Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, June 29, 2013

Set Berpantang

Setelah berfikir panjang lebar dan cuba tanya pendapat ramai. Perlu ke ambik produk especially macam jamu-jamulah untuk lepas bersalin nanti. Tanya orang terdekat seperti kak ipar, cousin-cousin dan kawan-kawan. Ada cakap perlu ada cakap tak gunalah. Membazir je beli mahal-mahal last-last tak guna sebab tak serasi dengan baby, Baby juandieslah apalah dan panaslah. So aku survey-survey beli set berpantang shakleelah sebab dia bukan jamu, dia adalah suppliment. Tanya kawan-kawan yang ambik sume cakap ok. Tak da effectlah nanti kat baby kalu nak menyusu. Luka cepat baik 3-4hari bersalin normal dah baik, itu yang penting pahtu boleh susukan baby dengan selamat, kulit baby cantik elok je. So aku memilih mengambil set berpantang shaklee ni. Kalu beli banyak-banyak memang mahalkan, agaklah terasa tambah dengan bukan ahli shaklee. So aku beli sikit-sikit set pantang ni. Lama-lama jadi bukit tak ker gitu..hehhe. 

Lagipun sebelum pregnant lagi aku dan suami makan suppliment ni, kadangnya bukan aku yang makan sangat si suami yang lebih-lebih makan.hehhehe..Tapi lepas je habis pantang ni, aku nak beli vitamin e dengan esp je kot, nak bagi kulit cantik barulah suami sayang. Tak gitu..hehhehe..

Pasal bengkung pulak, aku plan sapu je minyak panas kat perut pahtu pakai bengkung selain dari makan suppliment shaklee, makan berpantang dan berurut. hope dapat mengekalkan berat badan macam dulu.


Dania amidala : Sekarang dah 8bulan 2minggu, jumaat depan checkup kat pusat rawatan keluarga muip sdn bhd untuk booking bersalin.

Sunday, June 16, 2013

08-06-2013 (1st wedding anniversary)





Mengembalikan nostalgia...hihihi..rasa macam baru je lagi kawen rupanya dah setahun. Tq darling menjadi seorang suami yang baik untuk baby.

Dania amidala : Menunggu my 1st baby 10-08-2013, sangat-sangat tak sabar untuk menjadi mummy..hihihi

Versi Mak Buyong yang Bumbum

Buat pertama kalinya setelah pregnant aku mengupdate blog dan meletakkan gambo aku yang bumbum. Asal-asal nak letak gambo start dari 1bulan pregnant sampai sekarang. Tapi banyaknya gambo dari hp my husband. Jadi lupakan dulu hasrat tersebut. Kan dari ada mood nak update blog terus cancel. 
Time ni aku preggy dah 7bulan 2minggu, ni time kenduri along dan farah kat kuala terengganu 1/6/2013 baru ni.




 Ni gambo paling latest kami 16/6/2013. Gambor kenduri sambut menantu along dan farah dirumah mentuaku. Asalnya pakai bukan main cun dan hensem kami. Siap makeup, bersampin bagai tapi baru berkesempatan ambik gambo lepas pada majlis sebab time tu dah tak da orang jadi kami bolehlah nak berposing sakan. Gemuk betullah, harap-harap lepas bersalin nanti boleh kurus balik.

Dania amidala : 8/6/2013 gelaplah usia perkahwinan kami yang pertama. Semoga perkahwinan kita membawa keberkatan, kebahagiaan , kekal hingga ke jannah dan dilimpahkan rezeki. i love u darling..