar kat bawah kete..hampir 30minit jugak nak turunkan tayar spare coz macam rantai spare tayar tu terlekat..dengan hujan renyai-renyai lagi..malang betul..setelah semua tukar tayar kami pon cepat-cepat pergi stesen minyak nak pam tayar..sampai rumah dalam pukul9.

Comments

Popular Posts