Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 26, 2005

Pengumuman

Diumumkan dengan segala hormatnya....
Selamat Berpuasa
dan
Selamat Hari Raya
maaf zahir dan batin
Kepada
my parents
hana,ajar,yati
...apih n aie...
n lastly member PKN

P/S:maaf jika dania ada terkasar bahasa,terambil,terlebih,terkurang atau apa2lah yang boleh menyinggung perasaan u all

Sunday, October 16, 2005

Tertekan

Setelah sekian lama, barulah aku dpt p lab buka blog ni...tp sblm p lab aku p lah singgah blk letcurer nak tau markah final.walaupun x dpt tgk juz letc kasi tau je...frust gak aku p tgk math, en.mat ckp aku dpt antara B- or B+ je...haiya kalu aku dpt A- x rasa hati sgt...huhuhu...nasiblah...lagipun aku rasa berbaloi dah usaha aku..maklum r aku ni dari dulu mmg x pandai math...lgpun mcm x usaha sgtlah...lps jumpa en.Mat aku p lah tgk markah COA lak dgn Pn.Mutazimah...huhuhu takut maa...dalam 10 paper yg dia tanda hanya sorang je dpt 50 keatas...jwbnya kalu sorang dpt camtu aku duk tempat keberapa tah...aku hrp sgt xde fill...mcm mana ni nak naik pointer kalu subjek gila2 gini...tu x tgk markah BIS,SYA,C,KKS...aiseh boleh tertekan aku duk pk result sem ni...aku harap naiklah pointer biarlah sikit pun...aku nak msk 'U' dahlah sem lps result turun mcm air terjun...huhuhu

Sunday, October 09, 2005

Serabut+Ceria=Balik KG

10 okt 2005

Rini baru aku sempat msk lab mlawat blog aku ni...biasalah bz dgn final exam..smlm jwb exam frust gla...rsa keluar je dr dewan trus otak mcm dah tercabut wayar-wayar...SUSAH maa COA...rasa mcm sia2 je aku duk study bagai nak rak COA tp haram x bleh jwb..rasa baca COa tu dari kulit ke kulit dah...bak kata orang buku tu dah jd mcm belacan...tulis sini tulis situ, xde ruang kosong n kertas putih berseri lsung yang tinggal kat buku COA tu...

Tp rini nasib mood aku ceria je, maklum r bleh jugak jwb SYA dgn baik...hehehe...ni buat aku syg kat utz Wan Saifulddin...tinggal 1 lg paper...lps tu aku leh balik rumah...yahooo...x sbor rasanye nak jumpa my mum,abah,baby,aie....balik rumah mcm2 aku nak buat...First tgk TV puas2, tido puas2, jln puas2 n yg pasti beli baju raye...hehehehe

Sunday, October 02, 2005

Lawak Jenaka

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa
hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon
korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah
iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri
rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni
bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang
bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak
Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru
sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA".
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??

its up to....me?

I get discouraged now and then
When there are clouds and gray
Until I think about all the things
That happened yesterday

I do not mean the day before
Of those of months ago
But all the yesterday in which
I had a chance to grow

I think of opportunities
That I’m allowed to die
And those I took advantage of
Before they passed me by

And I remembered that the past
Presented quite a plight
But somehow I endured it and
The future seems all right

And I remind myself that I
Am capable and free
And my success and happiness
Are really up to me….

Rahsia Seorang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah

Kenali Tarikh Lahir

Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun


Kesahihannya tak dapat dibuktikan. Sekiranya kena dengan sikapnya, mungkin ianya secara kebetulan ataupun memang itulah sikapnya yang sebenar. Siapa yang tahu?

01, 06, 11, 16, 21, 26, 31

Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman.Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini ka! mu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!


02, 07, 12, 17, 22, 27

Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.


03, 08, 13, 18, 23, 28

Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu! dari belakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.


04, 09, 14, 19, 24, 29

Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri.


05, 10, 15, 20, 25, 30

Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri

Satu Kisah Cinta Biasa

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,
bahawa saya inginkan penceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?

"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal dirumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.