Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 12, 2012

Hana Tajima

Hana tajima...ecehecehhh ni merupakan first time kot aku pakai tudung ala-ala hana tajima ni. Siyes first time pakai serabut dan rimas masya Allah. Berapa kali pakai cabut pakai cabut dan asyik bertukar pereka fesyenku iaitu adda, siti dan hana sebab rasa sangat-sangat rimas dan serabut. Aku kan suka yang simple dan mudah pakai, that why orang dah update tudung kam main, aku maintain tetap dengan pujaan hatiku tudung bawal. Tudung syria dah tak boleh nak pakai sangat sebab Mr.Sayang cakap macam ketat dan nampak bentuk tengkuk bila aku pin kat belakang. Ok Finee!!!

Ni tudung biru hana tajima aku pakai buat first time masa bertolak ke kuala terengganu untuk pergi rumah hajar. Nak cantik punya pasal redha je dengan kerimasan yang berbelit-belit.;P

Hah ni tudung hana tajima yang second time aku pakai dengan dibantu oleh hana sedikit kat bahagian belakang. Tapi syabas, setelah pusing-pusing tudung ni sorang diri jadi jugak ala-ala hana tajima. kehkehkeheh. Tunjuk gambar pakai tudung ni kat Mr.Sayang kam main puji lagi cantiknya, siap suruh pakai depan dia lagi. Tapi tak berkesempatan lagi nak pakai di depannya.

Tapi tudung ala-ala hana tajima ni aku tak boleh jadikan tudung febret yang boleh dipakai setiap hari tambah-tambah bila pergi jalan-jalan or pergi kerja yang kena pakai cabut pakai cabut sebab nak solatlah dan macam-macam. Pakai tudung macam ni dekat 1hour baru siap pakainya. Tak tahulah masa untuk orang lain macam mana bila pakai tudung hana tajima ni. Siyes menguji kesabaran jugaklah sebab mengambil masa yang lama untuk belit-belit lepas tu pin. Tapi kalu pergi wedding or function2 or time period maybe sesuai kot sebab tak yah risau-risau nak cabut lepas tu pakai balik. ;D

Dania amidala : Jerawat bilalah mau hilang..i dont like you...

2 conteng disini:

Cik Areja said...

versi hana Tajima ke? setahu aku versi Hana Hanani.. sebab tgk si hana yg pakaikan..kan kan? werk! :P hahaa

~Nur Zulaiha~ said...

sy pkai tak smpai pon sejam,, 5 minit pon dh siap.. =)

tak ssh dan rimas if dh biasa.. =)